Berikut soalan yang ditanyakan oleh seorang individu kepada Dr. Yusof Al Qardawi tentang Surat Wasiat Syeikh Ahmad.
Pertanyaan;
"Pada suatu hari,secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung meneganai isinya. Kerana itu, saya mohon kesediaan Ustaz utnuk menjelaskan isi surat tersebut,apakah benar atau tidak. Surat tersebut ditandatangani oleh seornag pembuat kebaikan yang berisi wasiat Syeikh Ahmad, Juru Kunci makam Rasulullah SAW. Surat ini ditujukan kepada semua kaum muslimin di timur mahupun di barat. Juga berisi bermacam-macam nasihat.
Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyakkan surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada 30 orang, lalu Allah memberi rezeki sabanyak 25 ribu rupiah. Ada pula yang membagi-bagikannya lalu mendapat rezeki dari Allah sebanyak 6 ribu rupaih. Sebaliknya, ada pula yang mendustakan wasiat tersebut,sehingga anaknya meninggal dunia pada hari tersebut. Dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa orang yang telah memperolehi dan membaca wasiat tersebut tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain akan ditimpa musiabh besar."
Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebuat? apakah benar atau tidak?
Berikut Jawapan DR.Yusof Al Qardawi berkaitan masalah ini.
Memang banyak orang bertanyakan wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan wasiat ini bukan baru-baru ini, tetapi saya telah melihat sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut disabitkan dengan seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah. Untuk mengetahui kebenaran berita tersebut saya pernah menayakan orang-orang di Madinah dan di Hijjaz. Saya mencari maklumat mengenai orang yang disebut Syeikh Ahmad itu berserta pekerjaannya. Dari maklumat yang saya perolehi ternyata tidak ada seorangpun di Madinah yang bernama Syeikh Ahmad. Tapi sayangnya wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar di negara-negara umat Islam.
Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Diantara isi wasiat yang didasarkan pada impian Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw iaitu tentang telah dekatnya hari kiamat. Masalah berita tentang dekatnya hari kiamat ini tidak perlu mengikut impian Syeikh Ahmad, kerana Al Quran telah mengatakan dengan jelas:
"...boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya," (Al Ahzab: 63)
Begitu pula Nabi saw telah bersabda yang bermaksud:
" Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini." beliau mengatakan demikian sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaihdari dasis Anas dan Sahl Bin Sa'ad)
Hal lain dari Isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah inipun sebenarnya tidak perlu memgambil sumber dari mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan Sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman, Maksudnya:
" Pada hari ini Ku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku cukupkan nikmatKu atas kamu, dan telah Kuredhai Islam menjadi agamamu..' (Al Maa'idah:3)
Orang yang beranggapan bahawa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenali itu,bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apapun.
Isi wasiat tersebut telah memperlihatkan kepada kita kebodohan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskan wasiatnya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan. Anaknya akan mati,serta hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusiapun yang normal fikirannya, terhadap kitab Allah dan sunnah rasulnya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Quran harus menulisnya kemudian disebarluaskannya kepada orang lain. Dan jika tidak akan terkena musibbah. Begitu juga tidak pernah ada perintah supaya oarang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskan kepada khalayak ramai,sebab kalau tidak akan tertimpa masalah.
Kalau Al Quran dan Sunnah Nabi tidak begitu, bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.
Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa Si Fulan dinegeri ini dan ini kerana menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh Ribu. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikut sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperolehi rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khalayak dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan menyeleweng akal fikiran umat Islam.
Kita perlu manjaga dan mengawasi kaum muslim agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw sebagaimana yang dikatakan oleh penulis selebaran wasiat ini. Sesungguhnya syafaat Nabi saw juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadis-hadis Sahih (bukan bersumberkan wasiat melalui mimpi). Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Orang yang paling berbahagia akan memperolehi syafaat pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan La ialaaha illallah dengan perasaan ikhlas dari lubuk hatinya." (HR Bukhari)
Kami mohon kepada Allah Azza Wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan dan kebatilan. Wallahu'alam
Rujukan: Fatwa-fatwa Kontemporari. Judul Kitab Asal : Hadyul Islam Fatawa Mu'ashirah/ penulis Dr. YusofAl Qardawi,
(Semoga apa yang dipaparkan ini akan mampu dijadikan pegangan bagi kita untuk sama-sama memastikan amalam harian kita terhindar dari semua gejala yang khurafat dan menyesatkan. Semoga semua amalan kebaikan kita akan diterima oleh Allah.
No comments:
Post a Comment