Pages

Thursday, October 1, 2009

Jalan Jem, Satu Kenikmatan atau Kerugian.

Suasana beraya di kampung telah berlalu. Anak-anak perantau yang balik beraya di kelantan telah kembali ke destinasi masing-masing. Kepuasan beraya di kampung memang susah nak di tafsirkan. Puas apabila dapat bersalam dengan kedua ibubapa, dapat mengucupi tangan dan pipi mereka yang telah berkedut seribu. Dikala tingkah menyantuni mereka, hati sambil berdoa "Ya Allah Rahmati hidup Ibu dan Ayahku didunia dan diakhirat".
Apapun bukan isu itu yang nak dirungkaikan di sini, sebab semua orang sedia maklum akan peri pentingnya ibu dan ayah. Isunya di sini ialah tentang kesesakan jalanraya di kelantan. Empat tahun dulu suasana jalanraya di kelantan telalu sesak atau mudahnya Jem(bukan yang dalam tin tu) apabila tiap kali musim perayaan tidak kira samada Aidlfitri, Aidiladha atau Tahun Baru Cina. Setelah 4 tahun berlalu, tahun ini kelihatannya suasana yang serupa masih berlaku. Walaupun kelihatan pertambahan beberapa jalan alternatif terutamanya jalan Kota Bharu ke Kuala Krai. kalau raya aidilfitri begini, sememangnya dua lagi perayaan adalah sama.
Ramai yang bersungut, perjalanan yang biasanya hanya mengambil masa 30 minit kini terpaksa membazirkannya hampir 2 jam. Saya sendiri sebagai anak perantau yang jarang sekali dapat pulang ke kampung merasa cukup rimas dengan suasana ini. Masa untuk beraya bersama sanak taulan dibazirkan dijalanan. Apa tidaknya sepatutnya saya hanya mengambil masa hanya 30 minit untuk sampai keperkuburan arwah datuk tapi terpaksa mangambil masa hampir 2 jam. Terpaksa membatalkan beberapa jadual ziarah kerana kekangan masa. Ada juga yang marah kerana rumah mereka tidak sempat diziarah. Ketahuilah bukan niat untuk melupakan tetapi masalah kesuntukan masa.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengatakan bahawa inilah nikmatnya hari raya di kelantan. Kalau hari biasa suasana begini mereka tidak pernah merasakannya, tapi hari raya mereka seronok melihat semua ini. Ada yang kata, tak kesah jem pun janji sampai. Tuan rumah fahamlah tu jalan jem.
Apa nikmatnya kalau jalan satu lorong boleh bertukar menjadi 3 lorong. Celah mencelah berlaku dalam suasana kurang ajar. Bingit laungan Hon kereta kerana hilang sabar dan terkadang suara menegking juga kedengaran. Masing-masing nak tunjuk hero, kawan nak mencelah tak diberi akibatnya terlanggar sesama sendiri. Apalagi semua berhenti, jalan bertanbah sesak lagi. Maki memaki tak dapat dikawal lagi, silap haribulan panumbuk naik ke dahi. Jadi apa nikmatnya kesesakan ini, andai yang dapat ksemuanya rugi.
Memang kita semua seronok apabila anak perantau balik beraya. Saya rasa cukup seronok dan nikmat. Inilah masanya nak berjumpa kawan dan taulan. Tapi kalau suasana jalan yang sesak ini, terasa sesak nafas pula nak berjalan berkunjung taulan. Itu baru saya cakap tentang masa, belum lagi tentang minyak dan keboringan anak-anak di kereta yang menangis dan mengamuk. Jadi mana nikmatnya dan tidakkah semua ini kerugian semata. Ada juga yang terlalu mengejar masa memandu laju dalam kesesakan yang akhirnya mengundang padah.
Pada pandangan saya semua ini adalah disebabkan faktor jalan yang sempit. Contoh jalan Machang ke Tanah Merah. Hanya 1 lorong sahaja bagi setiap hala. Inilah jalan sejak 20 tahun lalu sedangkan penambahan mendadak kenderaan sejak 10 tahun lepas.
Apa yang saya ingin nyatakan ialah, perlunya pihak yang bertanggungjawab mengambil satu inisiatif bagi mengatasi masalah ini. Jalan yang hanya 1 lorong ini sebolehnya di naiktarafkan menjadi 2 lorong bagi setiap hala. Dan pembaikan mestilah dibuat apabila hampir hari raya. Sebabnya kadang-kadang masalah kerosakan jalanraya juga walau sedikit menyebabkan kesesakan. Pembaikan jangan hanya tunggu musim pilihanraya sahaja.
Pihak kerajaan pusat yang bertanggungjawab kepada pembangunan jalan persekutuan di kelantan mesti memandang dengan serius hal ini. Walaupun kelantan diperintah oleh PAS, tetapi cukai pendapatan anak kelantan yang tinggal di kelantan atau diperantauan adalah dibayar kepada kerajaan pusat, bukan kepada kerajaan kelantan. Begitu juga dengan cukai-cukai yang lain seperti cukai jalan dan sebagainya. Jadi kami inginkan keselesaan sebagai pembayar cukai dan pemberi modal kepada kerajaan paling tidakpun dimusiam perayaan. Kerajaan negeri juga diharap dapat memberikan kerjasama yang baik kepada kerajaan pusat. Tapi biasanya orang miskin tidak ada masalah dalam memberikan kerjasama dengan orang kaya dalam melakukan kebaikan, tapi masalahnya orang kaya tu yang sombong dan benci untuk membantu orang miskin. Apatah lagi kalau orang kaya yang tak beriman.

Apapun, nasihat kepada perantau. Apabila memandu dimusim perayaan banyak-banyaklah bersabar. Kita orang kelantan diasuh dengan adab dan sopan jadi tunjukkannya paling tidak dijalanraya semoga kita selamat dan orang lainpun selamat sama.

sekian Wassalam....

No comments: