Pages

Wednesday, October 28, 2009

1 Malaysia, Jangan Ada Yang Tersesat

Salam semua sahabat..

Beberapa hari yang lalu saya menerima satu pesanan ringkas daripada seorang sahabat yang juga merupakan murabbi kepada saya. Pesanan ringkasnya berbunyi antaranya seperti berikut " Pada hemat saya kita perlu buat penjelasan dalam semua usrah kita konsep satu malaysia ciptaan UMNO, kerana:
1. Kaum lain akan mengambil kesempatan taraf dan hak bumiputra.
2. Percaturan aqidah yang amat membahaykan umat Islam (contoh: iklan-iklan tv
masakini)
3. Menghapuskan sosio budaya bangsa dan kesopanan.
4. Menyekat usaha dakwah kita.
Kita wajar wacanakan dalam semua program kita. Perlu juga kita kumpul fakta bukti untuk sedarkan masyarakat".
(Ust. Ismail Sabah)

(Ulasan Saya)

Memang apa yang dinyatakan ada benarnya. Slogan 1 malaysia yang diratibkan setiap hari terutama oleh pemimpin UBN dan media-media yang dikuasai mereka telah diwartakan tanpa ada garis pandunya. Sebelum ini fahaman islam hadhari yang di perkenalkan Pak Lah (telah terkubur mungkin) diperkenalkan dengan ada bersamanya beberapa rukun yang bertulis. Ini senang untuk dijadikan sebagai garis panduan kepada mereka-mereka terutamanya para ulama islam hadhari. Ada la juga apa yang namanya petunjuk sebagai rujukan. Manakala 1 malaysia pula didatangkan dalam bentuk slogan tanpa dilampirkan bersamanya satu rukun yang jelas.

Sebab itu, apa yang dinyatakan sebagai satu slogan yang penuh sesat adalah benar. Kawan akrab kepada UMNO iaitu MCA dan MIC mengambil peluang ini dengan menafsirkan slogan 1 malaysia mengikut kehendak dan kefahaman mereka. Sebelum ini kita hanya melihat bagaiman iklan-iklan tv yang telah membuat propaganda atas nama 1 malaysia dengan menayangkan sepasang kanak-kanak berlainan agama sedang berkahwin. Dari kecil mereka diasuh dengan perkahwinan campur berlainan agama, dan tidakkah ini membahayakan fahaman aqidah kanak-kanak. Manakala kanak-kanak yang menontonnya pula beranggapan bahawa, dalam negara 1 malaysia perkahwinan berlainan agama adalah diboleh.

Yang terkini dan cukup merbahaya kepada perkembangan kebudayaan kita rakyat malaysia ialah apabila Dato' Seri Dr Ng Yen Yen, menteri pelancongan melancarkan tarian satu malaysia untuk tujuan pelancongan. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun diperuntukan dalam tujuan untuk menghancurkan kebudayaan rakyat malaysia. Akhir sekali kesannya kita tidak ada identiti sendiri kerana semuanya telah bercampur aduk atas nama 1 malaysia. Dan yang paling parah bangsa malaysia menenggelamkan kita sebagai bangsa melayu, cina, india dan banyak lagi.

Atas nama 1 malaysia juga kita akan melihat nanti bagaimana hak dan keistimewaan bumiputra akan terhakis sedikit demi sedikit. Kerana apa saya mengatakan demikian, sebabnya apabila tidak ada satu garis panduan kepada satu-satu slogan maka orang akan membuat tafsiran mengikut fahaman dan kepentingan mereka. Jadi inilah masanya bangsa lain mengambil kesempatan untuk menerjah UMNO dalam cubaan menghapuskan hak keistimewaan bumiputra. Dan pemimpin UMNO terpaksa akur kerana yang penting bagi mereka undi dan penguasaan politik mereka berterusan.

Kita juga dikejutkan dengan satu peristiwa menyayat hati dengan kematian 3 pelajar sekolah yang hanyut dikuala Sungai Dipang yang mana mereka sedang mengikuti perkhemahan 1 malaysia. Berbagai pihak dipersalahkan hingga kepada murid yang belum mengerti apa-apapun jua. Guru yang ikhlas dan mengikut arahan juga dipertanggungjawabkan. Tidakkah kesalahan ini sepatutnya ditanggung oleh meraka yang terlalu mengharapkan slogan mee segera 1 malaysia ini menjadi ratiban, ikutan dan pegangan semua pihak. Tapak perkhemahan mee segera ini juga bukti betapa mereka terlalu tergesa-gesa dalam mempromosikan slogan 1 malaysia. Mungkinkah pilihanraya ke13 akan diawalkan? Apa pun, jangan jadikan anak-anak kecil yang tidak berdosa mangsa kerakusan mendapatkan kekuasaan. Cukuplah C4kan seorang perempuan dari.......

Banyak lagi kesesatannya kalau saya nak nukilkan disini sebagai maklum balas kepada pesanan rigkas murabbi saya itu. Apa yang paling penting ialah setiap pejuang dan para daie haruslah sentiasa bersedia dan proaktif dalam setiap isu yang timbul semoga rakyat marhain yang tidak pernah memikirkan sebarang kepentigan tidak tersesat hasil usaha daripada pemimpin mereka yang mereka angkat. Kita juga perlu menyedarkan mereka bahawa mereka juga bersalah dan memperolehi jumlah dosa yang sama dengan dosa orang yang mereka lantik jadi pemimpin andai pemimpin yang mereka lantik itu salah dan sesat.

Wassalam. Fikir-fikirkan wahai UlilAlbab....

No comments: