Pages

Monday, August 22, 2011

Ziarah Qiamullail Masjid di DUN N48 Sukau

Alhamdulillah, SumalhamduliLah

Itulah lafaz yang paling mulia dan layaknya atas bantuanNya dalam menjayakan program ziarah untuk kali ketiga di masjid-masjid yang berada di kawasan Dun N48 Sukau. Masjid kali ini agak pendalaman sedikit. Kalau dulunya memang agak keberatan untuk masuk melalui laluan darat sebab jalannya yang hanya mampu dilalui oleh kenderaan pancuan 4 roda dalam cabaran Endau- Rompin. Tapi bersyukur pada Allah, sekarang sudah diaspal. Banyak-banyak kampung di Kinabatangan hanya ini sahaja yang telah diaspal. Sebabnya pembaca boleh datang siasat sendiri. Ada estate yang dikendalikan oleh Borneo Samudera yang mengambil alih pengurusan ladang daripada Lembaga Kemajuan Tanah Sabah.

Stop pasal aspal kemudian kita kembali kepada program ziarah. Kali ini kami lebih gembira dan seronok kerana qiamullail kami disertai oleh ramai anak-anak muda kampung. Mereka bersemangat, mereka ikhlas dan meraka menampakkan kepada kami bahawa ada masa depan yang cerah kepada perjuangan PAS di sini. selain semangat yang ditunjukan oleh imamnya yang masih muda yang selalu bertegang leher dengan Datuk YB Sukau. Disamping adanya beberapa orang pemuka yang telah menjadikan PAS sebagai undi mereka selama mereka mengenali PAS. Gembira yang tak terhingga apabila kesediaan hampir 10 orang yang menjadi pemuka kampung sedia menjadi ahli PAS. Syukur pada Mu ya Allah. Rupanya Engkau telah merancangkan untuk kami yang lemah ini pembantu yang berada di pendalaman yang sedikit jauh dari kami. Bukannya dari mereka yang berada di sekeliling kami yang sentiasa mendapat curahan ilmu agama dari kami.

Kami balik paginya dengan seribu perancangan untuk mereka. Pastinya kami akan datang lagi membantu dan mengembangkan semangat dan roh perjuangan yang sedang berkobar-kobar dihati anak-anak muda ini. Hati kami berbunga kasih dan sayang kepada kampung ini. InsyaAllah. Kami akan datang lagi.

Sekian terima kasih.

S/U PAS Kawasan merangkap Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPNS.

Monday, August 15, 2011

Ziarah Qiamullail Masjid DUN N48 Sukau (Siri 2)

Setelah berjaya dalam siri pertama ziarah sempena ramadhan di masjid terpilih di DUN N48 Sukau, maka minggu kedua ramdhan ini telah menyusul siri kedua ziarah Qiamullail. Masjid yang kedua ini agak lebih baik sambutannya berbanding yang pertama kerana di sini sambutan yang sangat baik yang mungkin di sebabkan oleh hubungan yang erat sahabat-sahabat termasuk penulis dengan pemuka-pemuka di sini.

Yang baiknya di sini, program qiamullail bukan hanya diadakan oleh kami semata-mata tetapi turut disertai oleh masyarakat setempat. Sebelum itu, seusai program tadarrus kami dan masyarakat setempat sempat berdialog tentang perkara berkait dengan isu-isu semasa negara dan politik tanah air serta setempat. Banyak juga perkara-perkara yang menjadi kegagalan UNNO dalam pemerintahan mereka telah diadukan kepada kami. Dan kami berjanji akan membantu seberapa terdaya bagi memastikan bahawa PAS sebagai sebuah parti yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat terutama masyarakat marhain.

Harapan semoga Ziarah Qiamullail siri 3 di masjid yang lain akan lebih berjaya lagi. Semoga semua yang terlibat akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah. Dan semoga Allah akan membantu kita semua bagi memenagkan kita semua yang sentiasa istiqamh berjuang untuk agamanya. Ikhlaskan diri kita semua dalam perjuangan ini.

Sekian, Wassalam

(Lajnah Kabajikan Dan Prihatin Masyarakat, DPPNS)

Tuesday, August 9, 2011

Ziarah Qiamullail Usrah Pas Kawasan ke Masjid-masjid DUN Sukau, Kinabatangan. ( Siri 1)

Hajat telah kesampaian dan perancangan bertepatan dengan perancangan Allah.

Itu lah yang mampu di lakarkan disini apabila segala apa yang dirancangkan oleh jawatankuasa yang diamanahkan untuk merancang aktiviti sepanjang ramadhan bagi Pas Kawasan Kinabatangan telah berjaya melalui siri 1 Ziarah dan Qiamullail di masjid pertama yang terpilih. Kejayaan berganda telah di tempa apabila kehadiran yang menggalakkan masyarakat setempat bagi mendengar ceramah agama selepas terawih dan kuliah subuh yang diadakan.Mereka juga turut berqimullail bersama-sama.

Apa yang diadakan sepanjang program iaitu, iftar jamaie dangan masyarakat setempat, Solat jemaah maghrib dan Isyak, solat terawih, tazkirah, qimullail dan disudahi dengan kuliah subuh serta sesi majlis perpisahan dengan masyarakat setempat. Semua ini haruslah diperkemaskan dan ditokok tambahkan lagi supaya ianya menjadi lebih mantap dan teratur serta mampu menarik minat lebih ramai yang akan menjadi penyokong kepada sebuah parti yang benar-benar ikhlas untuk memerintah secara pemerintahan islam.

Program ini sangat berjaya, dan harapan supaya progra-program yang akan diadakan di masa-masa hadapan lebih baik dan cemerlang berbanding siri pertama ini. Dan matlamat bagi memperkenalkan jemaah PAS kepada masyarakt akan menemui jalan terang dan bersuluh.

Sekian dan Wassalam

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPNS.