Pages

Tuesday, February 10, 2009

PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG DAN DUN BUKIT SELAMBAU

Pertama sekali Ucapan Takziah kepada Keluarga Allayarham Ust. Roslan Shahrum. Sesungguhnya kita semua telah kehilangan seorang pejuang Islam yang sangat komited di Perak. AlFatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang mukmin yang muttaqeen dan para syuhadah. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Selain untuk menguji kesabaran keluarga Allahyarham, ini juga merupakan ujian kepada seluruh pejuang islam dan pejuang kebenaran di perak.
Mankala tahniah kepada YB Arumugan yang telah mengambil langkah yang cukup berani dan mencabar sesetengah golongan yang berkepentingan dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN Bukit Selambau, kedah. Tindakan berani ini tidak semua orang mampu melakukannya kerana sesuatu jawatan biasanya orang akan berusaha dengan berbagai cara untuk mempertahankannya. Tidak kiralah cara itu bermaruah atau tidak yang pentingnya kuasa ada ditangan dan dengannya dapat mengumpulkan jutaan ringgit pula. Dah ada kuasa dan harta, maruah boleh dibeli. Bukan susah pun, gunakan media yang ada untuk menghalalkan tindakan pastinya manusia yang buta hati akan mengatakan ini tindakan yang wajar.
Apapun dua kerusi ini telahpun kosong dan pillihanraya akan diadakan. Inilah peluangnya bagi mereka-mereka yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk membuktikan bahawa kebenaran dan keadilan pasti akan menang. Rakyat pula mesti membuktikan bahawa kuasa merekalah yang menentukan seseorang wakil rakyat itu berkuasa atau tidak. Merekalah yang melantik pemimpin dan sepatutnya pemimpin mesti ingat akan semua ini. Dan kuasa yang mereka dapat itu hendaklah kembali kepada rakyat.

Sekian, Wassalam... Jumpa lagi

No comments: