Ramadhan telah memasuki fasalnya yang ketiga. Diketika ini umat Islam semakin membebankan diri dengan banyak persoalan. Persoalan yang besar ialah bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi menyambut hari raya. Tak meriah rasanya bila raya disambut ala kadar. Meriah bagi sesetengah pandangan apabila dapat menyediakan bermacam-macam kuih raya, beranika corak pakaian, berbagai warna langsir dan rumah juga mesti di tukar warna.
Apakah ini nilai kegembira hari raya sampai terlupa dan terlepas kita kepada satu malam yang telah di janjikan oleh Allah lebih baik fadhilatnya dari seribu bulan kita beramal.
Tak salah menyediakan sedikit kelengkapan hari raya terutama yang mempunyai anak. Mahu juga melihat anak mempunyai pakian yang baru dan sedikit juadah untuk disedikan kepada tetamu yang berkunjung. Tetapi yang paling memgembirakan ialah apabila berakhir Ramadhan, kita keluar darinya dalam keadaan fitrah dengan segulung ijazah ketakwaan. Dan paling menggembirakan apabila ijazah yang kita genggam itu mendapat first class dan pengiktirafan bukan dari mana-mana universiti terhebat dunia tetapi pengiktirafan Allah bila mana lailatul Qadar yang kita cari berjaya kita perolehi.
Marilah kita terutama pejuang islam untuk menghidupkan malam-malam terakhir bulan ramadhan ini. pertingkatkan qimullail dengan solat, zikir dan bacaan Al Quran. Kalau nabi yang Maksum sanggup meninggalkan rumah dan keluarga untuk beriktikaf di Masjid siapalah kita sebagai umatnya untuk meninggalkan semua ini. Nabi sebagai contoh, baginda telah menunjukkan contoh menghidupkan malam lailatul qadar, tinggal lagi kita sebagai umatnya untuk mencontohi sunnah kehidupan baginda. Jangan dalam syahadah sahaja kita mengakui dan bersaksi Nabi Muhammad itu rasul tapi dalam sunnah kehidupan baginda sedikitpun kita tidak mengambil contoh dan mengikutinya.
Sekian, Wassalam.
No comments:
Post a Comment