Pages

Friday, November 4, 2011

Perlunya Semangat Pengorbanan Untuk Menghadapi PRU13

Aidiladha dan hari-hari tasyri' telahpun berlalu. Yang ditunggu semua sekarang ini pastinya PRU13. Bila ianya akan didakan? adalah menjadi rahsia PM bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terpilih ini. pihak pembangkang hanya mampu membuat tekaan semata-mata. Ramai yang menyebutkan 11.11.2011 parlimen akan dibubarkan. PM dan Isteri sudah pulang dari menunaikan haji di tanah suci pastinya telah memperolehi petunjuk bilakah tarikh yang sesuai bagi memasti ianya ada fengsui. Ada pula yang mengatakan bulan 2 dan sudah barang tentu ianya tidak akan melangkaui bulan 3.

Bilapun tarikhnya, petugas Pas mesti sentiasa bersedia. Persediaan tersebut memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Pengorbanan yang bukan sedikit tetapi pengorbanan yang meliputi jiwa dan raga, masa dan wang ringgit. Memang ini sunnahnya dalam perjuangan bagi memenangkan Islam. Dan tidak semua manusia diberikan peluang untuk bersama-sama dalam perjuangan ini.

Mengambil panduan sebagaimana pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan Ismail a.s. Bagaimana kesanggupan mereka melakukan suatu pengorbanan yang tidak mampu dirialisasikan oleh semua orang. Pengorbanan yang meninggalkan semua nilai-nilai kasih sayang sesama makhluk bagi mengejar kasih sayang Allah. Pengorbanan yang tidak langsung memikirkan nikmat keduniaan yang sedikit bagi memperolehi kenikmatan dunia yang terlalu banyak diakhirat kelak. Pengorbanan yang seumpama inilah yang akan kita laksanakan sebagai petugas kepada sebuah parti yang benar-benar ikhlas bagi memenangkan Islam dan memartabatkannya.

Kemudian, kita melihat bagaimana jemaah haji yang berkesanggupan mengorbankan semuanya termasuk wang ringgit, masa dan tenaga demi menyahut seruan "LabbaikalLahhum malabbaik, labbaikala syarikala kalabbaik. Mereka meninggalkan semuanya yang mereka miliki di tanahair mereka masing-masing menuju keredhaan Allah. Yang wajib dibawa hanya kain putih yang tidak berjahit. Menefistasi ini boleh kita lihat sebagaimana seorang yang meninggal dunia, mereka akan tinggalkan semua harta dan anak pinak kecuali sehelai kain kapan putih. Pengorbanan yang sebegini hebat seharusnya kita praktiskan dan amalkan dalam kehidupan seharian kita setelah balik ke tanahair sendiri, kemudian gabungkan diri dalam jemaah yang benar-benar ingin membela Islam.

Dalam parti PAS, kita tidak mempunyai pendana yang banyak sebagaimana UMNO. Mereka ada tauke-tauke yang kaya termasuk tauke judi untuk membantu menyalurkan kewangan kepada mereka. Tapi bagi Pas, bila gendang pilihnraya dicanangkan pengorbanan ahli dalam menabungkan wang ringgit amat diharapkan. kita perlu ingat sebagaimana sirah Nabi S.A.W. Bilamana gendang perang Tabuk di palu, yang diminta oleh nabi daripada para sahabat tak kira Muhajirin ataupun Ansor ialah sumbangan. Sumbangan amat diperlukan bagi menampung perjalanan yang jauh. Sebab itu, kita melihat bagaimana Syaidina Umar telah menginfaqkan separuh daripada hartanya manakala Syaidina Abu Bakar menginfaqkan semua hartanya sehingga yang tinggal padanya Allah dan Rasul sahaja. Situasi yang sama dengan kita sekarang, kerana dalam pertempuran kita dengan UMNObN juga memerlukan kewangan yang banyak bagi membeli senjata PRU seperti poster dan sebagainya. Untuk itu, perlunya bagi kita berkorban dari sudut harta dan wang ringgit bagi membantu jemaah Islam iaitu Parti Pas ini bagi menggerakkan jenteranya untuk menentang UMNObN. Semoga masih ramai Umar dan Abu Bakar moden dalam Parti Pas yang akan menyumbangkan apa saja demi perjuangan Islam ini.

Walau bagaimanapun, tak semua dikalangan kita yang dianugerahkan oleh Allah limpahan rezeki dan harta yang banyak. Apakah kerana itu ianya tidak layak untuk berkorban demi memenangkan Islam? Sahabat-sahabat Nabi S.A.W tak semua dikalangan mereka yang bernasib seperti Syaidina Umar dan Abdul Rahman Bin Auf. Tapi yang ramainya ialah mereka yang miskin. Tapi mereka tetap berkorban dengan menjadikan jiwa dan raga mereka infaq kepada perjuangan Islam. Dan sejarah membuktikan berapa ramai dikalangan para sahabat yang telah syahid dalam perjuangan untuk memenangkan Islam. Dan kita hari ini juga wajib demikian. Pas sebuah parti yang tidak akan mampu bersaing dengan UMNObN kalau dengan kebendaan semata-mata, tetapi semangat dan pengorbanan ahli yang jitu serta tidak mengenal penat dan lelah itulah yang diharapkan. Sebab bagi kita dalam Pas, perjuangan kita matlamatnya bukan semata-mata melihat jumlah mejoriti yang diperolehi pada kertas undi tetapi berjaya menegakkan Islam dibumi ini itulah yang utama dan yang paling pentingnya ialah syahid di jalan Allah kemudian yang akhirnya memperolehi syurga Allah sebagai tempat istirehat. Oleh itu, perlunya bagi setiap ahli berkorban jiwa dan raga mereka untuk parti Islam ini.

Akhir sekali, penulis menyeru kepada semua pendokong dan penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS) supaya kita semua menjadikan sirah pengorbanan nabi Allah Ibrahim A.S dan Ismail A.S sebagai contoh sebuah pengorbanan yang agong. Wajib juga diingati Pengorbanan Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya yang mampu menawan dan mengislamkan 2/3 dunia. kemudian sambutan aidiladha ini juga dijadikan sebagai satu pemangkin kepada kita semua untuk melonjakkan lagi semangat berkorban dikalangan kita demi Islam. Jangan difikirkan penat dan lelah. Jangan difikirkan duit ringgit yang habis andai kita benar-benar yakin dengan perjuangan kita ini. Yang paling utamanya, kita niatkan semua pengorbanan kita ini adalah semata-mata kerana mengharapkan redha dan rahmat Allah. Pastinya semua ini akan dibalas dengan balasan syurga yang merupakan sebaik-baik balasan bagi orang-orang mukmin dan Muttaqin.

Semoga Islam tetap menang. semoga kesyumulan islam dapat diamalkan dibumi malaysia ini khasnya dan dunia amnya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

No comments: