Pages

Monday, May 23, 2011

PUSPEN. Ada Cahaya Harapan Padanya.


PUSPEN iaitu akronim kepada Pusat Pemulihan Narkortin adalah merupakan antara pusat-pusat pemulihan dadah yang ada dalam Negara. PUSPEN yang terletak di Kimanis, Papar mampu menempatkan hampir 150 orang pelatih dalam satu masa.

Penulis yang diberikan kesempatan untuk mengadakan sesi ceramah di sana sangat teruja dengan apa yang dilihat, diperhati dan diinteraksikan bersama ahli keluarga PUSPEN. Pertama yang penulis lihat akan kesantunan pegawai-pegawai di PUSPEN dalam melayani pelatih-pelatih. Mereka tidak dilayan dengan kasar sebagaimana orang salah yang melakukan kesalahan tetapi mereka di layan dengan cukup baik. Salah satu contoh yang baik antaranya, mereka ini tidak dipanggil dengan penggilan pelatih tetapi keluarga PUSPEN.

Dalam beberapa siri perbualan penulis dengan pelatih, penulis mendapati kebanyakan mereka ini telah sedar dan insaf. Ini dapat dilihat pada genaggan air mata bila mereka mengucapkan keinsafan tersebut. Dan mereka sedia berkongsi pengalaman mereka sebelum dan semasa menjadi penagih. Dan bila ceramah yang bertajuk “Dari Mana Kita, Untuk Apa Kita Dilahirkan, Kemana Selepas Ini” ada dikalngan pelatih yang mengalirkan air jernih dikelopak, Mungkinkah ini salah satu tanda sebuah kesedaran dan keinsafan tersebut.

Penulis bukan nak bercerita pasal ceramah atau mengupas kembali isi ceramah, akan tetapi penulis ingin berkongsi kerisauan pelatih akan masa depan mereka. Rata-rata pelatih yang penulis temui melahirkan kerisauan mereka bila mereka sudah tamat di sini dan kembali ke dalam masyarakat. Persoalan mereka, apakah masyarakat dapat menerima mereka? Apakah masyarakat tidak menghina dan mengeji mereka? Atau, apakah masyarakat akan berterusan menganggap kehadiran mereka dalam masyarakat menjadi penyebab kepada kerosakan dan mengganggu ketenangan mereka? Kalau inilah yang terjadi kata mereka, tak mustahil mereka akan kembali menagih disebabkan tekanan yang mereka terima bila kembali dalam masyarakat. Dan inilah antara sebab kenapa berlaku penagihan yang berulang. Sedangkan mereka, setelah dibenarkan keluar mereka ini telahpun insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

Penulis Cuma mampu nasihati mereka dengan berkata, sekarang kamu insaf sebab apa? Kamu bertaubat kepada siapa? Keredhaan siapa yang kamu semua harapkan?

Kalau keinsafan kamu kerana Allah, kalau taubat kamu kerana Allah, kalau kamu hanya mengharapkan redha Allah yang paling utama. Kenapa perlu kamu takut dengan pandangan masyarakat. Kenapa kamu perlu takut untuk keluar dan berdepan dengan masyarakat kemudian nyatakan bahawa kamu benar-benar telah insaf dan bertaubat. Masyarakat memang akan beranggapan demikian kerana mereka tak dapat membaca isi hati kamu. Mereka tidak dapat melihat keikhlasan taubat kamu. Yang penting kamu tunjukan bahawa kamu telah benar-benar insaf dan bertaubat kepada Allah. Akhir sekali penulis nasihatkan mereka, andainya sampai akhirnya masyarakat tetap tidak dapat menerima kamu. Ingatlah, Allah akan menerima kamu andainya kamu benar insaf, bertaubat keranaNya. Dan kejarlah redhaAllah, insyaAllah redha manusia kamu akan dapati nanti.
Mereka insaf dan bertaubat. Manakala kehidupan mereka di PUSPEN pula seumpama di pondok pengajian. Solat jemaah setiap waktu dan kuliah agama dan fardhu ain juga setiap kali selepas solat waktu. Bila mereka keluar, apa peranan kita sebagai ahli masyarakat? Apa tanggungjawab kita bagi memastikan mereka terus insaf dan sedar akan kesalahan yang mereka pernah lakukan? Berilah sedikit peluang kepada mereka untuk mereka buktikan keinsafan dan taubat mereka. Memang mereka pernah bersalah kepada kita tapi apakah setelah mereka sedar dan insaf kita masih menghukum mereka. Apakah kita lebih hebat berbanding Allah sebagai Khalik yang sentisa menerima taubat hambaNya.

Kita harus sentisa ingat dan sedar, bahawa mereka juga makhluk Allah sebagaimana kita yang tidak bernasib baik kerana gagal dalam ujian Allah dan terjebak dengan semua tu. Kita sebagai hambaNya yang beruntung kerana tidak diuji sedemikian sepatutnya bersyukur dengan kita laksanakan tnggungjawab kita membantu mereka untuk bertaubat. Ingatlah, mereka pernah melakukan kesilapan. Setiap kita juga pernah melakukan kesilapan kecuali nabi. Yang pentingnya ialah, apakah kita insaf dan sedar dari kesilapan tersebut lalu bertaubat. Mereka ini pula, telah insaf dan sedar lalu mereka bertaubat. Apa hak kita untuk mempertikaikan taubat mereka? Itu hak mereka dengan Allah. Hak kita ialah bantu mereka dan santuni mereka agar mereka terus sedar dan insaf kemudian menjadi anggota masyarakat yang berguna dan mampu pula menjadi penyelamat kepada anggota masyarakat yang lain.

Penutup kepada ceramah penulis nyatakan, bila kamu keluar ke dalam masyarakat jadilah kamu seorang pendakwah. Lalu mereka terpinga-pinga. Macam mana tu ustaz? Kami bukan ada ilmu agama. Lalu penulis menjawab, pandakwah ada dua cara, amar makruf dan nahi mungkar. Mungkin kamu susah untuk amar makruf tapi kamu mampu untuk nahi mungkar iaitu kamu nyatakan kepada masyarakat terutama sekali remaja yang lalai dan leka tentang kesannya andai mereka terjebak sebagaimana yang pernah kamu alami.
Akhir sekali penulis mengharapkan kepada semua ahli keluarga PUSPEN. Cepat sedar dan insaf. Kami anggota masyarakat menuggu-nunggu keinsafan kamu dan kembali bersama kami untuk sama-sama membangunkan masyarakat dan sama-sama membantu memenangkan Islam.

Sekian..

Wassalam

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPNS.

Tuesday, May 10, 2011

Kenaikan Harga Gula dan RON97. Katakan Tak Nak Pada BN.

Salam Untuk Semua,

Harga barang naik lagi. Gula RM0.20 dan Ron97 RM2.90. Tahniah pengundi BN di Serawak. Tahniah pengundi BN seluruh Malaysia. Ini kali kedua selepas anda memberikan satu undi anda kepada BN.

Dalam ruangan, ini penulis pernah menulis perkara yang sama di oktober 2008. Jadi rasanya seperti tak perlulah untuk saya mengupas kembali isu kenaikan harga barang ini yang menampakkan satu tindakan tak berhati perut pihak kerajaan dalam suasana himpitan hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang banyak. Cuma penulis melihat kenaikan barangan kali ini adalah lebih menyeluruh nanti dan lebih menjadi alat penampung kerakusan pemimpin yang tamak dan membazir wang rakyat. Bila kantung dah kering, maka kantung rakyat pula dikikis. Tapi jangan risau, tunggu PRU13 nanti PR menang ralyat rampas balik semua hasil samunan yang telah dibuat.

Penulis kali ini ingin membuat imbasan kembali kepada kenaikan harga barang pada tahun 2008 iaitu pada bulan Mei. Iaitu 3 bulan selepas rakyat memberikan kepercayaan kepada UMNObN memerintah untuk kali ke12. Pada masa tu Pak Mat di Ulu Kelantan, En. Ali di Kinabatangan dan Kak Joyah di Baling tak heran dengan kenaikan semua tu kerana harga getah mahal manakala harga sawitpun melambung. UMNObN yang penasihatnya APCO merancang semua ini bagi memastikan setiap sesutu yang merupakan satu penindasan yang di lakukan UMNObN tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.

Tapi Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah, harus sedar dan ingat bahawa orang Islam ni dia tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama. Dan perlu juga insaf bahawa ini bukan kali pertama kenaikan harga barangan keperluan disembunyikan dibalik kenaikan harga semasa komuditi. Kemudian bila kenaikan harga barangan telah sejuk akan kehangatannya amarah rakyat maka harga komoditipun merudum. Sudah berapa kali perkara sebegini berlaku aduhai Pak Mat di Ulu Kelantan, En Ali di Kinabatangan dan Kak Joyah di Baling. Mungkin harga komuditi sekarang akan bertahan sehingga PRU13, tapi untuk bertahan lebih lama rasanya seperti satu yang mustahil. Apapun penulis tetap berdoa agar harga komuditi akan akan kekal setabil sebab terasa pilu,sedih dan kesihan pula kepada golongan pengundi UMNO yang tiggal di kampong-kampung dan felda-felda yang menjadi pengeluar utama 2 komuditi ini. Mereka mungkin tertipu sebab maklumat mereka adalah RTM, TV3 suku dan JKKK .

Cuma untuk PRU13 nanti, harap sangat-sangat supaya mereka yang seperti Pak Mat, En Ali dan Kak Joyah boleh berubah dalam menurunkan undi mereka di kertas undi kepada Pakatan Rakyat kali ini. Jangan takut untuk membuat perubahan kerana keuntungannya adalah untuk diri sendiri, keluarga dan anak cucu. Keberanian kita sebagai rakyat akan membuatkan pemimpin yang memegang tampuk kuasa tak akan rakus dengan wewenang melakukan kezaliman dengan menaikkan harga barang. Ikuti contoh Negara Jepun, mereka maju sebab pemimpin mereka telus. Pemimpin mereka sentisa silih berganti mengikut parti yang menang. Pertukaran silih berganti parti yang memerintah sesuatu Negara akan menyebabkan mereka tak sempat dan takut untuk melakukan sesuatu kezaliman untuk rakyat.

Ayuh la, jangan kita takut untuk membuat perubahan ini. Dan harap Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah pun tidak takut juga untuk sama-sama membuat perubahan dan seterusnya dengan sedikit keberanian ini dapat pula menyatakan semua ini kepada kawan-kawan. Supaya dengan kenaikan harga barang ini akan menjadi penyebab kekalahan BN dalam PRU13. Semoga selepas PRU13 nanti tak ada lagi ketirisan dalam sistem pemerintahan Negara yang boleh menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung kerugian ini melalui kenaikan harga barang. Semoga selepas ini juga pemimpin menjadi takut dengan kuasa yang ada pada rakyat. Semoga Malaysia lebih aman dan berkebajikan tanpa UMNO dan BN.

Sekian..

Wassalam

Daripada:
(Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Masyarakat, DPPNS)

Tuesday, May 3, 2011

Bicara POLIGAMI (Siri 1). Mudah Andai Istiqamah Dengan Sunnah Yang Lebih Mudah.

Salam untuk semua yang membaca entri ini. Pertamanya pohonan maaf kepada semua samada yang bergelar Isteri ataupun yang bergelar suami. Mungkin entri kali ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi pembaca sekelian. Cuma penulis mahu setiap apa yang tercoret mampu pembaca semua, memahami dan menilai dari semua sudut. Bukan hanya melihat dengan pandangan emosi dan berkepentingan sendiri. Mesti ada kebersamaan yang luas dan mantap serta berani menyatakan hak walaupan ditentang.
Bila berbicara soal poligami, ayat 4 surah an nisa’ menjadi ikutan dan hujjahan semua. Isteri dan Suami mengambil pandangan yang berbeza pada ayat yang sama. Iaitu;
“kahwinilah perempuan yang baik dari kalangan kamu 2, 3, atau 4. Tapi andai tidak mampu berlaku adil maka kahwinilah satu sahaja.”

Bagi suami ayat ini pendorong kepada mereka untuk berpoligami. Menjadi hujjah bahawa suami boleh berkahwin sampai 4. Maka berbagai hujjah dihuraikan bagi memahami isteri akan keharusan berkahwin 2, 3, atau 4. Manakala bagi si isteri ayat ini menjadi hujjah bagi mereka bahawa nak kahwin boleh tapi persoalan akan diajukan kepada suami, mampukah berlaku adil? Dan paling bahaya ada setengah sampai sanggup mempertikaikan kemampuan suami di khalayak dengan menyatakan bahawa suami mereka lemah dan tak mampu untuk adil. Tidakah ini mengaibkan suami dan lebih-lebih lagi ianya di ucapkan dikhalayak yang akan menyebabkan dosa kering.

Bagi mengendurkan suasana yang mana, satu pihak terlalu berkeinginan manakala pihak satu lagi menentang keterlaluan sampai sanggup menghina orang tersayang yang menjadi tempat mereka bernaung kasih dan sayang. Maka perlu dicarikan satu titik noktah kepada permasalahan yang tidak pernah kendur ini. Permasalahan yang mengundang berbagai polimik dan perbincangan dalam masyarakat. Samada bagi pihak yang amat bersetuju dan berminat dengan poligami yang berada di persimpangan atau yang menentangnya secara total.

Poligami adalah Sunnah nabi dan ini salah satu hujjah bagi si suami. Dan Isteri manjawab, banyak lagi sunnah nabi kenapa tak diikuti. Betul kata si Isteri, sunnah nabi bukan poligami semata-mata, malahan banyak lagi yang mudah. Kenapa dicari yang payah? Penulis ingin menyatakan, kenapa terus kepada yang payah sedangkan tinggal yang mudah. Kenapa terus membawa lori yang besar sedangkan keretapun belum lulus. Sunnah yang mudah ini di anggap mudah sebab tak tercatat padanya undang-undang tentang keperluan izin si isteri atau kelulusan mahkamah untuk melaksanakannya.

Apa itu sunnah yang mudah? Beberapa sunnah yang dianggap mudah untuk kita amalikan iaitu solat sunat rawatib, Qiamullail, Puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat Dhuha, bacaan al Quran sekurang-kurangnya 2 lembar sehari, berzikir dan banyak lagi yang merupakan sunnah nabi yang mudah untuk kita ikuti dan tidak perlu mendapatkan tandatangan si isteri atau kelulusan Mahkamah Syariah. Satu lagi yang perlu diambil perhatian iaitu solat berjemaah di masjid. Ini bukan setakat sunnah tapi merupakan kewajiban kifayah. Apakah telah selesai 5 waktu kita amalkan?

Penulis bukan ingin berbicara secara feminin dalam hal ini, tapi inilah hakikatnya bagi kita meraih kepercayaan isteri. Sebab, bila kita melihat mereka yang beroleh bahagia dari poligami iaitu ulama yang baik dan yang teratur padanya sunnah nabi lalu mendapat kepercayaan si isteri. Ulama yang hidupnya pada jalan haraki yang beramalkan sunnah nabi, poligaminya cukup indah dan menyejukkan hati. Isteri tidak ada sebab untuk menentang lagi kerana baginya sudah tidak ada alasan untuk diberi. Bagi semua para suami yang berkeinginan poligami sila cuba resipi ini. Cuma, cuba betulkan niat dihati bahawa sunnah nabi diikuti kerana mengharapkan redha Ilahi dan syafaat di akhirat nanti. Disamping itu, perbanyakkan tadahan doa kepada Allah, tuhan yang maha memberi.

Selepas resepi ini berjaya kita amali, maka teguhkan semangat, bulatkan tekad dan berdepan dengan isteri dengan penuh berani membentangkan niat dihati. Pastinya tidak ada alasan syarie yang hendak diberi, kerana suami memang lelaki baik budi pekerti serta pejuang haraki yang sentisa beralas hidupnye dengan sunnah Nabi. Fikir-fikirkanlah wahai mereka yang ingin berpoligami, poligami pastinya mudah andainya kita mampu istiqamah dengan sunnah yang lebih mudah.

Sekian, Terima kasih.
(Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPPNS)

Wassalam.