Pages

Thursday, October 30, 2008

Kejatuhan Merudum Harga barang Komoditi (Getah dan Sawit)

Awal Mei lalu kita telah dikejutkan dengan kenaikan mendadak harga minyak dipasaran antarabangsa. Susulan dengan itu harga minyak dalam negara juga melonjak naik sebanyak RM0.78 menjadikan harga pasaran minyak sebanyak RM2.70. Rakyat terpinga-pinga terkejut dan tidak percaya. Pengumuman yang mendadak itu memperlihatkan pelbagai reaksi dikalangan masyarakat awam, rakyat marhain. Golongan profesional dan pertengahan mengecam hebat tindakan kerajaan ini. bagi mereka tindakan ini boleh menimbulkan pelbagai impak kepada masyarakat dan harga barangan.
Reaksi berbeza dapat dilihat dikalangan masyarakat kampung yang menjadi pembekal dan pengeluar kecil barangan komoditi. Pak Mat di Ulu Kelantan bila ditanya bagaimana pendapat Pak Mat harga minyak naik mendadak. "tak pa la minyak naik pun, ga(harga) getah pun naik jugak." En. Ali di pendalaman sabah juga ditanya soalan yang sama. En. Ali dengan tersenyum menjawab, "Tak ada masalah sebab harga sawit pun tinggi sekarang." Kak Joyah baling juga ditanya, "kak! macam mana sekarang, minyak dah naik. Kak Joyah dengan jawapan yang sama, "tak palah getah pun naik."
Memang betul kata pak Mat di Ulu Kelantan, En. Ali di pendalaman sabah dan Kak Joyah di Baling. Getah melambung naik dan sawit pun begitu juga. Begitulah mereka, mereka hanya tahu tentang hak mereka yang berada disekitaran mereka. Mereka berjuang untuk menambahkan hasil dan mahsul negara dan bagi mereka ini yang dipertahankan.
Minyak naik, barangan keperluan pun akan turut naik. Bagi Pak Mat, En. Ali dan Kak Joyah ini tidak menghairankan kerana apalah sangat dengan kenaikan RM0.20 gula, gandum, bawang dan lain-lain. Apalah sangat beras yang melonjak harganya dari RM9 untuk 5 kilo ke RM14. Getah dan sawitpun naik. Mereka langsung tak kesah dan tak mengambil peduli.
Awal oktober yang berlalu bersama kemeriahan aidilfitri, semua umat bergembira tak kira peringkat kedudukan. Pak Mat bergembira, En. Alipun sama, kak Joyah lebih lagi. Rupanya kegembiraan hari raya berlalu bersama perginya ramadhan. Sekarang kegembiraan tersebut telah lenyap, keresahan dan rungutan mula terungkap. Dulu getah RM4 lebih sekilo sekarang RM2. Sawit pula pernah mencecah Rm7 sekilo sekarang RM3. Alhamdulillah minyakpun turun keRM2.30.
PakMat tetap bersungut, Kak Joyah tetap bersungut, En. Ali pun demikian juga. Bagi mereka apapun yang berlaku, getah dan sawit jangan jatuh harganya. Sekarang apa akan jadi dengan mereka. Apa akan jadi dengan anak-anak mereka. Apa akan jadi kepada pekebun-pekebun kecil getah dan sawit seperti mereka. Yang tinggal di Ulu Kelantan, di gerik perak, di Kuala Lipis, Di Ulu Bernam, di Pendalam Sabah dan Serawak. Barangan komoditi hasil keluaran mereka telah jatuh merudum sedangkan barangan keperluan harian mereka dan anak-anak mereka masih liat bertahan. Naik kerana harga minyak yang mengejut naik sedangkan bila minyak turun dan getah serta sawit turun barangan ini liat.
Kesian Pak Mat, Kak Joyah, En. Ali. Mereka hanya tahu melakukan kerja harian mereka. Inilah hasil yang mengeyangkan perut mereka, perut anak-anak mereka dan belanja menyekolahkan mereka. Kesihanilah mereka, dan perjuangkanlah hak mereka. Kepada kapitalis-kapitalis ekonomi, janganlah kerana mengejar keuntungan dan kemewahan sehingga mengorbankan manusia seperti Pak mat, Kak Joyah dan En. Ali.

sekian, Al Faqir IlaLlah, wassalam.

Tuesday, October 28, 2008

Sunday, October 26, 2008

Poligami Memanjangkan Umur

LONDON: Satu kajian terbaru mendakwa amalan beristeri ramai atau poligami boleh memanjangkan usia lelaki yang mengamalkannya.
Penyelidik Universiti Sheffield, Virpi Lummaa. berkata kajian terbabit melihat perbezaan sosio ekonomi membabitkan lelaki berusia lebih 60 tahun dari 140 negara.
Apa didapati, lelaki yang mengamalkan poligami terbukti mempunyai usia purata 12 peratus lebih panjang, berbanding lelaki di 49 negara yang kebanyakannya hanya berkahwin sekali.
Hasil kajian itu berkemungkinan menjawab teka-teki biologi manusia. Bagaimanakah manusia mampu panjang umur dan persoalan itu ternyata wajar apabila melihat wanita yang boleh hidup melewati tempoh selepas menopaus.
Ini dikenali sebagai kesan nenek yang mana bagi setiap 10 tahun seorang wanita mampu hidup melewati menopaus, dia mendapat dua cucu baru.
Keadaan sebaliknya bagi lelaki kerana tenaga batin mereka masih berfungsi melangkaui usia 60-an, 70-an dan 80-an. Ramai penyelidik beranggapan, faktor tenaga batin itu menjadi kunci usia panjang mereka, kata Lumaa. -

Agensi

Sumber dari email

Tuesday, October 14, 2008

Hikmah Disebalik Peristiwa Yang Berlaku

Setiap kejadian yang Allah jadikan pasti ada hikmah disebaliknya. Walau sekecil manapun peristiwa, hikmahnya tetap ada. Apatah lagi kalau peristiwa tersebut amat besar dan hebat pada pandangan manusia.
Maaf, saya nyatakan disini perihal peristiwa kemalangan yang melibatkan seorang sahabat yang cukup tragis sehingga jenazahnya rentung. Keluarga simati yang dalam kesedihan menerima tragedi yang cukup tragis. Sepatutnya orang ramai datang dan memberikan takziah dan mengembirakan keluarga dengan kata-kata semangat bukan beramai-ramai berkumpul dan bercakap tanpa ada keinsafan.

Perkara kedua perlu dilihat ialah perlunya kita sedar dan insaf, apabila tiba ajal seseorang maka tidak akan ditangguh atau dipercepatkannya walau sesaat cuma. Tidak perlu tunggu tua kerana mati bukan syarat tua. Tidak perlu sakit yang kritikal kerana mati bukan syarat sakit. Sebab itu sebelum tibanya kematian, kita kena persiapkan diri untuk menghadapinya.

Hikmah yang besar yang perlu diambil perhatian terutama golongan berpengetahuan agama iaitu persoalan pengurusan jenazah. Persoalan apa yang perlu dibuat, samada jenazah ynag telah rentung perlu dimandikan atau cukup sekadar tayammum. Bila persolan diajukan, berbagai pendapat keluar, yang satupun tanpa berlandaskan hujjah syarak dan pendapat ulama' muktabar. Apatah lagi pihak yang lebih berautoriti lambat menghadirkan diri.
Perlunya kita orang yang diamanahkan untuk terus mendalami ilmu agama supaya perkara yang sama tidak berulang. Sebagai pengetahuan kepada para sahabat sila rujuk dalam kitab Iqna' M/S 410. Menjelaskan bahawa dibolehkan tayammum jika susah untuk dimandikan jenazah. Begitu juga dalam kitab Fiqh 4 mazhab Imam Al Jaziri menyebutkan tayammum mengantikan mandi jika tiada air atau susah dimandikan seperti mayat terbakar atau takut terputus badan. Walau bagaimanapun ini dibuat jika sekiranya renjis atau sirampun tidak dapat. (Rujuk M/S 458 jilid 1). Kita mengambil jalan selamat sekiranya ahli keluraga simati merasakan jenazah yang rentung ini kalau terkena air akan terputus atau hancur maka cukuplah dengan tayammum. Namun begitu sekiranya terkena air dengan cara disiram tidak menmudaratkan jenazah tersebut, siram adalah lebih baik.

Satu perkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah tentang ada sahabat-sahabat yang merakam gambar jenazah. Saya nasihatkan supaya dihapuskan gambar tersebut ditelefon masing-masing kerana ini boleh menimbulkan banyak kesan yang tidak baik. Terutama sekali kepada keluarga simati. Mereka berusaha sedaya mungkin untuk melupakan peristiwa tragis itu tetapai bila mana gambar tersebut mereka perolehi ini mengembalikan ingatan sedih pada diri mereka. Disamping itu, kita memperolehi gambar tersebut pastinya tanpa kebenaran ahli kelaurga simati, dan berdosa andainya kita mengedarkan gambar tersebut sedang keluarga simati sikit pun tidak meredhainya. Maka hapuskanlah.

Sekian, semoga penulisan ini tidak menyinggung sesiapa. Ianya sekadar peringatan pada diri saya yang dhaif disisi Allah, dan peringatan kepada sahabat-sahabat. Kita adalah pemegang amanah dan kita bertanggungjawab untuk menyempurnakan setiap amanah yang Allah taklifkan kepada kita. Ambillah hikmah terhadap setiap pertiwa yang berlaku. Kepada keluarga simati, takziah daripada penulis. Sesungguhnya anda semua telah diangkat sedikit martabat keimanan oleh Allah diatas kesabaraan dengan ujian yang diterima.

Sekian. Wassalam........

Monday, October 6, 2008

9 Jenis Anak Syaitan

Ketahuinya sebagai Persedian Kita Setelah Syaitan dilepaskan....

Umar al-Khattab berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan...


1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.


2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.


3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).


5. Murrah Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai,suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.


9. Lakhuus Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari