Pages

Friday, November 25, 2011

Pengagihan Wang Pendahuluan Persekolahan RM100. UMNO Machang Makin Kalut.

Wang RM100 yang diumumkan oleh Hj. Najib Razak pada perbentangan bajet 2012 yang lalu adalah merupakan satu pemberian berbentuk oneoff yang sepatutnya menjadi senjata ampuh bagi UMNO untuk menarik sokongan rakyat yang semakin terhakis kepada UMNO. Kewangan yang sampai kepada rakyat yang menjadi peringan beban rakyat dalam suasana tenkujuh akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat bilamana kewangan ini akan digunakan sepenuhnya bagi membeli peralatan persekolahan. Pakatan Rakyat sendiri merasakan bahawa ini adalah satu tindakan politik yang sangat baik bagi UMNO. Apapun, semuanya adalah dibawah perancangan Allah. Nasihat yang telah dibuat oleh sahabat baik UMNO iaitu APCO telah menampakkan kegagalan UMNO kerana mereka hanya berfikiran politik semata-mata tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Kerana mengejar politik semata-mata inilah, menyebabkan mereka terlalu rakus dan akhirnya gagal kerana perbuatan mereka sendiri.

Penulis melihat semua ini didepan mata sendiri sebagaimana yang dilaksanakan oleh UMNO kawasan machang. Siapa yang mengatur hal ehwal politik atau ajk jabatan politik dan pilihanraya UMNO kawasan machang? Pengagihan wang RM100 yang dibuat secara berkelompok pada 22/11 baru-baru ini yang menampilkan TPM selaku perasmi dengan ketua bahagian UMNO sebagai orang yang membuat penampilan untuk mendapatkan sekongan undi parlimen rupa-rupanya telah tersalah langkah. Langkah UMNO yang memang sentiasa sumbang bilamana gagal memperolehi redha Allah telah ternyata kesumbangannya dalam program pengagihan wang persekolahan RM100. Makin jelas apabila disepanjang jalan ke pusat pengagihan diletakkan bendera UMNO dan BN. Memang tujuan utama UMNO untuk menunjukkan bahawa RM100 itu hak mereka dan mereka yang sampaikan kepada rakyat.

Langkah mereka terlalu sumbang bilamana rata-rata orang ramai yang penulis temui termasuk ahli UMNO bawahan menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan apa yang pihak UMNO lakukan. Ini kerana semua yang dilakukan oleh UMNO menyusahkan mereka. Kenapa UMNO campuri urusan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak sekolah? Kenapa tidak diagihkan sahaja disekolah? Kenapa perlu pergi terlalau jauh hanya untuk RM100? Kenapa pemimpin yang mengatakan berjiwa rakyat menyusahkan rakyat? Inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat bawahan. Kebetulan suasana pula tidak menyebelahi UMNO apabila hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti. Ini makin menyusahkan orang ramai. Ramai yang marah dan bersungut. Orang PAS ada yang tak pergi kerana terlalu marah. Orang UMNO bawahan pula pergi dalam keadaan menccok(Marah). Kalau beginilah pemimpin buat kepada kita, ini bukanlah berjiwa rakyat tapi ambil peluang nak dapatkan undi atas kesusahan rakyat.

Nampaknya UMNO machang perlu diberikan latihan yang lebih tentang berpolitik. Saya orang biasapun nampak kelemahan ini, tak mungkin pemimpin UMNO tak nampak semua ini. Sepatutnya UMNO dalam mengagihkan wang RM100 di musin tengkujuh ini lebih mendapat peluang untuk sokongan politik. Sepatutnya, UMNO mengmbil peluang kenal pasti penyokong atas pagar kemudian pergi kerumah-rumah mereka menyerah sendiri RM100 itu. Disana mereka bukan hanya dapat sokongan dari penerima tetapi semua ahli keluarga yang berada di rumah itu. Tak perlu ketua bahagian pergi semua rumah. AJK bahagian juga boleh bekerjasama. Tetapi apa boleh buat, memang itulah UMNO. Kalut dan kurang cermat dalam berpolitik dan suka mnyusahkan rakyat. Kalau nak menang PRU tak salah rasanya UMNO menyusahkan diri sedikit dan mengagihkan wang rakyat itu.

Apapun, syukur pada Allah kerana membantu kami pejuang Islam dalam mengagalkan perancangan licik UMNObN ini. Namun begitu, selaku pejuang Islam kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi setiap perancangan UMNObN dalam usaha kita mengekalkan kemenangan Islam di bumi kelantan ini. Terima kasih Ajk UMNO mchang kerana menunjukkan kebanggangan anda dalam berpolitik. Y Allah, jangan jadikan mereka-mereka ini pemimpin kami di negeri Kelantan yabg bertuah ini.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

No comments: