Pages

Sunday, December 20, 2009

Peranan Orang Muda Dalam Hijrah dan PAS

Dalam kita menyambut Tahun Baru Hijrah, pastinya kita akan mengimbau kembali tentang perit jerihnya baginda Nabi S.A.W bersama sahabat terbaiknya Saidina Abu Bakar. Perjalanan yang penuh onak dan duri ini ditempuhi oleh mereka berdua dengan keyakinan dan penyerahan diri kepada Allah.

Allah S.W.T walau bagaimanapun tetap tidak membiarkan kekasihnya Muhammad bersendirian dengan sahabatnya menghadapi segala kesulitan sepanjang penghijrahan. Lalu dihantarkan bantuan dengan dicampakkan dalam diri 3 remaja muslim keberanian dan semangat perjuangan membantu manusia agung kekasih Allah. Mereka ialah sepupu baginda sendiri iaitu saidina Ali Bin Abi Tholib, Abdullah Bin Abu Bakar dan seorang remaja perempuan Saidatina Asma' Bin Abu Bakar.

Saidina Ali, yang telah menggantikan tempat tidur Baginda Nabi telah mengambil risiko yang cukup besar kerana beliau sendiri sedia maklum bahawa musuh Nabi sedang mengelilingi rumah baginda kerana ingin membunuh baginda nabi S.A.W. Pastinya, apabila mereka ingin membunuh nabi semasa tidur mereka akan menerkam lalu membunuhnya. Tetapi inilah pemuda muslim yang sebenar yang telah berjaya dilahirlah oleh Nabi S.A.W yang sanggup menggadaikan nyawa sendiri demi kemenangan Islam.

Abdullah Bin Abu Bakar pula telah mengambil peranan sendiri dengan mengembala kambing disepanjang perjalanan Baginda Nabi dan Abu Bakar yang tujuannya untuk menghilangkan bekas tapak kaki baginda Nabi dan Abu Bakar dari dikesan oleh Musuh mereka iaitu kuffar Quraish. Tanpa rasa takut dan bimbang kerja yang diamanahkan ini dilaksanakan dengan sebaiknya.

Asma' Binti Abu Bakar seorang remaja perempuan yang telah memainkan peranan sebagai penghantar makanan kepada Baginda Nabi dan Bapanya yang sedang bersembunyi di Gua Thur. Bukan itu sahaja, dia juga bertugas menrisik rahsia dan mengorek berita daripada pembesar quraish lalu disampaikan kepada Bapanya dan Nabi sendiri. Tanpa rasa takut dan bimbang kerja ini juga dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Walau hanya seorang remaja wanita, tetapi sejarah telah membuktikan tentang keberanian yang telah ditunjukkan oleh Asma' sebagai seorang pembantu dalam menjayakan hijrah nabi S.A.W.

3 remaja muslim ini sepatutnya menjadi satu pemangkin dan pembakar semangat kepada remaja Islam zaman ini dalam perjuangan menegakkan Islam. Kita sepatutnya sentiasa berperanan dalam perjuangan menegakkan Islam walau di sudut mana kita berada dan walau sebesar mana tugas kita. perlu diingat, sesuatu usaha yang dirancangkan oleh Jemaah Islam terutamanya PAS tidak akan berhasil dengan jayanya andai tanpa bantuan dan komitmen dari golongan pemuda dan pemudi. Pemuda dan pemudi ini pula mestilah mempunyai semangat dan roh perjuangan islam yang tinggi dan juga mesti dilahirkan pada diri mereka semangat untuk memenangkan Islam.

Perlu juga diingat, andai Ali, Abdullah dan Asma' adalah pertolongan Allah kepada Nabinya. Maka begitu juga andainya lahir dalam satu-satu jemaah ramai pemuda yang ikhlas dan berani, juga merupakan pertolongan Allah kepada jemaah tersebut. Dan jemaah akan hancur andai terdapat golongan pemudanya yang rosak dan rasuah, dan inilah yang sedang dialami oleh UMNO sekarang.

Untuk itu PAS melalui sayap pemudanya perlu meramaikan ahli dikalangan pemuda dan mentarbiah mereka supaya mereka nanti akan bersanggupan bermati-matian untuk Islam. Bagitu juga dengan Nisa', mereka juga perlu berusaha dengan lebih giat lagi bagi melahirkan lebih ramai Asma' Binti Abu Bakar dalam jemaah PAS yang akhirnya mereka akan berjuang untuk Islam dengan penuh keberanian.

Jadi, ayuhlah wahai pemuda muslim. Bangkitlah dalam satu Jemaah Islamiah dengan satu tekad dan semangat "MENANGKAN ISLAM DAN HANCURKAN TOGHUT'.

Sekian. Wassalam.....

Thursday, December 3, 2009

Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Sokongan Kami Tak Berbelah Bagi

Selepas pilihanraya Umum ke12 Pakatan Rakyat telah berjaya menawan beberapa negeri di semenanjung. UBN yang angkuh dengan kekuatannya sebelum ini telah gagal mengekalkan kemenangan mejoriti 2/3 di parlimen. Kekalahan mengejut UBN dibeberapa buah negeri ini telah menyebabkan UBN terpaksa membuat beberapa Post Mortem bagi melihat dimana kelemahan mereka dan dimana kekuatan PR. Penasihat Yahudi juga telah dilantik. Akhirnya, antara yang dapat mereka kesan ialah tentang pengaruh dari sudut kerohanian seorang pemimpin PAS yang namanya Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz. Maka bermulalah serangan demi serangan telah dibuat keatas Tuan Guru.

Serangan makin bertubi-tubi apabila cadangan dan cita-cita UBN terhadap kerajaan perpaduan dihalang oleh Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru dan Dato' Husam dengan tegas menyatakan hasrat tidak mahu kerajaan perpaduan ini dibincangkan apa lagi untuk merialisasikannya. Maka cadangan untuk ini terpaksa dibatalkan dan UBN menjadi sesak nafas dan naik minyak lalu senapang ampuh iaitu lidah busuk media mereka mensasarkan Tuan Guru dan Dato' Husam sebagai mangsa. Selain itu serangan dibuat juga bertujuan untuk menutupi bangkai yang sedang membusuk dalam UBN supaya tidak terhidu oleh rakyat. Pergolakan dalam UMNO, perpecahan MCA dan keangkuhan Samy Vellu dalam MIC antara kebusukan yang cuba hendak diselimuti.

Bermula dengan isu nyayuk oleh Brahim Ali sehinggalah kepada serangan ahli keluarga dan yang terkini isu doa bala kepada Najib. Semuanya telah diolah dengan baik sekali oleh lidah busuk media UBN bagi menyakinkan penyokong dan pendokong PAS supaya mempercayai bahawa Tuan Guru Nik Aziz sudah tidak mampu memerintah kelantan. Stopa Mamat pun tidak melepaskan peluang dengan meminta Tuan Guru Nik Aziz melepaskan jawatannya kerana sudah tua. Siapa dia untuk bercakap demikian? Perlukah dilayan cakap-cakap musuh begini?

Ada pula yang mencadangkan supaya Tuan Guru menamakan penggantinya. Cadangan baru diutarakan maka semua menyibuk dengan kata-kata tekanan kepada Tuan Guru, antaranya dewan ulama minta supaya pengganti Tuan Guru mesti ulama. Sedar atau tidak ini cadangan berunsur provokasi. Siapapun pengganti tak semestinya ulama asal sahaja tahu perjuangan parti dan Islam kemudian disenangi ramai. Para penyokong bawahan pening memikirkan semua ini. Rata-rata rakyat kelantan bawahan melahirkan rasa risau mereka andai Tuan Guru melepaskan jawatannya. Ketakutan mereka untuk menghadapi PRU13 tanpa Tuan Guru. Dan memang ini yang dikehendaki oleh UBN.

Beberapa pemimpin PAS cawangan telah saya temui dan mereka telah mencadangkan dan memberikan pendapat mereka pada saya bahawa tidak salah Tuan Guru mencadangkan nama penggantinya tetapi jangan melepaskan jawatan. Tujuaannya ialah, apabila berlaku apa-apa perkara yang tak diingini (Nauzubullahiminzalik) maka penggantinya sudah ada dan tak perlu lagi pergaduhan berlaku dalam pemilihan pengganti sebagaimana Abu Bakar menamakan Saidina Umar sebagai penggantinya. Saya melihat cadangan ini sangat baik untuk diparaktikkan dan penggantinya tidak semestinya ulama dan profesional ulamapun rasanya cukup baik bagi menerajui sebuah pemerintahan masa depan yang lebih komplikated. Seumpama YAB Dato' Seri Nizar yang menerajui negeri Perak.

Jadi kepada Tuan Guru walau apapun desakan dan serangan, harap Tuan Guru mampu menghadapinya. Jangan sekali-kali akur dengan desakan supaya melepaskan jawatan. UBN hanya mahu melihat PAS lemah dengan perletakan jawatan Tuan Guru. Kami tidak redha melihat semua itu. Kami tetap menyokong tuan guru untuk kekal menjadi Menteri Besar kelantan dan MUrsyidul Am Pas sehinggalah Allah S.W.T menentukan takdirNya. Kami Pas Cawangan Pangkal Mak Wan, Machang, tetap berada di belakang Tuan Guru dan menyokong sepenuhnya tanpa berbelah bagi selagi Al Quran dan As Sunnah menjadi asas pemerintahan.

Wassalam.... PAS Pangkal Mak Wan, Machang, Kelantan.