Pages

Sunday, November 15, 2009

Kejayaan Besar UMNO Tahun Ini.

Setelah mengalami satu mimpi yang amat mengerikan pada 2008 iaitu kekalahan teruk umno dalam PRU12 sehingga terpelanting bekas perdana menteri Pak Lah Badawi, maka tahun ini UMNO telah mencipta beberapa kejayaan besar untuk mereka. Nampaknya, tidak sia-sia mereka memberi upah kepada satu konsortium yahudi untuk menjadi penasihat strategik mereka, disamping sebagai penasihat ekonomi negara. UMNO yang telah tinggal nyawa-nyawa ikan selepas PRU12 semakin mengalami keparahan setelah semua edisi PRK yang berlaku di sepanjang 2008 mereka kalah dengan teruknya.

Sepanjang tahun ini sedikit oksigen pernafasan telah mereka perolehi dan ini memberikan sedikit kelegaan. Bermula dengan Isu Kerajaan Perpaduan yang telah diutarakan oleh Yang Berhormat Tuan Guru Presiden yang sengaja disalah fahami oleh meraka, lalu lidah-lidah rasmi mereka telah mengeluarkan liur busuk lalu membusukkan Pandangan dan lontaran Idea Tuan Guru. Mereka dengan tidak terfikirkan rasa bersalah lalu memutar belit dengan mengatakan bahawa PAS ingin bergabung dengan UMNO sedangkan hal ini tidak pernah disebut oleh TG Presiden. Nabi sebut dalam sabdanya "kalau ada orang munafik bawa berita, maka hendaklah terlebih dahulu kamu diselidiki kebenarannya". Tapi ada penyokong kita yang terus melenting bila menerima berita ini. Sedangkan ianya dari musuh yang memang bersedia untuk memukul curi kita. Bersoraklah puak UMNo bila tengok kita bertelagah. Senjata mereka berjaya.

Rentetan kerajaan perpaduan ini di bawa pula kepada serangan perpecahan dalaman PAS yang berpuak-puak kepada beberapa kumpulan. Kumpulan Erdogan dan kumpulan perpaduan. Siapa yang memulakan serangan? UMNO, melalui lidah rasmi mereka dan kita meratibnya pula seharian disemua peringkat sedangkan ini tidak pernah wujud. Kita semakin parah apabila orang bawahan pula yang membuat penilaian siapa Kumpulan Erdogan dan siapa kumpulan perpaduan dan mereka mula bergaduh antara mereka. Kesannya kita mengecil dan mula diperkecilkan. Kesan yang besar isu ini ialah, kita hampir kalah di PRK Manik Urai dan yang paling parah ialah kekalahan yang memalukan di Bagan Pinang.

UMNO makin sihat apabila mereka berjaya mengubati diri dengan menghisap darah sahabat dan kawan terdekat. Kalau ikutkan Zahid Hamidi, Adik mereka iaitu MCA dan MIC. MCA porak peranda tanpa dapat sedikitpun bantuan dan tunjuk kasih dari UMNO. Begitu juga dengan MIC. Malahan MIC terus ditindas dan ditekan apabila UMNO dapat adik baru (bungsu mungkin) iaitu sebuah lagi parti baru yang namanya Makkal Sakti. Kesakitan mereka dan nanah mereka dapat mereka selindungkan dengan menyapu kepada badan adik mereka ini. Lalu melaunglah mereka dengan laungan yang gemersik "adik mereka bernanah, sapulah nanah tu, nanti terkena Abang pula." Inilah UMNO.

Mereka bawa datang slogan 1 malaysia, Kemudian Bajet perihatin. Kedua-duanya adalah retorik dan memualkan. Adakah rakyat nampak semua ini? Tidak, rakyat tidak nampak kerana kita serang menyerang sesama sendiri. Penyokong menyalahkan pendokong manakala pendokong pula melepaskan kesalahan kepada pemimpin. Sibuk pemimpin menjawab segala tohmahan sehingga langsung tidak berkesempatan menerangkan kepada rakyat kepelikan dan kelemahan slogan 1 malaysia serta retorik bajet 2010. Maka selesa dan selamatlah UMNO. Kita pula bergaduh dengan rentak tari pukulan gendang UMNO.

Ada pula suara cadangan yang berbentuk sedikit provokasi dari peminat PAS atau mungkin juga penyokong secara diam PAS yang membuat cadangan. Kita menolaknya dengan tohmahan yang cukup menunjukkan bahawa kita parti yang tidak boleh ditegur. Dulu kita kata Pak Lah lemah kemudian UMNO melenting. Nah! sekarang kita pula yang ditegur kita juga melenting. UMNO bersorak lagi, apabila media mereka menjadikan isu ini sebagai ubat merawat kelemahan diri. Hilang segala kelemahan mereka bila tiap hari media mereka mengusik hal ini. Hinggakan orang tua di Negeri Cik Siti terpaksa menjadi penyelesai hal ini. Tapi tekniknya ada oarang PAS tak fahami sehingga beliau pula dituduhi. Cadangan EGM sebagai satu teknik, biar nampak kita sedia diteguri lalu kita mampu muhasabah diri. Sekarang hampir selesai dan media UMNO tidak lagi mencaci.

Satu lagi UMNO mengatur langkah dengan lidah rasminya yang berliur busuk dan hantu-hantu yang menyelinap dalam pemerintahan kerajaan negeri kelantan. Menyerang dalam kubu sendiri sehingga pertahanan goyah dan tidak dapat tahu mana kawan dan lawan. Tok Guru difitnah dengan berbagai fitnah dari diri sendiri hingga kepada Anak-anak. UMNO bertepuk bersorak dan kita pula menjadi gelabah. Ada setengah yang terikut rentak mempertikai ketelusan seorang Ulama. Orang PAS yang sebelumnya menyanjung tok guru sepatutnya bangun berdiri dibelakangnya bela dan pertahankannya. Tapi kita pula yang menambah sengsara. Mujurlah orang tua itu semangatnya gigih perkasa, mampu bangun walau tanpa ada tongkat dari penyokong dan pendokong yang dulunya janji setia. Bangunlah Tuan Guruku, aku dikejauhan ini sentiasa mendoakan tok guruku sentiasa mampu membalas segala kata nista.

UMNO sekarang sedang meloncat gembira. Tahun ini sedikit kajayaan telah tercipta. PR berjaya mereka goncang perpaduannya. Tok Guru mereka berjaya hilangkan kepercayaan penyokong dan pendokongnya. PRK mereka berjaya kurangkan mejoriti dan menang bergaya. Kita PAS masih dalam nada yang sama melaungkan kata UMNO sedang tenat dan tak mampu berkata-kata apatah lagi bagkit untuk menyerang kita.

Wahai semua petugas parti Islam. Bangun dan bangkitlah berkerja. Kita jangan leka dengan kata-kata UMNO sudah lemah. Meraka makin kuat sebenrnya. Slogan mereka lemah adalah ciptaan mereka untuk mengurangkan proaktif kita dalam bekerja. Sedangkan hakikatnya mereka sedang memamah kita.

Wassalam.... semoga jumpa lagi dilain masa.

No comments: