Pages

Monday, August 22, 2011

Ziarah Qiamullail Masjid di DUN N48 Sukau

Alhamdulillah, SumalhamduliLah

Itulah lafaz yang paling mulia dan layaknya atas bantuanNya dalam menjayakan program ziarah untuk kali ketiga di masjid-masjid yang berada di kawasan Dun N48 Sukau. Masjid kali ini agak pendalaman sedikit. Kalau dulunya memang agak keberatan untuk masuk melalui laluan darat sebab jalannya yang hanya mampu dilalui oleh kenderaan pancuan 4 roda dalam cabaran Endau- Rompin. Tapi bersyukur pada Allah, sekarang sudah diaspal. Banyak-banyak kampung di Kinabatangan hanya ini sahaja yang telah diaspal. Sebabnya pembaca boleh datang siasat sendiri. Ada estate yang dikendalikan oleh Borneo Samudera yang mengambil alih pengurusan ladang daripada Lembaga Kemajuan Tanah Sabah.

Stop pasal aspal kemudian kita kembali kepada program ziarah. Kali ini kami lebih gembira dan seronok kerana qiamullail kami disertai oleh ramai anak-anak muda kampung. Mereka bersemangat, mereka ikhlas dan meraka menampakkan kepada kami bahawa ada masa depan yang cerah kepada perjuangan PAS di sini. selain semangat yang ditunjukan oleh imamnya yang masih muda yang selalu bertegang leher dengan Datuk YB Sukau. Disamping adanya beberapa orang pemuka yang telah menjadikan PAS sebagai undi mereka selama mereka mengenali PAS. Gembira yang tak terhingga apabila kesediaan hampir 10 orang yang menjadi pemuka kampung sedia menjadi ahli PAS. Syukur pada Mu ya Allah. Rupanya Engkau telah merancangkan untuk kami yang lemah ini pembantu yang berada di pendalaman yang sedikit jauh dari kami. Bukannya dari mereka yang berada di sekeliling kami yang sentiasa mendapat curahan ilmu agama dari kami.

Kami balik paginya dengan seribu perancangan untuk mereka. Pastinya kami akan datang lagi membantu dan mengembangkan semangat dan roh perjuangan yang sedang berkobar-kobar dihati anak-anak muda ini. Hati kami berbunga kasih dan sayang kepada kampung ini. InsyaAllah. Kami akan datang lagi.

Sekian terima kasih.

S/U PAS Kawasan merangkap Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPNS.

No comments: