Pages

Tuesday, May 3, 2011

Bicara POLIGAMI (Siri 1). Mudah Andai Istiqamah Dengan Sunnah Yang Lebih Mudah.

Salam untuk semua yang membaca entri ini. Pertamanya pohonan maaf kepada semua samada yang bergelar Isteri ataupun yang bergelar suami. Mungkin entri kali ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi pembaca sekelian. Cuma penulis mahu setiap apa yang tercoret mampu pembaca semua, memahami dan menilai dari semua sudut. Bukan hanya melihat dengan pandangan emosi dan berkepentingan sendiri. Mesti ada kebersamaan yang luas dan mantap serta berani menyatakan hak walaupan ditentang.
Bila berbicara soal poligami, ayat 4 surah an nisa’ menjadi ikutan dan hujjahan semua. Isteri dan Suami mengambil pandangan yang berbeza pada ayat yang sama. Iaitu;
“kahwinilah perempuan yang baik dari kalangan kamu 2, 3, atau 4. Tapi andai tidak mampu berlaku adil maka kahwinilah satu sahaja.”

Bagi suami ayat ini pendorong kepada mereka untuk berpoligami. Menjadi hujjah bahawa suami boleh berkahwin sampai 4. Maka berbagai hujjah dihuraikan bagi memahami isteri akan keharusan berkahwin 2, 3, atau 4. Manakala bagi si isteri ayat ini menjadi hujjah bagi mereka bahawa nak kahwin boleh tapi persoalan akan diajukan kepada suami, mampukah berlaku adil? Dan paling bahaya ada setengah sampai sanggup mempertikaikan kemampuan suami di khalayak dengan menyatakan bahawa suami mereka lemah dan tak mampu untuk adil. Tidakah ini mengaibkan suami dan lebih-lebih lagi ianya di ucapkan dikhalayak yang akan menyebabkan dosa kering.

Bagi mengendurkan suasana yang mana, satu pihak terlalu berkeinginan manakala pihak satu lagi menentang keterlaluan sampai sanggup menghina orang tersayang yang menjadi tempat mereka bernaung kasih dan sayang. Maka perlu dicarikan satu titik noktah kepada permasalahan yang tidak pernah kendur ini. Permasalahan yang mengundang berbagai polimik dan perbincangan dalam masyarakat. Samada bagi pihak yang amat bersetuju dan berminat dengan poligami yang berada di persimpangan atau yang menentangnya secara total.

Poligami adalah Sunnah nabi dan ini salah satu hujjah bagi si suami. Dan Isteri manjawab, banyak lagi sunnah nabi kenapa tak diikuti. Betul kata si Isteri, sunnah nabi bukan poligami semata-mata, malahan banyak lagi yang mudah. Kenapa dicari yang payah? Penulis ingin menyatakan, kenapa terus kepada yang payah sedangkan tinggal yang mudah. Kenapa terus membawa lori yang besar sedangkan keretapun belum lulus. Sunnah yang mudah ini di anggap mudah sebab tak tercatat padanya undang-undang tentang keperluan izin si isteri atau kelulusan mahkamah untuk melaksanakannya.

Apa itu sunnah yang mudah? Beberapa sunnah yang dianggap mudah untuk kita amalikan iaitu solat sunat rawatib, Qiamullail, Puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat Dhuha, bacaan al Quran sekurang-kurangnya 2 lembar sehari, berzikir dan banyak lagi yang merupakan sunnah nabi yang mudah untuk kita ikuti dan tidak perlu mendapatkan tandatangan si isteri atau kelulusan Mahkamah Syariah. Satu lagi yang perlu diambil perhatian iaitu solat berjemaah di masjid. Ini bukan setakat sunnah tapi merupakan kewajiban kifayah. Apakah telah selesai 5 waktu kita amalkan?

Penulis bukan ingin berbicara secara feminin dalam hal ini, tapi inilah hakikatnya bagi kita meraih kepercayaan isteri. Sebab, bila kita melihat mereka yang beroleh bahagia dari poligami iaitu ulama yang baik dan yang teratur padanya sunnah nabi lalu mendapat kepercayaan si isteri. Ulama yang hidupnya pada jalan haraki yang beramalkan sunnah nabi, poligaminya cukup indah dan menyejukkan hati. Isteri tidak ada sebab untuk menentang lagi kerana baginya sudah tidak ada alasan untuk diberi. Bagi semua para suami yang berkeinginan poligami sila cuba resipi ini. Cuma, cuba betulkan niat dihati bahawa sunnah nabi diikuti kerana mengharapkan redha Ilahi dan syafaat di akhirat nanti. Disamping itu, perbanyakkan tadahan doa kepada Allah, tuhan yang maha memberi.

Selepas resepi ini berjaya kita amali, maka teguhkan semangat, bulatkan tekad dan berdepan dengan isteri dengan penuh berani membentangkan niat dihati. Pastinya tidak ada alasan syarie yang hendak diberi, kerana suami memang lelaki baik budi pekerti serta pejuang haraki yang sentisa beralas hidupnye dengan sunnah Nabi. Fikir-fikirkanlah wahai mereka yang ingin berpoligami, poligami pastinya mudah andainya kita mampu istiqamah dengan sunnah yang lebih mudah.

Sekian, Terima kasih.
(Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPPNS)

Wassalam.

No comments: