Pages

Thursday, September 3, 2009

Ramadhan Di Kinabatangan

(Tulisan ringkas ini bertujuan untuk menggamit kembali kenangan sahabat-sahabat yang telah berpindah balik ke semenanjung.)

Bulan ramadhan di kinabatangan tahun ini sama sahaja dengan tahun yang sudah-sudah. Kedatangannya memang dialu-alukan. Masyarakat disini yang hampir 95% peratus Islam memang menunggu-menunggu kedatangan bulan ramadhan. Ada yang memang berazam untuk menjadikan puasa tahun ini adalah yang terbaik daripada tahun yang berlalu. Tidak kurang juga yang menghitung hari-hari untuk sambut aidilfitri semata. Bagi para peniaga mereka membuat perancangan yang rapi lebih awal dari ramadhan untuk menambahkan lagi koleksi kedai di bazar ramadhan. Apa tidaknya di mana-manapun bukan sahaja di sini bazar ramadhan menjadi tumpuan. Puasa sebagai pesta makanan pula. sedangkan penganjurannya adalah untuk mengingati golongan miskin yang tidak berupaya yang susah nak menjamah walau sejemput makanan. Sempat juga sekali menjenguk di sana, ramai juga orang yang membeli dan tak kalah yang menjual. Bertudung dan tidak bertudung semua ada(jenguk sekadar nak tahu untuk tulis di blog).
Solat terawih memang hebat di sini. suasananya umpama solat jumaat. seronok dihati bukan sikit tapi beronok-ronok (Pinjam kata-kata johan raja lawak). Tapi sayangnya itu pada malam-malam awalnya sahaja. masuk malam ke 7 keatas tinggallah dalam 2 @ 3 saf sahaja. Yang peliknya ada juga yang datang, solat isyak tak sembahyang tapi terawih mereka buat pula. Agak-agaknya mereka musafir kot.
Bagi guru-guru agama di sini seperti biasa la, jadual solat terawih di beberapa buah surau. Syukur Alhamdulillah sahabat-sahabat tahun ini menunjukkan komitmen yang tinggi dalam tugas yang diamanahkan. Manakala di masjid induk pula iaitu masjid Al Ghaffar ada penambahan program iaitu Tazkirah subuh. Kebanyakkan sahabat yang terlibat dalam tazkirah menjalankan amanah yang telah ditaklifkan keatas mereka dengan baik. Syabas kepada semua. Yang paling istimewa tahun ini diadakan solat terawih di masjid Daerah yang baru siap (walaupun banyak kontroversi).
Dalam orang duk penat berpuasa, hairan juga ada beberapa orang remaja yang masih kuat bermain bola. Kuat betul mereka berpuasa atau mereka Non muslim ataupun.....
Majlis berbuka puasa yang merupakan acara tahunan guru-guru agama juga akan diadakan di tempat biasa iaitu Pusat Asuhan Tunas Islam. Sahabat yang jauh dan dekat dijemput hadir.

Apapun, bila masuk bulan Ramadhan ni, teringat pula kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang telah berpindah. Tahniah la, kerana mungkin sudah menjadi rezeki sahabat-sahabat berpindah lebih awal daripada kami dan dapat bersama keluarga tersayang di semenanjung. Walaupun begitu jangan lupa doakan kami di sini supaya tetap tabah untuk meneruskan perjuangan dakwah kami. Rasanya masih panjang perjuangan ini, bagi memertabatkan cara hidup Islam di sini. Dan matlamat akhir kami bagi memenangkan perjuangan Islam. InsyaAllah.

Salam Ramadhan dari Daerah ketandusan Kinabatangan.

No comments: