Pages

Sunday, September 21, 2008

Guru bercakap Politik Di Sekolah

Apa rasionalnya saranan Tim. Menteri Pelajaran melarang guru-guru bercakap politik di sekolah terutamanya di kantin?
Apa yang perlu difahami oleh masyarakat, guru adalah agen perubahan. Guru juga adalah pusat akses bagi segala maklumat. Malahan dalam pengajaran sekalipun guru mesti mengetahui tentang situasi semasa yang membolehkan guru merancakkan lagi pengajaran. Perlu juga di ketahui bahawa apabila guru berada dikantin itu adalah masa rehat bagi guru, dan apalah salahnya sekiranya sambil berehat mereka bercakap tentang situasi semasa yang berlaku. Pastinya perkara yang hangat sekarang ialah soal pergolakan dalam politik tanah air. kalau guru terlampau dikongkong sampai ketahap ini, pastinya akan berlaku kejumudan dan guru yang buta maklumat semasa. Tidak timbul persoalan ianya akan menambahkan lagi bebanan guru kerana bagi mereka isu politik terlampau mudah dan senang memperolehi maklumat samada melalui media cetak atau elektronik.
Cuma yang perlu diingat oleh guru, bila mana mereka terlampau rancak dan leka bercakap tentang sesuatu isu akan menyebabkan mereka menjadikan kantin sekolah sebagai kedai kopi kampung yang beroperasi dipagi hari. Kelekaan dan kerancakkan mereka akan menyebabkan mereka lupa bahawa murid sedang menunggu di dalam bilik darjah. Kalau inilah alasan Tim. Menteri memang patut saranan ini dikaji dan diambil tindakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Kalau di rujuk kembali sejarah politik tanah air, kita jangan memandang rendah peranan guru dalam mengerakkan semangat petriotisme dikalangan rakyat. Dalam bahasa yang mudah guru bukan setakat bercakap politik tetapi gurulah yang mempelopori politik tanah air dan mereka berkerja tanpa mengharapkan apa-apa habuan dari kemerdekaan cuma yang penting melayu dapat memerintah sendiri. kalau semangat ini masih ada pada seorang guru apalah salahnya mereka bercakap soal politik cuma jangan sampai terbiar anak didik di bilik darjah

sekian, wassalam...(Guru Cemerlang Negara Gemilang)

No comments: