Pages

Monday, May 23, 2011

PUSPEN. Ada Cahaya Harapan Padanya.


PUSPEN iaitu akronim kepada Pusat Pemulihan Narkortin adalah merupakan antara pusat-pusat pemulihan dadah yang ada dalam Negara. PUSPEN yang terletak di Kimanis, Papar mampu menempatkan hampir 150 orang pelatih dalam satu masa.

Penulis yang diberikan kesempatan untuk mengadakan sesi ceramah di sana sangat teruja dengan apa yang dilihat, diperhati dan diinteraksikan bersama ahli keluarga PUSPEN. Pertama yang penulis lihat akan kesantunan pegawai-pegawai di PUSPEN dalam melayani pelatih-pelatih. Mereka tidak dilayan dengan kasar sebagaimana orang salah yang melakukan kesalahan tetapi mereka di layan dengan cukup baik. Salah satu contoh yang baik antaranya, mereka ini tidak dipanggil dengan penggilan pelatih tetapi keluarga PUSPEN.

Dalam beberapa siri perbualan penulis dengan pelatih, penulis mendapati kebanyakan mereka ini telah sedar dan insaf. Ini dapat dilihat pada genaggan air mata bila mereka mengucapkan keinsafan tersebut. Dan mereka sedia berkongsi pengalaman mereka sebelum dan semasa menjadi penagih. Dan bila ceramah yang bertajuk “Dari Mana Kita, Untuk Apa Kita Dilahirkan, Kemana Selepas Ini” ada dikalngan pelatih yang mengalirkan air jernih dikelopak, Mungkinkah ini salah satu tanda sebuah kesedaran dan keinsafan tersebut.

Penulis bukan nak bercerita pasal ceramah atau mengupas kembali isi ceramah, akan tetapi penulis ingin berkongsi kerisauan pelatih akan masa depan mereka. Rata-rata pelatih yang penulis temui melahirkan kerisauan mereka bila mereka sudah tamat di sini dan kembali ke dalam masyarakat. Persoalan mereka, apakah masyarakat dapat menerima mereka? Apakah masyarakat tidak menghina dan mengeji mereka? Atau, apakah masyarakat akan berterusan menganggap kehadiran mereka dalam masyarakat menjadi penyebab kepada kerosakan dan mengganggu ketenangan mereka? Kalau inilah yang terjadi kata mereka, tak mustahil mereka akan kembali menagih disebabkan tekanan yang mereka terima bila kembali dalam masyarakat. Dan inilah antara sebab kenapa berlaku penagihan yang berulang. Sedangkan mereka, setelah dibenarkan keluar mereka ini telahpun insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

Penulis Cuma mampu nasihati mereka dengan berkata, sekarang kamu insaf sebab apa? Kamu bertaubat kepada siapa? Keredhaan siapa yang kamu semua harapkan?

Kalau keinsafan kamu kerana Allah, kalau taubat kamu kerana Allah, kalau kamu hanya mengharapkan redha Allah yang paling utama. Kenapa perlu kamu takut dengan pandangan masyarakat. Kenapa kamu perlu takut untuk keluar dan berdepan dengan masyarakat kemudian nyatakan bahawa kamu benar-benar telah insaf dan bertaubat. Masyarakat memang akan beranggapan demikian kerana mereka tak dapat membaca isi hati kamu. Mereka tidak dapat melihat keikhlasan taubat kamu. Yang penting kamu tunjukan bahawa kamu telah benar-benar insaf dan bertaubat kepada Allah. Akhir sekali penulis nasihatkan mereka, andainya sampai akhirnya masyarakat tetap tidak dapat menerima kamu. Ingatlah, Allah akan menerima kamu andainya kamu benar insaf, bertaubat keranaNya. Dan kejarlah redhaAllah, insyaAllah redha manusia kamu akan dapati nanti.
Mereka insaf dan bertaubat. Manakala kehidupan mereka di PUSPEN pula seumpama di pondok pengajian. Solat jemaah setiap waktu dan kuliah agama dan fardhu ain juga setiap kali selepas solat waktu. Bila mereka keluar, apa peranan kita sebagai ahli masyarakat? Apa tanggungjawab kita bagi memastikan mereka terus insaf dan sedar akan kesalahan yang mereka pernah lakukan? Berilah sedikit peluang kepada mereka untuk mereka buktikan keinsafan dan taubat mereka. Memang mereka pernah bersalah kepada kita tapi apakah setelah mereka sedar dan insaf kita masih menghukum mereka. Apakah kita lebih hebat berbanding Allah sebagai Khalik yang sentisa menerima taubat hambaNya.

Kita harus sentisa ingat dan sedar, bahawa mereka juga makhluk Allah sebagaimana kita yang tidak bernasib baik kerana gagal dalam ujian Allah dan terjebak dengan semua tu. Kita sebagai hambaNya yang beruntung kerana tidak diuji sedemikian sepatutnya bersyukur dengan kita laksanakan tnggungjawab kita membantu mereka untuk bertaubat. Ingatlah, mereka pernah melakukan kesilapan. Setiap kita juga pernah melakukan kesilapan kecuali nabi. Yang pentingnya ialah, apakah kita insaf dan sedar dari kesilapan tersebut lalu bertaubat. Mereka ini pula, telah insaf dan sedar lalu mereka bertaubat. Apa hak kita untuk mempertikaikan taubat mereka? Itu hak mereka dengan Allah. Hak kita ialah bantu mereka dan santuni mereka agar mereka terus sedar dan insaf kemudian menjadi anggota masyarakat yang berguna dan mampu pula menjadi penyelamat kepada anggota masyarakat yang lain.

Penutup kepada ceramah penulis nyatakan, bila kamu keluar ke dalam masyarakat jadilah kamu seorang pendakwah. Lalu mereka terpinga-pinga. Macam mana tu ustaz? Kami bukan ada ilmu agama. Lalu penulis menjawab, pandakwah ada dua cara, amar makruf dan nahi mungkar. Mungkin kamu susah untuk amar makruf tapi kamu mampu untuk nahi mungkar iaitu kamu nyatakan kepada masyarakat terutama sekali remaja yang lalai dan leka tentang kesannya andai mereka terjebak sebagaimana yang pernah kamu alami.
Akhir sekali penulis mengharapkan kepada semua ahli keluarga PUSPEN. Cepat sedar dan insaf. Kami anggota masyarakat menuggu-nunggu keinsafan kamu dan kembali bersama kami untuk sama-sama membangunkan masyarakat dan sama-sama membantu memenangkan Islam.

Sekian..

Wassalam

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPNS.

No comments: