(HIMPUNAN 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN)
Hadis Yang bermaksud:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".
H.R Termizi
Keterangan Hadis
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Ulasan Penulis
Cuba perhatikan kesemua 15 perkara yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W. Kesemuanya sedang berlegar dan berleluasa dalam Negara. Penulis ingin membuat ulasan dalam beberapa perkara. Antaranya itu berkait dengan harta Negara hanya berlegar dikalangan Kroni dan sanak saudara iaitu apabila yang mengaut kekayaan hanya mereka yang berkuasa dan saudara serta kawan-kawan terdekat. Adik menjadi pengarah itu dan ini. Anak pula mempunyai syarikat itu dan ini, manakala rakyat marhain menagih simpati di 5 tahun sekali.
Kepimpinan yang diberikan oleh rakyat kepada pemerintah adalah satu amanah tetapi amanah tersebut disalah gunakan untuk mengaut keuntungan diri dan keluarga. Suami pula terlalu menuruti kata isteri hingga sanggup melanggari ketetapan Allah. Isteri pula tidak menutup aurat sedangkan si suami takut menegurnya. Isteri bergaul bebas dengan lelaki lain diluar rumah sedangkan si suami melihat tanpa ada cemburu. Suami pengecut dan dayus.
Seseorang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya. Walaupunt ternyata dan jelas bahawa orang yang dituruti itu jahat dan buat salah tapi kerana takut dipecat dari jawatan maka tetap menyokongnya, walaupun orang yang ditaatinya itu jahat dan zalim..
Arak pula diminum di merata tempat tanpa takut dan rasa bersalah. Malahan, arak lebih senang dan mudah untuk diperolehi manakala harganya lebih murah. Ini juga adalah punca kenapa arak terlalu berleluasa. Peminum arak tidak dikenakan satu tindakan yang tegas oleh pemerintah malahan mereka seumpama melindungi peminum air syaitan ini. Bukan itu sahaja, malahan ada anak melayu Islam mempunyai saham terbesar dalam kilang arak diluar Negara.
Manakala yang paling ketara sekarang apabila artis terlalu disanjung. Kesilapan artis walau bercanggah dengan syariat mampu dimaafkan sedangkan ulama sentisa dimusuhi dan dihina. Ulama yang ikhlas sentiasa difitnah dengan berbagai keburukan sedangkan artis yang buat salah terus dimaafkan malahan di jadikan idola.
Itulah serba sedikit respon penulis berkaitan hadis akhir zaman ini yang kebanyakkannya telah berlaku dan sedang membiak dan membarah. Seandainya kita gagal mengawal dengan kita memenangkan PAS dalm PRU13 nanti ditakuti 15 yang tersenarai makin kritikal yang akhirnya bala Allah menimpa Negara Malaysia yang tercinta ini. NauzubilLahi minzalik.
WalLahu ‘alam. semoga hadis akhir zaman ini menjadi iktibar untuk semua.
Wassalam..PAS Untuk Semua
TAMAT
40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Isi kandung himpunan hadis ini di sedut dari http://www14.brinkster.com. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
1 comment:
http://www.bankislam.net/hadis/40-hadis-tentang-peristiwa-akhir-zaman
Post a Comment