Pages

Sunday, March 29, 2009

Tidak Akan Masuk Neraka Orang Yang Menangis Kerana Allah

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahwa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahwa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)
Sebaik saja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahwa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Friday, March 13, 2009

HAYATI SUNNAH RASULULLAH

PROSES PEMBENTUKAN
PERIBADI PEJUANG
HASIL LENTURAN RASULULLAH SAW

Proses pembentukkan peribadi para pejuang dilentur oleh Rasulullah saw. melalui Amal Islami yang merangkumi 3 kategori.
Amal Jamaei ( Harakah Islamiyyah )
Amal Ijtimaei ( Masyarakat )
Amal Fardi ( Individu )

Ø Amal Jamaei.

Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw. membentuk satu kelompok usrah di rumah Arqam bin Abi Arqam sebagai proses pengkaderan, berasaskan :
1. Ukhuwwah Islamiyyah ( Persaudaraan Islam )
2. Tasawwur Amal Islami ( Kefahaman Gerakkerja Islam )
3. Tauziu’l Amal توزيع العمل ( Pengagihan tugas )
4. Bina’ Asy – Syakhsiyyah بناءُ الشخصية (Membentuk Perwatakan/keperibadian)
- Jiwa yang soleh
- Watak kepimpinan Peribadi mujahid ( pejuang )
Pesanan Rasulullah saw. kepada Huzaifah Ibnul Yaman :

تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ وَ إِماَمَهُمْ“
Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan Jamaah Islam dan pemimpin mereka.”
Riwayat : Bukhari dan Muslim

Ø Amal Ijtimaei.

Aktiviti social dengan membawa konsep :
1. At Ta’awun التعاون ( bertolong bantu dalam perkara baik & takwa )
2. At Tawasho التواصى ( berpesan – pesan dengan kebenaran dan kesabaran )
3. Ad Dakwatu Ilallah ( menyeru kembali kepada Allah swt. )
4. Al Amru bil makruf
5. An Nahyu A’nil mungkar

Ø Amal Fardi

Berpusat kepada agenda taqarrub kepada Allah swt.
1. Qiamulaill & Solat An Nawafil ( Solat sunat )
2. Fikir dan zikir )Al Mathurat dll
3. Tilawatul quran

يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلاأَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا

Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat. -
Muzammil : 1 – 5
Posted by Ustaz Nasrudin Tantawi at 14:20 1 comments Links to this post

Sunday, March 1, 2009

KULIAH MAGHRIB MINGGUAN

Makluman kepada semua ahli kariah Masjid Al Ghaffar Yang Melayari Blog ini. Kuliah Maghrib Mingguan akan diadakan di Masjid Al Ghaffar. Sila rujuk jadual Berikut:

Hari Isnin Malam Selasa,
Ust. Zulkarnain Bin Mohd Noh.
Bab Nikah.
Kitab : Bahrul Mazi jilid 8

Hari Selasa Malam Rabu
Ust. Noriman Bin Pauzi
Bab : Hadis
Kitab : Riadus Solihin

Hari Rabu Malam Khamis
Ust. Mohd Zaidi Bin Mustafa
Bab : Tafsir
Kitab : Fizilalil Quran

Hari Khamis Malam Jumaat
Bacaan Surah Yassin dan Tazkirah

Jumaat Malam Sabtu
Ust. Ibrahim Bin Hassan
Bab : Tauhid
Kitab : Aqidah Ahlus sunnah Waljamaah