Pages

Sunday, November 27, 2011

Sudah 1433 Tahun Hijrah Nabi. Kita Bila Lagi?

Dalam surah Al Baqarah ayat 218 yang bermaksud “ Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah maha pengampun, maha penyayang”.

Dalam ayat ini, Allah menyatakan 3 golongan manusia yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Rahmat Allah dengan maksud, balasan baik di akhirat nanti iaitu dengannya setiap yang bergelar hamba akan memperolehi balasan Syurga yang mengalir di bawahnya sungai dan kekal ia di dalamnya. Golongan yang pertamanya ialah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah yang Maha Esa. Iman yang sampai kedarjat iman munttaqiin. Iaitu ianya hanya takut kepada Allah semata-mata. Segala tingkah perbuatannya dengan niat ibadat kepada Allah. Maka perolehan pahala yang cukup banyak akan dikurniakan oleh Allah kepadanya yang akan menjamin perolehan rahmat di akhirat nanti.

Golongan yang kedua yang dinyatakan dalam ayat ini ialah mereka yang berjihad di jalan Allah. Perkara jihad ini terlalu banyak. Tapi jihad yang paling tinggi ialah jihad dengan mengorbankan harta dan nyawa demi mempertahankan agama islam, negara islam dan umat islam. Matinya dianggap syahid dan kita semua telah maklumi iaitu bagi mereka yang syahid balasannya adalah syurga. Kerana rahmat Allah terlalu dekat kepada mereka yang syahid.

Perkara yang nak penulis berpanjang lebarkan dalam perbincangan bersempena Maal Hijrah ini ialah berkenaan golongan yang ketiga yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah iaitu mereka yang berhijrah. Berhijrah kerana mengharapkan redha Allah. Persolaannya, masih adakah hijrah sebagaimana hijrah Nabi S.A.W. 1433 tahun dahulu. Iaitu hijrah daripada bumi tanah tumpah darah iaitu Mekah kepada bumi yang asing iaitu Madinah. Hijrah bagi menunaikan tuntutan dan arahan Allah disamping mengatur satu strategi dakwah. Memang hijrah sebegini sudah tidak ada, sebabnya Nabi sendiri menyatakan tidak ada lagi Hijar selepas hijrah ku.

Perlu diingat, hijrah itu bukan hanya dengan maksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi juga dengan maksud berpindah dari satu sifat yang buruk kepada sifat yang baik. Dari perbuatan yang buruk kepada perbuatan yang baik. Ini yang kita ingin kongsikan. Nabi meninggalkan mekah bukan kerana mekah tampat yang tidak baik malahan mekah tempat yang paling suci, tetapi penduduknya yang jahiliah dan tidak baik yang menyebabkan Nabi S.A.W. gagal melaksanakan dakwah di sana. Kemudian dibuka jalan oleh Allah dengan bumi Madinah yang penduduknya lebih baik dan sanggup bermatian demi Nabi maka nabipun berhijrah ke sana. Begitulah halnya dengan kita sekarang ini dalam merialisasikan konsep hijrah.

Andainya benar kita sentiasa mengharapkan rahmat Allah, hijrah ini mesti kita laksanakan sebaik yang mungkin bermula dengan diri kita. Kalau sekarang kita merasakan kita masih dalam keadaan yang belum benar-benar menjadi manusia yang baik, ayuh segara kita berubah kepada kebaikan tersebut. Kalau sekarang ini kita merasakan ibadat kita belum benar-benar sempurna, ayuh kita sempurnakannya. Kalau sekarang ini kita masih berkelakuan jahat, ayuh kita tinggalkan segala kejahatan tersebut sebagai tanda kita telah berada di 1433 tahun penghijrah nabi S.A.W.

Seterusnya, perkara yang nak diperluaskan lagi perbincangannya di sini ialah tentang suasana dan keadaan dalam negara yang sedang kita duduki sekarang ini. Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana ingin memastikan agama Islam dapat dikembangkan. Apakah suasana dalam negara sekarang ini yang agama Islam dan hukum Islam diperkotak katikkan mampu untuk kita perkembangkannya dan syumulkan dalam semua bidang dan cara hidup? Atau apakah Kerajaan yang ada sekarang dan pemerintah yang memerintah sekarang mampu kita harapkan untuk memastikan Islam syumul sedangkan keadaan cara hidup mereka serta anak bini yang tidak mencerminkan cara hidup islam yang sebenar. Jadi kalau ini keadaan yang kita berada, maka apa guna sirah nabi tentang hijrah yang kita sambutnya setiap kali bulan muharam menjelang saban tahun. Sekarang telah 1433 tahun peristiwa hijrah nabi tersebut. Belumkah masanya untuk kita berhijrah?

Ayuh semua kita berhijrah dari sebuah pemerintahan yang tidak mahukan Islam diamalkan secara lebih syumul kepada sebuah pemerintahan yang inginkan Islam yang lebih syumul. Berhijrah daripada sebuah parti yang sekular kepada parti yang berperlembagaan al Quran dan Sunnah serta ijma’ ulama sebagai panduan. Sebuah kerajaan yang hanya berpura-pura inginkan Islam kepada kerajaan yang benar-benar Islam. Berhijrah daripada pentadbiran yang mempergunakan ulama demi politik kepada pentadbiran yang diasaskan oleh ulama yang menginfakkan dirinya untuk politik Islam. Ayuh sekarang la masanya kita berhijrah demi masa depan kita, agama kita dan anak bangsa serta negara kita. PRU13 telah hampir, jadi niatkan hijrah kita kerana Allah dan mengharapkan rahmatnya. Marilah sama-sama kita mulakan langkah hijrah kita. Janganlah kita jadikan sirah penghijrahan nabi S.A.W yang telahpun berlalu 1433 tahun dulu hanya sekadar tinggal dalam lipatan sirah.

Semoga kita yang berhijrah hari ini mampu memperolehi sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 218 surah al Baqarah di atas. Dengan berhijrah kita mampu memperolehi Iman yang benar-benar mantap serta jihad dijalan Allah yang kesudahannya iaitu syahid dijalannya. Semoga kita semua memperolehi keampunan dan rahmatNya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

Friday, November 25, 2011

Pengagihan Wang Pendahuluan Persekolahan RM100. UMNO Machang Makin Kalut.

Wang RM100 yang diumumkan oleh Hj. Najib Razak pada perbentangan bajet 2012 yang lalu adalah merupakan satu pemberian berbentuk oneoff yang sepatutnya menjadi senjata ampuh bagi UMNO untuk menarik sokongan rakyat yang semakin terhakis kepada UMNO. Kewangan yang sampai kepada rakyat yang menjadi peringan beban rakyat dalam suasana tenkujuh akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat bilamana kewangan ini akan digunakan sepenuhnya bagi membeli peralatan persekolahan. Pakatan Rakyat sendiri merasakan bahawa ini adalah satu tindakan politik yang sangat baik bagi UMNO. Apapun, semuanya adalah dibawah perancangan Allah. Nasihat yang telah dibuat oleh sahabat baik UMNO iaitu APCO telah menampakkan kegagalan UMNO kerana mereka hanya berfikiran politik semata-mata tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Kerana mengejar politik semata-mata inilah, menyebabkan mereka terlalu rakus dan akhirnya gagal kerana perbuatan mereka sendiri.

Penulis melihat semua ini didepan mata sendiri sebagaimana yang dilaksanakan oleh UMNO kawasan machang. Siapa yang mengatur hal ehwal politik atau ajk jabatan politik dan pilihanraya UMNO kawasan machang? Pengagihan wang RM100 yang dibuat secara berkelompok pada 22/11 baru-baru ini yang menampilkan TPM selaku perasmi dengan ketua bahagian UMNO sebagai orang yang membuat penampilan untuk mendapatkan sekongan undi parlimen rupa-rupanya telah tersalah langkah. Langkah UMNO yang memang sentiasa sumbang bilamana gagal memperolehi redha Allah telah ternyata kesumbangannya dalam program pengagihan wang persekolahan RM100. Makin jelas apabila disepanjang jalan ke pusat pengagihan diletakkan bendera UMNO dan BN. Memang tujuan utama UMNO untuk menunjukkan bahawa RM100 itu hak mereka dan mereka yang sampaikan kepada rakyat.

Langkah mereka terlalu sumbang bilamana rata-rata orang ramai yang penulis temui termasuk ahli UMNO bawahan menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan apa yang pihak UMNO lakukan. Ini kerana semua yang dilakukan oleh UMNO menyusahkan mereka. Kenapa UMNO campuri urusan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak sekolah? Kenapa tidak diagihkan sahaja disekolah? Kenapa perlu pergi terlalau jauh hanya untuk RM100? Kenapa pemimpin yang mengatakan berjiwa rakyat menyusahkan rakyat? Inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat bawahan. Kebetulan suasana pula tidak menyebelahi UMNO apabila hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti. Ini makin menyusahkan orang ramai. Ramai yang marah dan bersungut. Orang PAS ada yang tak pergi kerana terlalu marah. Orang UMNO bawahan pula pergi dalam keadaan menccok(Marah). Kalau beginilah pemimpin buat kepada kita, ini bukanlah berjiwa rakyat tapi ambil peluang nak dapatkan undi atas kesusahan rakyat.

Nampaknya UMNO machang perlu diberikan latihan yang lebih tentang berpolitik. Saya orang biasapun nampak kelemahan ini, tak mungkin pemimpin UMNO tak nampak semua ini. Sepatutnya UMNO dalam mengagihkan wang RM100 di musin tengkujuh ini lebih mendapat peluang untuk sokongan politik. Sepatutnya, UMNO mengmbil peluang kenal pasti penyokong atas pagar kemudian pergi kerumah-rumah mereka menyerah sendiri RM100 itu. Disana mereka bukan hanya dapat sokongan dari penerima tetapi semua ahli keluarga yang berada di rumah itu. Tak perlu ketua bahagian pergi semua rumah. AJK bahagian juga boleh bekerjasama. Tetapi apa boleh buat, memang itulah UMNO. Kalut dan kurang cermat dalam berpolitik dan suka mnyusahkan rakyat. Kalau nak menang PRU tak salah rasanya UMNO menyusahkan diri sedikit dan mengagihkan wang rakyat itu.

Apapun, syukur pada Allah kerana membantu kami pejuang Islam dalam mengagalkan perancangan licik UMNObN ini. Namun begitu, selaku pejuang Islam kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi setiap perancangan UMNObN dalam usaha kita mengekalkan kemenangan Islam di bumi kelantan ini. Terima kasih Ajk UMNO mchang kerana menunjukkan kebanggangan anda dalam berpolitik. Y Allah, jangan jadikan mereka-mereka ini pemimpin kami di negeri Kelantan yabg bertuah ini.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

Friday, November 4, 2011

Perlunya Semangat Pengorbanan Untuk Menghadapi PRU13

Aidiladha dan hari-hari tasyri' telahpun berlalu. Yang ditunggu semua sekarang ini pastinya PRU13. Bila ianya akan didakan? adalah menjadi rahsia PM bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terpilih ini. pihak pembangkang hanya mampu membuat tekaan semata-mata. Ramai yang menyebutkan 11.11.2011 parlimen akan dibubarkan. PM dan Isteri sudah pulang dari menunaikan haji di tanah suci pastinya telah memperolehi petunjuk bilakah tarikh yang sesuai bagi memasti ianya ada fengsui. Ada pula yang mengatakan bulan 2 dan sudah barang tentu ianya tidak akan melangkaui bulan 3.

Bilapun tarikhnya, petugas Pas mesti sentiasa bersedia. Persediaan tersebut memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Pengorbanan yang bukan sedikit tetapi pengorbanan yang meliputi jiwa dan raga, masa dan wang ringgit. Memang ini sunnahnya dalam perjuangan bagi memenangkan Islam. Dan tidak semua manusia diberikan peluang untuk bersama-sama dalam perjuangan ini.

Mengambil panduan sebagaimana pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan Ismail a.s. Bagaimana kesanggupan mereka melakukan suatu pengorbanan yang tidak mampu dirialisasikan oleh semua orang. Pengorbanan yang meninggalkan semua nilai-nilai kasih sayang sesama makhluk bagi mengejar kasih sayang Allah. Pengorbanan yang tidak langsung memikirkan nikmat keduniaan yang sedikit bagi memperolehi kenikmatan dunia yang terlalu banyak diakhirat kelak. Pengorbanan yang seumpama inilah yang akan kita laksanakan sebagai petugas kepada sebuah parti yang benar-benar ikhlas bagi memenangkan Islam dan memartabatkannya.

Kemudian, kita melihat bagaimana jemaah haji yang berkesanggupan mengorbankan semuanya termasuk wang ringgit, masa dan tenaga demi menyahut seruan "LabbaikalLahhum malabbaik, labbaikala syarikala kalabbaik. Mereka meninggalkan semuanya yang mereka miliki di tanahair mereka masing-masing menuju keredhaan Allah. Yang wajib dibawa hanya kain putih yang tidak berjahit. Menefistasi ini boleh kita lihat sebagaimana seorang yang meninggal dunia, mereka akan tinggalkan semua harta dan anak pinak kecuali sehelai kain kapan putih. Pengorbanan yang sebegini hebat seharusnya kita praktiskan dan amalkan dalam kehidupan seharian kita setelah balik ke tanahair sendiri, kemudian gabungkan diri dalam jemaah yang benar-benar ingin membela Islam.

Dalam parti PAS, kita tidak mempunyai pendana yang banyak sebagaimana UMNO. Mereka ada tauke-tauke yang kaya termasuk tauke judi untuk membantu menyalurkan kewangan kepada mereka. Tapi bagi Pas, bila gendang pilihnraya dicanangkan pengorbanan ahli dalam menabungkan wang ringgit amat diharapkan. kita perlu ingat sebagaimana sirah Nabi S.A.W. Bilamana gendang perang Tabuk di palu, yang diminta oleh nabi daripada para sahabat tak kira Muhajirin ataupun Ansor ialah sumbangan. Sumbangan amat diperlukan bagi menampung perjalanan yang jauh. Sebab itu, kita melihat bagaimana Syaidina Umar telah menginfaqkan separuh daripada hartanya manakala Syaidina Abu Bakar menginfaqkan semua hartanya sehingga yang tinggal padanya Allah dan Rasul sahaja. Situasi yang sama dengan kita sekarang, kerana dalam pertempuran kita dengan UMNObN juga memerlukan kewangan yang banyak bagi membeli senjata PRU seperti poster dan sebagainya. Untuk itu, perlunya bagi kita berkorban dari sudut harta dan wang ringgit bagi membantu jemaah Islam iaitu Parti Pas ini bagi menggerakkan jenteranya untuk menentang UMNObN. Semoga masih ramai Umar dan Abu Bakar moden dalam Parti Pas yang akan menyumbangkan apa saja demi perjuangan Islam ini.

Walau bagaimanapun, tak semua dikalangan kita yang dianugerahkan oleh Allah limpahan rezeki dan harta yang banyak. Apakah kerana itu ianya tidak layak untuk berkorban demi memenangkan Islam? Sahabat-sahabat Nabi S.A.W tak semua dikalangan mereka yang bernasib seperti Syaidina Umar dan Abdul Rahman Bin Auf. Tapi yang ramainya ialah mereka yang miskin. Tapi mereka tetap berkorban dengan menjadikan jiwa dan raga mereka infaq kepada perjuangan Islam. Dan sejarah membuktikan berapa ramai dikalangan para sahabat yang telah syahid dalam perjuangan untuk memenangkan Islam. Dan kita hari ini juga wajib demikian. Pas sebuah parti yang tidak akan mampu bersaing dengan UMNObN kalau dengan kebendaan semata-mata, tetapi semangat dan pengorbanan ahli yang jitu serta tidak mengenal penat dan lelah itulah yang diharapkan. Sebab bagi kita dalam Pas, perjuangan kita matlamatnya bukan semata-mata melihat jumlah mejoriti yang diperolehi pada kertas undi tetapi berjaya menegakkan Islam dibumi ini itulah yang utama dan yang paling pentingnya ialah syahid di jalan Allah kemudian yang akhirnya memperolehi syurga Allah sebagai tempat istirehat. Oleh itu, perlunya bagi setiap ahli berkorban jiwa dan raga mereka untuk parti Islam ini.

Akhir sekali, penulis menyeru kepada semua pendokong dan penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS) supaya kita semua menjadikan sirah pengorbanan nabi Allah Ibrahim A.S dan Ismail A.S sebagai contoh sebuah pengorbanan yang agong. Wajib juga diingati Pengorbanan Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya yang mampu menawan dan mengislamkan 2/3 dunia. kemudian sambutan aidiladha ini juga dijadikan sebagai satu pemangkin kepada kita semua untuk melonjakkan lagi semangat berkorban dikalangan kita demi Islam. Jangan difikirkan penat dan lelah. Jangan difikirkan duit ringgit yang habis andai kita benar-benar yakin dengan perjuangan kita ini. Yang paling utamanya, kita niatkan semua pengorbanan kita ini adalah semata-mata kerana mengharapkan redha dan rahmat Allah. Pastinya semua ini akan dibalas dengan balasan syurga yang merupakan sebaik-baik balasan bagi orang-orang mukmin dan Muttaqin.

Semoga Islam tetap menang. semoga kesyumulan islam dapat diamalkan dibumi malaysia ini khasnya dan dunia amnya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

Wednesday, October 12, 2011

MUHASABAH HARIAN, Buku Kecil Yang Bermanfaat Besar


Sebuah buku kecil yang telah diterbitkan oleh Lajnah Tarbiah Dan Latihan Perkaderan PAS Pusat ini kalau dilihat pada saiznya adalah terlalu kecil dan sudah tentu kecil juga nilainya. namun begitu bak kata pepatah, kecil jangan disangka anak, besar pula jangan disangka bapa. Buku Muhasabah Harian ini, kalau dinilai pada saiz memang terlalu kecil dan kalau ditimbang pula memang terlalu ringan. Tetapi saiz buka ukuran dan berat bukan satu kepedulian, yang penting isi dalamnya yang terlalu besar dan berat untuk dikutip dan diamalkan. Apa tidaknya, bermula dari kulit bukunya yang tertera Muhasabah Harian sudah cukup bagi kita untuk memahami apa isi kandungannya.

Muhasabah dengan maksud, membuat perhitungan atau penilaian terhadap kerja buat kita seharian. Tidakkah tajuknya telah meletakkan satu tazkirah yang jelas bahawa, sebagai petugas kepada sebuah jemaah islam, muhasabah terhadap kerja buat kita hendaklah selalu dibuat. Kemudian dari situ kita menyelak lembaran demi lembaran dan kita akan lihat dimana, bermula dengan sebuah pengenalan kepada sebuah Jemaah Islam, kita akan dihidangkan selepas itu dengan Akhlak dan Disiplin Di Dalam Harakah Islamiah khususnya pas itu sendiri. Setelah kita maklum akan semua itu, barulah kita dihidangkan pula dengan satu amanah yang cukup berat iaitu Apakah Tugas Saya Sebagai Ahli Pas?

Setelah tahu dan faham tugas sebagai ahli pas atau mudahnya sebagai petugas jemaah Islam, maka perlunya satu muhasabah yang tersusun dirancang. Muhasabah yang bermula dengan Doa Menghadapi Hari Baru diikuti Tugasan Amal Islami dan diakhiri dengan Jadual Muhasabah harian yang cukup cantik aturannya. Bukan tujuan untuk mencatat dan membuat tandaan kepada ibadat harian yang dilaksanakan tetapi hanya sekadar sebagai satu ingatan dan panduan supaya tidak terlupa.

Apa yang penulis nak nyatakan disini ialah tentang amat besarnya manfaat yang terdapat pada buku ini. Sekali lagi penulis ingin nyatakan, jangan dilihat pada saiznya tetapi lihat kepada manfaat yang mampu kita perolehi. Kebanyakkan tempat-tempat usrah khasnya ditempat penulis sendiri buku kecil ini memang telah lama dipinggirkan. Mungkin sebab itulah kita melihat bagaimana ahli usrah yang dilihat komitmen yang sangat tinggi dengan usrah tetapi gagal untuk komitmen dengan beberapa anjuran yang perlu bagi meningkatkan roh dah akidah Islam dalam diri. Dan kita juga melihat bagaimana pemuda-pemuda yang menggelarkan diri mereka pejuang sebuah parti Islam tetapi komitmen dengan berjemaah solat fardhu di masjid longgar. Puasa Isnin dan Khamis jarang sekali manakala perkara-perkara sunat yang lain juga amat sedikit diamalkan. Ini terlalu bahaya bagi pemuda junddulLah bagi menghadapi perancangan jahat musuh Islam yang dilihat lebih tersusun.

Seharusnya, buku kecil ini diaktfikan kembali dan diperbanyakkan semula penerbitannya. Pemuda disemua peringkat mesti memilikinya dan menjadikannya sebagai panduan muhasabah harian. Ikuti semua urutan anjuran dalam muhasabah tersebut. Memang peringkat permulaannya terlalu berat tetapi perlu diingat, "alah bisa tegar biasa". Dan bila telah menjadi kebiasan pastinya jiwa pemuda jundulLah lebih berani, mantap dan bersedia untuk menghadapi musuh Islam walau dalam keadaan mana mereka datang. Ingatlah wahai jundulLah sekelian, musuh telah lama bersedia untuk menghancurkan kita, tapi apakah kita semua telah bersedia untuk menghadapi mereka dengan mental dan fizikal serta roh Islami yang mantap yang takut dan gerun hanyalah kepada Allah S.W.T.

Wallahu'alam

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPN Sabah.

Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012, Bajet OneOff Untuk Pilihanraya

Maka telah diumumlah oleh PM akan apa yang ditunggu-tunggukan. Semua menunggu dengan penuh harapan. Kakitangan awam yang berjumlah 1.4 juta menanti dengan harapan supaya ada kenaikan gaji, manakala swasta pula mengharapkan adalah sedikit insentif untuk mereka. Bagi kakitangan awam mereka hanyalah menikmati bonus setengah bulan gaji sahaja yang menjadikan bonus sebulan gaji kalau dicampur dengan apa yang telah mereka perolehi pada ogos lepas yang semunya telah disimpan dalam lubang-lubang tandas. Tidak ada kenaikan gaji dan tidak ada insentif yang menarik yang mampu mengubah pendirian mereka untuk memberikan undi mereka yang berharga kepada PR dalam PRU13 nanti. Kakitangan swasta pula langsung dilupakan.

Orang kampung pula tak ada yang istimewa melainkan sedikit gula-gula pilihanraya yang bersifat OneOff. Duit sekolah anak, duit buku untuk pelajar-pelajar universiti, duit yuran. Semuanya adalah bersifat OneOff. Kenapa demikian, kerana semua telah maklum bahawa bajet yang telah dibentangkan adalah bajet bagi menghadapi pilihanraya. Pastinya ini semua akan menjadi gula-gula yang terlalu manis untuk orang kampung. Tapi, apakah semua ini akan berkekalan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pastinya 5 tahun yang akan datang adalah terlalu mencabar bagi rakyat yang berpendapatan rendah yang hanya mengharapkan sumber dari jualan hasil komuditi seperi getah dan sawit.

Bajet kali ini juga menunjukkan sedikit perbezaan daripada yang lalu apabila PM buat pertama kalinya membuat penerangan secara menyeluruh harga barangan keperluan dengan menyatakan harga sebelum dan selepas subsidi. Kemudian menyatakan jumlah subsidi yang diberikan yang tujuannya tidak lain iaitu ingin menampakkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Sedangkan tidak ada penambahan kepada jumlah subsidi yang diberikan terhadap semua barangan keperluan asas yang disenaraikan oleh PM. Persoalannya, apakah kesemua harga barangan keperluan asas ini akan mampu dikekalkan atau hanya bersifat sementara dan akan dijadikan hadiah yang lumayan kepada rakyat selepas kejayaan BN dalam PRU13 nanti dengan menaikkan harga barang keperluan asas tersebut.

Pembinaan rumah rakyat dan beberapa pembinan untuk mengatasi masalah banjir juga satu benda yang perlu dilihat lebih manyeluruh. Bukan menolak pembinaan ini semua, tetapi perlu ada satu jawatankuasa khusus yang telus bagi menilai semua projek. Kita tidak mahu peristiwa runtuhan Stadium di komplek sukan di Terengganu berulang. Dan kita juga tidak mahu projek hanya berlegar dikalangan kroni sahaja. Manakala pembinaannya hendaklah mengikut nilaiannya. Kalau 1 juta biarlah benar binaan tersebut 1 juta jangan hanya 500 ribu sahaja.

Pada pandangan peribadi saya, pinjaman perumahan kepada kakitangan yang berpendapatan RM3000 ke bawah perlu di nilai semula. sekarang ini kebanyakan kaitangan kerajaan telah terlalu terdesak kerana dibebani oleh bebanan hutang yang banyak. Dengan pemberiaan pinjaman sampai RM400 ribu ini kita akan melihat rakyat menaggung hutang sampai pancen. Bukan apa, memang menjadi tabiat orang melayu yang inginkan kehidupan yang mewah. Mengejar kemewahan hingga berhutang. Memang tepat la kata orang dulu-dulu, "Biar papa asalkan bergaya". Apapun harap jangan terikut-ikutkan nafsu dan berfikir bila bertindak.

Sebagai penutup penulisan ini, ingin saya nyatakan luahan hati beberapa jururawat yang kebetulan saya berada di hospital menemani anak yang sakit semasa mendengar bajet yang debentangkan. "Kenapa DR saja yang dapat elaun, kami ni macam mana. Sekurang-kurangnya adalah sikit insentif kepada kami yang berkerja di waktu malam." Saya bagitahu mereka, "bersabarlah, nanti bila PR memerintah kita bagi, insyaAllah".

Sekian, Wassalam..

Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Masyarakat DPPN Sabah.

Friday, September 16, 2011

Terima Kasih Media BN, Nama Mat Sabu Sudah Terkenal.

Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah menyaksikan kerjasama erat daripada 3 Parti pembangkang di sabah ini telah memperlihatkan kematangan semua pihak samada pihak pemimpin peringkat negeri mahupun semua pendokong parti masing-masing. Dengan semangat dan tekad yang sama iaitu memastikan BN disingkirkan dan pakatan rakyat mampu melangkah ke Putrajaya, mereka memberikan komitmen yang jitu iaitu pilihan raya ke13 Sabah bukan lagi negeri Simpanan Tetap BN untuk terus menggenggam kuasa.

Yang terlalu ironisnya ialah, kepimpinan Pas pusat yang hadir mendapat sokongan dan tepukan yang gemuruh daripada peserta konvensyen. Apa tidaknya apabila disebut saja nama Tn. Haji Muhamad Sabu, Tak kira siapa mereka, Kadazan, Dusun, Sungei, Murut, bajau dan apa agama sekalipun mereka semua berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang tak pernah rasanya seingat-ingat penulis disepanjang program ceramah yang dianjurkan bersama antara pakatan.

Lebih memeranjatkan apabila rata-rata yang hadir adalah perwakilan konvensyen daripada pendalaman sabah. Mereka semua menyatakan bahawa nama Mat Sabu telah dikenali di tempat mereka. Mereka juga cukup optimis bahawa, andainya Tn. Hj. Mat Sabu datang ke tempat mereka pastinya akan hadir ribuan orang untuk mendengar ceramahnya. Mereka di sabah ini memang ingin melihat dan menganalisis sebuah sejarah yang telah lama disalah faktakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya berkenaan negeri mereka sendiri iaitu sabah. Tepat dan benarlah Tn. Hj. Mat Sabu bila ucapan terima kasih kepada media yang digenggam oleh UMNObN atas semua ini. Tanpa kempen dari media BN ini sudah tentu tidak ramai penduduk pendalaman Sabah dapat mengenali Tn. Hj. Mat Sabu kecuali penyokong PAS. Semua ini terbukti, bilamana ceramah Tn. Hj. Mat Sabu di Kota Belut dihadiri oleh ribuan orang yang mana semua ini tak pernah berlaku sebelum ini. Kata kebanyakan pemimpin Pas tempatan.

Tahniah Bang Mat. Terima kasih RTM, TV3 dan Utusan Meloya atas kempen percuma kepada Tn. Hj. Mat Sabu. Kalau boleh tolong kempenkan untuk pimpinan PAS yang lain. Aku sendiripun mahu juga, mana tahu kalau dah glamour nanti dapat ambil calon.

sekian, terima kasih sekali lagi.

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPNS.

Monday, August 22, 2011

Ziarah Qiamullail Masjid di DUN N48 Sukau

Alhamdulillah, SumalhamduliLah

Itulah lafaz yang paling mulia dan layaknya atas bantuanNya dalam menjayakan program ziarah untuk kali ketiga di masjid-masjid yang berada di kawasan Dun N48 Sukau. Masjid kali ini agak pendalaman sedikit. Kalau dulunya memang agak keberatan untuk masuk melalui laluan darat sebab jalannya yang hanya mampu dilalui oleh kenderaan pancuan 4 roda dalam cabaran Endau- Rompin. Tapi bersyukur pada Allah, sekarang sudah diaspal. Banyak-banyak kampung di Kinabatangan hanya ini sahaja yang telah diaspal. Sebabnya pembaca boleh datang siasat sendiri. Ada estate yang dikendalikan oleh Borneo Samudera yang mengambil alih pengurusan ladang daripada Lembaga Kemajuan Tanah Sabah.

Stop pasal aspal kemudian kita kembali kepada program ziarah. Kali ini kami lebih gembira dan seronok kerana qiamullail kami disertai oleh ramai anak-anak muda kampung. Mereka bersemangat, mereka ikhlas dan meraka menampakkan kepada kami bahawa ada masa depan yang cerah kepada perjuangan PAS di sini. selain semangat yang ditunjukan oleh imamnya yang masih muda yang selalu bertegang leher dengan Datuk YB Sukau. Disamping adanya beberapa orang pemuka yang telah menjadikan PAS sebagai undi mereka selama mereka mengenali PAS. Gembira yang tak terhingga apabila kesediaan hampir 10 orang yang menjadi pemuka kampung sedia menjadi ahli PAS. Syukur pada Mu ya Allah. Rupanya Engkau telah merancangkan untuk kami yang lemah ini pembantu yang berada di pendalaman yang sedikit jauh dari kami. Bukannya dari mereka yang berada di sekeliling kami yang sentiasa mendapat curahan ilmu agama dari kami.

Kami balik paginya dengan seribu perancangan untuk mereka. Pastinya kami akan datang lagi membantu dan mengembangkan semangat dan roh perjuangan yang sedang berkobar-kobar dihati anak-anak muda ini. Hati kami berbunga kasih dan sayang kepada kampung ini. InsyaAllah. Kami akan datang lagi.

Sekian terima kasih.

S/U PAS Kawasan merangkap Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPNS.

Monday, August 15, 2011

Ziarah Qiamullail Masjid DUN N48 Sukau (Siri 2)

Setelah berjaya dalam siri pertama ziarah sempena ramadhan di masjid terpilih di DUN N48 Sukau, maka minggu kedua ramdhan ini telah menyusul siri kedua ziarah Qiamullail. Masjid yang kedua ini agak lebih baik sambutannya berbanding yang pertama kerana di sini sambutan yang sangat baik yang mungkin di sebabkan oleh hubungan yang erat sahabat-sahabat termasuk penulis dengan pemuka-pemuka di sini.

Yang baiknya di sini, program qiamullail bukan hanya diadakan oleh kami semata-mata tetapi turut disertai oleh masyarakat setempat. Sebelum itu, seusai program tadarrus kami dan masyarakat setempat sempat berdialog tentang perkara berkait dengan isu-isu semasa negara dan politik tanah air serta setempat. Banyak juga perkara-perkara yang menjadi kegagalan UNNO dalam pemerintahan mereka telah diadukan kepada kami. Dan kami berjanji akan membantu seberapa terdaya bagi memastikan bahawa PAS sebagai sebuah parti yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat terutama masyarakat marhain.

Harapan semoga Ziarah Qiamullail siri 3 di masjid yang lain akan lebih berjaya lagi. Semoga semua yang terlibat akan mendapat rahmat dan keberkatan Allah. Dan semoga Allah akan membantu kita semua bagi memenagkan kita semua yang sentiasa istiqamh berjuang untuk agamanya. Ikhlaskan diri kita semua dalam perjuangan ini.

Sekian, Wassalam

(Lajnah Kabajikan Dan Prihatin Masyarakat, DPPNS)

Tuesday, August 9, 2011

Ziarah Qiamullail Usrah Pas Kawasan ke Masjid-masjid DUN Sukau, Kinabatangan. ( Siri 1)

Hajat telah kesampaian dan perancangan bertepatan dengan perancangan Allah.

Itu lah yang mampu di lakarkan disini apabila segala apa yang dirancangkan oleh jawatankuasa yang diamanahkan untuk merancang aktiviti sepanjang ramadhan bagi Pas Kawasan Kinabatangan telah berjaya melalui siri 1 Ziarah dan Qiamullail di masjid pertama yang terpilih. Kejayaan berganda telah di tempa apabila kehadiran yang menggalakkan masyarakat setempat bagi mendengar ceramah agama selepas terawih dan kuliah subuh yang diadakan.Mereka juga turut berqimullail bersama-sama.

Apa yang diadakan sepanjang program iaitu, iftar jamaie dangan masyarakat setempat, Solat jemaah maghrib dan Isyak, solat terawih, tazkirah, qimullail dan disudahi dengan kuliah subuh serta sesi majlis perpisahan dengan masyarakat setempat. Semua ini haruslah diperkemaskan dan ditokok tambahkan lagi supaya ianya menjadi lebih mantap dan teratur serta mampu menarik minat lebih ramai yang akan menjadi penyokong kepada sebuah parti yang benar-benar ikhlas untuk memerintah secara pemerintahan islam.

Program ini sangat berjaya, dan harapan supaya progra-program yang akan diadakan di masa-masa hadapan lebih baik dan cemerlang berbanding siri pertama ini. Dan matlamat bagi memperkenalkan jemaah PAS kepada masyarakt akan menemui jalan terang dan bersuluh.

Sekian dan Wassalam

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPNS.

Sunday, July 31, 2011

Kisah Sahabat Siri 4

ABU AYYUB AL ANSHORY
(Dimakamkan di bawah Tiang kota Konstantinopel)

Sahabat yang mulia ini bernama : KHALID BIN ZAID BIN KULAIB dari Bani Najjar. Gelarnya Abu Ayyub, dari golongan Anshar. Siapakah di antara kaum muslimin yang belum mengenal Abu Ayyub Al Anshary?
Nama dan darjatnya dimuliakan Allah di kalangan makhluk, baik di Timur mahupun di Barat. Kerana Allah telah memilih rumahnya di antara sekalian rumah kaum muslimin, untuk tempat tinggal NabiNya yang mulia, ketika baginda baru tiba di Madinah sebagai Muhajirin. Hal ini cukup membanggakan bagi Abu Ayyub.
Bertempatnya Rasulullah di rumah Abu Ayyub merupakan kisah manis untuk diulang-ulang dan sangat baik untuk dikenangkan.
Setibanya Rasulullah di Madinah, baginda disambut dengan hati terbuka oleh seluruh penduduk, baginda dialu-alukan dengan kemuliaan yang belum pernah diterima oleh seorang tetamu atau utusan manapun. Seluruh mata tertumpu kepada baginda, memancarkan kerinduan seorang kekasih kepada kekasihnya yang baru tiba. Mereka membuka hati selebar-lebarnya untuk menerima kasih sayang Rasulullah. Mereka buka pula pintu rumah masing-masing, supaya kekasih mulia yang dirindukan itu sudi tinggal di rumah mereka.
Sebelum sampai di kota Madinah, beliau berhenti terlebih dahulu di Quba’ selama beberapa hari. Di Kampung itu beliau membangunkan masjid yang merupakan masjid yang pertama didirikan atas dasar taqwa. Sesudah itu beliau meneruskan perjalanan ke kota Yatsrib menunggang unta. Para pemimpin Yatsrib berdiri sepanjang jalan yang akan dilalui oleh baginda untuk sampai ke Yathrib. Masing-masing berebut meminta Rasulullah tinggal di rumahnya. Karena itu setiap orang menghalang dan memegang tali unta baginda untuk membawanya ke rumah mereka.
“Ya, Rasulullah! Sudilah Anda tinggal di rumah saya selama Anda menghendaki. Kebebasan dan keamanan Anda terjamin sepenuhnya.” kata mereka berharap.
Jawab Rasulullah, “Biàrkanlah unta ini berjalan ke mana dia mahu, karena dia sudah mendapat perintah.”
Unta Rasulullah terus berjalan. diikuti semua mata, dan hati sentiasa berharap. Bila unta melewati sebuah rumah, terdengar keluhan putus asa pemiliknya, karena apa yang diangan-angankannya ternyata hampa.
Unta terus berjalan melenggang seenaknya. Orang ramai berjalan mengiringi di belakang baginda. Mereka ingin tahu siapa yang beruntung rumahnya menjadi tempat tinggal tamu dan kekasih yang mulia ini.
Sampai di satu tempat lapang, iaitu di halaman rumah Abu Ayyub Al Anshory unta itu berhenti dan berlutut. Rasulullah tidak segera turun dari punggung unta. Unta itu disuruhnya berdiri dan berjalan kembali. Tetapi setelah berkeliling-keliling, unta berlutut kembali di tempat itu semula.
Abu Ayyub mengucapkan takbir dan tahmid karena terlalu gembira. Dia segera mendekati Rasulullah dan mempersilakan baginda masuk. Diangkatnya barang-barang baginda dengan kedua tangannya, bagaikan mengangkat seluruh perbendaharaan dunia. Lalu dibawa ke rumahnya.
Rumah Abu Ayyub mempunyai 2 tingkat, kemudian tingkat atas dikosongkan dan dibersihkannya untuk tempat tinggal Rasulullah. Tetapi Rasuluulah lebih suka tinggal di bawah. Abu Ayyub menurut saja di mana baginda senang. Setelah malam tiba, Rasulullah masuk ke bilik tidur. Abu Ayyub dan isterinya naik ke tingkat atas. Ketika suami isteri itu menutupkan pintu, Abu Ayyub berkata kepada isterinya, “Celaka....! Mengapa kita sejahil ini. Layakkah Rasulullah tinggal di bawah, sedangkan kita berada lebib tinggi dari baginda”, layakkah kita benjalan di atas baginda? Layakkah kita mengalilingi antara Nabi dan Wahyu? Niscaya kita celaka!”
Kedua suami isteri itu bingung, tidak tahu apa yang harus diperbuat. Setelah lama berdiam diri, akhirnya mereka memilih bilik tidur yang tidak setentang dengan bilik tidur Rasulullah. Mereka berjalan berjingkit-jingkit untuk menghindarkan bunyi telapak kaki mereka. Setelah hari Subuh, Abu Ayyub berkata kepada Rasulullah, “kami tidak boleh memejamkan mata sedikitpun malam tadi. Baik aku maupun Ibu Ayyub.”
“Mengapa begitu?” tanya Rasulullah
“Aku memikirkan, kami berada di atas sedangkan kamu wahai Rasulullah Yang kami muliakan berada di bawah. Apabila bergerak sedikit saja, aku terasa mengenai Rasulullah. Di samping itu kami mengalilingi Rasulullah dengan wahyu,” kata Abu Ayyub menjelaskan “Bertenanglah, wahai Abu Ayyub, aku lebih suka tinggal di bawah, kerana akan banyak tamu yang datang berkunjung.”
Kata Abu Ayyub, “Akhirnya saya mengikuti kemahuan Rasulullah.
Pada suatu malam yang dingin, bekas air kami pecah di tingkat atas, sehingga airnya tumpah. Kain lap hanya ada sehelai, karena itu kami keringkan air itu dengan baju, kami sangat khuatir kalau-kalau air mengalir ke tempat Rasulullah. Saya dan Ibu Ayyub bekerja keras mengeringkan air tersebut sampai habis. Setelah hari Subuh saya pergi menemui Rasulullah.
Saya berkata kepada baginda, “Sesungguhnya, saya sangat segan bertempat tinggal di atas, sedangkan Rasulullah tinggal di bawah”.
Kemudian Abu Ayyub menceritakan kepada baginda perihal bekas air yang pecah itu. Karena itu, Rasulullah memperkenankan kami pindah ke bawah dan baginda pindah ke atas.
Rasulullah tinggal di rumah Abu Ayyub lebih kurang tujuh bulan. Setelah masjid Rasulullah selesai dibangunkan, baginda pindah ke bilik-bilik yang dibuatkan untuk baginda dan para isteri baginda sekitar masjid. Sejak pindah dari rumah Abu Ayyub, Rasulullah menjadi jiran terdekat bagi Abu Ayyub. Rasulullah sangat menghargai Abu Ayyub suami isteri sebagai jiran yang baik.
Abu Ayyub mencintai Rasulullah sepenuh hati. Sebaliknya baginda mencintainya pula, sehingga mereka saling bantu-membantu dalam setiap kesusahan. Rasulullah memandang rumah Abu Ayyub seperti rumah sendiri.
Ibnu ‘Abbas pernah bercerita sebagai berikut:
Pada suatu hari di waktu tengah hari yang amat panas, Abu Bakar pergi ke masjid, lalu bertemu dengan ‘Umar r.a.
“Hai, Abu Bakar! Mengapa Anda keluar di saat panas begini?”, tanya Umar.
Jawab Abu Bakar, “Saya lapar!”
Kata ‘Umar, “Demi Allah! Saya juga lapar.”
Ketika mereka sedang berbincang begitu, tiba-tiba Rasulullah muncul.
Tanya Rasulullah, “Hendak kemana kamu berdua di saat panas begini?”
Jawab mereka, ‘Demi Allah! Kami mencari makanan karena lapar.”
Kata Rasulullah, “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya! Saya juga lapar. Ayuh! Marilah ikut saya.”
Mereka bertiga berjalan bersama-sama ke rumah Abu Ayyub Al Anshory. Biasanya Abu Ayyub selalu menyediakan makanan setiap hari untuk Rasulullah. Bila baginda terlambat atau tidak datang, makanan itu dihabiskan oleh keluarga Abu Ayyub. Setelah mereka tiba di pintu, Ibu Ayyub keluar mendapatkan mereka.
‘Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Ibu Ayyub.
“Kemana Abu Ayyub?” tanya Rasulullah.
Ketika itu Abu Ayyub sedang bekerja di kebun kurma dekat rumah. Mendengar suara Rasulullah, dia bergegas menemui baginda.
“Selamat datang, ya Nabiyallah dan kawan-kawan!” kata Abu Ayyub.
Abu Ayyub langsung menyambung bicaranya, “Ya, Nabiyallah! Jarang sekali Anda datang pada waktu seperti sekarang”.
Jawab Rasulullah “Betul. wahai Abu Ayyub!
Abu Ayyub pergi ke kebun, lalu dipotongnya setandan kurma. Dalam setandan itu terdapat kurma yang sudah kering, yang basah, dan yang setengah masak.
Kata Rasulullah, “Saya tidak menghendaki engkau memotong kurma setandan begini. Alangkah baiknya jika engkau petik saja yang sudah kering.”
Jawab Abu Ayyub, “Ya, Rasulullah! Saya senang jika Anda suka merasai buah kering, buah yang basah, dan buah yang setengah masak. Sementara itu saya sembelih kambing untuk Anda bertiga.”
Kata Rasulullah, “Jika engkau menyembelih, jangan disembelih kambing yang sedang disusui.”
“Abu Ayyub menangkap seekor kambing, lalu disembelihnya. Dia berkata kepada isterinya Ibu Ayyub, “Buat adonan roti. Engkau lebih pintar membuat roti.”
Abu Ayyub membagi dua sembelihannya. Separuh digulainya dan separuh lagi dipanggangnya. Setelah masak, maka dihidangkannya ke hadapan Rasulullah dan sahabat baginda. Rasulullah mengambil sepotong gulai kambing, kemudian diletakkannya di atas sebuku roti yang belum dipotong.
Kata baginda, “Hai Abu Ayyub! Tolong hantarkan ini kepada Fatimah. Sudah beberapa hari dia tidak mendapat makanan seperti ini.”
Selesai makan, Rasulullah berkata, “Roti, daging, kurma kering, kurma basah, dan kurma setengah masak.” Sambil air mata baginda mengalir ke pipinya.
Kemudian baginda bersabda “Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya beginilah nikmat yang kalian minta nanti di hari kiamat. Maka apabila kalian memperolehi yang seperti ini bacalah “Basmalah” lebih dahulu sebelum kalian makan. Bila sudah kenyang, baca tahmid: “Segala puji bagi Allah yang telah mengenyangkan kami dan memberi kami nikmat.”
Kemudian Rasulullah SAW bangkit hendak pulang. Beliau berkata kepada Abu Ayyub; “Datanglah besok ke rumah kami!”
Sudah menjadi kebiasaan bagi Rasulullah, apabila Seseorang berbuat baik kepadanya, beliau segera membalas dengan apa yang lebih baik. Tetapi Abu Ayyub tidak mendengar perkataan Rasulullah kepadanya. Lalu dikata oleh Umar, “Rasulullah menyuruh Anda datang besok ke rumahnya.”
Kata Abu Ayyub, “Ya, saya patuhi setiap perintah Rasulullah.”
Keesokan harinya Abu Ayyub datang ke rumah Rasulullah. Beliau memberi Abu Ayyub seorang gadis kecil sebagai pembantu rumah. Kata Rasulullah, “Perlakukanlah anak ini dengan baik, hai Abu Ayyub! Selama dia di tangan kami, saya lihat anak ini baik.”
Abu Ayyub pulang ke rumahnya membawa seorang gadis kecil.
“Untuk siapa ini, wahai suamiku Abu Ayyub?” tanya isterinya Ibu Ayyub.
“Untuk kita. Anak ini diberikan Rasulullah kepada kita,”jawab Abu Ayyub.
“Hargailah pemberian Rasulullah. Perlakukan anak ini lebih daripada suatu pemberian’ “ kata Ibu Ayyub.
“Memang! Rasulullah berpesan supaya kita bersikap baik terhadap anak ini,” kata Abu Ayyub. “Bagaimana selayaknya sikap kita terhadap anak ini, supaya pesan beliau terlaksana?” tanya Ibu Ayyub.
“Demi Allah! Saya tidak melihat sikap yang lebih baik, melainkan memerdekakannya,” jawab Abu Ayyub.
“Kakanda benar-benar mendapat hidayah Allah. Jika kakanda setuju begitu, baiklah kita merdekakan dia,” kata Ibu Ayyub menyetujuinya.
Lalu gadis kecil itu mereka merdekakan.
Begitulah sebahagian daripada sirah kehidupan Abu Ayyub setelah dia masuk Islam. Kalau dipaparkan tentang sejarah kehidupannya dalam peperangan, kita akan terpegun dan kagum dengannya. Sepanjang hayatnya Abu Ayyub hidup dalam peperangan. Sehingga dikatakan orang, Abu Ayyub tidak pernah ketinggalan dalam setiap peperangan yang dihadapi kaum muslimin semenjak hayat Rasulullah SAW sampailah dia wafat di masa pemerintahan Mu‘awiyah. Kecuali bila dia sedang bertugas dengan suatu tugas penting yang lain.
Peperangan terakhir yang diikutinya, ialah ketika Muawiyah memerintahkan tentera muslimin merebut kota Konstantinopel. Abu Ayyub seorang prajurit yang patuh dan setia. Ketika itu dia telah berusia lebih lapan puluh tahun. Suatu usia yang boleh dikatakan usia akhir tua. Tetapi usia tidak menghalanginya untuk bergabung dengan tentara muslimin di bawah bendera Yazid bin Mu’awiyah. Dia tidak menolak mengharungi laut, membelah ombak untuk berperang fisabilillah. Tetapi belum beberapa lama dia berada di medan tempur menghadapi musuh, Abu Ayyub jatuh sakit. Abu Ayyub terpaksa istirahat di perkhemahan, kerana tidak dapat melanjutkan peperangan disebabkan badannya yang sudah terlalu lemah.
Ketika Yazid mengunjungi Abu Ayyub yang sakit, panglima ini bertanya, “Adakah sesuatu yang Anda kehendaki, hai Abu Ayyub?”

Jawab Abu Ayyub, “Tolong sampaikan salam saya kepada seluruh tentara muslimin. Katakan kepada mereka, Abu Ayyub berpesan supaya kalian semuanya terus maju sampai ke jantung daerah musuh. Bawalah saya beserta kalian. Kalau saya mati, kuburkan saya dekat tiang kota Konstantinopel!”
Tidak lama sesudah ia berkata demikian, Abu Ayyub menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia wafat menemui Tuhannya di tengah-tengah kancah pertempuran.
Tentara muslimin memperkenankan keinginan sahabat Rasulullah yang mulia ini. Mereka berperang dengan gigih, menghalau musuh dari satu medan ke medan tempur yang lain. Sehingga akhirnya mereka berhasil mencapai tiang-tiang kota Konstantinopel, sambil membawa jenazah Abu Ayyub.
Dekat sebuah tiang kota Konstantinopel mereka menggali kubur, lalu mereka makamkan jenazah Abu Ayyub di sana, sesuai dengan pesan Abu Ayyub.
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada Abu Ayyub. Dia tidak ingin mati kecuali dalam barisan tempur yang sedang berperang fisabiillah. Sedangkan usianya telah mencapai lapan puluh tahun.
Itulah Abu Ayyub Al Anssory Radhiyallahu ‘anhu. Amin!!!

Monday, July 18, 2011

Pas Perlu Menjadi Pembela Kepada Masyarakat Bawahan Sabah



Setelah hampir 30 tahun Pas menapak di Negeri Sabah, satu anjakan perlu dibuat dengan lebih drastik dan terkehadapan sebagai satu lonjakan bagi Memasyarakatkan Pas. Perkara ini di nyatakan sendiri oleh Wan Nik Bin Wan Yusof S/U Politik Menteri Besar Kelantan dan merangkap Pengarah Jabatan Pilihnraya Pas Negeri Kelantan dalam taklimatnya kepada semua petugas pilihanraya Pas Negeri Sabah.

Antara perancangan yang dicadangkan ialah memberikan khidmat dan pertolongan kepada masyarakat yang menghadapi masalah terutama sekali dalam isu pengambilan tanah atau masalah urusan tanah yang kebanyakkannya belum diselesaikan oleh pemerintah. Pendekatan sebagai orang tengah mesti dimainkan dalam merakyatkan Pas agar Pas dilihat sebagai juara dalam membantu dan menyelesaikan masalah rakyat. Tak perlu mengeluarkan belanja yang mahal, cukup sekadar menjadi pemerhati dan pendengar rintihan mereka. Disamping mengambil langkah mengenengahkan masalah mereka kepada yang berwajib. Menurut beliau lagi, apa-apa musibah yang melanda masyarakat maka pimpinan dan petugas Pas mesti menjadi orang yang terdahulu datang menziarahi, bertanya khabar dan membantu sekadar mampu bagi meringankan sedikit kepayahan mereka.

Beliau yang juga merupakan pengarah pilihanraya Pas Negeri Kelantan juga, meminta agar dititik beratkan penyebaran massa. Pas mesti mengambil langkah yang lebih terkehadapan dalam penyebaran massa. Wan Nik bin Wan yusof dalam taklimatnya menyarankan agar massa harus sampai kepada madu’ atau dalam istilah politiknya pemgundi. Pengundi pendalaman kebanyakkannya di butakan dari maklumat soheh oleh umno dengan menayangkan kepada mereka hanya maklumat palsu dan pembohong. Risalah bercetak dan pelbagai massa yang mudah didampingi rakyat harus sampai kepada rakyat. Dekati dengan nilai keislaman dan kebajilkan yang akan kita utamakan bila mengambil alih tampuk pemerintahan.

Menjawab persolan yang di timbulkan oleh peserta, tentang soal kebarangkalian pertandingan banyak penjuru, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Kelantan itu juga menjelaskan tentang keperluan kepada Pas di kawasan-kawasan menonjolkan calon2 yang berwibawa. Kewibawaan calon itu sendiri akan menutup peluang calon bebas yang berkeinginan dan merasai mempunyai peluang menang bagi menjadi calon. Menampilkan calon awal inijuga akan membolahkan gerak kerja membina dan memperkenalkan calon di samping mentarabiah calon supaya mampu menghadapi tekanan dan serangan musuh. Disamping serangan bentuk meterial yang memang telah menjadi peluru ampuh bagi UMNObN.

Harapannya yang terakhir ialah, dalam membina dan merangka sebuah negara berkebajikan pas harus terlebih dahulu menampakkan asas-asas kearah pembinaan kebajikan yang jelas. War-warkan kepada masyarakat tentang program buku jingga yang telah kita drafkan. Biar masyarakat tahu bahawa kita PR ingin mengambil alih tampuk pentadbiran kerana kita melihat UMNObN sudah terlalu rosak dan tak mampu lagi menjadi tempat bergantung dikala hanyut. Mereka hanya bermatlamat mengkayakan anak-anak dan kroni-kroni mereka. Kita mesti menjadi pembela kepada rakyat dan sentiasa menjuarai hal ehwal pembelaan rakyat.

PAS UNTUK SEMUA.

Sekian Wassalam

Lajnah Kebajikan Dan Perihatin Masyarakat Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah.

Friday, July 15, 2011

Bersiaplah, Pilihanraya Sudah Dekat.

Anda Mahu tahu pilihnraya sudah dekat. Inilah tanda-tandanya:

1. Semua berita samada di tv atau suratkhabar dipaksa menyiarkan berita mengenai kehebatan umno/bn. Seolah-olah mereka sahaja yang betul dan Pakatan Rakyat digambarkan seolah2 sebagai pengkhianat negara.

2. Mengapi-apikan sentimen perkauman dan menuduh Pakatan Rakyat yang memulakannya.

3. Cuba melaga-lagakan gabungan pakatan rakyat dengan memperbesarkan perbezaan isu-isu yang wujud dalam pakatan rakyat. Tujuannya supaya rakyat tidak lagi mempercayai gabungan pakatan rakyat yang kononnya lebih mementingkan diri masing-masing.

4. Melarang kerjasama jabatan2 kerajaan pusat dengan kerajaan negeri yang di kuasai oleh pakatan rakyat disamping menuduh yang kononnya kerajaan negari yang diperintah oleh pakatan rakyat di melakukan apa2 untuk rakyat.

5. Memperbesarkan isu-isu yang telah sedia ada sebelum ini seperti masalah arak di Selangor yang sebelum ini telah lama berpunca daripada kerajaan dahulu yang diperintah oleh umno/bn. Umno cuba memainkan isu2 yg telah diketahui oleh rakyat bahawa ia berpunca daripada mereka dengan mengatakan ia berlaku dibawah kerajaan sekarang. Sedangkan kerajaan pakatan rakyat yang ada sekarang hanya bekerja untuk 'membersih tahi' yg ditinggalkan oleh umno/bn. Contoh lain, kg. buah pala di Pulau Pinang.

6. Menonjolkan mereka adalah pembela bangsa sedangkan sebelum ini jika mahu berjumpa dengan wakil rakyat umno, mampus tak dapat. Klu dapat pun melalui orang tengah sahaja.

7. Mengumumkan pemberian2 tertentu kepada rakyat sedangkan apa yang diberi itu tidak masuk akal langsung seperti tol free kepada rakyat yang menggunakan lebuhraya sebanyak 80 kali.

8. Memaksa semua stesen tv termasuk awani menyiarkan berita yang menggambarkan pakatan rakyat ini jahat dan tidak betul.

9. Melakukan apa sahaja untuk merampas kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan rakyat seperti berlaku di perak.

10. Memaksa SPR mewujudkan pelbagai peraturan2 baru yang lebih memenangkan umno/bn

11. Menuduh Dato' Seri Anwar dengan berbagai tuduhan. Dan yang paling dekat apabila DSAI dikenakan hukuman penjara.

12. Semasa pembentangan Bajet nanti kita akan dapat melihat dengan terlalu banyaknya insentif2 khas kepada kakitangan awam dan rakyat. Mungkin bonus 2 bulan gaji. Tapi jaga2 la wahai kakitangan awam itu hanya gula2 shj. Makan boleh tapi tak mengeyangkan.

Wednesday, June 22, 2011

Sajak Ayah Bonda

فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Ayahbonda.
Pada laku ada tutur dan bicara
Pada kata ada hikmah dan makna
Pada senyum ada nasihat dan marah
Pada belaian ada kasih dan sayang
Pada keringat dan air mata yang bercucuran
Ada harapan buat anak mu di masa mendatang.

Ayahnda.
Masih ku ingat pimpinan tangan mu
Masih ku ingat nasihat kasihmu
Yang menyubur di kalbu ini
“Anak ku, kita miskin, bukan harta yang dapat ayah tinggalkan,
Tapi ilmu, buat bekalan masa hadapan”.
Terima kasih ayahnda,
Nasihat mu ini akan ku abadikan
Sebagai pedoman
Buat mendidik anak-anak tersayang
Agar mereka menjadi manusia terbilang.

Bonda
Tak Terhitung oleh ku pengorbanan mu
Tak terbalas oleh ku setitis susu mu
Tidurku didodoi suara lembut mu
Peningku di picit jemari halus mu
Sedih ku terhapus oleh manis senyum mu,

Terima kasih bonda ku
Kerana berpayahan mengandungkan ku
Menyambung nyawa melahirkan diri ini
Memberi ruang bagi ku menajadi anak mu.

Ayahbonda

Ampunkan segala dosa ku
Maaf segala tutur ku yang menguris hati mu
Lakuku yang menyakiti hati mu
Sinis mataku yang menjeling mu
Kejauhan yang melupakan mu
Tanpa ampunan mu,
Seksanya aku di dunia ini
Apa lagi di akhirat nanti.

Ayahbonda

Atas kepayahan dan kepenatan mu
Membanting dan menebar segala kudrat
Akan ku susun dan tadah 10 jari
Memohon doa kesejahteraan mu
Semoga Hidup mu bersulam rahmat
Agar Pusara mu penuh berkat
Supaya akhiratmu dibalas nikmat

Ya Allah

Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku
dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
semenjak dari diriku masih kecil.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah
Ampuni dosa kedua ibubapa ku
“ampuni dosa dua ibubapa ku,
Damaikan mereka dalam pusara”

Sekian.

Sajak hasil nukilan
Ust. Zulkarnain mohd noh

Hari guru, ibu dan bapa 2011

Monday, May 23, 2011

PUSPEN. Ada Cahaya Harapan Padanya.


PUSPEN iaitu akronim kepada Pusat Pemulihan Narkortin adalah merupakan antara pusat-pusat pemulihan dadah yang ada dalam Negara. PUSPEN yang terletak di Kimanis, Papar mampu menempatkan hampir 150 orang pelatih dalam satu masa.

Penulis yang diberikan kesempatan untuk mengadakan sesi ceramah di sana sangat teruja dengan apa yang dilihat, diperhati dan diinteraksikan bersama ahli keluarga PUSPEN. Pertama yang penulis lihat akan kesantunan pegawai-pegawai di PUSPEN dalam melayani pelatih-pelatih. Mereka tidak dilayan dengan kasar sebagaimana orang salah yang melakukan kesalahan tetapi mereka di layan dengan cukup baik. Salah satu contoh yang baik antaranya, mereka ini tidak dipanggil dengan penggilan pelatih tetapi keluarga PUSPEN.

Dalam beberapa siri perbualan penulis dengan pelatih, penulis mendapati kebanyakan mereka ini telah sedar dan insaf. Ini dapat dilihat pada genaggan air mata bila mereka mengucapkan keinsafan tersebut. Dan mereka sedia berkongsi pengalaman mereka sebelum dan semasa menjadi penagih. Dan bila ceramah yang bertajuk “Dari Mana Kita, Untuk Apa Kita Dilahirkan, Kemana Selepas Ini” ada dikalngan pelatih yang mengalirkan air jernih dikelopak, Mungkinkah ini salah satu tanda sebuah kesedaran dan keinsafan tersebut.

Penulis bukan nak bercerita pasal ceramah atau mengupas kembali isi ceramah, akan tetapi penulis ingin berkongsi kerisauan pelatih akan masa depan mereka. Rata-rata pelatih yang penulis temui melahirkan kerisauan mereka bila mereka sudah tamat di sini dan kembali ke dalam masyarakat. Persoalan mereka, apakah masyarakat dapat menerima mereka? Apakah masyarakat tidak menghina dan mengeji mereka? Atau, apakah masyarakat akan berterusan menganggap kehadiran mereka dalam masyarakat menjadi penyebab kepada kerosakan dan mengganggu ketenangan mereka? Kalau inilah yang terjadi kata mereka, tak mustahil mereka akan kembali menagih disebabkan tekanan yang mereka terima bila kembali dalam masyarakat. Dan inilah antara sebab kenapa berlaku penagihan yang berulang. Sedangkan mereka, setelah dibenarkan keluar mereka ini telahpun insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan mereka.

Penulis Cuma mampu nasihati mereka dengan berkata, sekarang kamu insaf sebab apa? Kamu bertaubat kepada siapa? Keredhaan siapa yang kamu semua harapkan?

Kalau keinsafan kamu kerana Allah, kalau taubat kamu kerana Allah, kalau kamu hanya mengharapkan redha Allah yang paling utama. Kenapa perlu kamu takut dengan pandangan masyarakat. Kenapa kamu perlu takut untuk keluar dan berdepan dengan masyarakat kemudian nyatakan bahawa kamu benar-benar telah insaf dan bertaubat. Masyarakat memang akan beranggapan demikian kerana mereka tak dapat membaca isi hati kamu. Mereka tidak dapat melihat keikhlasan taubat kamu. Yang penting kamu tunjukan bahawa kamu telah benar-benar insaf dan bertaubat kepada Allah. Akhir sekali penulis nasihatkan mereka, andainya sampai akhirnya masyarakat tetap tidak dapat menerima kamu. Ingatlah, Allah akan menerima kamu andainya kamu benar insaf, bertaubat keranaNya. Dan kejarlah redhaAllah, insyaAllah redha manusia kamu akan dapati nanti.
Mereka insaf dan bertaubat. Manakala kehidupan mereka di PUSPEN pula seumpama di pondok pengajian. Solat jemaah setiap waktu dan kuliah agama dan fardhu ain juga setiap kali selepas solat waktu. Bila mereka keluar, apa peranan kita sebagai ahli masyarakat? Apa tanggungjawab kita bagi memastikan mereka terus insaf dan sedar akan kesalahan yang mereka pernah lakukan? Berilah sedikit peluang kepada mereka untuk mereka buktikan keinsafan dan taubat mereka. Memang mereka pernah bersalah kepada kita tapi apakah setelah mereka sedar dan insaf kita masih menghukum mereka. Apakah kita lebih hebat berbanding Allah sebagai Khalik yang sentisa menerima taubat hambaNya.

Kita harus sentisa ingat dan sedar, bahawa mereka juga makhluk Allah sebagaimana kita yang tidak bernasib baik kerana gagal dalam ujian Allah dan terjebak dengan semua tu. Kita sebagai hambaNya yang beruntung kerana tidak diuji sedemikian sepatutnya bersyukur dengan kita laksanakan tnggungjawab kita membantu mereka untuk bertaubat. Ingatlah, mereka pernah melakukan kesilapan. Setiap kita juga pernah melakukan kesilapan kecuali nabi. Yang pentingnya ialah, apakah kita insaf dan sedar dari kesilapan tersebut lalu bertaubat. Mereka ini pula, telah insaf dan sedar lalu mereka bertaubat. Apa hak kita untuk mempertikaikan taubat mereka? Itu hak mereka dengan Allah. Hak kita ialah bantu mereka dan santuni mereka agar mereka terus sedar dan insaf kemudian menjadi anggota masyarakat yang berguna dan mampu pula menjadi penyelamat kepada anggota masyarakat yang lain.

Penutup kepada ceramah penulis nyatakan, bila kamu keluar ke dalam masyarakat jadilah kamu seorang pendakwah. Lalu mereka terpinga-pinga. Macam mana tu ustaz? Kami bukan ada ilmu agama. Lalu penulis menjawab, pandakwah ada dua cara, amar makruf dan nahi mungkar. Mungkin kamu susah untuk amar makruf tapi kamu mampu untuk nahi mungkar iaitu kamu nyatakan kepada masyarakat terutama sekali remaja yang lalai dan leka tentang kesannya andai mereka terjebak sebagaimana yang pernah kamu alami.
Akhir sekali penulis mengharapkan kepada semua ahli keluarga PUSPEN. Cepat sedar dan insaf. Kami anggota masyarakat menuggu-nunggu keinsafan kamu dan kembali bersama kami untuk sama-sama membangunkan masyarakat dan sama-sama membantu memenangkan Islam.

Sekian..

Wassalam

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPNS.

Tuesday, May 10, 2011

Kenaikan Harga Gula dan RON97. Katakan Tak Nak Pada BN.

Salam Untuk Semua,

Harga barang naik lagi. Gula RM0.20 dan Ron97 RM2.90. Tahniah pengundi BN di Serawak. Tahniah pengundi BN seluruh Malaysia. Ini kali kedua selepas anda memberikan satu undi anda kepada BN.

Dalam ruangan, ini penulis pernah menulis perkara yang sama di oktober 2008. Jadi rasanya seperti tak perlulah untuk saya mengupas kembali isu kenaikan harga barang ini yang menampakkan satu tindakan tak berhati perut pihak kerajaan dalam suasana himpitan hidup yang terpaksa ditanggung oleh rakyat yang banyak. Cuma penulis melihat kenaikan barangan kali ini adalah lebih menyeluruh nanti dan lebih menjadi alat penampung kerakusan pemimpin yang tamak dan membazir wang rakyat. Bila kantung dah kering, maka kantung rakyat pula dikikis. Tapi jangan risau, tunggu PRU13 nanti PR menang ralyat rampas balik semua hasil samunan yang telah dibuat.

Penulis kali ini ingin membuat imbasan kembali kepada kenaikan harga barang pada tahun 2008 iaitu pada bulan Mei. Iaitu 3 bulan selepas rakyat memberikan kepercayaan kepada UMNObN memerintah untuk kali ke12. Pada masa tu Pak Mat di Ulu Kelantan, En. Ali di Kinabatangan dan Kak Joyah di Baling tak heran dengan kenaikan semua tu kerana harga getah mahal manakala harga sawitpun melambung. UMNObN yang penasihatnya APCO merancang semua ini bagi memastikan setiap sesutu yang merupakan satu penindasan yang di lakukan UMNObN tidak akan menjejaskan sokongan rakyat kepada mereka.

Tapi Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah, harus sedar dan ingat bahawa orang Islam ni dia tidak akan dipatuk 2 kali dari lubang yang sama. Dan perlu juga insaf bahawa ini bukan kali pertama kenaikan harga barangan keperluan disembunyikan dibalik kenaikan harga semasa komuditi. Kemudian bila kenaikan harga barangan telah sejuk akan kehangatannya amarah rakyat maka harga komoditipun merudum. Sudah berapa kali perkara sebegini berlaku aduhai Pak Mat di Ulu Kelantan, En Ali di Kinabatangan dan Kak Joyah di Baling. Mungkin harga komuditi sekarang akan bertahan sehingga PRU13, tapi untuk bertahan lebih lama rasanya seperti satu yang mustahil. Apapun penulis tetap berdoa agar harga komuditi akan akan kekal setabil sebab terasa pilu,sedih dan kesihan pula kepada golongan pengundi UMNO yang tiggal di kampong-kampung dan felda-felda yang menjadi pengeluar utama 2 komuditi ini. Mereka mungkin tertipu sebab maklumat mereka adalah RTM, TV3 suku dan JKKK .

Cuma untuk PRU13 nanti, harap sangat-sangat supaya mereka yang seperti Pak Mat, En Ali dan Kak Joyah boleh berubah dalam menurunkan undi mereka di kertas undi kepada Pakatan Rakyat kali ini. Jangan takut untuk membuat perubahan kerana keuntungannya adalah untuk diri sendiri, keluarga dan anak cucu. Keberanian kita sebagai rakyat akan membuatkan pemimpin yang memegang tampuk kuasa tak akan rakus dengan wewenang melakukan kezaliman dengan menaikkan harga barang. Ikuti contoh Negara Jepun, mereka maju sebab pemimpin mereka telus. Pemimpin mereka sentisa silih berganti mengikut parti yang menang. Pertukaran silih berganti parti yang memerintah sesuatu Negara akan menyebabkan mereka tak sempat dan takut untuk melakukan sesuatu kezaliman untuk rakyat.

Ayuh la, jangan kita takut untuk membuat perubahan ini. Dan harap Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah pun tidak takut juga untuk sama-sama membuat perubahan dan seterusnya dengan sedikit keberanian ini dapat pula menyatakan semua ini kepada kawan-kawan. Supaya dengan kenaikan harga barang ini akan menjadi penyebab kekalahan BN dalam PRU13. Semoga selepas PRU13 nanti tak ada lagi ketirisan dalam sistem pemerintahan Negara yang boleh menyebabkan rakyat yang terpaksa menanggung kerugian ini melalui kenaikan harga barang. Semoga selepas ini juga pemimpin menjadi takut dengan kuasa yang ada pada rakyat. Semoga Malaysia lebih aman dan berkebajikan tanpa UMNO dan BN.

Sekian..

Wassalam

Daripada:
(Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Masyarakat, DPPNS)

Tuesday, May 3, 2011

Bicara POLIGAMI (Siri 1). Mudah Andai Istiqamah Dengan Sunnah Yang Lebih Mudah.

Salam untuk semua yang membaca entri ini. Pertamanya pohonan maaf kepada semua samada yang bergelar Isteri ataupun yang bergelar suami. Mungkin entri kali ini akan menimbulkan ketidak selesaan bagi pembaca sekelian. Cuma penulis mahu setiap apa yang tercoret mampu pembaca semua, memahami dan menilai dari semua sudut. Bukan hanya melihat dengan pandangan emosi dan berkepentingan sendiri. Mesti ada kebersamaan yang luas dan mantap serta berani menyatakan hak walaupan ditentang.
Bila berbicara soal poligami, ayat 4 surah an nisa’ menjadi ikutan dan hujjahan semua. Isteri dan Suami mengambil pandangan yang berbeza pada ayat yang sama. Iaitu;
“kahwinilah perempuan yang baik dari kalangan kamu 2, 3, atau 4. Tapi andai tidak mampu berlaku adil maka kahwinilah satu sahaja.”

Bagi suami ayat ini pendorong kepada mereka untuk berpoligami. Menjadi hujjah bahawa suami boleh berkahwin sampai 4. Maka berbagai hujjah dihuraikan bagi memahami isteri akan keharusan berkahwin 2, 3, atau 4. Manakala bagi si isteri ayat ini menjadi hujjah bagi mereka bahawa nak kahwin boleh tapi persoalan akan diajukan kepada suami, mampukah berlaku adil? Dan paling bahaya ada setengah sampai sanggup mempertikaikan kemampuan suami di khalayak dengan menyatakan bahawa suami mereka lemah dan tak mampu untuk adil. Tidakah ini mengaibkan suami dan lebih-lebih lagi ianya di ucapkan dikhalayak yang akan menyebabkan dosa kering.

Bagi mengendurkan suasana yang mana, satu pihak terlalu berkeinginan manakala pihak satu lagi menentang keterlaluan sampai sanggup menghina orang tersayang yang menjadi tempat mereka bernaung kasih dan sayang. Maka perlu dicarikan satu titik noktah kepada permasalahan yang tidak pernah kendur ini. Permasalahan yang mengundang berbagai polimik dan perbincangan dalam masyarakat. Samada bagi pihak yang amat bersetuju dan berminat dengan poligami yang berada di persimpangan atau yang menentangnya secara total.

Poligami adalah Sunnah nabi dan ini salah satu hujjah bagi si suami. Dan Isteri manjawab, banyak lagi sunnah nabi kenapa tak diikuti. Betul kata si Isteri, sunnah nabi bukan poligami semata-mata, malahan banyak lagi yang mudah. Kenapa dicari yang payah? Penulis ingin menyatakan, kenapa terus kepada yang payah sedangkan tinggal yang mudah. Kenapa terus membawa lori yang besar sedangkan keretapun belum lulus. Sunnah yang mudah ini di anggap mudah sebab tak tercatat padanya undang-undang tentang keperluan izin si isteri atau kelulusan mahkamah untuk melaksanakannya.

Apa itu sunnah yang mudah? Beberapa sunnah yang dianggap mudah untuk kita amalikan iaitu solat sunat rawatib, Qiamullail, Puasa sunat Isnin dan Khamis, solat sunat Dhuha, bacaan al Quran sekurang-kurangnya 2 lembar sehari, berzikir dan banyak lagi yang merupakan sunnah nabi yang mudah untuk kita ikuti dan tidak perlu mendapatkan tandatangan si isteri atau kelulusan Mahkamah Syariah. Satu lagi yang perlu diambil perhatian iaitu solat berjemaah di masjid. Ini bukan setakat sunnah tapi merupakan kewajiban kifayah. Apakah telah selesai 5 waktu kita amalkan?

Penulis bukan ingin berbicara secara feminin dalam hal ini, tapi inilah hakikatnya bagi kita meraih kepercayaan isteri. Sebab, bila kita melihat mereka yang beroleh bahagia dari poligami iaitu ulama yang baik dan yang teratur padanya sunnah nabi lalu mendapat kepercayaan si isteri. Ulama yang hidupnya pada jalan haraki yang beramalkan sunnah nabi, poligaminya cukup indah dan menyejukkan hati. Isteri tidak ada sebab untuk menentang lagi kerana baginya sudah tidak ada alasan untuk diberi. Bagi semua para suami yang berkeinginan poligami sila cuba resipi ini. Cuma, cuba betulkan niat dihati bahawa sunnah nabi diikuti kerana mengharapkan redha Ilahi dan syafaat di akhirat nanti. Disamping itu, perbanyakkan tadahan doa kepada Allah, tuhan yang maha memberi.

Selepas resepi ini berjaya kita amali, maka teguhkan semangat, bulatkan tekad dan berdepan dengan isteri dengan penuh berani membentangkan niat dihati. Pastinya tidak ada alasan syarie yang hendak diberi, kerana suami memang lelaki baik budi pekerti serta pejuang haraki yang sentisa beralas hidupnye dengan sunnah Nabi. Fikir-fikirkanlah wahai mereka yang ingin berpoligami, poligami pastinya mudah andainya kita mampu istiqamah dengan sunnah yang lebih mudah.

Sekian, Terima kasih.
(Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPPNS)

Wassalam.

Saturday, April 30, 2011

DPPNS, Perihatin Ahli

Sempena Muktamar Pemuda kali ke-24 DPPNS Melalui Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakatnya telah membuat pungutan derma perihatin bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh petugas sepenuh masanya di pejabat DPPNS. Kutipan diumumkan oleh pemangku pengerusi tetapnya. Satu musibbah telah menimpa saudara Qairul Zaman yang kehilngan motosikalnya yang baru 3 hari dibeli dengan harga RM2000. Motosikal inilah yang menjadi pengangkutannya bagi berulang alik ke pejabat DPPNS di kingfisher. Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat mengucapkan berbanyak terima kasih kepda semua muktamirin yang bermurah hati memberikan sedikit derma mereka bagi sama-sama meringankan bebanan saudara kita tersebut. Jumlah derma yang telah berjaya dipungut ialah sebanyak RM360. Derma telah disampaikan sendiri oleh Ketua DPPNS Saudara Lahirul Latigu dalam Muktamar tersebut. Semoga apa yang telah didermakan dengan penuh ikhlas akan menambahkan lagi kekuatan ukhwah kita dalam jemaah ini dan akan dikira sebagai pahala yang cukup besar di sisi Allah. InsyaAllah.

"DPPNS, Melangkah Memimpin Perubahan"

Thursday, April 14, 2011

Nasihat Tuan Guru Kepada Seluruh Saf Perjuangan Islam

(Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun. Jika air yang asalnya jernih, mengalir begitu lama sudah pasti dicemari dengan kelodak dan sebagainya, dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis. Demikian juga Islam, untuk memahami Islam sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih. Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajarkan ilmu. Semoga Allah SWT mengekalkan di bumi ini para ulama yang ikhlas membantu menegakkan agamaNya, insya-Allah.)
Semoga Nasihat yang ringkas tapi mempunyai nilai amanah yang cukup besar ini mampu dijadikan peniup semangat dan pembangkit roh jihad kepada semua petugas, penyokong dan pengundi Parti Islam Semalaysia (PAS) serta PR bagi memastikan berlakunya satu perubahan yang besar dalam PRN Serawak. Ingatlah, amanah bagi pendakwah dan pejuang Islam sangat besar cabaran dan dugaannya. Tetapi, andai kita melihat disana ada janji kemenangan yang bukan hanya akan kita perolehi di dunia tetapi di tempat yang lebih kekal iaitu di akhirat maka kepayahan dan kesusahan yang meranjaui lorong perjuangan ini akan terasa mudah dan senang.
Semoga, PAS mampu menjadi pendesak dan penasihat kepada sebuah pemerintahan berkebajikan yang disaluti nilai keislaman melalui kemenangan yang akan kita perolehi di 5 buah kerusi yang akan kita tandingi. Ayuh kita sama-sama jadikan serawak sebagai negeri yang aman, makmur dan berkebajikan. Islam untuk semua.

Wallahu 'alam

Thursday, March 24, 2011

LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA

(HIMPUNAN 40 HADIS PERISTIWA AKHIR ZAMAN)

Hadis Yang bermaksud:

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: “ Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".

H.R Termizi


Keterangan Hadis

Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Ulasan Penulis

Cuba perhatikan kesemua 15 perkara yang telah dinyatakan oleh Nabi S.A.W. Kesemuanya sedang berlegar dan berleluasa dalam Negara. Penulis ingin membuat ulasan dalam beberapa perkara. Antaranya itu berkait dengan harta Negara hanya berlegar dikalangan Kroni dan sanak saudara iaitu apabila yang mengaut kekayaan hanya mereka yang berkuasa dan saudara serta kawan-kawan terdekat. Adik menjadi pengarah itu dan ini. Anak pula mempunyai syarikat itu dan ini, manakala rakyat marhain menagih simpati di 5 tahun sekali.

Kepimpinan yang diberikan oleh rakyat kepada pemerintah adalah satu amanah tetapi amanah tersebut disalah gunakan untuk mengaut keuntungan diri dan keluarga. Suami pula terlalu menuruti kata isteri hingga sanggup melanggari ketetapan Allah. Isteri pula tidak menutup aurat sedangkan si suami takut menegurnya. Isteri bergaul bebas dengan lelaki lain diluar rumah sedangkan si suami melihat tanpa ada cemburu. Suami pengecut dan dayus.

Seseorang dimuliakan kerana takutkan kejahatannya. Walaupunt ternyata dan jelas bahawa orang yang dituruti itu jahat dan buat salah tapi kerana takut dipecat dari jawatan maka tetap menyokongnya, walaupun orang yang ditaatinya itu jahat dan zalim..

Arak pula diminum di merata tempat tanpa takut dan rasa bersalah. Malahan, arak lebih senang dan mudah untuk diperolehi manakala harganya lebih murah. Ini juga adalah punca kenapa arak terlalu berleluasa. Peminum arak tidak dikenakan satu tindakan yang tegas oleh pemerintah malahan mereka seumpama melindungi peminum air syaitan ini. Bukan itu sahaja, malahan ada anak melayu Islam mempunyai saham terbesar dalam kilang arak diluar Negara.

Manakala yang paling ketara sekarang apabila artis terlalu disanjung. Kesilapan artis walau bercanggah dengan syariat mampu dimaafkan sedangkan ulama sentisa dimusuhi dan dihina. Ulama yang ikhlas sentiasa difitnah dengan berbagai keburukan sedangkan artis yang buat salah terus dimaafkan malahan di jadikan idola.
Itulah serba sedikit respon penulis berkaitan hadis akhir zaman ini yang kebanyakkannya telah berlaku dan sedang membiak dan membarah. Seandainya kita gagal mengawal dengan kita memenangkan PAS dalm PRU13 nanti ditakuti 15 yang tersenarai makin kritikal yang akhirnya bala Allah menimpa Negara Malaysia yang tercinta ini. NauzubilLahi minzalik.

WalLahu ‘alam. semoga hadis akhir zaman ini menjadi iktibar untuk semua.

Wassalam..PAS Untuk Semua

TAMAT

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Isi kandung himpunan hadis ini di sedut dari http://www14.brinkster.com. Insya'allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

Sunday, March 20, 2011

RTM dan TV3 Mula Meroyan

Semalam dalam asyik meneliti beberapa keping borang keahlian Pas yang telah diserahkan kepada penulis,tiba-tiba kawan serumah tempat menumpang di Kota Kinabalu buka berita di TV3. Menyampah dan sakitnya hati kami berdua bila melihat bagaimana di siarkan DS Najib, TS Muhyidin serta beberapa lagi pemimpin UMNO sedang menghentam DS Anwar Ibrahim dan PR. Kalau penulis je yang marah logik la, sebab penulis memang ahli dan petugas PAS, rupa-rupanya kawan 2 orang yang tak ambil kesah pasal politikpun marah bukan main lagi.

Tak lama kami tengok sebab sakit hati, tapi dapat la kami tahu sebab kenapa TV3 mula meroyan rupa-rupanya akan berlaku PRN Serawak. Patut la ada KM yang orang serawak gelarkan Mubarak Serawak di belakang DS Najib. Tapi heran bin ajaib la pula, mana perginya DS Rosmah. Biasanya kalau ada DS Najib mesti ada dia yang berada di depan DS Najib. Mungkin sibuk merasmikan sesuatu program yang lebih besar berbanding PRN Serawak atau mungkin pemimpin politik Serawak dah bagi amaran kepada DS Najib supaya jangan bagi DS Rosmah datang sebab ramai orang serawak dah meluat dengan tingkah laku dia. Apapun biarkan DS Rosmah. Yang penulis nak catatkan di sini berkenaan Meroyannya RTM dan TV3 suku sebagai lidah bercabang UMNO.

Benci dengan TV3, kawan tadi tukar kepada RTM1. Aduh! makin meroyan, bukan hanya meroyan tapi macam cacing kepanasanpun ada. Apa dah jadi dengan TV3 dan RTM? Tak tahula, ada hati perutkah mereka yang berada disebalik meroyannya RTM dan TV3 ni. Kata demokrasi terpimpin. Demokrasi terpimpin kepala otak apa begini kalu PRN begini hanya satu pihak sahaja yang boleh gunakan media arus perdana untuk kempen sedangkan satu pihak lagi dihentam tanpa ada ruang yang lebih luas untuk menjawab. Kalau begini, bagus demokrasi ini kita pimpin dia masuk ke dalam gaung.

Yang sempat penulis dengar dalam tempoh sekejap itu bagaimana DS Najib menghina DS Anwar Ibrahim yang katanya sudah tak releven. PR pula katanya dah ditolak oleh rakyat. Kalau betul tak releven DS Anwar kenapa bila DS Anwar ajak berdebat DS Najib tolak. Ini bukan tak releven tapi tak ada t***r. Dan kalau betul PR ditolak oleh rakyat kenapa guna dua lidah bercabang ni iaitu RTM dan TV3 untuk kempen. Kamudian meluluskan secara serta merta RM240 juta untuk pembangunan didua daerah kecil di serawak.

Satu lawak yang telah disiarkan oleh lidah rasmi yang bercabang UMNO iaitu ucapan DS Najib yang saya anggap sedikit menunjukkan kebodohannya. Kalau sebelum ini rakyat melihat DS Rosmah yang membuat ulasan tentang Tsunami telah mempertontonkan kebodohannya sekarang DS Najib pula. Entah apa yang dia fikir bila dia kata "apa pembangkang boleh buat. Mereka hanya pandai berjanji sahaja tapi tak peranahpun laksanakan segala janji pembangunan tersebut. Tapi lihat saya selaku PM. Bila saya janji terus saya tunaikan". Ucapan begini wahai DS Najib nak tipu orang yang di pendalaman serawak boleh la. Itupun mungkin yang masih setia dengan BN. Memang betul la apa yang disebut, pembangkang tak dapat buat apa-apa sebab mereka belum jadi kerajaan. Cuba bagi peluang kepada mereka seperti di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Walaupun kuasa terhad tapi macam-macam hak rakyat telah dikembalikan dan macam-macam kebajikan rakyat telah ditunaikan. Sebab memang itu hak rakyat dan DS Najib tak payahlah nak mendabik dada yang dia telah beri macam-macam, sebab itu bukan harta dia atau harta UMNO tapi itu harta rakyat. UMNO yang sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana bagi peluang kepada mereka memerintah dan mencuri harta rakyat.

Jadi RTM dan TV3 yang kita nak cerita di sini yang sedang gila meroyan mesti kita sekat wahai pengundi-pengundi Serawak. Kita ajar RTM dan TV3 dengan kita memboikot mereka. Kita pastikan kekalahan BN kali ini adalah kerana rakyat terlalu meluat dengan lidah bercabang RTM dan TV3. Dan kita juga kena memastikan bahawa kekalahan BN kali ini sebagai peringatan kepada UMNO bahawa Serawak bukanlah Simpanan Tetap UNNO BN utnuk terus berkuasa di Putrajaya. Disamping itu, kekalahan BN kali ini di Serawak membolehkan kita menyemak kembali punca kekayaan yang diperolehi oleh Taib Mahmud dan anak-anaknya.

Akhir sekali penulis memohon kepada semua agar sama-sama kita tingkatkan kempen boikot RTM dan TV3 supaya kita tidak terlibat sama meroyan dengan mereka. Supaya liur yang tersembur keluar dari lidah bercabang mereka tidak terkena kepada tubuh badan kita yang bersih ini.

WalLahu 'alam. Serawak untuk PAKATAN RAKYAT.

Monday, March 14, 2011

Puisi Dr. Yusof Al Qardhawi Semasa Kesedihan Dengan Kematian Al Banna.


Untukmu
Wahai imamku,
Wahai guruku yang mulia,
Wahai pembawa berita di zaman buta,
Wahai pembawa petunjuk di dunia,
Ke arah jalan Muhammad,
Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam,
Wahai yang berteriak lantang untuk Islam.

Putera puterinya hanya pemuda Muslim
Dia menulis untuk dunia
sebuah dokumen kemenangan
Dia tidak akan menulisnya
melainkan dengan darah.

Mereka menyangka engkau telah mati sedangkan
engkau hadir di tengah-tengah kami
Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah
dan pelaku dosa,

Mereka menyangka engkau tiada,
sedangkan engkau menyaksikan kami,
Kami ikut jejakmu di setiap jalan gelap,
Kemudian bersama kepimpinanmu
yang memberi suluh,
Yang telah kau bina tidakkan hancur,

Cintamu akan selalu menetap dan melekat di hati,
Peribadimu selalu ada dalam fikiran,
Dan namamu selalu mnghiasi bibir.

Petikan dari: Kitab Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun (Prof. Dr. Yusof Al Qardhawi)

Monday, February 28, 2011

Merlimau dan Kerdau. Ujian Untuk Pas Sebelum Ke Puterajaya

Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pemerhati politik tanahair telah berlalu iaitu penamaan calon bagi 2 PRK N28 Kerdau, Pahang dan N27 Merlimau, Melaka. Kedua-duanya memperlihatkan pertandingan 2 penjuru antara PAS sebagai jemaah yang benar-benar istiqamah memperjuangkan Islam dengan UMNO yang kononnya memperjuangkan hak-hak orang melayu.

Di N28 Kerdau, pas mempertaruhkan calonnya seorang usahawan berjaya iaitu Hj Hassanudin Salim yang akan menentang Calon Umno Syed Ibrahim Syed Ahmad. Manakala di N27 merlimau calon Pas Yuhaizad Abdullah akan berdepan dengan calon Umno iaitu Roslan Ahmad yang merupakan seorang AJK Umno bahagian Jasin.

Pertarungan yang berlangsung akan mengambil masa 10 hari ini iaitu yang akan berakhir sehingga pukul 5 petang 6 Mac telah memperlihatkan satu kempen yang terlalu berat sebelah. Seperti biasa dalam PRK yang sebelumnya Umno dengan tidak rasa malu dan bersalah telah menggunakan seluruh jentera kerajaan bagi tujuan kempen mereka. Media yang dekat dengan rakyat seperti RTM dan TV3 dipergunakan dengan optimumnya oleh mereka sehinggakan penulis sendiri terasa seperti RTM atau TV3 itu hak mutlak Umno. Penulis sendiri yang memang telah merasa terlalu meluat dengan media ini terasa seperti jumud dan bekunya pemikiran rakyat apabila dipaparkan keburukan pembangkang seperti tiada satupun kebaikan pada mereka, sedangkan dipamerkan semua yang baik diperlakukan oleh Umno seperti meraka terlalu maksum. Sehingga ada juga ahli Umno yang tegar menyebutkan, "RTM ni, seperti semua yang pembangkang buat salah, sedangkan Umno semua baik."

Terkini di merlimau, diadakan perhimpunan guru-guru seluruh malaysia bagi sekolah-sekolah yang menerima anugerah sekolah cemerlang. Bukan anugerah yang penulis pertikaikan, akan tetapi, kenapa didakan di merlimau. Adakah kalau seandainya tidak berlaku PRK di merlimau Menteri Pelajaran akan adakan majlis itu di sini. Satu lagi penyalahan gunaan kuasa oleh Umno berlaku. Kalau difikirkan, bagi pengundi di merlimau, apa untungnya anugerah ini kepada mereka.

Apapun, dua PRK ini akan menjadi ujian getir bagi Pas sebagai sebuah parti yang membawa Islam sebagai asas perjuangan. Kita mesti kembali kepada sabda Nabi, "Suatu yang batil tetapi berstrategi akan dapat mengatasi sesuatu yang benar tetapi tidak berstrategi". Ini asasnya dan inilah yang perlu kita fikirkan bersama kemudian rancang dan atur sebagai resepi utama untuk menawan Putrajaya.

Kita memang telah sedia maklum akan kejahatan dan kebobrokan Umno melalui penasihatnya APCO. Meraka sudah pasti akan membuat perancagan yang maha jahat bagi PRU13 nanti. Apakah kita hanya sekadar melihat penipuan meraka atau kita atur strategi sendiri bagi mengatasinya. Inilah yang seharusnya kita buat dan laksanakan. Jangan lagi ada kekeruhan dalam jemaah islam ini. jangan lagi ada ketidak puasan hati dalam jemaah ini. jangan lagi ada suara-suara mengkritik buta tanpa asas dalam jemaah ini. dari kita menabur debuan fitnah dan tohmah adalah lebih baik kita sama-sama fikirkan bagaimana cara mengatasi taktik dan strategi jahat Umno melalui APCO.

Inilah masanya kita mengaut seribu pengalaman setelah Allah memberikan kepada kita peluang melalui PRK Kerdau dan Merlimau. Kutip dan kendung mutiara berharga melalui dua PRK ini walau kita tidak memperolehi kejayaan padanya.

Perlu diingat, kegagalan dalam pilihanraya bukan kegagalan bagi sebuah pejuangan Islam tetapi kejayaan apabila kita mampu menerapkan dan menyerap sesuatu yang berharga padanya. Sebagaimana Cikgu Mala berjaya menerapkan tentang hukum haramnya bagi seorang perempuan Islam bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim baginya. inilah kejayaan bagi Islam. Dan ini lebih bermakna dan lebih berharga tetapi kemenangan dan memperolehi kuasa seterusnya membina sebuah negara Islam adalah jauh lebih berharga.

Oleh itu, ayuh pejuang-pejuang Parti Islam. Gemblingkan semua tenaga yang ada bagi kita sama-sama memenangkan parti islam dan seterusnya yang paling penting agama Islam itu sendiri. kita juga wajib bercita-cita untuk melihat Malaysia aman dan makmur sebagai sebuah negara yang baik dengan Allah sebagai Tuhan yang maha pengampun. jadikan kemennangan di Kerdau dan Merlimau sebagai asas bagi kita mengerakkan langkah yang lebih teratur untuk ke Putrajaya.

InsyaAllah. Islam sentiasa menang. Yakin dan percayalah.

Wassalamm...

Saturday, February 19, 2011

Kasihkan Rasulullah, Bagaimanakah?


Syukur kepada Allah yang masih lagi memberikan kepada kita nikmat Islam dan Iman serta usia yang panjang yang dengannya kita semua mampu untuk meraikan 12 rabiulawal untuk kali yang ke 1432. 12 rabiulawal mengikut pendapat yang paling soheh adalah tarikh kelahiran nabi kita Muhammad s.a.w. Sejarah sambutan maulidurrasul adalah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir. Walaupun ada berbagai pendapat tentang hukum merayakan maulidurrasul, tetapi ianya tidaklah diharamkan sepenuhnya dikebanyakan Negara umat Islam. Berbagai program dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk melahirkan rasa kasih kepada baginda Nabi s.a.w. Antara program yang selalu kita lihat bilamana sambutan maulidurrasul ini diadakan iaitu diadakan perarakan, diadakan bacaan marhaban, diadakan syarahan dan akhir sekali makan.

Benarkah semua ini diprogramkan sebagai tanda kasihkan Rasulullah? Benarkah dengan perarakan, marhaban, syarahan yang sekejap dan makan boleh melahirkan perasaan kasihkan rasulullah? Artikel ini bukan bertujuan untuk melarang diadakan sambutan maulidurrasul malahan penulis sendiri terlibat sama dalam mengadakan beberapa siri ceramah maulidurrasul tetapi yang nak dijelaskan disini bagaimanakah cara yang sebenarnya kita ingin melahirkan tanda kasih kita kepada baginda nabi s.a.w. yang bukan hanya pada 12 rabiulawal tetapi juga pada setiap waktu dan ketika.

Apa yang kita lihat, suasana sekarang menampakkan kita hanya menunjukkan nilai kasih dan sayang kita pada nabi hanya pada sambutan kelahiran nabi Muhammad S.A.W iaitu pada rabiulawal semata-mata. Ini kerana kita menghabiskan banyak duit ringgit dan tenaga demi perarakan, jamuan makan dan sebagainya. Apakah perarakan semata-mata boleh menunjukan nilai kasih kita kepada baginda nabi. Kalau perarakan dapat menunjukkan nilai kasih kita kepada nabi maka baik lagi Abu Lahab kerana gembiranya dia dgn kelahiran baginda nabi lalu berarak mengelilingi kaabah sebanyak 7 kali. Kalau jamuan sebagai tanda kasihkan nabi maka apa kurangnya abu lahab yang menyembelih 10 ekor unta sebagai tanda kelahiran baginda rasulullah. Begitu juga dengan marhaban dan berzanji yang dibaca dengan penuh lenggok dan gaya. Tapi apapun yang dibaca, langsung tak difahami oleh sesetengah orang. Mungkin syarahan ada juga sedikit nilai padanya kerana dapat memberi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada yang hadir mendengar. Tapi mampukah kita melahirkan tanda kasih andai yang hadirpun ada yang tak bertudung. Kalau bertudungpun hanya menutupi jambul di depan sahaja.

Nabi bersabda dengan mafhumnya, “Barang siapa yang tidak mengikut sunnahku bukan daripada umat ku.” Inilah tanda aras kita tentang kasihnya kita kepada baginda Nabi S.A.W. Mengamalkan sunnah nabi adalah paling utama dalam kita menunjukkan kita kasihkan nabi. Apakah dengan kita menyambut maulidurrasul adalah sunnah nabi. Sudah tentu jawapan tegasnya adalah tidak. Sebabnya nabi tak pernah melakukan semua ini. Mengamalkan sunnah nabi pula bukan terpilih kepada apa yang memberi munafaat kepada kita semata-mata atau setiap apa yang dirasakan bersesuaian dengan keinginan kita. Tapi meliputi semuanya yang termampu kita amalkan. Bermula dari corak berpakaian yang paling senang kepada membina sebuah Negara. Adakah ini telah berjaya diamalkan oleh mereka yang menganjurkan sambutan maulidurrasul untuk menunjukkan tanda kasih kepada nabi? Apa yang penulis lihat disepanjang sambutan maludurrasul yang dianjurkan pakaian yang dikenakan tidak menepati sunnah. Pergaulan yang tidak berbatas antara lelaki dan perempuan. Ini peringkat yang agak mudah sebagai satu sunnah tetapi inipun semacam tak mampu dihayati untuk diamalikan.

Nabi Muhammad s.a.w. telah membawa bersamanya syariat Islam yang syumul. Bersamanya ada ibadat samada wajib ataupun sunat. Solat, ada yang wajib dan ada yang sunat begitu juga ibadat yang lain seperti puasa dan zakat. Nabi yang kita kasih telah bersusah payah membawa kepada kita Ibadat solat semasa Israk dan Mikraj. Nabi yang kita kasih juga semasa Rohnya yang mulia akan bercerai dengan badannya yang mulia itu sentiasa menuturkan “as-solah, as solah, as solah”. menunjukkan kepada umatnya akan kewajipan bersolat. Tetapi sejauhmana kita yang mengaku kasihkan nabi merasakan solat ini penting? Kita yang mengadakan sambutan maulidurrasul dalam suasana yang sangat gemilang ini, sejauh mana telah memperelokkan solat samada pada rukun Qauli. Fi’li atau Qolbi. Belum lagi kita membicarakan soal solat jemaah. Yang bukan hanya menjadi perkara yang wajib kifayah tetapi tidak pernah ditinggalkan oleh nabi s.a.w. Janganlah mengaku kitalah yang paling kasihkan nabi bila dengan gah menyambut maulidurrasul kemudian mempertikaikan sambutan orang lain yang tidak meriah andai solat jemaah tak mampu kita laksanakan walau hanya satu waktu sahaja. Ayuh yang kasihkan nabi, buktikan kita benar-benar kasihkan nabi sebagaimana Nabi terlalu sayangkan umatnya. Ini jelas dan nyata apabila disaat roh sampai di kerongkong Nabi masih lagi menyebut “Ummati, Ummati”. Dan disaat pedihnya sakaratul maut nabi sempat berdoa supaya umatnya tidak terlalu pedih, sakit dan payah semasa sakaratul maut. Buktikan kasih kita dengan kita mengamalkan sunnah nabi setakat yang termampu, amalkan segala yang diwajibkan dan tinggalkan segala apa yang dilarang. Selalu berselawat kepada Nabi kerana dengannya kita yang memperolehi nikmat dari selawat tersebut. Sekali sahaja dalam kemalasan kita Allah akan berselawat kepada kita 10 kali.

Semoga sambutan maulidurrasul yang akan datang lebih bermakna dan bernilai serta lebih menaikkan nilai kasih yang sebenar kita kepada nabi s.a.w dengan kita mengamalkan segala sunnahnya, melakukan segala yang diwajibkan serta meninggalkan segala apa yang telah dilarang.

Wallahu a’lam.
Semoga kita semua mendapat syafaatdaripada Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat nanti.

Thursday, February 10, 2011

Hukum Meraikan Hari Valentine Day

Perbicaraan kita kali ini berkaitan dengan hari Valentine Day. Sedar atau tidak bahawa sambutannya pada tahun ini ialah pada tarikh yang sama dengan Sambutan Kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Dalam kita yang sedar dan insaf ini bersama-sama bermarhaban, berzanji dan berselawat kepada jujungan kita, pastinya akan ada dikalangan anak-anak muda Islam kita yang juga akan turut sama menyambut hari Valentine Day yang sesat ini dengan sambutan yang sesat di tempat-tempat yang dianjurkan oleh golongan tertentu yang cuba untuk menyesatkan mereka. Berikut disertakan di sini pandangan ulama tentang hari valentine Day ini.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikarunia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah.

Pandangan Ust. Zaharuddin dengan Sambutan Valentine Day

1) Kita hanya boleh merayakan perayaan yang diiktiraf oleh Islam iaitu Idil Fitri dan Idil Adha. Nabi SAW bersabda :
(إن لكل قوم عيدا وإن هذا عيدنا)
Ertinya : Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" ( Riwayat AL-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)
Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.
Bagaimanapun, jika sesuatu majlis, keraian dan sambutan itu dianjurkan bukan atas asas atau nama agama serta tiada kaitan dengannya bahkan dibuat atas dasar adat semata-mata. Ianya boleh dan harus diraikan dengan syarat sambutannya tidak diserapi apa jua unsur maksiat dan syirik. Sebagai contoh sambutan kemerdekaan Negara, sambutan ulangtahun penubuhan sesebuah syarikat dan sebagainya. Cuma ia bukanlah disambut sebagai hari raya ketiga atau keempat, tetapi hanya sebagai majlis keraian setaraf dengan majlis perkahwinan dan sepertinya sahaja.
Ini bermakna, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula.

2) Tidak harus pula meniru orang Kafir dan ahli maksiat dalam meraikan majlis yang dianjurkan. Imam Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim telah menyebut bahawa telah Ijma' (sepakat keseluruhan Ulama) melarang penyerupaan dalam meraikan perayaan agama ( atas asas agama) selain Islam. ( Iqtidha, 1/454 ; Ahkam Ahli Zimmah, 2/722)

3) Islam tidak mengiktiraf hari kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam bersifat universal, tidak dibatasi waktu dan tempat dan tidak dibatasi oleh objek dan motif. Hal ini sesuai dengan hadis :
"Cintailah saudara seislam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari).
Islam sangat melarang keras untuk saling membenci dan bermusuhan, namun sangat menjunjung tinggi akan arti kasih sayang terhadap umat manusia.
Rasulullah saw. bersabda : "Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya lebih dari tiga hari" (Muslim)
Kasih sayang dalam Islam diwujudkan dalam bentuk yang nyata seperti silaturahmi, menjenguk yang sakit, meringankan beban tetangga yang sedang ditimpa musibah, mendamaikan orang yang berselisih, mengajak kepada kebenaran (amar ma'ruf) dan mencegah dari perbuatan mungkar

4) Sambutan hari Valentine ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya..

5) Islam juga melarang umatnya dari terlibat, duduk serta bersekongkol dalam majlis yang mempersendakan Islam dan bercanggah dengannya. Ini dari firman Allah yang bererti :

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللّهِ يُكَفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلاَ تَقْعُدُواْ مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُواْ فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ إِنَّ اللّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
"Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al Qur'an bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. Karena sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahanam" ( An-Nisa : 140 )
Diriwayatkan dari Umar r.a. bahwa dia pernah mendengar Rasulullah s,a.w. bersabda:
"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah duduk pada suatu hidangan yang padanya diedarkan arak." (Riwayat Ahmad)
Maka majlis arak yang haram itu adalah sama hukumnya dengan majlis Valentine yang mana sumber, asal usul dan cara pelaksanaannya yang terdedah kepada pelbagai jenis maksiat. Tidak harus sama sekali untuk menghadiri majlis sempena Valentine di mana-mana jua.
"Jadi adakah pergi shopping sempena 'sale' hari Valentine juga salah?
Jawabnya, sekadar membeli belah ia tidak salah, namun TIDAK DIBENARKAN menyertai seseuatu PERHIMPUNAN, SAMBUTAN KHAS kerana Valentine seperti majlis Konsert, Nyanyian dan sepertinya.

6) Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan"
Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.
Diriwayatkan, ada seorang laki-laki yang memberi hadiah satu bekas arak kepada Nabi s.a.w., kemudian Nabi memberitahu bahwa arak telah diharamkan Allah. Orang laki-laki itu bertanya:
Lelaki: Bolehkah saya jual?
Nabi: Zat yang mengharamkan meminumnya, mengharamkannya juga menjualnya.
Lelaki: Bagaimana kalau saya hadiahkan arak kepada orang Yahudi?
Nabi: Sesungguhnya Allah yang telah mengharamkan arak, mengharamkan juga untuk dihadiahkan kepada orang Yahudi.
Lelaki: Habis, apa yang harus saya perbuat?
Nabi: Tuang saja di dalam parit air. (Al-Humaidi dalam musnadnya)
Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk meraikan Valentine yang haram. Seperti juga hukum menjual anggur kepada tukang buat arak yang telah diketahui. Ia tidak dibenarkan dalam Islam menurut pendapat yang terkuat.

7) Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu. Perlu dianggapkan hari Vlentine itu tidak wujud dan ia adalah sebuah hari biasa sahaja.

( Tidak perlulah bagi kita mengigati seorang kekasih yang belum pasti menjadi isteri atau suami kepada kita. Ingatlah selalu kepada Allah dan rasulnya itu adalah lebih baik bagi kita. Selepas itu ingat juga kepada ibubapa kita dengan diiringi kepada mereka pohonan doa kepada yang Esa. Itu adalah lebih mulia bagi kita yang bergelar makhluk, umat dan anak.)