Pages

Thursday, March 24, 2011

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

(HIMPUNAN 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN)

Hadis Yang bermaksud:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi


Keterangan Hadis

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Ulasan Penulis

Cuba perhatikan kesemua 15 perkara yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W. Kesemuanya sedang berlegar dan berleluasa dalam Negara. Penulis ingin membuat ulasan dalam beberapa perkara. Antaranya itu berkait dengan harta Negara hanya berlegar dikalangan Kroni dan sanak saudara iaitu apabila yang mengaut kekayaan hanya mereka yang berkuasa dan saudara serta kawan-kawan terdekat. Adik menjadi pengarah itu dan ini. Anak pula mempunyai syarikat itu dan ini, manakala rakyat marhain menagih simpati di 5 tahun sekali.

Kepimpinan yang diberikan oleh rakyat kepada pemerintah adalah satu amanah tetapi amanah tersebut disalah gunakan untuk mengaut keuntungan diri dan keluarga. Suami pula terlalu menuruti kata isteri hingga sanggup melanggari ketetapan Allah. Isteri pula tidak menutup aurat sedangkan si suami takut menegurnya. Isteri bergaul bebas dengan lelaki lain diluar rumah sedangkan si suami melihat tanpa ada cemburu. Suami pengecut dan dayus.

Seseorang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya. Walaupunt ternyata dan jelas bahawa orang yang dituruti itu jahat dan buat salah tapi kerana takut dipecat dari jawatan maka tetap menyokongnya, walaupun orang yang ditaatinya itu jahat dan zalim..

Arak pula diminum di merata tempat tanpa takut dan rasa bersalah. Malahan, arak lebih senang dan mudah untuk diperolehi manakala harganya lebih murah. Ini juga adalah punca kenapa arak terlalu berleluasa. Peminum arak tidak dikenakan satu tindakan yang tegas oleh pemerintah malahan mereka seumpama melindungi peminum air syaitan ini. Bukan itu sahaja, malahan ada anak melayu Islam mempunyai saham terbesar dalam kilang arak diluar Negara.

Manakala yang paling ketara sekarang apabila artis terlalu disanjung. Kesilapan artis walau bercanggah dengan syariat mampu dimaafkan sedangkan ulama sentisa dimusuhi dan dihina. Ulama yang ikhlas sentiasa difitnah dengan berbagai keburukan sedangkan artis yang buat salah terus dimaafkan malahan di jadikan idola.
Itulah serba sedikit respon penulis berkaitan hadis akhir zaman ini yang kebanyakkannya telah berlaku dan sedang membiak dan membarah. Seandainya kita gagal mengawal dengan kita memenangkan PAS dalm PRU13 nanti ditakuti 15 yang tersenarai makin kritikal yang akhirnya bala Allah menimpa Negara Malaysia yang tercinta ini. NauzubilLahi minzalik.

WalLahu ‘alam. semoga hadis akhir zaman ini menjadi iktibar untuk semua.

Wassalam..PAS Untuk Semua

TAMAT

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Isi kandung himpunan hadis ini di sedut dari http://www14.brinkster.com. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Sunday, March 20, 2011

RTM dan TV3 Mula Meroyan

Semalam dalam asyik meneliti beberapa keping borang keahlian Pas yang telah diserahkan kepada penulis,tiba-tiba kawan serumah tempat menumpang di Kota Kinabalu buka berita di TV3. Menyampah dan sakitnya hati kami berdua bila melihat bagaimana di siarkan DS Najib, TS Muhyidin serta beberapa lagi pemimpin UMNO sedang menghentam DS Anwar Ibrahim dan PR. Kalau penulis je yang marah logik la, sebab penulis memang ahli dan petugas PAS, rupa-rupanya kawan 2 orang yang tak ambil kesah pasal politikpun marah bukan main lagi.

Tak lama kami tengok sebab sakit hati, tapi dapat la kami tahu sebab kenapa TV3 mula meroyan rupa-rupanya akan berlaku PRN Serawak. Patut la ada KM yang orang serawak gelarkan Mubarak Serawak di belakang DS Najib. Tapi heran bin ajaib la pula, mana perginya DS Rosmah. Biasanya kalau ada DS Najib mesti ada dia yang berada di depan DS Najib. Mungkin sibuk merasmikan sesuatu program yang lebih besar berbanding PRN Serawak atau mungkin pemimpin politik Serawak dah bagi amaran kepada DS Najib supaya jangan bagi DS Rosmah datang sebab ramai orang serawak dah meluat dengan tingkah laku dia. Apapun biarkan DS Rosmah. Yang penulis nak catatkan di sini berkenaan Meroyannya RTM dan TV3 suku sebagai lidah bercabang UMNO.

Benci dengan TV3, kawan tadi tukar kepada RTM1. Aduh! makin meroyan, bukan hanya meroyan tapi macam cacing kepanasanpun ada. Apa dah jadi dengan TV3 dan RTM? Tak tahula, ada hati perutkah mereka yang berada disebalik meroyannya RTM dan TV3 ni. Kata demokrasi terpimpin. Demokrasi terpimpin kepala otak apa begini kalu PRN begini hanya satu pihak sahaja yang boleh gunakan media arus perdana untuk kempen sedangkan satu pihak lagi dihentam tanpa ada ruang yang lebih luas untuk menjawab. Kalau begini, bagus demokrasi ini kita pimpin dia masuk ke dalam gaung.

Yang sempat penulis dengar dalam tempoh sekejap itu bagaimana DS Najib menghina DS Anwar Ibrahim yang katanya sudah tak releven. PR pula katanya dah ditolak oleh rakyat. Kalau betul tak releven DS Anwar kenapa bila DS Anwar ajak berdebat DS Najib tolak. Ini bukan tak releven tapi tak ada t***r. Dan kalau betul PR ditolak oleh rakyat kenapa guna dua lidah bercabang ni iaitu RTM dan TV3 untuk kempen. Kamudian meluluskan secara serta merta RM240 juta untuk pembangunan didua daerah kecil di serawak.

Satu lawak yang telah disiarkan oleh lidah rasmi yang bercabang UMNO iaitu ucapan DS Najib yang saya anggap sedikit menunjukkan kebodohannya. Kalau sebelum ini rakyat melihat DS Rosmah yang membuat ulasan tentang Tsunami telah mempertontonkan kebodohannya sekarang DS Najib pula. Entah apa yang dia fikir bila dia kata "apa pembangkang boleh buat. Mereka hanya pandai berjanji sahaja tapi tak peranahpun laksanakan segala janji pembangunan tersebut. Tapi lihat saya selaku PM. Bila saya janji terus saya tunaikan". Ucapan begini wahai DS Najib nak tipu orang yang di pendalaman serawak boleh la. Itupun mungkin yang masih setia dengan BN. Memang betul la apa yang disebut, pembangkang tak dapat buat apa-apa sebab mereka belum jadi kerajaan. Cuba bagi peluang kepada mereka seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Walaupun kuasa terhad tapi macam-macam hak rakyat telah dikembalikan dan macam-macam kebajikan rakyat telah ditunaikan. Sebab memang itu hak rakyat dan DS Najib tak payahlah nak mendabik dada yang dia telah beri macam-macam, sebab itu bukan harta dia atau harta UMNO tapi itu harta rakyat. UMNO yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana bagi peluang kepada mereka memerintah dan mencuri harta rakyat.

Jadi RTM dan TV3 yang kita nak cerita di sini yang sedang gila meroyan mesti kita sekat wahai pengundi-pengundi Serawak. Kita ajar RTM dan TV3 dengan kita memboikot mereka. Kita pastikan kekalahan BN kali ini adalah kerana rakyat terlalu meluat dengan lidah bercabang RTM dan TV3. Dan kita juga kena memastikan bahawa kekalahan BN kali ini sebagai peringatan kepada UMNO bahawa Serawak bukanlah Simpanan Tetap UNNO BN utnuk terus berkuasa di Putrajaya. Disamping itu, kekalahan BN kali ini di Serawak membolehkan kita menyemak kembali punca kekayaan yang diperolehi oleh Taib Mahmud dan anak-anaknya.

Akhir sekali penulis memohon kepada semua agar sama-sama kita tingkatkan kempen boikot RTM dan TV3 supaya kita tidak terlibat sama meroyan dengan mereka. Supaya liur yang tersembur keluar dari lidah bercabang mereka tidak terkena kepada tubuh badan kita yang bersih ini.

WalLahu 'alam. Serawak untuk PAKATAN RAKYAT.

Monday, March 14, 2011

Puisi Dr. Yusof Al Qardhawi Semasa Kesedihan Dengan Kematian Al Banna.


Untukmu
Wahai imamku,
Wahai guruku yang mulia,
Wahai pembawa berita di zaman buta,
Wahai pembawa petunjuk di dunia,
Ke arah jalan Muhammad,
Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam,
Wahai yang berteriak lantang untuk Islam.

Putera puterinya hanya pemuda Muslim
Dia menulis untuk dunia
sebuah dokumen kemenangan
Dia tidak akan menulisnya
melainkan dengan darah.

Mereka menyangka engkau telah mati sedangkan
engkau hadir di tengah-tengah kami
Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah
dan pelaku dosa,

Mereka menyangka engkau tiada,
sedangkan engkau menyaksikan kami,
Kami ikut jejakmu di setiap jalan gelap,
Kemudian bersama kepimpinanmu
yang memberi suluh,
Yang telah kau bina tidakkan hancur,

Cintamu akan selalu menetap dan melekat di hati,
Peribadimu selalu ada dalam fikiran,
Dan namamu selalu mnghiasi bibir.

Petikan dari: Kitab Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun (Prof. Dr. Yusof Al Qardhawi)