Pages

Friday, November 14, 2008

Hukum Menggantung Gambar

Hukum menggantung gambar2 bernyawa pada dinding2 rumah adalah haram kerana menyebabkan malaikat tidak masuk kedalam rumah.Imam Bukhari meriwayatkan didalam Sohihnya sebuah hadith dari A'isyah r.a. bahawa Rasul Allah sa.w. bersabda :'Sesunnguhnya malaikat itu tidak memasuki rumah yg ada didalamnya gambar.Dan barang siapa yg membuat gambar akan diazab pada hari kiamat maka disuruh supaya ia hidupkan apa yg ia buat itu.'Berkata Imam Manawi : Yg dimaksudkan dengan gambar pada hadith ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon2 kayu.Dan yg dimaksudkan dengan malaikat pada hadith ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni2 rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam."Jadi gambar yg diharamkan gantung pada rumah2 itu ialah gambar2 makhluk bernyawa samada separuh atau penuh.Dan tidak mengapa gantung gambar2 yg bukan makhluk bernyawa seperti gambar kapal,pohon kayun dan seumpamanya.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku " Seni Dalam Islam", hukum gambar-gambar fotografi pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
.
Hukum gambar fotografi

Fotografi dengan kamera adalah suatu yang baru yang tidak pernah wujud di zaman generasi Islam yang terdahulu. Oleh kerana ia adalah gambar yang dihasilkan oleh teknologi, maka ulamak kontemporari memberi pelbagai reaksi dan fatwa.

Tiga ulamak besar abad ini: 1. Syaikh Muhammad al Bakhit, Mufti Mesir. 2. Syaikh 'Atiyyah Saqr, Pengerusi Jawatankuasa al Azhar (Islam wa Masyaakil Hayah) 3. Prof Dr Yusof Qardhawi (Fatawa Mu'asarah)
Ketiga-tiga mereka bersependapat bahawa gambar yang dihasilkan oleh kamera terkecuali dari perbahasan hukum lukisan, ukiran dan membuat patung yang jumhur ulamak mengharam jika bertujuan menandingi ciptaan Tuhan. Ini bermakna hukum bergambar dengan kamera adalah harus. Keharusan ini tidak meliputi gambar-gambar lucah dan gambar tokoh atau bintang yang ada hubungan dengan kebatilan dan ahli maksiat.

Hukum mempamirkan gambar.

Qardhawi (Fatawa mu'asirat), harus jika motifnya bukan untuk disucikan atau bertujuan untuk riak atau mengagungkannya.
Di sana ada juga pendapat lain yang lebih bersifat menjaga dan lebih tegas. Namun, pendapat di atas lebih kontemporeri dan mengikuti perkembangan teknologi semasa. Ada juga yg mengharamkan menggantung sebarang gambar kerana ia akan membawa kpd pemujaan dan mengagungkan. Hukum ini terbina atas kaedah fiqh " " .
Setengah ulama pula membezakan antara menggantung gambar makhluk bernyawa dengan gambar makhluk tidak bernyawa. Gambar makhluk yang tidak bernyawa dibenarkan seperti pemandangan dll.

Pendapat ana... yang amat jahil dan lemah ini, boleh gantung (tidak termasuk menyimpan)gambar manusia dengan tujuan seperti utk kenangan, memberi inspirasi, mengingatkan kita kepada tuhan. Tetapi kalau sampai riyak atau pemujaan atau mengagungkan dll, ,maka diharamkan. manakala gambar binatang, tidak ada sebab utk kita gantung.

Apa2pun, setiap sesuatu yang halal/dibenarkan itu bergantung kpd niat pelakunya. Ia boleh berubah kepada yang haram kalau tujuannya itu adalah maksiat, syirik.

Wallahu A'lam

6 comments:

bayu pagi said...

Apa pula pdpt tuan jika menggantung gambar-gambar pemimpin mcm TGNA, dll, kdg-kdg poster, tak pun gambar di kalendar.

bayu pagi said...

Satu lagi dlm msyrkt kita suka gantung gambar kahwin dan konvo. Kalau gambar kawin sy rasa oklah jgk sebab kenangan. Tp gambar konvo, walaupun kenangan tp ia blh jd nak menunjuk-nunjuk, kalau tak pun apabila org dtg dan bertanya ttg gambar tersebut akan menimbulkan rasa bangga,ujub, riyak dsbnya. Apa ula hukumnya dlm hal ini?

bayu pagi said...

Adakah hukum gantung gambar sama dgn hukum siman dlm frame dan pamerkan atas rak, kabinet dsbnya?
Satu lg, kalau melukis adalah haram, apakah hukum kanak-kanak melukis (anak sy umur 4 thn suka lukis org dan binatang), dan apa pula hukum bekerja sebagai animator yg menghasilkan filem animasi binatang, manusia dsbnya.

Harap tuan dpt membantu mencari jawapannya kerana sy sering ditanya oleh pelajar tetapi tak dpt jawab (ilmu cetek). Syukran jazilan.

Husaini said...

Kalau setakat gambar konvo tak payah le...sekarang ni bersepah orang ada ijazah...tapi tak ada kerja. Simpa je la gambar tu...

Anonymous said...

saya agaka kurang pastiii....ape pula hukumnya kalau kita gantung karya hasil seni lukis???saya orang seni dan ade menggasntung karya binatang...nature dan figure...salah ke???sedangkan...itu adalah bakat yg dianugerahkan..dan perlu dihargai...seni itu indah..seseungguhnya ALLAH sukakan keindahan..jadi ...apakah jawapannya???sedangkan saya lihat..ade jgk rumah uztaz atau imam yg menggantung karya bernyawa.???sejauh manakah bukti anda untuk menjawabnya???silakan balas..terima kasih

Anonymous said...

tak perlu kau menghina orang tak ada kerja walau ada ijazah.