Pages

Sunday, May 31, 2009

Selamat Bermuktamar 4 - 7 Jun 2009/10 - 13 Jamadil Akhir 1430h.



Kepada seluruh Saf kepimpinan Parti Islam Semalaysia (PAS), diucapkan selamat bermuktamar. Sesungguhnya medan ini adalah medan tertinggi dalam jemaah ini bagi penentu segala agenda. Segala kekusutan yang timbul sepanjang setahun akan sama-sama kita rungkaikan di sini. Dalam usaha merugkai segala kekusutan ini jangan pula kita mengambil jalan muda dengan memotong mana yang payah atau mebiarkan sahaja tanpa dipedulikan atau mungkin menambahkan kekusutan lagi.
Muktamar ini juga adalah medan untuk rakyat melihat apakan agenda kebajikan mereka yang dibincangkan. Rakyat akan menilai dari sudut kebajikan untuk mereka adakah PAS akan memberikan sesuatu yang lebih hebat dari apa yang UMNO tawarkan dalam perhimpunan mereka tempoh hari. Jangan terlampau tumpukan kepada merungkai kekusutan dalaman sampai kebajikan rakyat kita lupa membicarakannya.
Apapun keyakinan yang tinggi diberikan kepada kepimpinan PAS. Mereka adalah yang terbaik dalam jemaah ini. Tn. Guru Nik Azizi dan Tn. Guru Hj. Hadi adalah pilihan Ummah ini. Mereka yang ada disekelilingnya adalah pilihan Allah untuk jemaah ini. InsyaAllah segala kekusutan jemaah akan terungkai dan Kebajikan rakyat akan diutamakan disamping Islam akan terus diperkasakan.


"SELAMAT BERMUKTAMAR, ISLAM DITEGAKKAN, KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN, KEMENANGAN INSYAALLAH DALAM GENGGAMAN"

No comments: