Pages

Thursday, September 25, 2008

Salam Perantauan

Ucapan Salam Perantauan dan Selamat hari raya kepada semua keluarga yang berada di Kelantan. Ayahanda dan Bonda serta adik-adik di Machang dan Ibu mertua di Ayer lanas.
dalam kemeriahan menyambut Hari Raya jangan pula lupa Anakanda dan keluarga di sabah.
Kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang akan berangkat ke kampung halaman esok, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang yang sedang menanti untuk beraya bersama. Habis raya jangan lupa balik semula ke sekolah.
Kepada semua murid yang tersayang jangan terlalu ghairah beraya sehingga terlupa menjaga keselamat diri. Jauhi bahaya mercun dan meriam buluh (Ladun). Kepada semua pembaca, jadikan Hari Raya sebagai hari mengaplikasikan sifat dan perasaan Taqwa kepada Allah S.W.T setelah sebulan melalui tarbiah di universiti Ramadhan.


Sekian, wassalam...
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali Ku.






Majlis Berbuka Puasa SK. Sentosa Jaya

















Majlis berbuka puasa ini telah dianjurkan oleh AJK Kebajikan sekolah yang dikepalai oleh Pn. Rohana Daud.
Majlis diadakan di rumah Cg. Asmat Bin Ali. Jawatan Kuasa penganjur mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Cg. Asmat kerana sudi menjadikan rumahnya sebagai tempat majlis.
Wujud suasana yang menceriakan semasa majlis berjalan dan kemeriahan cukup terasa. Dapat minum air jus anggur yang segar buat pertama kali adalah pengalaman yang melucukan. Semua tidak biasa meminumnya dan terkejut dengan rasa yang begitu. Terima kasih kepada orang yang mencadangkan Ust. Fadzilan untuk membelinya.
Banyak juga makanan yang disediakan oleh guru-guru. Setiap orang disyaratkan menyediakan satu jenis juadah. Ada tomyam yang mengiurkan, Sayap goreng yang ranggup, bihun yang sedap, ikan goreng yang panas dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak tu, terselit pula satu kuih dalam daun pisang warna hijau. tak ada nafsu pula untuk menjamahnya, mugkin terlampau hijau kot atau orang yang menyediakan tu tukang masak amatur. Jangan marah yeee..
Selesai majlis berbuka, kami mengadakan solat maghrib berjemaah yang diimamkan oleh saya sendiri. Selepas itu majlis selesai.
Tahniah kepada penganjur dan terima kasih kepada tuan rumah dan semua guru diatas kerjasama yang anda semua berikan. Tahun depan kita akan adakan lagi majlis yang lebih meriah dari ini. Anak dara 2 orang tu jangan lupa basuh pinggan dan periuk.
Sekian, Wassalam...




Sunday, September 21, 2008

Guru bercakap Politik Di Sekolah

Apa rasionalnya saranan Tim. Menteri Pelajaran melarang guru-guru bercakap politik di sekolah terutamanya di kantin?
Apa yang perlu difahami oleh masyarakat, guru adalah agen perubahan. Guru juga adalah pusat akses bagi segala maklumat. Malahan dalam pengajaran sekalipun guru mesti mengetahui tentang situasi semasa yang membolehkan guru merancakkan lagi pengajaran. Perlu juga di ketahui bahawa apabila guru berada dikantin itu adalah masa rehat bagi guru, dan apalah salahnya sekiranya sambil berehat mereka bercakap tentang situasi semasa yang berlaku. Pastinya perkara yang hangat sekarang ialah soal pergolakan dalam politik tanah air. kalau guru terlampau dikongkong sampai ketahap ini, pastinya akan berlaku kejumudan dan guru yang buta maklumat semasa. Tidak timbul persoalan ianya akan menambahkan lagi bebanan guru kerana bagi mereka isu politik terlampau mudah dan senang memperolehi maklumat samada melalui media cetak atau elektronik.
Cuma yang perlu diingat oleh guru, bila mana mereka terlampau rancak dan leka bercakap tentang sesuatu isu akan menyebabkan mereka menjadikan kantin sekolah sebagai kedai kopi kampung yang beroperasi dipagi hari. Kelekaan dan kerancakkan mereka akan menyebabkan mereka lupa bahawa murid sedang menunggu di dalam bilik darjah. Kalau inilah alasan Tim. Menteri memang patut saranan ini dikaji dan diambil tindakan oleh pihak pentadbiran sekolah.
Kalau di rujuk kembali sejarah politik tanah air, kita jangan memandang rendah peranan guru dalam mengerakkan semangat petriotisme dikalangan rakyat. Dalam bahasa yang mudah guru bukan setakat bercakap politik tetapi gurulah yang mempelopori politik tanah air dan mereka berkerja tanpa mengharapkan apa-apa habuan dari kemerdekaan cuma yang penting melayu dapat memerintah sendiri. kalau semangat ini masih ada pada seorang guru apalah salahnya mereka bercakap soal politik cuma jangan sampai terbiar anak didik di bilik darjah

sekian, wassalam...(Guru Cemerlang Negara Gemilang)

Kenali Guru-guru Sk. Sentosa Jaya

En. Zefree Bin Hj. Shahirin. PK. I/Pemangku Guru Besar

En. Norijan Bin Sapari. PK. Ko-Kurikulum


En. Yusof Bin MPK Kechil



Pn. Rosni Bt. Arok




Ustaz Fadzilan Bin Rasdi





En. Asmat Bin Ali






Pn. Anne Sylverster







En. Dawis Bin Ghani








Cik Maslina Bt. Mariali









Ustaz Zamizo Bin Yusof










Ustazah Faeza Bt. Fauzi











Pn. Laksanah Bt. Radin












Pn. Rohana Bt. Daud











































Lawatan Ayahanda dan Bonda Ke Sabah 16 - 24 Ogos 2008








Gambar kenangan sepanjang lawatan ke Kinabalu Park


Saturday, September 20, 2008

Mencari Lailatul Qadar

Ramadhan telah memasuki fasalnya yang ketiga. Diketika ini umat Islam semakin membebankan diri dengan banyak persoalan. Persoalan yang besar ialah bagaimana untuk mempersiapkan diri bagi menyambut hari raya. Tak meriah rasanya bila raya disambut ala kadar. Meriah bagi sesetengah pandangan apabila dapat menyediakan bermacam-macam kuih raya, beranika corak pakaian, berbagai warna langsir dan rumah juga mesti di tukar warna.
Apakah ini nilai kegembira hari raya sampai terlupa dan terlepas kita kepada satu malam yang telah di janjikan oleh Allah lebih baik fadhilatnya dari seribu bulan kita beramal.
Tak salah menyediakan sedikit kelengkapan hari raya terutama yang mempunyai anak. Mahu juga melihat anak mempunyai pakian yang baru dan sedikit juadah untuk disedikan kepada tetamu yang berkunjung. Tetapi yang paling memgembirakan ialah apabila berakhir Ramadhan, kita keluar darinya dalam keadaan fitrah dengan segulung ijazah ketakwaan. Dan paling menggembirakan apabila ijazah yang kita genggam itu mendapat first class dan pengiktirafan bukan dari mana-mana universiti terhebat dunia tetapi pengiktirafan Allah bila mana lailatul Qadar yang kita cari berjaya kita perolehi.
Marilah kita terutama pejuang islam untuk menghidupkan malam-malam terakhir bulan ramadhan ini. pertingkatkan qimullail dengan solat, zikir dan bacaan Al Quran. Kalau nabi yang Maksum sanggup meninggalkan rumah dan keluarga untuk beriktikaf di Masjid siapalah kita sebagai umatnya untuk meninggalkan semua ini. Nabi sebagai contoh, baginda telah menunjukkan contoh menghidupkan malam lailatul qadar, tinggal lagi kita sebagai umatnya untuk mencontohi sunnah kehidupan baginda. Jangan dalam syahadah sahaja kita mengakui dan bersaksi Nabi Muhammad itu rasul tapi dalam sunnah kehidupan baginda sedikitpun kita tidak mengambil contoh dan mengikutinya.

Sekian, Wassalam.

Thursday, September 18, 2008

ABUTAQIYUDDIN

Memahami Sambutan Nuzulul Quran

Dalam suasana kita terutama yang berada dalam jemaah, yang sedang ghairah menganalisis dan menunggu 16 sept, jangan lupa kita sedang berada dalam suasana nuzul dan ghazwatul badar.
Dalam peristiwa peperangan badar, Rasulullah yang sedar tentang kelemahan tentera islam dan kekurangan daripada jumlah tentera mengambil langkah dengan menadah tangan dan memohon pertolongan Allah S.W.T. Walaupun perancangan teratur telah dibuat, namun mengingati Allah yang maha perancang diutamakan. Sebab itu jangan kita lupa, walaupun sehebat mana usaha yang telah dibuat oleh DSAI, doa dan zikir kepada Allah perlu ada.
Disamping itu, perlu juga kita sedar kita berada dalam satu pakatan yang di dalamnya ada pelbagai agama, bangsa dan latarbelakang. Kita juga mesti memohon kepada Allah agar agar alquran yang menjadi landasan perjuangan kita tetap dipertahankan.

Sekian, sekadar tulisan pertama sebagai bloger.