Pages

Monday, February 23, 2009

Hukum Bersalam Lelaki dan Perempuan

Ramai dikalangan pengaku ustaz apabila terbersalam dengan wanita di hadapan khalayak ramai, kemudian ditanya bukankah bersalam dengan mereka itu haram? cepat-cepat dia akan menjawab.."alaa boleh dalam mazhab lain" atau "ada ulama kata boleh" atau "untuk tidak mengaibkan dan tidak memalukan perempuan itu maka boleh bersalaman" dan sebagainya dari puluhan alasan lagi yg hakikatnya tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah langsung. Amat malang mereka itu sering pula melaungkan Sunnah! Ittiba'us Sunnah dan pelbagai lagi men-declare diri sebagai pengikut Sunnah Nabi. Sedangkan Nabi tidak pernah bersalaman dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim bahkan dalil sunnah menunjukkan ia haram.

APA DALIL BERSALAMAN LELAKI-WANITA ITU HARAM?
Kita dalam membicarakan hukum bersalam ini antara lelaki yang sudah dewasa dengan wanita bukan muhrim yang sudah dewasa, dan tidak membicara hukum bersalaman dengan wanita tua sesangat atau budak perempuan yang masih kecil. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatuna Aisyah mengenai bai'ah yang dilakukan oleh Rasulullah terhadap beberapa orang perempuan, Aisyah berkata: " Demi Allah, tangan baginda tidak menyentuh seorang perempuan pun dalam pembai'atan itu. Baginda hanya membai'ah mereka dengan perkataannya: "Benar-benar telah aku bai'ah kamu atas hal itu." (Riwayat Bukhari)Hadith di atas amat jelas menunjukkan bahawa Rasulullah tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim walaupun mereka menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Rasulullah, rasulullah tidak menyambut mereka dengan bersalaman tetapi Rasulullah bersalam pula dengan lelaki iaitu para sahabat lelaki yang membai'ah baginda dengan cara bersalaman.Dari ini membuktikan sunnah Rasulullah sekiranya berlaku pada kita wanita yang bukan muhrim menghulur tangan untuk bersalaman dengan kita atau lelaki bukan muhrim menghulur tangan kepada wanita itu bersalaman maka sunnah dan terbaiknya adalah kita TIDAK menyambut dengan bersalaman tetapi dengan memberi isyarat lain atau mengucapkan salam atau selamat kepadanya sahaja tanpa bersalam.

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Fathul Bari berkata: "Maksud ucapan Rasulullah: "Benar-benar telah bai'ah kamu dengan ucapan." Adalah ucapan tanpa berjabat tangan sepertimana yang biasa terjadi, di mana lelaki berjabat tangan sewaktu bai'ah dijalankan. Dari Abdullah bin Amr bin al-Ass. berkata: "Rasulullah tidak pernah berjabat tangan tangan dengan perempuan dalam pembai'atan." (Riwayat Imam Ahmad) Dalil kedua, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan. Ucapanku kepada seorang perempuan seperti kataku pada seratus perempuan.”(HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i)Dari Ma’qil bin Yasaar katanya, “Rasulullah telah bersabda: “Sesungguhnya jika dicerca kepala salah seorang dari kamu dengan alat dari besi adalah masih lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya (bukan mahramnya).” (HR At-Thabrani & al-Baihaqi, sahih). Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah bersabda: “Sudah ditakdirkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina yang pasti akan menimpanya. Kedua mata, zinanya ialah memandang; zina dua telinga ialah mendengar; zina lisan ialah ucapan; zina tangan ialah menyentuh; zina kaki ialah melangkah; zina hati ialah menginginkan sesuatu, berangan-angan dan farajnya membenarkan atau mendustakannya.”
Rasulullah juga bersabda: “Tidak pernah aku menyentuh tangan perempuan (ajnabi/bukan mahram)” (HR At-Thabrani, dari Uqailah binti Ubaid). Dalil-dalil di atas amat menunjukkan pengharaman bersalam lelaki dengan wanita yang bukan muhrim.BENARKAH DISANA ADA DALIL MENGHARUSKAN PERSALAMAN LELAKI-PEREMPUAN?Mereka yang beria-ia sangat mempertahankan hukum bersalaman lelaki-wanita sering mengunakan hujjah yang mereka sendiri palsukan. Mereka mempergunakan beberapa hadith yang menyebut nabi memberi salam kepada sahabiyah. Amat malang hadith tersebut terang-terang menunjukkan nabi memberi salam dan BUKAN BERSALAMAN dengan wanita.

Ya, dalam islam diharuskan kita memberi salam kepada muslimah dan DIHARAMKAN kita bersalaman dengan wanita. Hakikatnya tiada langsung dalil yang mengharuskan hukum bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah yang bukan muhrim ini bahkan Rasulullah sebagai ikutan kita tidak pernah melakukannya. Amat sedih golongan pengaku sebagai pengikut Sunnah tidak menghidupkan sunnah Nabi, Nabi tidak bersalaman dengan wanita bukan muhrim. Amat sedih lagi mereka itu mengharamkan bersalaman antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita selepas solat berjemaah kononnya atas dasar bid'ah masuk neraka tetapi MENGHALALKAN pula persalaman antara wanita dengan lelaki dan lelaki dengan wanita. Ini membuktikan dakwaan mereka sebagai Salafi, Ittiba'us Sunnah dan lain2 lagi hakikatnya adalah tipu helah pengkhianat Sunnah sebenar!!!.

KALAU WANITA TU HULUR TANGAN DAHULU KITA BOLEH SAMBUT?
Jawapannya sudah pasti tidak boleh, haram hukumnya walaupun wanita ajnabiyah itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kita dihadapan khalayak ramai sekali pun, haram bagi wanita itu dan haram bagi lelaki menyambut tangannya untuk bersalam, samaada tanpa bersyahwat atau tidak, terselamat dari fitnah atau tidak ianya adalah tetap HARAM. Soalan ku lontarkan kepada pemuka sunnah yang palsu. Nabi bersalaman (berjabat tangan) dengan perempuan yang bukan muhrim ke tidak?! Ketahuilah bahawa Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan perempuan.” (HR Ibnu Hibban, Malik & Nasa’i) Mana laungan sunnah kamu semua?! kamu sanggup bertasamuh dan bertolak ansur dalam isu persalaman wanita-lelaki dan perkara lain yang sejalan dengan hawa nafsu kamu tetapi pada masa yang sama kamu kafirkan orang buat maulid dan menetapkan mereka ahli bid'ah masuk neraka!Kamu marah orang berzikir nama Allah beramai-ramai pada masa yang sama kamu biarkan tarian bogel beramai-ramai dari kalangan 'anak'anak' kamu sendiri! Kamu marah orang baca qunut selalu waktu yang sama kamu sendiri mengkafirkan umat islam selalu!Kamu marah orang bertalqin tetapi kamu menyokong industri muzik haram dan bank riba! Di mana amanah?! di mana laungan sunnah?!Wallahi! dakwaan kamu kononnya bersalaman lelaki dengan wanita ajnabiyah bukan muhrim ini harus merupakan kepalsuan yang tidak berdalil dan tidak berfakta! NASIHAT, Berikan dan sampaikan salam, jawab salam, bersalamanlah diantara yang halal bukan yang haram. Sesungguhnya bersalaman lelaki dengan perempuan itu adalah haram...

pendapat yang kedua menyatakan harus sekiranya ada qarinah... ini pendapat daripada imam abu hanifah... contohnya... seseorang menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan kita, keadaan dia ingin pergi ke tempat yang jauh (bermusafir)... maka ia diharuskan bagi menjaga maruah si penghulur tangan tadi... akan tetapi ia tetap haram.. ini bersandarkan nas yang kuat dari quran... iaitu (au lamastumu nisaa') atau kamu menyentuh perempuan, ayat ini ikhtilaf diantara ulama' akan tetapi bagi saya bersentuh diantara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah HARAM hukumnya.. wallahu a'lam bi sawab

Posting dari www.abu-syafiq.blogspot.com

Kenali Ikhwanul Muslimin

Ikhwan Muslimin ditubuhkan pada bulan Mac 1928 / Zulkaedah 1347 di rumah Al-Banna, di Ismailiyah, Mesir. 6 tokoh yang terlibat adalah: Hafiz Abdul Hamid, Ahmad Al-Khusairi, Fuad Ibrahim, Abdurrahman Hasbullah, Ismail 'Izz dan Zaki Al-Maghribi. Ikhwan berjuang untuk menegakkan sistem Islam dalam segenap bidang kehidupan sehingga mereka dianggap menjadi musuh pemerintah Mesir. Kini, Ikhwan melebarkan sayap sehingga ke Jordan, Syria, Sudan, Iraq, Lubnan, Afrika Utara dan Palestin (Hamas). Ia juga menjadi model atau rujukan awal kepada pergerakan-pergerakan Islam dinegara-negara lain. Antara Mursidul 'Amm Ikhwan adalah, Al-Banna, Ust Hasan Hudhaibi, Sheikh Umar Tilmisani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Sheikh Mustafa Masyhur dan Ust Mehdi 'Akef.
Dalam sejarah perjuangannya, telah ramai dikalangan pemimpin-pemimpin Ikhwan yang syahid. Antara mereka ialah Mursidul Am yang pertamanya iaitu As Syahid Hassan Al Banna dan As Syahid Syed Qutb dan ramai lagi. Pergerakan mereka telah menjadi idola kepada kumpulan-kumpulan pejuang Islam di negara-negara lain antaranya Jamieyyat Islamiyyah di India, Masyumi di Indonesia dan PAS di malaysia.

Selamat berjuang semua.

Wassalam....

Thursday, February 19, 2009

Coretan Buat Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim.

Sahabatku sekelian, assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan izinNya dapat diriku menulis artikel ini untuk tatapan Semua. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah SAW. Apa khabar semua? Semoga Sahabatku sekelian berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa menghubungkan hati dengan Allah SWT dan dekat padaNya.Sahabatku sekelian, Kita pemuda-pemuda Muslim perlu berjuang untuk menjadi individu unggul yang cemerlang demi Allah yang jadikan kita dan deen yang kita junjung ni.

Islam sangat menuntut umatnya mencari ilmu, mendalaminya...dan mengaplikasikannya demi kesejahteraan ummah, dan demi keunggulan ummah Islam keseluruhannya. Mungkin jika kita berusaha untuk cemerlang atas dasar kepentingan diri sahaja. Kita tidak jelas dan tidak bermotivasi. Tapi sekiranya kita jelas akan hakikat tuntutan terhadap diri, maka kita akan berusaha sungguh-sungguh kerana kejayaan itu bukan untuk diri kita sahaja, tapi kejayaan kita adalah kejayaan semua.

Kita perlu menunjukkan contoh yang baik demi Allah yang menjadikan kita, demi keredhaanNya, dan demi deenul Islam itu sendiri.Sahabatku yang dikasihi, keredhaan Allahlah yang kita dambakan dalam apa jua tindakan kita. Aku tahu memang payah, tapi perlu diingat perjuangan dalam kepayahan dan penuh istiqamah itulah jihad bagi kita. Dalam hal ini, aku nak ingatkan jagalah hati dan fikiran serta tindakan kita. Utamakan solat pada waktunya. Walau macam mana sibuk sekalipun kita, usahakan supaya dapat berjemaah di Masjid. Jangan biarkan muazzin sendirian melaungkan azan tanpa ada sahutan dari kita. Jangan tinggalkan zikir Al-Mathurat setiap pagi dan sentiasa bertadabbur al-Quran.Ingatlah ibadah yang sahih merupakan syarat untuk kejayaan kehidupan manusia, kita tak boleh meringan-ringankan soal ibadah. Hati yang sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa berzikir dan mengingatinya akan diberi rahmat dan keberkatanNya. Jadi apa yang kita usahakan selama ini, kita pulangkan kepada Nya untuk memberikan kepada kita natijahnya. Allah sayangkan pemuda-pemuda.

Mustaffa Mahsyur menyeru pemuda-pemuda dalam 'Fiqh Dakwah' kerana mereka adalah aset yang tinggi nilainya bagi meninggikan deen ini.Ingat tak?

Seorang yang alim yang selalu sujud kepada Allah selama 500 tahun dan apabila ia mati, Allah kata kepada malaikat, masukkannya ke syurga dengan rahmatKu. Lalu orang itu melarangnya dan meminta ia dimasukkan ke syurga atas amal-amalnya. Apabila malaikat mengiranya..tak cukup untuk melayakkan ia masuk syurga kerana jika dikira nilai amal manusia dengan anugerah Allah yang beri kepada kita sangat besar. Sujud 500 tahun tidak cukup membayar nilai sepasang mata untuk melihat. Jadi orang alim itu pun menyesal dan memohon pada Allah supaya masukkan ia ke syurga dengan rahmatNya.

Begitulah hakikat diri kita. terlalu kerdil. Orang mukmin perlu ada dua sifat ini yang mengiringi perjalanan hidupnya iaitu, sifat raji' dan sifat taqwa. Dua sifat ini iaitu takut dan berharap perlu ada dalam hatinya, barulah menjadi manusia yang sentiasa menharap redha Allah dan takut amal-amalnya tidak diterima. Sebenarnya, Allah nak tarbiah kita sebagai hambaNya supaya tidak terlalu yakin dan merasa puas hati dengan prestasi kita walaupun telah melakukan yang terbaik. Sahabat-sahabat pada zaman Rasulullah SAW sentiasa ada sifat ini sebab itulah Allah memberi kejayaan kepada mereka. Keberkatan dan rahmat Allah mengiringi mereka sehingga muncul generasi unggul yang tiada tolok bandingnya hingga kini.Tiada apa yang kita boleh banggakan dan berhak tuntut selain hanya boleh berusaha sekaligus memulangkan hasilnya kepada Allah SWT.

Hiasilah malam hari dengan solat sunat, munajat dan beristighfar kepada Nya. Itulah orang mukmin yang cerdik dalam erti kata sebenarnya. Cukup disini dulu coretan ku wahai sahabat, semoga kita menjadi pemuda-pemudi muslim yang telah dinyatakan oleh rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud:
“Aku berwasiat kepada kamu untuk menangani pemuda-pemuda dengan sebaik mungkin kerana mereka mempunyai jiwa yang senang dibentuk, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi seorang nabi dan rasul, yang membantu aku adalah pemuda-pemuda dan yang menentang aku adalah orang-orang tua.”

Jadi, sahabatku, nabi telah memberikan kredit pada kita. Tinggal lagi kitalah yang akan melaksanakannya. Sekian dari ku, sahabat dunia dan akhirat.

Wassalam

Menunggu Kematian

Oleh blalang

"BACALAH UNTUK DIAMBIL IKHTIBAR DAN MUHASABAH DIRISeperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah. Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.... . siapa dia.... tiba2 aku merasa dada ku sesak...sukar untuk bernafas.... namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku...... terus erjalan..... kekerongkongku.sakittttttttt. ....... sakit rasanya. Keluar airmataku menahan rasa sakitnya,...Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..... Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku... kkhh. ........ khhhh..... kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit..... Seolah tak mampu aku menahan benda tadi... Badanku gementar... peluh keringat meluncur deras.... mataku terbelalak.. ... air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu... pergi... berlalu begitu saja.... hilang dari pandangan.Namun setelah itu......... aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah... tidak seperti biasanya. Aku heran... isteri & anak2 ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia???????.. .Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis... merekamenjerit...histeria . terlebih isteriku seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi... Siapa dia......... ..???????? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia......... dia........ diamirip dengan aku.... ada apa ini Tuhan...????????Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu..... Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya. Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku. Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini.. Aku mulai berteriak... .. Tapi mereka seolah tak mendengarkan aku. Seolah mereka tak melihatku...Dan mereka terus-menerus menangis.... aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku. Aku telah mati... aku telah mati.Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis.... berteriak. ...... Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku..Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis....... masaku telah terlewat.... aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja. Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluargadll.Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum sholat.Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih boleh membaca artikel ini sungguh aku amat sangat bahagia.Karena aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.Kredit kepada penulis

Saturday, February 14, 2009

DISEBALIK SAMBUTAN HARI VELENTAINE DAY

HARI VALENTINE mengikut sejarah datang dari zaman pemerintah Ratu Isabella di Sepanyol.... perkataan VALENTINE diambil sempena nama Pederi besar Kristian Saint Valentine, beliau amat disayangi oleh Ratu Isabella dan juga rakyat jelata kerana beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordava, sepanyol pada 14 feb (tarikh hari valentine) 270 masihi.

Kejayaan beliau begitu bermakna bagi Ratu Isabella oleh itu, 14 feb disambut setiap tahun bagi merayakan kemenangan tersebut dengan menamakan hari valentine.. oleh itu,jikalau anda(umat Islam) menyambut hari VALENTINE sama seperti anda bergembira dengan menumpaskan kerajaan Islam di Cordava.. HANYA ALLAH SAHAJA YG LAYAK DISEMBAH... habis kan 15 minit untk menyebarkan perkara ini atau guna lah 15 minit ini dengan berpeluk tubuh..SEBARKAN PERKARA INI..

http://lutfimj2006.blogspot.com/"

Tuesday, February 10, 2009

SOLAT HAJAT MOHON KEMENANGAN

Kepada semua Pencinta Kebenaran dan Keadilan;

SOLAT HAJAT BERTERUSAN HENDAKLAH DIADAKAN DARI SEKARANG HINGGA KEMENANGAN KEPADA KEBENARAN DAN KEADILAN UNTUK RAKYAT DI BUKIT GANTANG DAN DUN BUKIT SELAMBAU.
JANGAN JUGA LUPA UNTUK MEMOHON KEMENANGAN KEPADA PEJUANG HAMAS DI PALASTIN. AMIN....
KEINSAFAN ANDA AMAT DIHARAPKAN, SUPAYA ISLAM AKAN TERUS TINGGI MENGATASI SEMUA IDEOLOGI YANG LAIN.

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG DAN DUN BUKIT SELAMBAU

Pertama sekali Ucapan Takziah kepada Keluarga Allayarham Ust. Roslan Shahrum. Sesungguhnya kita semua telah kehilangan seorang pejuang Islam yang sangat komited di Perak. AlFatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin yang muttaqeen dan para syuhadah. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Selain untuk menguji kesabaran keluarga Allahyarham, ini juga merupakan ujian kepada seluruh pejuang islam dan pejuang kebenaran di perak.
Mankala tahniah kepada YB Arumugan yang telah mengambil langkah yang cukup berani dan mencabar sesetengah golongan yang berkepentingan dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau, kedah. Tindakan berani ini tidak semua orang mampu melakukannya kerana sesuatu jawatan biasanya orang akan berusaha dengan berbagai cara untuk mempertahankannya. Tidak kiralah cara itu bermaruah atau tidak yang pentingnya kuasa ada ditangan dan dengannya dapat mengumpulkan jutaan ringgit pula. Dah ada kuasa dan harta, maruah boleh dibeli. Bukan susah pun, gunakan media yang ada untuk menghalalkan tindakan pastinya manusia yang buta hati akan mengatakan ini tindakan yang wajar.
Apapun dua kerusi ini telahpun kosong dan pillihanraya akan diadakan. Inilah peluangnya bagi mereka-mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk membuktikan bahawa kebenaran dan keadilan pasti akan menang. Rakyat pula mesti membuktikan bahawa kuasa merekalah yang menentukan seseorang wakil rakyat itu berkuasa atau tidak. Merekalah yang melantik pemimpin dan sepatutnya pemimpin mesti ingat akan semua ini. Dan kuasa yang mereka dapat itu hendaklah kembali kepada rakyat.

Sekian, Wassalam... Jumpa lagi