Awal Mei lalu kita telah dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga minyak dipasaran antarabangsa. Susulan dengan itu harga minyak dalam negara juga melonjak naik sebanyak RM0.78 menjadikan harga pasaran minyak sebanyak RM2.70. Rakyat terpinga-pinga terkejut dan tidak percaya. Pengumuman yang mendadak itu memperlihatkan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat awam, rakyat marhain. Golongan profesional dan pertengahan mengecam hebat tindakan kerajaan ini. bagi mereka tindakan ini boleh menimbulkan pelbagai impak kepada masyarakat dan harga barangan.
Reaksi berbeza dapat dilihat dikalangan masyarakat kampung yang menjadi pembekal dan pengeluar kecil barangan komoditi. Pak Mat di Ulu Kelantan bila ditanya bagaimana pendapat Pak Mat harga minyak naik mendadak. "tak pa la minyak naik pun, ga(harga) getah pun naik jugak." En. Ali di pendalaman sabah juga ditanya soalan yang sama. En. Ali dengan tersenyum menjawab, "Tak ada masalah sebab harga sawit pun tinggi sekarang." Kak Joyah baling juga ditanya, "kak! macam mana sekarang, minyak dah naik. Kak Joyah dengan jawapan yang sama, "tak palah getah pun naik."
Memang betul kata pak Mat di Ulu Kelantan, En. Ali di pendalaman sabah dan Kak Joyah di Baling. Getah melambung naik dan sawit pun begitu juga. Begitulah mereka, mereka hanya tahu tentang hak mereka yang berada disekitaran mereka. Mereka berjuang untuk menambahkan hasil dan mahsul negara dan bagi mereka ini yang dipertahankan.
Minyak naik, barangan keperluan pun akan turut naik. Bagi Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah ini tidak menghairankan kerana apalah sangat dengan kenaikan RM0.20 gula, gandum, bawang dan lain-lain. Apalah sangat beras yang melonjak harganya dari RM9 untuk 5 kilo ke RM14. Getah dan sawitpun naik. Mereka langsung tak kesah dan tak mengambil peduli.
Awal oktober yang berlalu bersama kemeriahan aidilfitri, semua umat bergembira tak kira peringkat kedudukan. Pak Mat bergembira, En. Alipun sama, kak Joyah lebih lagi. Rupanya kegembiraan hari raya berlalu bersama perginya ramadhan. Sekarang kegembiraan tersebut telah lenyap, keresahan dan rungutan mula terungkap. Dulu getah RM4 lebih sekilo sekarang RM2. Sawit pula pernah mencecah Rm7 sekilo sekarang RM3. Alhamdulillah minyakpun turun keRM2.30.
PakMat tetap bersungut, Kak Joyah tetap bersungut, En. Ali pun demikian juga. Bagi mereka apapun yang berlaku, getah dan sawit jangan jatuh harganya. Sekarang apa akan jadi dengan mereka. Apa akan jadi dengan anak-anak mereka. Apa akan jadi kepada pekebun-pekebun kecil getah dan sawit seperti mereka. Yang tinggal di Ulu Kelantan, di gerik perak, di Kuala Lipis, Di Ulu Bernam, di Pendalam Sabah dan Serawak. Barangan komoditi hasil keluaran mereka telah jatuh merudum sedangkan barangan keperluan harian mereka dan anak-anak mereka masih liat bertahan. Naik kerana harga minyak yang mengejut naik sedangkan bila minyak turun dan getah serta sawit turun barangan ini liat.
Kesian Pak Mat, Kak Joyah, En. Ali. Mereka hanya tahu melakukan kerja harian mereka. Inilah hasil yang mengeyangkan perut mereka, perut anak-anak mereka dan belanja menyekolahkan mereka. Kesihanilah mereka, dan perjuangkanlah hak mereka. Kepada kapitalis-kapitalis ekonomi, janganlah kerana mengejar keuntungan dan kemewahan sehingga mengorbankan manusia seperti Pak mat, Kak Joyah dan En. Ali.
sekian, Al Faqir IlaLlah, wassalam.
No comments:
Post a Comment