Pages

Wednesday, October 12, 2011

MUHASABAH HARIAN, Buku Kecil Yang Bermanfaat Besar


Sebuah buku kecil yang telah diterbitkan oleh Lajnah Tarbiah Dan Latihan Perkaderan PAS Pusat ini kalau dilihat pada saiznya adalah terlalu kecil dan sudah tentu kecil juga nilainya. namun begitu bak kata pepatah, kecil jangan disangka anak, besar pula jangan disangka bapa. Buku Muhasabah Harian ini, kalau dinilai pada saiz memang terlalu kecil dan kalau ditimbang pula memang terlalu ringan. Tetapi saiz buka ukuran dan berat bukan satu kepedulian, yang penting isi dalamnya yang terlalu besar dan berat untuk dikutip dan diamalkan. Apa tidaknya, bermula dari kulit bukunya yang tertera Muhasabah Harian sudah cukup bagi kita untuk memahami apa isi kandungannya.

Muhasabah dengan maksud, membuat perhitungan atau penilaian terhadap kerja buat kita seharian. Tidakkah tajuknya telah meletakkan satu tazkirah yang jelas bahawa, sebagai petugas kepada sebuah jemaah islam, muhasabah terhadap kerja buat kita hendaklah selalu dibuat. Kemudian dari situ kita menyelak lembaran demi lembaran dan kita akan lihat dimana, bermula dengan sebuah pengenalan kepada sebuah Jemaah Islam, kita akan dihidangkan selepas itu dengan Akhlak dan Disiplin Di Dalam Harakah Islamiah khususnya pas itu sendiri. Setelah kita maklum akan semua itu, barulah kita dihidangkan pula dengan satu amanah yang cukup berat iaitu Apakah Tugas Saya Sebagai Ahli Pas?

Setelah tahu dan faham tugas sebagai ahli pas atau mudahnya sebagai petugas jemaah Islam, maka perlunya satu muhasabah yang tersusun dirancang. Muhasabah yang bermula dengan Doa Menghadapi Hari Baru diikuti Tugasan Amal Islami dan diakhiri dengan Jadual Muhasabah harian yang cukup cantik aturannya. Bukan tujuan untuk mencatat dan membuat tandaan kepada ibadat harian yang dilaksanakan tetapi hanya sekadar sebagai satu ingatan dan panduan supaya tidak terlupa.

Apa yang penulis nak nyatakan disini ialah tentang amat besarnya manfaat yang terdapat pada buku ini. Sekali lagi penulis ingin nyatakan, jangan dilihat pada saiznya tetapi lihat kepada manfaat yang mampu kita perolehi. Kebanyakkan tempat-tempat usrah khasnya ditempat penulis sendiri buku kecil ini memang telah lama dipinggirkan. Mungkin sebab itulah kita melihat bagaimana ahli usrah yang dilihat komitmen yang sangat tinggi dengan usrah tetapi gagal untuk komitmen dengan beberapa anjuran yang perlu bagi meningkatkan roh dah akidah Islam dalam diri. Dan kita juga melihat bagaimana pemuda-pemuda yang menggelarkan diri mereka pejuang sebuah parti Islam tetapi komitmen dengan berjemaah solat fardhu di masjid longgar. Puasa Isnin dan Khamis jarang sekali manakala perkara-perkara sunat yang lain juga amat sedikit diamalkan. Ini terlalu bahaya bagi pemuda junddulLah bagi menghadapi perancangan jahat musuh Islam yang dilihat lebih tersusun.

Seharusnya, buku kecil ini diaktfikan kembali dan diperbanyakkan semula penerbitannya. Pemuda disemua peringkat mesti memilikinya dan menjadikannya sebagai panduan muhasabah harian. Ikuti semua urutan anjuran dalam muhasabah tersebut. Memang peringkat permulaannya terlalu berat tetapi perlu diingat, "alah bisa tegar biasa". Dan bila telah menjadi kebiasan pastinya jiwa pemuda jundulLah lebih berani, mantap dan bersedia untuk menghadapi musuh Islam walau dalam keadaan mana mereka datang. Ingatlah wahai jundulLah sekelian, musuh telah lama bersedia untuk menghancurkan kita, tapi apakah kita semua telah bersedia untuk menghadapi mereka dengan mental dan fizikal serta roh Islami yang mantap yang takut dan gerun hanyalah kepada Allah S.W.T.

Wallahu'alam

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPN Sabah.

No comments: