Pages

Monday, July 20, 2009

Ibrah daripada Peristiwa Isra' dan Mikraj

Dalam menganalisis persitiwa Isra' dan Mikarj, terdapat beberapa perkara yang mesti diberi perhatian kerana dengannya kita mampu memperolehi pengajaran dan pengiktibaran. Antara 'Ibrah yang didedahkan oleh Allah dalam peristiwa Isra, dan Mikraj ialah:

1. Pemebersihan hati daripada unsur kotor iaitu darah hitam dan digantikan dengan iman dan hikmah. Ini kerana perjalanan Isra' dan Mikraj adalah perjalanan kerohanian untuk menemui Allah. Iaitu nabi secara langsung bertemu Allah untuk mengambil kewajipan solat. Ibrahnya ialah apabila kita ingin mengadap Allah hendaklah membersihkan diri kita dengan berwuduk kemudian membersihkan jiwa kita dengan zikrulLah dan Istiqfar sekurang-kurangnya. Barulah kekhusyukan dan ketaqwaan kepada Allah kita perolehi.

2. Menyediakan binatang Buraq sebagai alat kenderaan yang boleh terbang laju. Andai kita ingin melakukan sesuatu perjalanan yang jauh persediaan mestilah cukup dan lengkap. Itu andainya perjalanan di dunia. Apatah lagi perjalanan menuju Akhirat, persediannya mestilah lebih lengkap.

3. Berehat sebentar dalam perjalanan dan menunaikan solat sunat setiap kali persinggahan. Ibrahnya ialah apabila kita melalui satu perjalanan yang jauh maka hendaklah kita berhenti Istirehat disamping menunaikan solat sunat mohon dijauhi dari segala marabahaya sepanjang perjalanan. Tetapi sekarang ini berapa ramai yang singgah di perhentian2 di PLUS hingway, singgah untuk solat sunat. sedangkan setiap hentian ada suraunya sendiri.

4. Berhenti di masjidil Aqsa dan menunaikan solat sunat dengan arwah para nabi. Nabi mengimamkan Solat ini yang menunjukkan kepada kita bahawa walaupun orang yang paling muda antara semua nabi tetapi penghormatan diberikan kepada nabi S.A.W. Satu lagi perjalanan nabi dari masjid dan berhenti di masjid. manakala kita pula dari wakaf hentian bas ke wakaf hentian bas.

5. Memberi salam kepada penunggu langit yang terdiri daripada para nabi. Itulah adab kita dalam masyarakat yang diajarkan kepada nabi bahawa kita perlu memberi salam apabila bertandan ke rumah sahabat kita. Salam itu bermaksud kita mendoakan kesejahteraan sahabat kita dan seisi keluarganya.

6. Mendengar nasihat Nabi Musa supaya dikurangkan jumlah solat. Nabi akur dengan nasihat ini dan memohon pengurangan jumlah solat. Ibrahnya nabi sebagai manusia terbaik dan penghulu segala nabi namun tetap menerima nasihat darpada orang lain andainya nasihat itu baik. Berbanding setengah dari kalangan kita apabila berada di atas tak sanggup menerima nasihat dari orang bawahan. Dan apabila pandangan diberikan dianggap sebagai satu penghinaan.

Itulah sedikit Ibrah yang dapat penulis senaraikan di sini sabagai pemanas ilmu yang telah tersedia ada pada diri pembaca. Semoga yang sedikit ini ada menafaatnya kepada semua.

Wassalam...

No comments: