Hari ini hari ke27 ramadhan. AlHamdulillah sepanjang berada dibumi sabah, khususnya kinabatangan perancangan sepanjanag ramadhan dapat berjalan lancar. Semua jadual peribadi sebagai Imam terawih mahupun tazkirah di masjid-masjid dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin. Kecuali masjid kg Jaya Baru kerana jadualnya sentisa bertembung dengan program yang lain. Kemaafan diucapkan kepada En. Asmat dan En. Rait yang beriya-iya mahukan saya ke sana.
Ucapan salam perpisahan ramadhan nampak terlalu awal sedangkan masih ada 2 hari lagi untuk ramadhan melabuhkan tirainya. Sebenarnya saya ingin balik beraya di kampung hari ini setelah 4 tahun tidak merasai suasana hari raya bersama kedua ibubapa. Takut juga kalau-kalau perjalanan mengambil masa yang lama, maka tak sempat untuk menulis posting ini.
Kalau difikirkan terasa berat juga untuk balik memandangkan kos tambang yang hampir rm1300 dan kepenatan perjalanan yang terpaksa ditempohi tapi bila terdengar suara ibu yang telah tua dan ayah yang selalu batuk-batuk ditelefon minta untuk balik terasa juga hilangnya kepenatan tersebut. Terfikir juga apa la gunanya duit yang banyak andai ibu dan bapa yang telah tua di kampung kesedihan merindui anak dan cucunya. Memang penghujung tahun nanti akan balik juga tapi tidak sama nilainya dengan kepulangan dihari raya kerana kata ibu yang telah tua hari raya nanti semua orang berkumpul dan hujung tahun orang lain tiada cuti. Korbanlah sedikit kepenatan tersebut demi kebahagian kedua ibubapa tercinta diketika mereka masih ada. Masih terngia-ngia suara kegembiraan seorang ibu apabila mendengarkan anak yang hampir 4 tahun tak pernah balik beraya bersamanya akan beraya dikampung tahun ini.
Kepada sahabat-sahabat yang beraya di kinabatangan, jagan sedih ye!!! baraya dimana-manapun sama sahaja yang pentingnya sepanjang sebulan ramadhan kita dapat melakukan amal ibadah dengan sebaik mungkin. Allah tidak akan tanya kamu beraya di mana tetapi Allah pasti akan tanya tentang sebanyak mana ibadah Ramadhan kamu. Masih ada 2 hari lagi ramadhan, harap tazkirah subuh ramadhan dapat diteruskan dan andai petugas tidak hadir tolong menggantikannya. Terutama Ust Fairul dan Ust Hisyam, saya amanahkan kepada anta berdua.
Akhir sekali salam perpisahan Ramadhan Al Mubarak, pemergian mu kami tangisi seumpama menangis ditinggalkan kekasih hati yang telah lama dirindui. Apabila berjumpa sekejap baru bermesra terpaksa pula berpisah kembali. Semoga dipanjangkan umur untuk berjumpa ramadhan yang akan datang. Ahlan Wasahlan Aidilfitri kedatangan mu merupakan kegembiraan bagi yang berpuasa.
Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin terutama sekali kepada semua sahabat di Kinabatangan. Ust Zaidi dan keluarga, Cg. rahman, Ust Adli, Ust Muhammad, ust hisyam, ust zaki, ust karimi, ust zaizul, ust tarmizi, Cg azli yang baru menimang cahaya mata, cg raja hasyim, Imam jalpah dan keluarga dan ramai lagi. Juga kepada sahabat yang telah berpindah Ust Padil, ust Solah, ust fadzilan, ust bakri, ust khairul dan ramai lagi. Maafkan saya andai sepanjang persahabat saya pernah tersalah laku tersasul kata. Kita jumpa lagi nanti.
Salam anak perantau...
1 comment:
assalamualaikum
kawe kelik jugok pagi ni 19.09.2009 tiket MAS jam 11.35 pagi dari Sandakan ke Kuala lumpur dan ke kuantan. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.
Post a Comment