Hari ini telah masuk hari ke3 kita marayakan Aidiladha. Kebanyakan penduduk dikelate menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Kelihatan jalanraya mengalami kesesakan yang hampir sama sebagaimana Aidilfitri yang lalu. Hari ini 12 zulhijjah, masih ada yang melakukan penyembelihan korban masing-masing. Unitnya di kelantan setiap rumah melakukan ibadat korban. Ibu bapa menunggu anak rantau penuh gembira dan menyerikannya dengan semangat pengorbanan bermula selepas solat Aidiladha sehinggalah petang 13 Zulhijjah. Memang rakyat kelantan sangat kuat penghayatannya dengan korban. Memang inilah yang ditarbiahkan oleh tok-tok guru di kelantan semenjak dulu.
Semenjak kecil lagi saya sendiri telah didedahkan dengan semangat pengorbanan yang agong yang pernah dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim KhaliluLlah dan nabi Allah Ismail a.s. Mereka berdua telah mempertontonkan satu pengorbanan yang sangat hebat. sang ayah yang telah lama mengharapkan seorang zuriat yang soleh dan bila memperolehinya terpaksa meninggalkan anak tersebut kerana menuruti perintah Allah. Setelah kembali semula, datang pula perintah Allah supaya menyembelihkan anak yang tersayang. Sang anak pula apabila diberitakan oleh si ayah akan perintah Allah ini, maka tanpa rasa ragu dan keliru terus mengungkapkan kata-kata pada ayahnya, "Wahai ayahndaku andai ini perintah Allah maka jalankanlah, insyaAllah Ayahanda akan mandapati anakanda daripada orang-orang yang sabar." Ketabahan hati mereka berdua dalam menyahut seruan Allah ini telah memperolehi satu kemenangan walaupun disepanjang perjalanan ke tempat sembelihan mereka dihasut oleh iblis laknatulLah untuk mengagalkan pengorbanan tersebut.
Hari ini kita semua mengaplikasikan semangat pengorbanan tersebut dalam hidup kita. Kita manjadikannnya sebagai satu asas yang kukuh bahawa dalam perjuangan Islam setiap orang mesti berkorban untuk memenangkan Islam.
Dalam penghayatan semangat korban ini, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan syabas kepada menantu Tok Guru Nik Aziz iaitu Ir Mohd Ariffahmi dan Tok Guru sendiri yang terlalu banyak berkorban demi melihat pemerintahan Islam di kelate terus kuat. Sebuah pengorbanan yang cukup besar dikala semua umat Islam dikelate khususnya dan malaysia amnya menyembelihkan ibadah korban mereka, mohd ariffahmi pula sanggup meninggalkan kerusi empuk Ketua Pegawai eksekutif PMBK walaupun tidak ada sebab dan siasatan SPRM pula tiada asas untuk mendakwanya. Demi sebuah parti yang membawa wadah Islam sebagai tunjang, yang didokongnya dan setelah mendapat nasihat dari mertuanya maka Ariffahmi dengan penuh ikhlas dan rendah diri berundur dari jawatan tersebut.
Tok Guru sebagai MB kelate pula setelah melihat parti Islam yang didokongnya difitnah kiri dan kanan kerana perlantikan menantu tersayang maka dengan penuh keikhlasan dan kepayahan beliau menasihati menantunya meletakkan jawatan yang disandang. Itulah dua pengorbanan yang tidak kurang besarnya telah berlaku dalam negeri kelate ini dikala umat Islam sedang sibuk mengurus dan mengagihkan daging korban masing-masing. Pengorbanan seorang mertua dan menantu ini, telah membezakan antara parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan parti yang hanya berslogankan Islam.
kalau sebelum ini sebuah parti yang memerintah telah dicemuh dan dipertikaikan oleh semua pihak, bagaimana bapa mertua sebagai PM dengan menantunya yang telah membolot hasil khazanah negara. Malahan bekas PM sendiri telah membuat komen terbuka tentang penglibatan budak tingkat 4 dalam pentadbiran negara. Buka setakat itu sahaja, tetapi anak dan abang Ipar anaknya juga berjaya menghasilkan kekayaan bilion ringgit. Tapi apa tindakan yang telah diambil oleh PM tersebut. Adakah menantunya dipecat dari Tim. Ketua Pemuda dan bagaimana pula dengan anaknya. Kita juga melihat bagaimana PM sekarang yang membiarkan adik-adiknya yang membolot kekayaan negara. Siapa Datuk Nazir Tun Razak dalam CIMB dan siapa Rosmah Mansur yang mampu menyewa kapal persiaran yang pernah disewa oleh jutawan arab. Kalau betul mahukan integriti bukan tok guru sahaja yang mempraktikkannya tetapi pemimpin yang tertinggi mesti memulakannya. Tok guru hanya Ariffahmi sahaja, tetapi orang lain semua keluarga terlibat.
Jadi, penulis sekali lagi merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada Tok Guru dan Ariffahmi kerana pengorbanan yang besar yang telah mereka tunjukkan bagi mempraktikkan sebuah integriti. Bukan setakat itu sahaja mereka juga berjaya membezakan parti PAS dengan parti-parti yang lain dalam perjuangan Islam dan ketelusan sebuah kerajaan Islam.
SYABAS DAN TAHNIAH.....WASSALAM
No comments:
Post a Comment