"DPPNS, Melangkah Memimpin Perubahan"
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL S.A.W. SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MERIALISASIKAN SUNNAHNYA DAN MENJADI MATA RANTAI PERJUANGAN BAGINDA NABI S.A.W.
Saturday, April 30, 2011
DPPNS, Perihatin Ahli
Sempena Muktamar Pemuda kali ke-24 DPPNS Melalui Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakatnya telah membuat pungutan derma perihatin bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh petugas sepenuh masanya di pejabat DPPNS. Kutipan diumumkan oleh pemangku pengerusi tetapnya. Satu musibbah telah menimpa saudara Qairul Zaman yang kehilngan motosikalnya yang baru 3 hari dibeli dengan harga RM2000. Motosikal inilah yang menjadi pengangkutannya bagi berulang alik ke pejabat DPPNS di kingfisher. Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat mengucapkan berbanyak terima kasih kepda semua muktamirin yang bermurah hati memberikan sedikit derma mereka bagi sama-sama meringankan bebanan saudara kita tersebut. Jumlah derma yang telah berjaya dipungut ialah sebanyak RM360.
Derma telah disampaikan sendiri oleh Ketua DPPNS Saudara Lahirul Latigu dalam Muktamar tersebut. Semoga apa yang telah didermakan dengan penuh ikhlas akan menambahkan lagi kekuatan ukhwah kita dalam jemaah ini dan akan dikira sebagai pahala yang cukup besar di sisi Allah. InsyaAllah.
"DPPNS, Melangkah Memimpin Perubahan"
"DPPNS, Melangkah Memimpin Perubahan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment