Pages

Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang: Isa Pengganti Mohammad Hassan?

Suasana kampen di PRK N31 Bagan Pinang telah masuk ke hari yang ke3. Kelihatan kedua-dua parti yang bertanding masing-masing tak kalah dalam mengatur strategi kempen. Apa yang menarik di sini ialah keghairahan Isa samad yang diangkat sebagai calon untuk memenangi PRK N31 Bagan Pinang. Beliau yang telah digantung keahlian kerana rasuah politik telah kembali semula sebagai calon UBN salam PRK N31 Bagan Pinang ini setelah UMNO terpaksa akur dengan desakan pengikutnya di Bagan Pinang.

Apa yang menarik di sini ialah bagaimana kedudukan DS Mohamad Hassan selepas kemenangan Isa Samad Di N31 Bagan Pinang. Kalau dilihat kepada desakan akar umbi Isa Samad sebagai calon PRK N31 ini, menunjukkan bahawa pengaruh Isa Samad di Negeri Sembilan (N9) masih terlalu kuat. Apakah selepas ini kemungkinan akar umbi di negeri sembilan akan mendesak Isa Samad menjadi Menteri Besar pula. Apatah lagi Isa Samad mempunyai suatu azimat yang hebat untuk melembutkan hati PM Ds Najib Razak. Apakah hal ini tidak diperhatikan dan dihalusi dengan sedalamnya oleh DS Mohammad Hassan. Tidakkah beliau ingin mengekalkan pengaruhnya di N9. Dan Juak-juak Mohamad Hassan juga kena sedar tentang hal ini. Kalau bos mereka jatuh, alamatnya periuk sebesar belanga akan menjadi sekecil tempurung. Maksudnya projek kurang atau paling teruk langsung tak dapat. Isa Samad mesti mahu menjaga para juaknya pula. Daripada melopong lebih baik Mohamad Hassan dan para juaknya mengambil satu tindakan yang lebih menguntungkan. Iaitu memastikan Isa Samad kalah.

Mereka sebenarnya tidak akan mengalami apa-apa kerugian andainya Isa Samad kalah dalam PRK N31 Bagan Pinang. Kerusi pembagkang memang bertambah tetapi pertambahan yang tidak boleh berbuat apa-apa. Mohammad Hassan tetap MB, dan N9 tetap UBN yang perintah. Sedikit sahaja ynag perlu mereka lakukan iaitu memastikan undi juak-juak mereka di N31 Bagan Pinang tidak jatuh pada Isa Samad. Biarlah kepada PAS atau sekurang-kurangnya biar rosak. Bukan sebotaj tetapi menyelamatkan kaum keluarga. Tak salah rasanya kita cuba untuk menyelamatkan kaum kelaurga kita dan sahabat handai. Memang itulah adab kita bersahabat dan berkeluraga yang besar. Apatah lagi memang inilah perangai UBN.

Apakah kekalahan Isa Samad akan memberi kesan kepada Mohammad Hassan? Sekali-kalinya tidak. Kerana dari awal lagi kepimpinan tertinggi samada peringkat negeri atau pusat malahan KJ dan DR M pun membantah Isa Samad sebagai calon kerana rasuah. Jadi mohamad Hassan dan juak-juaknya boleh menjadikan alasan ini sebagai alasan utama iaitu rakyat mungkin menolak kerana calon kurang bersih.

Yang keduanya, juak-juak Mohammad Hassan boleh mengwar-warkan bahawa kekalahan ini adalah satu simbolik penolakan Rakyat kepada gagasan 1 malaysia PM, yang menampakkan retorik semata-mata tetapi hakikatnya pemimpin dan pembodek UBN sahaja yang didahulukan manakala rakyat yang lemah terus tertindas.

Dan yang paling ampuh sebagai alasan ialah, pembangkang telah menggunakan tektik kotor dengan menyerang peribadi calon UBN yang telah tersedia jijik dengan rasuah. Manakala pengundi pula terikut-ikut dengan tektik kotor pembangkang.
Apapun, kembali kepada kem Mohamad Hassan untuk menentukannya. Andai mereka ingin mengigit jari selepas ini mereka biarkan Isa Samad mengangkat tangan dengan angkuh dan mengatakan "aku telah menang, rakyat mahukan aku memimpin dan memajukan mereka". Tetapi andai sebalikmya mereka boleh menyalahkan Isa Samad yang kotor dengan badan terpalit rasuah sebagai calon yang dibenci pengundi walaupun disokong oleh ramai para juaknya. Jadi Mohamad Hassan, berhati-hatilah dengan Isa Samad.

Sekian, ingatan ringkas kepada Mohammad Hassan dan Juak-juak serta para Kroninya.

Wassalam, Yang baik daripada Allah semata-mata.......

No comments: