(Artikel ini dipetik 100% dari blog Kickdafella memandangkan ianya baik untuk dikongsi bersama dan supaya semua sedar tentang penat jerihnya mereka yang berusaha untuk mendapatkan habuan yang namanya Wang Ehsan ini)
Apabila Husam mula melaungkan tuntutan royalti minyak Kelantan sebaik sahaja tewas di dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS pada muktamar Jun lalu, pelbagai pihak mencemuhnya dan berpendapat Husam sudah sasau dan tak kurang yang mula memanggilnya Husam Minyak.
Hari ini saya memanggil bos saya ini sebagai Husam Orang Minyak. Waktu saya mula berkhidmat dengannya, dia sedang tergila-gila minyak Gaharu. Di penghujung perkhidmatan saya, dia masih gila minyak, tetapi kali ini royalti minyak.
Ramai pihak, di dalam dan diluar Kerajaan Negeri Kelantan memandang serong usaha Husam dan mendakwa bahawa tiada asas diatas tuntutan tersebut.
Saya bekerja keras membantu Husam bukan kerana saya percaya bahawa tuntutan royalti minyak itu berasas, tetapi kerana saya percaya kepada Husam. Atas kepercayaan saya padanya, saya menemui sebab untuk percaya bahawa tuntutan itu benar.
Pengalaman tuntutan royalti ini menjadi lebih manis bila usaha yang saya sangkakan akan makan masa bertahun-tahun tiba-tiba telah menampakkan hasil dalam masa sesingkat 4 bulan sahaja.
Saya kata pada Husam, mulai hari ini, Dato’ tidak lagi sesuai diberi jolokan Lone Ranger atau Robin Hood, Dato’ lebih sesuai dengan panggilan Orang Minyak!.
Sepanjang tempoh empat bulan itu, Orang Minyak itu telah meloloskan dirinya melalui pelbagai pintu untuk menemui semua orang yang perlu ditemui untuk mendapatkan maklumat, bantuan dan sokongan. Dan semuanya memberikan petanda positif bahawa tuntutan ini berasas.
Hari ini sungguh manis sekali.
Tetapi kemanisan itu bukan untuk milik semua. Apa yang hampir kesemua kita tidak ketahui, tuntutan royalti minyak ini telah membunuh karier seorang insan bernama Mazlan Mohd Hashim dari Kuantan, Pahang.
Mangsa Pertama Tuntutan Royalti Minyak
Pada 4hb Ogos 2009, ketika sekumpulan rakyat Kelantan sedang belayar ke Pelantar Cakrawala, Mazlan yang bertugas di Pelantar Cakrawala telah meninggalkan 2 komen di blog Kickdefella. Antara intipati komennya ialah doanya supaya ekpedisi ke Cakrawala itu berjaya dan selamat. Di dalam komen itu juga Mazlan memberitahu kepada pembaca bahawa rombongan kami telah tiba berdekatan pelantar tersebut.
Pada 9hb Ogos 2009, apabila saya mengumumkan untuk melakukan pelayaran ke seluruh pelantar di Perairan Kelantan, Mazlan meninggalkan pula komen berbentuk nasihat dan sedikit tips-tips keselamatan.
Pada pagi 12 Ogos 2009, sebaik tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan helikopter dari Pelantar Cakrawala, Mazlan telah terus diiringi oleh wakil pengurusan Carigali Hess dan diarah menerima dan membaca surat tunjuk sebab ke atasnya.
Mazlan dikehendaki memberi jawapan bertulis didalam masa 7 hari mengapa tindakan tidak perlu diambil ke atasnya. Kesalahan Mazlan menurut majikannya ialah kerana komen-komen yang ditinggalkannya di blog ini.
Di dalam keadaan tertekan, Mazlan menyerahkan surat perletakkan jawatannya pada 13 Ogos 2009. Pada hari yang sama perletakkan jawatan Mazlan diterima dan dia diarahkan menadatangani surat yang memaklumkan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas majikannya selepas itu.
Di dalam kegembiraan menerima pengesahan dan advance bonus dari Perdana Menteri, saya terkenangkan nasib yang menimpa Mazlan. Saya terkenangkan tekanan yang sedang dilalui oleh beliau, isterinya dan anak-anaknya.
Saya menghubungi Mazlan sejurus selepas mendengar pengumuman YAB Perdana Menteri. Mazlan masih menganggur.
Banyak pihak yang telah memainkan peranan positif dalam tuntutan royalti ini dan Mazlan adalah seorang darinya. Seluruh rakyat Kelantan akan mula menikmati ‘Wang Ehsan’ dari Kerajaan Persekutuan mulai 2010 kesan dari peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak ini tetapi setakat pengetahuan saya, hanya Mazlan seorang yang menjadi mangsa.
Biarlah saya mengambil sedikit ruang disini supaya Mazlan tahu bahawa sumbangannya dihargai. Marilah kita memanjangkan doa supaya dimurahkan rezeki buat saudara Mazlan dan keluarganya. Bagi mereka yang ingin menyumbangkan lebih dari sekadar doa buat Mazlan,
No comments:
Post a Comment