Pages

Thursday, November 5, 2009

Wang Ehsan, Hak Rakyat atau Hak Pemimpin UMNO

Keputusan PM Dato' Seri Najib dalam ucapannya diparlimen yang memutuskan bahawa kerajaan akan membayar wang Ehsan menggantikan royalti minyak kepada rakyat kelantan. Keputusan ini disambut dengan penuh kesyukuran dan terima kasih oleh seluruh kepimpinan UMNO kelantan. Sebabnya cukup mudah, apabila wang ehsan diagihkan ke negeri, pastinya JPP yang bertanggungjawab dalam hal ini. JPP pula adalah satu jabatan yang 100% adalah hak milik UMNO.
Persoalannya, apakah rakyat kelantan keseluruhannya setuju? Apakah akan berlaku ketelusan dalam pengagihan wang ehsan ini? Apakah ahli UMNO lebih amanah dalam pengurusan wang berbanding pemimpin PAS kelantan? Siapa di kelantan yang beriya-iya mengatakan kerajaan kelantan tak layak mendapat royalti?
Sebelum rungkaian persoalan ini dibuat adalah lebih baik terlebih dahulu penulis mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri kelantan atas usaha dan kejayaannya memperolehi kembali hak royalti (wang ehsan) yang merupakan hak kami rakyat kelantan. Tahniah kepada semua yang terlibat semoga usaha murni ini mendapat pahala daripada Allah.
Persoalannya kenapa royalti yang menjadi hak kerajaan bertukar menjadi wang ehsan. Apakah mejoriti rakyat kelantan setuju. Yang jelas apabila ditanya kepada 10 orang rakyat kelantan hanya 1 sahaja yang setuju. Dia adalah pemimpin umno cawangan dan hidup pula bergelumang dengan sabsidi dari UMNO. Sembilan yang lain pula amat tidak setuju dengan berbagai alasan antaranya meraka mengatakan bahawa wang ini pasti tidak sampai kepada orang yang sepatutnya. Kalau sampaipun RM1000 akan manjadi RM500. Inilah yang berlaku di terengganu. Ada pula yang emosional dengan mengatakan kami rakyat kelantan meminta hak kami buka wang ehsan sebab kami bukan pengemis. Wang ehsan merupakan satu penghinaan kepada kami. "kalu mahu tengok UMNO tidak ada kerusi di Kelantan cubalah bagi wang whsan pada kami, kami bukan rakyat terengganu." penuh marah nampaknya Hj. Mat kali ini.
Persoalan kedua yang perlu difikirkan oleh PM Dato' Seri Najib ialah, adakah akan berlaku ketelusan dalam pengagihan Wang Ehsan. PM juga kena sedar bahawa antara sebab kenapa UMNO tidak dapat menawan kelantan ialah kerana tidak telusnya pemimpin peringkat negeri, bahagian dan cawangan yang membuat pengagihan pada sesuatu projek. Mereka mengagih projek atau sabsidi mengikut amalan biasa mereka iaitu anak beranak dan sahabat terdekat. Orang yang tidak jelas sokongan atau nama lainnya atas pagar dibiar mengigit jari. Tidakkah ini menimbulkan kemarahan bukan sedikit dari kalangan rakyat kelantan. Kalau wang ehsan menjadi habuan yang cukup besar maka kemarahannya semakin besar.
Perlu juga diingatkan kepada PM tentang sebahagian besar pemimpin UMNO kelantan yang kebanyakan mereka telah hilang sifat Amanahnya. Rakyat kelantan langsung tidak mempercayai mereka kerana telah banyak Amanah yang telah mereka selewengkan. Wang Tok Fakir (pinjam kata-kata Ust. Nasaruddin Daud)yang sedikitpun mereka kebas, inikan pula wang ehsan yang berjumlah bilion ringgit. Saya rasa kalau ini diteruskan UBN mesti bersedia untuk mengalami kekalahan yang lebih besar.
Apa yang sepatutnya PM lakukan ialah menyerahkan wang royalti kepada kerajaan kelantan kemudian tubuhkan satu jawatankuasa memantau penggunaan wang tersebut. Andai berlaku penyelewengan, inilah masanya UBN memburukkan kerajaan kelantan yang kebanyakan orang mengatakan kerajaan kelantan paling bersih dan tidak ada rasuah. Macam mana Dato' Seri Najib cadangan saya?
Manakala pemimpin UMNO kelantan juga sepatutnya merasa malu kerana sebelum ini merekalah yang mendakwa kerajaan kelantan tidak ada hak mendapatkan royalti. Lalu semasa kerajaan negeri menganjurkan lawatan ke Palantar Cakrawala mereka mendakwa sebagai kerja gila. Tapi bila diukur memang hak kerajaan kelantan untuk mendapatkan royalti lalu PM mengumumkan menggantinya dengan wang ehsan mereka cukup seronok dan gembira. Dasar muka tidak tahu malu. Saya cukup yakin, atas dasar ini rakyat kelantan akan menolak pemimpin yang tidak tahu malu. Mereka sepatutnya dari awal lagi bersama-sama kerajaan negeri mendesak royalti ini tetapi merekalah yang menjadi sampah dan menyusahkan usaha kerajaan negeri.
Mungkin wang ehsan ini untuk menjadi umpan yang ampuh bagi memenangkan UMNO di kelantan dalam PRU ke13. Sebagaimana mereka lakukan di terengganu pada tahun 2004. Perlu diingat, rakyat kelantan berbeza dengan terengganu. Rakyat kelantan hidup berdikari dan jarang bergantung dengan kerajaan. Kami dapat peruntukan atau tidak, sama sahaja bagi kami. Kami di kelantan mempunyai prinsip yang jelas, perjuangan kami demi Islam. Datang sogokan apapun kami tetap memenangkan Islam. Di kelantan juga ada slogan keramat tok guru "dapat kain pakai, dapat gula kaca, dapat duit guna, pangkah tetap Pas". Jadi janganlah UBN dikelantan menggunakan duit ehsan untuk memenangkan UBN dalam PRU13.
Akhir Kalam... Jangan sekali-kali tukarkan royalti kepada wang ehsan, kerana UBN di kelantan akan mempercepatkan proses penggalian kubur untuk UBN sendiri di kelantan. Semoga kita semua dibawah keredhaannnya.

Amin...

No comments: