Artikel ini sepatutnya disiapkan sebelum 21 okt lalu sebagai menghargai jasa Tuan Guru yang telah membawa kelate kepada sebuah negeri yang menjadi contoh kepada sebuah pentadbiran Islam yang tertindas di bawah sebuah sistem pemerintahan persekutuan. Saya katakan menjadi contoh kerana saya telah hampir 15 tahun berada di luar kelate. Apabila bercakap tentang kelate masyarakat di luar kelate akan mengatakan orang-orang kelate menjadi contoh sebuah masyarakat yang beriman. Contoh pemimpin yang tawadduk dan merendah diri. Kerajaan yang sentisa mengajurkan agar rakyatnya hidup berdikari. Pemimpinnya pula amat cakno kepada rakyat yang miskin. Saya org kelate yang diperantauan alhamdulullah telah diberi peluang oleh Allah untuk pulang menzirahi orang tua di kampung setiap 2 kali setahun. Memasuki ruang udara kelatepun sudah terasa ketenangan apatah lagi bila menjejakkan kaki dibuminya. Ketenagannya sukar digambarkan. Ketenagan yang mungkin terpancar dari raut wajah Tok Guru yang sentiasa tenang walau beribu badai datang melanda. Allah sentiasa membantu hambanya yang selalu memohon dan merayu kepadaNya.
19 tahun dulu, 21 Okt 1990 saya ketika itu seusia belasan tahun. Masih menuntut di Sek Arab Syamsul Maarif, Pulai Chondong. Semasa pemerintahan UBN di kelate pernah beberapa kali saya ke Kota Bharu. Pada masa ni di kota bharu pemandangannya sangat tidak sesuai bagi saya seorang remaja. Melihat pasangan yang berdua-duaan dan ramai pula perempuan yang tidak bertudung sangat menyesakkan pandangan. Tetapi beberapa bulan selepas kemenagan Pas suasana kelihatan berbeza. Jarang kelihatan pasangan berkepit dan perempuan yang tidak bertudung, hanya yang bukan muslim sahaja. Inilah satu kegembiraan yang cukup besar yang saya dapat hasil dari kemenangan pas di kelate.
Pilihanraya 1990, UMNO tidak asing bagi saya kerana pada ketika ini ayah masih memegang jawatan Ketua Cawangan UMNO (Sekarang Ahli PAS dan merupakan petugas sepenuh masa PAS di Manik Urai, Alhamdulillah). Ada juga saya dapat habuan dari sogokan mereka walaupun ketika ini saya belum boleh mengundi. Yang paling saya sakit hati apabila wakil-wakil daripada calon yang bertanding datang melawat. Apabila larut malam orang yang dewasa tidak ada, yang tinggal kami budak-budak sekolah. Mereka datang bukan membawa makanan yang boleh mengeyangkan tetapi rokok berkotak-kotak. Apa lagi kami yang asyik menunggupun menghabiskannya (Alhamdulillah saya tak hisap sama). Kesannya kawan-kawan saya yang sama-sama jaga pos Umno dulu, semuanya menjadi penagih rokok tegar sampai sekarang. Jadi kalau PM cuba berretorik dengan slogan "Tak Nak Rokok" jangan percaya kerana merekalah yang mengajar kanak-kanak merokok.
Pada ketika ini juga, berlaku perubahan besar pengundi iaitu tidak ada orang yang ingin menampal postar Umno. Kami kanak-kanak bawah umur (tak leh ngundi) la yang dibayar untuk memanjat pokok getah dan pokok kelapa. Seingat saya dapat juga dalam rm100 upah tampal postar. Berbeza dengan sekarang dalam pas kita kerja dengan penuh ikhlas dan kita yang tampal postar, kita juga yang keluarkan belanja beli postar. Penat tidak terasa, kerugian tidak terfikir yang difikirkan pas mesti menang. Itulah manisnya berjuang dalam jemaah Islam. Sebab itulah apabila ada golongan yang cuba nak menghancurkan PAS, hati ini cukup terhiris. Penat dah lawan Umno tiba-tiba nak bersatu (kalu betul la).
Menang dan dapat perintah kelate tahun 1990, banyak dikalangan orang Umno yang aqidah mereka rosak. Apa tidaknya, timbul kata-kata " habis la busuk sungai kelate, sebab ramai kena potong tangan", "Tak leh buat jalan sebab batu habis guna buat rejam orang", "Habis la rakyat kelate tak leh buat kerja sebab kudung kena potong tangan", dan banyak lagi kata-kata lain yang menyesatkan. Rupa-rupanya duk dalam UBN tak tahu pasal hudud. Nasib la saya walau lahir dalam keluarga UMNO tapi semua adik-adik adalah petugas PAS dan ibubapapun akhirnya menjadi ahli pas. Kalau tidak, sesat dan menyesatkan juga saya.
Antara penyebab kepada kemasukan ayahnda tercinta kedalam UMNO selain dari nasihat dan keperihatinan kami anak-anak, gaya dan keterampilan Tok Guru dalam memerintah kelate adalah penyebab kepada ayahnda dan bonda tercinta menjadi ahli pas. Seingat saya semasa ayahnda menjadi ketua cawangan dia juga adalah pengerusi belia 4B kampung. Beliau ikhlas dalam memajukan pemuda kampung dengan membuat beberapa projek pertanian, antaranya penternakan ayam daging, ayam telur dan tanaman tembikai. Pemuda kampung yang mengusahakannya dan hasil mereka bahagi sama rata. Sekarang ayahnda dan bonda ahli PAS. Syukur pad mu ya Allah dan terima kasih Tok Guru.
Rasanya cukuplah setakat ini catatan peribadi saya sebagai menggamit kenangan kepada kemenagan sebuah parti yang ikhlas memperjuangankan Islam. Sebenarnya banyak lagi kenangan manisnya cuma masa yang terhad untuk mengolah. Apapun terima ksiah Tok Guru kerana berjaya memimpin kelate kearah "Negara Aman Lagi baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun". Semoga Tol Guru terus diberikan kesihatan yang baik dan mampu untuk mentadbir negeri tanah serendah sekebun bunga ini. Harapan kepada Umno, tak payahlah cuba untuk merampas kelate dari PAS sebab kami selesa dengan keadaan sekarang. Teruskan perjuangan mu Tok Guru dan kami akan terus melapangkan laluan gemilang yang pernah tuan guru rintis. Doakan kami anak-anak muda untuk terus istiqamah dalam menyatakan kebenaran Islam dan Perjuangan menegakkannya.
Skian Wassalam...
No comments:
Post a Comment