Pages

Saturday, November 22, 2008

Gambar Sekitar Hari Sukan Sekolah 2008




Bersemagat nampak!!!!







Cikgunya berpayung pula!!



Friday, November 14, 2008

Gambar Sekitar Sambutan Hari Ucapan
















Hukum Menggantung Gambar

Hukum menggantung gambar2 bernyawa pada dinding2 rumah adalah haram kerana menyebabkan malaikat tidak masuk kedalam rumah.Imam Bukhari meriwayatkan didalam Sohihnya sebuah hadith dari A'isyah r.a. bahawa Rasul Allah sa.w. bersabda :'Sesunnguhnya malaikat itu tidak memasuki rumah yg ada didalamnya gambar.Dan barang siapa yg membuat gambar akan diazab pada hari kiamat maka disuruh supaya ia hidupkan apa yg ia buat itu.'Berkata Imam Manawi : Yg dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon2 kayu.Dan yg dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam."Jadi gambar yg diharamkan gantung pada rumah2 itu ialah gambar2 makhluk bernyawa samada separuh atau penuh.Dan tidak mengapa gantung gambar2 yg bukan makhluk bernyawa seperti gambar kapal,pohon kayun dan seumpamanya.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku " Seni Dalam Islam", hukum gambar-gambar fotografi pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
.
Hukum gambar fotografi

Fotografi dengan kamera adalah suatu yang baru yang tidak pernah wujud di zaman generasi Islam yang terdahulu. Oleh kerana ia adalah gambar yang dihasilkan oleh teknologi, maka ulamak kontemporari memberi pelbagai reaksi dan fatwa.

Tiga ulamak besar abad ini: 1. Syaikh Muhammad al Bakhit, Mufti Mesir. 2. Syaikh 'Atiyyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa al Azhar (Islam wa Masyaakil Hayah) 3. Prof Dr Yusof Qardhawi (Fatawa Mu'asarah)
Ketiga-tiga mereka bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharam jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau bintang yang ada hubungan dengan kebatilan dan ahli maksiat.

Hukum mempamirkan gambar.

Qardhawi (Fatawa mu'asirat), harus jika motifnya bukan untuk disucikan atau bertujuan untuk riak atau mengagungkannya.
Di sana ada juga pendapat lain yang lebih bersifat menjaga dan lebih tegas. Namun, pendapat di atas lebih kontemporeri dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ada juga yg mengharamkan menggantung sebarang gambar kerana ia akan membawa kpd pemujaan dan mengagungkan. Hukum ini terbina atas kaedah fiqh " " .
Setengah ulama pula membezakan antara menggantung gambar makhluk bernyawa dengan gambar makhluk tidak bernyawa. Gambar makhluk yang tidak bernyawa dibenarkan seperti pemandangan dll.

Pendapat ana... yang amat jahil dan lemah ini, boleh gantung (tidak termasuk menyimpan)gambar manusia dengan tujuan seperti utk kenangan, memberi inspirasi, mengingatkan kita kepada tuhan. Tetapi kalau sampai riyak atau pemujaan atau mengagungkan dll, ,maka diharamkan. manakala gambar binatang, tidak ada sebab utk kita gantung.

Apa2pun, setiap sesuatu yang halal/dibenarkan itu bergantung kpd niat pelakunya. Ia boleh berubah kepada yang haram kalau tujuannya itu adalah maksiat, syirik.

Wallahu A'lam

Monday, November 10, 2008

JAWATAN ADALAH AMANAH YANG DITANGISI BUKAN DIRAI

(Rujukan : Tn Ibrahim Bin Tn. Man)

Muktamar PGPIK yang berlangsung pada 10 Nevember menyaksikan pembubaran AJK lama dan perlantikan AJK baru sesi 2008/2011.Menyaksikan Pnegerusi yang baru Ust Mohd Zaidi Bin Mustafa, Tim. Pengerusi Ust. Zulkarnain Mohd noh, 2 Naib Penegerusi Ust Noriman Pauzi dan Ust. Wan Salahuddin Wan Abdullah. Perubahan yang berlaku adalah perkara lumrah dalam satu-satu jemaah yang menerima kaedah sistem demokrasi dalam pengurusan jemaah. Penerimaan kaedah ini bermakna seluruh kepimpinan perlu bersedia bahawa jawatan yang dipegang akan dipertandingkan, dan bersedia untuk menerima keputusan dengan dada terbuka.

Umumnya kita menyatakan bahawa kita hanya menawar diri untuk dipilih, bukan mendesak ahli untuk memilih kita. Sifat ini adalah suatu sifat yang sangat terpuji; kerana jawatan bukanlah sesuatu yang menjadi kebanggaan apatah lagi untuk merasa terhormat dengan jawatan yang disandang. Menyedari bahawa jawatan adalah amanah besar yang terpaksa dipikul di dunia, dan ia terpaksa pula menjawab dihadapan Allah di hari akhirat, maka selayaknya seseorang itu menangis dengan jawatan yang dipegangnya. Bukan menangisi bila ia tidak dipilih; bahkan kalaulah kita menyedari betapa beratnya amanah ini, nescaya kita akan mengucapkan 'terima kasih' kepada sahabat yang tidak memilihnya, kerana mereka telah menolong meringankan kita di hadapan Allah di akhirat.

Mari kita meneliti pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abu Zar al-Ghifari yang datang memohon jawatan kepada Rasulullah s.a.w.;
"Wahai Abu Zar, kamu lemah sedangkan jawatan yang kamu minta ini adalah amanah. Dan dengannya (jawatan) kelak di hari akhirat kamu akan menyesal dan dukacita; melainkan kamu ambil kerana kamu layak memikulnya, dan kamu tunaikan pula amanah itu."
Abu Zar adalah sahabat nabi yang pernah pengsan kerana takutkan Allah, jauh berbeza dengan kita hari ini.

Dalam hadis yang Nabi juga bersabda: "Mana-mana pemimpin yang mengkhianati rakyatnya, maka ia di dalam neraka." (Riwayat Tabrani)
Sebenarnya terlalu banyak hadis yang sangat menggerunkan bagi orang yang memikul amanah, namun dikhuatiri akan tiada orang yang sanggup menerima jawatan yang diamanahkan kepadanya, maka memadailah dengan peringatan ini, menyebabkan ia takut untuk menerima jawatan yang diberi.

Antara menerima dan menolak amanah memimpin

Lalu ada yang bertanya kalau demikian, apakah kita harus biarkan jawatan disandang oleh orang yang tidak layak untuk menguruskan jemaah kita. Kita melihat tidak timbul soal tidak layak, kerana semua pendokong kepimpinan yang ada adalah mereka yang sangat layak memikulnya. Kita hanya memilih yang terbaik dari yang baik-baik, kerana itu sifat yang ada kepada kita adalah tidak melampau dalam mengharapkan jawatan untuk dimenangi, sehingga sekiranya kita tidak terpilih kita melakukan sesuatu diluar adab berjamaah, sehingga tindakan kita tidak menguntungkan jamaah bahkan menyusahkan jamaah.
Kalau diperingkat awal kita menyatakan 'saya hanya menawar diri', apa makna kalau kita tewas atau tidak dipilih kita rasa kecewa, melarikan diri dari jamaah, mendiamkan diri, mengharapkan dalam hati agar yang menang gagal dan kerjanya, bahkan lebih malang lagi kita mengambil sikap memusuhi pesaing kita. Pendokong jamaah harus sedar dengan perangkap syaitan dan hawa nafsu yang sangat licik, untuk merosakkan dirinya dan menjauhkannya dari perjuangan Islam. Lantaran itu ucaplah tahniah kepada pesaing kita yang menang dan katakan kepadanya: "Tahniah atas kejayaan anta demi jamaah, dan ana akan bantu anta dalam urusan ini". Kata-kata begini dan seumpamanya akan melemahkan hawa nafsu jahat dan mengecewakan syaitan dari merosakkan kita.

Jawatan bukan untuk direbut

Jawatan bukanlah sesuatu yang perlu direbut, tetapi menerima penyelesaian secara syura adalah baik. Sama ada untuk jamaah atau untuk diri penerima jawatan. Kita perlu menyedari bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita:
"Sesiapa yang menghendaki jawatan, sedang jamaah tidak meredainya, maka ia tidak akan ditolongi Allah dalam mengatasi masalahnya, dan sesiapa yang menerima jawatan sedang jamaah mengharapkannya, maka Allah akan membantunya dalam segala urusannya." (mafhum dari Hadis rasulullah s.a.w.)
Menerima kaedah syura bermakna redha dengan keputusan yang dibuat oleh jamaah ke atas diri kita, dan tidak dianggap redha seandainya kita meluahkan rasa kecewa di luar jemaah itu. Demikian juga adalah malang bagi pimpinan seandainya menyatakan bangkangan kepada apa yang telah diputuskan oleh jamaah. Apa makna berada dalam jamaah seandainya kita tidak boleh redha dengan keputusan jamaah? Lebih malang lagi bilamana kita merasa bahawa kita lebih penting dari jamaah atau merasai jamaah akan lemah kerana tiadanya kita.

Tidak boleh lari dari amanah

Menolak sesuatu jawatan yang diamanah juga merupakan suatu yang bertentangan dengan sifat jamaah. Seseorang pendokong jamaah hendaklah meletakkan kepentingan jamaah lebih dari kepentingan dirinya dan keluarganya, kerana itu ia tidak boleh lari dari menerima jawatan yang diamanah kepadanya. Kita bukan berhadapan dengan budaya merebut jawatan, sebaliknya kita berhadapan dengan sikap ahli yang tidak mahu menerima jawatan. Sikap ini juga tidak membantu jamaah dalam membina kekuatan. Terkadang sikap ahli dan sebahagian pendokong jamaah yang enggan menerima jawatan diamanahkan kepadanya, menyebabkan timbul dua keadaan:
1) Jamaah kehilangan tenaga yang berwibawa, dan keadaan ini melambatkan kejayaan dalam perjuangan Islam.
2) Tindakannya mendedahkan jamaah kepada mehnah, fitnah sama ada akan ada yang menganggap jamaah membelakangkan orang yang dianggap layak; atau ia menjadi golongan yang suka komplen dan kritik kelemahan jamaah. Kerana mereka yang berada diluar padang sangat senang mengkritik pemain yang termengah-mengah di tengah padang.

Selamat berjuang kepada semua yang terpilih. Kepada semau ahli, ingatlah PGPIK adalah jemaah kita dan kita semualah yang harus pertahankannya dan menjadikannya sebagai tunggangan dan penyelaras segala program dakwah didaerah kita ini.

Thursday, October 30, 2008

Kejatuhan Merudum Harga barang Komoditi (Getah dan Sawit)

Awal Mei lalu kita telah dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga minyak dipasaran antarabangsa. Susulan dengan itu harga minyak dalam negara juga melonjak naik sebanyak RM0.78 menjadikan harga pasaran minyak sebanyak RM2.70. Rakyat terpinga-pinga terkejut dan tidak percaya. Pengumuman yang mendadak itu memperlihatkan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat awam, rakyat marhain. Golongan profesional dan pertengahan mengecam hebat tindakan kerajaan ini. bagi mereka tindakan ini boleh menimbulkan pelbagai impak kepada masyarakat dan harga barangan.
Reaksi berbeza dapat dilihat dikalangan masyarakat kampung yang menjadi pembekal dan pengeluar kecil barangan komoditi. Pak Mat di Ulu Kelantan bila ditanya bagaimana pendapat Pak Mat harga minyak naik mendadak. "tak pa la minyak naik pun, ga(harga) getah pun naik jugak." En. Ali di pendalaman sabah juga ditanya soalan yang sama. En. Ali dengan tersenyum menjawab, "Tak ada masalah sebab harga sawit pun tinggi sekarang." Kak Joyah baling juga ditanya, "kak! macam mana sekarang, minyak dah naik. Kak Joyah dengan jawapan yang sama, "tak palah getah pun naik."
Memang betul kata pak Mat di Ulu Kelantan, En. Ali di pendalaman sabah dan Kak Joyah di Baling. Getah melambung naik dan sawit pun begitu juga. Begitulah mereka, mereka hanya tahu tentang hak mereka yang berada disekitaran mereka. Mereka berjuang untuk menambahkan hasil dan mahsul negara dan bagi mereka ini yang dipertahankan.
Minyak naik, barangan keperluan pun akan turut naik. Bagi Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah ini tidak menghairankan kerana apalah sangat dengan kenaikan RM0.20 gula, gandum, bawang dan lain-lain. Apalah sangat beras yang melonjak harganya dari RM9 untuk 5 kilo ke RM14. Getah dan sawitpun naik. Mereka langsung tak kesah dan tak mengambil peduli.
Awal oktober yang berlalu bersama kemeriahan aidilfitri, semua umat bergembira tak kira peringkat kedudukan. Pak Mat bergembira, En. Alipun sama, kak Joyah lebih lagi. Rupanya kegembiraan hari raya berlalu bersama perginya ramadhan. Sekarang kegembiraan tersebut telah lenyap, keresahan dan rungutan mula terungkap. Dulu getah RM4 lebih sekilo sekarang RM2. Sawit pula pernah mencecah Rm7 sekilo sekarang RM3. Alhamdulillah minyakpun turun keRM2.30.
PakMat tetap bersungut, Kak Joyah tetap bersungut, En. Ali pun demikian juga. Bagi mereka apapun yang berlaku, getah dan sawit jangan jatuh harganya. Sekarang apa akan jadi dengan mereka. Apa akan jadi dengan anak-anak mereka. Apa akan jadi kepada pekebun-pekebun kecil getah dan sawit seperti mereka. Yang tinggal di Ulu Kelantan, di gerik perak, di Kuala Lipis, Di Ulu Bernam, di Pendalam Sabah dan Serawak. Barangan komoditi hasil keluaran mereka telah jatuh merudum sedangkan barangan keperluan harian mereka dan anak-anak mereka masih liat bertahan. Naik kerana harga minyak yang mengejut naik sedangkan bila minyak turun dan getah serta sawit turun barangan ini liat.
Kesian Pak Mat, Kak Joyah, En. Ali. Mereka hanya tahu melakukan kerja harian mereka. Inilah hasil yang mengeyangkan perut mereka, perut anak-anak mereka dan belanja menyekolahkan mereka. Kesihanilah mereka, dan perjuangkanlah hak mereka. Kepada kapitalis-kapitalis ekonomi, janganlah kerana mengejar keuntungan dan kemewahan sehingga mengorbankan manusia seperti Pak mat, Kak Joyah dan En. Ali.

sekian, Al Faqir IlaLlah, wassalam.

Tuesday, October 28, 2008

Sunday, October 26, 2008

Poligami Memanjangkan Umur

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.
Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.
Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.
Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.
Ini dikenali sebagai kesan nenek yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.
Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka, kata Lumaa. -

Agensi

Sumber dari email

Tuesday, October 14, 2008

Hikmah Disebalik Peristiwa Yang Berlaku

Setiap kejadian yang Allah jadikan pasti ada hikmah disebaliknya. Walau sekecil manapun peristiwa, hikmahnya tetap ada. Apatah lagi kalau peristiwa tersebut amat besar dan hebat pada pandangan manusia.
Maaf, saya nyatakan disini perihal peristiwa kemalangan yang melibatkan seorang sahabat yang cukup tragis sehingga jenazahnya rentung. Keluarga simati yang dalam kesedihan menerima tragedi yang cukup tragis. Sepatutnya orang ramai datang dan memberikan takziah dan mengembirakan keluarga dengan kata-kata semangat bukan beramai-ramai berkumpul dan bercakap tanpa ada keinsafan.

Perkara kedua perlu dilihat ialah perlunya kita sedar dan insaf, apabila tiba ajal seseorang maka tidak akan ditangguh atau dipercepatkannya walau sesaat cuma. Tidak perlu tunggu tua kerana mati bukan syarat tua. Tidak perlu sakit yang kritikal kerana mati bukan syarat sakit. Sebab itu sebelum tibanya kematian, kita kena persiapkan diri untuk menghadapinya.

Hikmah yang besar yang perlu diambil perhatian terutama golongan berpengetahuan agama iaitu persoalan pengurusan jenazah. Persoalan apa yang perlu dibuat, samada jenazah ynag telah rentung perlu dimandikan atau cukup sekadar tayammum. Bila persolan diajukan, berbagai pendapat keluar, yang satupun tanpa berlandaskan hujjah syarak dan pendapat ulama' muktabar. Apatah lagi pihak yang lebih berautoriti lambat menghadirkan diri.
Perlunya kita orang yang diamanahkan untuk terus mendalami ilmu agama supaya perkara yang sama tidak berulang. Sebagai pengetahuan kepada para sahabat sila rujuk dalam kitab Iqna' M/S 410. Menjelaskan bahawa dibolehkan tayammum jika susah untuk dimandikan jenazah. Begitu juga dalam kitab Fiqh 4 mazhab Imam Al Jaziri menyebutkan tayammum mengantikan mandi jika tiada air atau susah dimandikan seperti mayat terbakar atau takut terputus badan. Walau bagaimanapun ini dibuat jika sekiranya renjis atau sirampun tidak dapat. (Rujuk M/S 458 jilid 1). Kita mengambil jalan selamat sekiranya ahli keluraga simati merasakan jenazah yang rentung ini kalau terkena air akan terputus atau hancur maka cukuplah dengan tayammum. Namun begitu sekiranya terkena air dengan cara disiram tidak menmudaratkan jenazah tersebut, siram adalah lebih baik.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah tentang ada sahabat-sahabat yang merakam gambar jenazah. Saya nasihatkan supaya dihapuskan gambar tersebut ditelefon masing-masing kerana ini boleh menimbulkan banyak kesan yang tidak baik. Terutama sekali kepada keluarga simati. Mereka berusaha sedaya mungkin untuk melupakan peristiwa tragis itu tetapai bila mana gambar tersebut mereka perolehi ini mengembalikan ingatan sedih pada diri mereka. Disamping itu, kita memperolehi gambar tersebut pastinya tanpa kebenaran ahli kelaurga simati, dan berdosa andainya kita mengedarkan gambar tersebut sedang keluarga simati sikit pun tidak meredhainya. Maka hapuskanlah.

Sekian, semoga penulisan ini tidak menyinggung sesiapa. Ianya sekadar peringatan pada diri saya yang dhaif disisi Allah, dan peringatan kepada sahabat-sahabat. Kita adalah pemegang amanah dan kita bertanggungjawab untuk menyempurnakan setiap amanah yang Allah taklifkan kepada kita. Ambillah hikmah terhadap setiap pertiwa yang berlaku. Kepada keluarga simati, takziah daripada penulis. Sesungguhnya anda semua telah diangkat sedikit martabat keimanan oleh Allah diatas kesabaraan dengan ujian yang diterima.

Sekian. Wassalam........

Monday, October 6, 2008

9 Jenis Anak Syaitan

Ketahuinya sebagai Persedian Kita Setelah Syaitan dilepaskan....

Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...


1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.


9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Thursday, September 25, 2008

Salam Perantauan

Ucapan Salam Perantauan dan Selamat hari raya kepada semua keluarga yang berada di Kelantan. Ayahanda dan Bonda serta adik-adik di Machang dan Ibu mertua di Ayer lanas.
dalam kemeriahan menyambut Hari Raya jangan pula lupa Anakanda dan keluarga di sabah.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang akan berangkat ke kampung halaman esok, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti untuk beraya bersama. Habis raya jangan lupa balik semula ke sekolah.
Kepada semua murid yang tersayang jangan terlalu ghairah beraya sehingga terlupa menjaga keselamat diri. Jauhi bahaya mercun dan meriam buluh (Ladun). Kepada semua pembaca, jadikan Hari Raya sebagai hari mengaplikasikan sifat dan perasaan Taqwa kepada Allah S.W.T setelah sebulan melalui tarbiah di universiti Ramadhan.


Sekian, wassalam...
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali Ku.






Majlis Berbuka Puasa SK. Sentosa Jaya

















Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan oleh AJK Kebajikan sekolah yang dikepalai oleh Pn. Rohana Daud.
Majlis diadakan di rumah Cg. Asmat Bin Ali. Jawatan Kuasa penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cg. Asmat kerana sudi menjadikan rumahnya sebagai tempat majlis.
Wujud suasana yang menceriakan semasa majlis berjalan dan kemeriahan cukup terasa. Dapat minum air jus anggur yang segar buat pertama kali adalah pengalaman yang melucukan. Semua tidak biasa meminumnya dan terkejut dengan rasa yang begitu. Terima kasih kepada orang yang mencadangkan Ust. Fadzilan untuk membelinya.
Banyak juga makanan yang disediakan oleh guru-guru. Setiap orang disyaratkan menyediakan satu jenis juadah. Ada tomyam yang mengiurkan, Sayap goreng yang ranggup, bihun yang sedap, ikan goreng yang panas dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak tu, terselit pula satu kuih dalam daun pisang warna hijau. tak ada nafsu pula untuk menjamahnya, mugkin terlampau hijau kot atau orang yang menyediakan tu tukang masak amatur. Jangan marah yeee..
Selesai majlis berbuka, kami mengadakan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh saya sendiri. Selepas itu majlis selesai.
Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada tuan rumah dan semua guru diatas kerjasama yang anda semua berikan. Tahun depan kita akan adakan lagi majlis yang lebih meriah dari ini. Anak dara 2 orang tu jangan lupa basuh pinggan dan periuk.
Sekian, Wassalam...




Sunday, September 21, 2008

Guru bercakap Politik Di Sekolah

Apa rasionalnya saranan Tim. Menteri Pelajaran melarang guru-guru bercakap politik di sekolah terutamanya di kantin?
Apa yang perlu difahami oleh masyarakat, guru adalah agen perubahan. Guru juga adalah pusat akses bagi segala maklumat. Malahan dalam pengajaran sekalipun guru mesti mengetahui tentang situasi semasa yang membolehkan guru merancakkan lagi pengajaran. Perlu juga di ketahui bahawa apabila guru berada dikantin itu adalah masa rehat bagi guru, dan apalah salahnya sekiranya sambil berehat mereka bercakap tentang situasi semasa yang berlaku. Pastinya perkara yang hangat sekarang ialah soal pergolakan dalam politik tanah air. kalau guru terlampau dikongkong sampai ketahap ini, pastinya akan berlaku kejumudan dan guru yang buta maklumat semasa. Tidak timbul persoalan ianya akan menambahkan lagi bebanan guru kerana bagi mereka isu politik terlampau mudah dan senang memperolehi maklumat samada melalui media cetak atau elektronik.
Cuma yang perlu diingat oleh guru, bila mana mereka terlampau rancak dan leka bercakap tentang sesuatu isu akan menyebabkan mereka menjadikan kantin sekolah sebagai kedai kopi kampung yang beroperasi dipagi hari. Kelekaan dan kerancakkan mereka akan menyebabkan mereka lupa bahawa murid sedang menunggu di dalam bilik darjah. Kalau inilah alasan Tim. Menteri memang patut saranan ini dikaji dan diambil tindakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Kalau di rujuk kembali sejarah politik tanah air, kita jangan memandang rendah peranan guru dalam mengerakkan semangat petriotisme dikalangan rakyat. Dalam bahasa yang mudah guru bukan setakat bercakap politik tetapi gurulah yang mempelopori politik tanah air dan mereka berkerja tanpa mengharapkan apa-apa habuan dari kemerdekaan cuma yang penting melayu dapat memerintah sendiri. kalau semangat ini masih ada pada seorang guru apalah salahnya mereka bercakap soal politik cuma jangan sampai terbiar anak didik di bilik darjah

sekian, wassalam...(Guru Cemerlang Negara Gemilang)

Kenali Guru-guru Sk. Sentosa Jaya

En. Zefree Bin Hj. Shahirin. PK. I/Pemangku Guru Besar

En. Norijan Bin Sapari. PK. Ko-Kurikulum


En. Yusof Bin MPK Kechil



Pn. Rosni Bt. Arok




Ustaz Fadzilan Bin Rasdi





En. Asmat Bin Ali






Pn. Anne Sylverster







En. Dawis Bin Ghani








Cik Maslina Bt. Mariali









Ustaz Zamizo Bin Yusof










Ustazah Faeza Bt. Fauzi











Pn. Laksanah Bt. Radin












Pn. Rohana Bt. Daud











































Lawatan Ayahanda dan Bonda Ke Sabah 16 - 24 Ogos 2008








Gambar kenangan sepanjang lawatan ke Kinabalu Park


Saturday, September 20, 2008

Mencari Lailatul Qadar

Ramadhan telah memasuki fasalnya yang ketiga. Diketika ini umat Islam semakin membebankan diri dengan banyak persoalan. Persoalan yang besar ialah bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi menyambut hari raya. Tak meriah rasanya bila raya disambut ala kadar. Meriah bagi sesetengah pandangan apabila dapat menyediakan bermacam-macam kuih raya, beranika corak pakaian, berbagai warna langsir dan rumah juga mesti di tukar warna.
Apakah ini nilai kegembira hari raya sampai terlupa dan terlepas kita kepada satu malam yang telah di janjikan oleh Allah lebih baik fadhilatnya dari seribu bulan kita beramal.
Tak salah menyediakan sedikit kelengkapan hari raya terutama yang mempunyai anak. Mahu juga melihat anak mempunyai pakian yang baru dan sedikit juadah untuk disedikan kepada tetamu yang berkunjung. Tetapi yang paling memgembirakan ialah apabila berakhir Ramadhan, kita keluar darinya dalam keadaan fitrah dengan segulung ijazah ketakwaan. Dan paling menggembirakan apabila ijazah yang kita genggam itu mendapat first class dan pengiktirafan bukan dari mana-mana universiti terhebat dunia tetapi pengiktirafan Allah bila mana lailatul Qadar yang kita cari berjaya kita perolehi.
Marilah kita terutama pejuang islam untuk menghidupkan malam-malam terakhir bulan ramadhan ini. pertingkatkan qimullail dengan solat, zikir dan bacaan Al Quran. Kalau nabi yang Maksum sanggup meninggalkan rumah dan keluarga untuk beriktikaf di Masjid siapalah kita sebagai umatnya untuk meninggalkan semua ini. Nabi sebagai contoh, baginda telah menunjukkan contoh menghidupkan malam lailatul qadar, tinggal lagi kita sebagai umatnya untuk mencontohi sunnah kehidupan baginda. Jangan dalam syahadah sahaja kita mengakui dan bersaksi Nabi Muhammad itu rasul tapi dalam sunnah kehidupan baginda sedikitpun kita tidak mengambil contoh dan mengikutinya.

Sekian, Wassalam.

Thursday, September 18, 2008

ABUTAQIYUDDIN

Memahami Sambutan Nuzulul Quran

Dalam suasana kita terutama yang berada dalam jemaah, yang sedang ghairah menganalisis dan menunggu 16 sept, jangan lupa kita sedang berada dalam suasana nuzul dan ghazwatul badar.
Dalam peristiwa peperangan badar, Rasulullah yang sedar tentang kelemahan tentera islam dan kekurangan daripada jumlah tentera mengambil langkah dengan menadah tangan dan memohon pertolongan Allah S.W.T. Walaupun perancangan teratur telah dibuat, namun mengingati Allah yang maha perancang diutamakan. Sebab itu jangan kita lupa, walaupun sehebat mana usaha yang telah dibuat oleh DSAI, doa dan zikir kepada Allah perlu ada.
Disamping itu, perlu juga kita sedar kita berada dalam satu pakatan yang di dalamnya ada pelbagai agama, bangsa dan latarbelakang. Kita juga mesti memohon kepada Allah agar agar alquran yang menjadi landasan perjuangan kita tetap dipertahankan.

Sekian, sekadar tulisan pertama sebagai bloger.