Pages

Friday, December 31, 2010

Hukum Sambutan Tahun Baru Masehi

Soalan
Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?


Jawapan

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha.
Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.
Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"
Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat" Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu, sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.
Sekian

Dipetik Daripada :
www.zaharuddin.net

Tuesday, November 16, 2010

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Penghayatan Buat Pejuang PAS

Adil Adha berkunjung lagi. Umat Islam tidak mengira tempat, darjat, warna kulit dan bangsa akan menyambutnya hari ini. Aidl adha atau dipanggil juga dengan Hari Raya Korban adalah mengambil ukuran berdasarkan peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. dengan anaknya Nabi Allah Ismail a.s. Sirah menerangkan kepada kita bagaimana seorang hamba yang begitu taat kepada Khaliknya sanggup melakukan apa sahaja hatta menyembelihkan anak yang sayanginya. Nabi Ibrahim a.s. yang telah sekian lama menunggu kelahiran seorang anak melalui perkahwinan poligami yang sangat ditentang oleh masyarakat berjiwa liberal kini, telah diuji seawalnya supaya meninggalkan anak yang hampir dilahirkan oleh isteri tercinta iaitu Siti Hajar.

Pengorbanannya bagi membuktikan kesetiaan kepada Al Khalik tidak terhenti sampai disitu. Anak yang telah ditemuinya setelah dewasa yang ditinggalkannya semasa hampir bersalin itu diarah oleh Allah didalam mimpinya yang benar supaya disembelih. Atas sifat sebagai hamba yang patuh lalu dengan berat hati mimpi diceritakan kepada anak kesayangan. Makin hebat pengorbanan dua beranak ini bilamana tidak terpancar walau sedikit diwajah si anak yang taat kepada Allah sebagai pencipta dan kepada bapa sebagai seorang Nabi dan Rasul riak takut dan gelisah. Malahan ucapan agung sebagai seorang rasul tersembur keluar dicelahan gigi dan bibir lembut dengan katanya "Segerakanlah wahai ayahku andai ini adalah arahan Allah. InsyaAllah kamu akan dapati aku daripada orang-orang yang sabar".

Dua pengorbanan agung ini sepatutnya menjadi idola kepada semua pejuang islam. Sirah disusun dan ditulis bukan hanya untuk bacaan dan perhiasan semata-mata dan tetapi sebagai pedoman dan panduan. Sirah nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail ini cukup memberi peringatan dan pengiktibaran kepada kita bahawa tugas dan amanah dalam perjungan menegakkan agama Allah perlu dikedepankan daripada semua hal. Apatah lagi soal sayangkan anak dan harta benda. Sebagai umat Islam apatah lagi sebagai orang yang mengaku diri adalah pejuang Islam, kita tidak mempunyai banyak pilihan. Kita juga tidak perlu membuat cabutan yang mana didahulukan dan yang mana dikemudiankan. Sebabnya pilihan yang utama bagi kita ialah berkorban apa saja demi melihat Islam menang. Tidak timbul tersepit dalam membuat pilihan andai pertembungannya antara kepentingan Islam sebagai Addin yang di redhai Allah dengan kepentingan sendiri atau kepentingan dengan makhluk.

Sememangnya, untuk memenangkan Islam kita terpaksa berhadapan dengan berbagai mihnah, tribulasi dan fitnah. Dan berdepan dengan semua inilah yang memerlukan kita untuk sentiasa bersiap siaga dalam berkorban apa saja samada harta ataupun nyawa. Matlamat akhirnya ialah Islam menang dan kita sendiri yang pasti akan memperolehi kemenangan dari Allah samada di dunia dan yang istimewanya kemenangan tersebut akan kita kecapi di akhirat kelak. Yakin dan percayalah setiap apa yang kita korbankan demi perjungan Islam ini akan mandapat balasan yang setimpalnya oleh Allah di akhirat kelak. Letakkan kayakinan kita kepada Allah dengan keyakinan yang tuntas tanpa goyah sebagaimana keyakinan dan kesabaran nabi Allah Ibrahim a.s. dan nabi Allah Ismail a.s. Semoga seluruh pejuang parti Islam Semalaysia (PAS) mempunyai tekad dan semangat yang sama iaitu untuk melihat Islam menang dan Islam diamalkan secara syumul di bumi malaysia ini. PAS menang, Islam di martabatkan.

Akhir sekali uacapan Selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada seluruh Saff kepimpinan PAS pusat dan negeri Sabah. Khususnya kepada semua pengundi di DUN Sukau. Ayuh! sama-sama kita menghayati nilai pengorbanan yang sebenar dan kita laksanakan dalam perjuangan ini supaya akhirnya Islam kita mampu martabatkan di DUN Sukau. Kemenagan PAS insyaAllah kemenangan Islam.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H. Daripada PAS kawasan Kinabatangan, Sabah.

Wednesday, November 3, 2010

PRK BATU SAPI DAN GALAS

Kepada semua pengundi di PRK Batu Sapi dan Galas, selamat membuang undi kepada anda semua pada hari ini. Pastikan anda tidak mensia-siakan satu undi daripada anda dengan mengundi Barisan Nasional yang telah banyak melakukan pengkhinatan kepada anak bangsa anda sendiri. Menaikkan harga minyak dalam suasana kehidupan rakyat yang sangat tertekan. Menarik balik subsidi dan perkapita samada barang-barang kepeluan asas seperti gula dan sebagainya dan perkapita untuk sekolah-sekolah agama. Menghilangkan sedikit demi sedikit hak melayu islam di bumi melayu ini. Gagal mengurus ekonomi negara dengan baik. Banyak membina prasarana=prasarana yang membazir dan banyak lagi kezaliman dan kelemahan BN yang mampu penulis catatkan disini sebenarnya.

OLEH ITU, AYUH SEMUA PENGUNDI DI PRK BATU SAPI DAN GALAS. KITA UNDI PKR DAN PAS DEMI MEMBINA SEBUAH NEGARA YANG BERKEBAJIKAN, ISLAMIK DAN ADIL.

SEKIAN. SELAMAT MENGUNDI UNTUK SEMUA. ALLAHUAKBAR!!!! REFORMASI!!! HANCUR BN!!!

Sunday, October 31, 2010

PAS Benteng Terakhir kempen PR di Batu Sapi.

Kempen PRK Batu Sapi, sabah yang telah masuk ke hari yang ke 6 telah memperlihat satu perkembangan yang agak positif. Perkembangan ini ditambah lagi dengan himpunan besar-besaran yang telah mengumpulkan hampir 1500 pengundi di Sunbay hotel. Dalam suasana yang memperlihatkan jentera kempen PR yang semakin lemah kerana berbagai faktor. Himpunan ini sekurang-kurangnya telah meniup kembali semangat mereka terutama sekali daripada PAS.

Di semua tempat mengundi, jentera kempen PAS telah memainkan peranannya dengan lebih terancang dan berstrategi bagi menarik undi pengundi untuk mengundi calon pakatan rakyat. Jentera PKR yang awalnya menampakkan sedikit kesungguhan dalam kempen setelah seawalnya lagi telah memasuki kawasan mengundi, menganal pasti markas, kemudian menyantuni masyarakat setempat tetapi apabila beberapa masalah dalaman yang tidak terungkai maka sedikit kekenduran dari segi semangat untuk berkempen telah kelihatan dikalangan mereka.

Jentera kempen PAS yang masih bersemangat dan ditambahkan lagi dengan suntikan semangat melalui himpunan di Sunbay hotel terus meningkatkan lagi strategi kempen mereka walaupun banyak tekanan yang terpaksa dihadapi. Inilah kehebatannya, jentera kempen PAS yang sifat wala'nya kepada arahan pimpinan terlalu tinggi. Walau pada awalnya ramai ahali yang tidak mahu terlibat dalam kempen setelah calon mereka daripada parti PAS iaitu Hj. Hamzah Abdullah di ketepikan sebagai calon. Tetapi bila mana semboyang perang ditiup oleh pimpinan maka atas kapasiti sami'na wa ato'na, maka jentera telah disusun dengan begitu rapi sekali. Hingga ke hari ini kelihatan semangat mereka bukan semakin luntur tetapi semakin menampakkan kekentalan.

Di beberapa kawasan mengundi, ada jentera kita yang telah dihalau keluar dari kawasan mengundi. Kebanyakan mereka adalah daripada muslimat. Tetapi hebatnya muslimat yang telah diasuh dengan semangat setiap kerja yang dibuat kerana Allah akan dapat balasan pahala dari Allah, maka sedikitpun tidak kelihatan takut dan risau di wajah dan mata mereka. Penulis sendiri yang telah biasa kempen rumah ke rumah semasa di kelantan juga mengalamai sedikit perasan lemah dan kendur namun atas ketukan semangat pimpinan maka cepat- cepat tersedar. Inilah hebatnya PAS sebagai sebuah parti Islam. Pimpinan dan bawahan sentisa bersama.

Bukan setakat itu sahaja, bilamana kami masuk ke kawasan-kawasan mengundi, kelihatan BN demi mengekalkan servivor politik jahat mereka, mereka tanpa rasa malu dan bersalah telah menggunakan semua harta kerajaan tanpa berselindung. Kereta LKIM, RISD, JAHINS,Jabatan Hutan dan banyak lagi telah digunakan semaksimanya utnutk kenderaan kempen malahan pegawai daripada jabatan-jabatan ini juga di kerah bagi memenangkan calon BN.

Namun sebagai jentera PRK Batu Sapi, petugas PAS masih terus komited dengan tugas yang diamanahkan. Merekalah benteng terakhir yang masih kuat untuk meneruskan kempen bagi memenang calon PKR. Mereka tetap mara ke seluruh pelusuk Batu Sapi dalam usaha mereka bagi memastikan calon PR menang. Semoga segala kerja yang telah meraka usahakan mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat. Dan semoga jentera PKR kembali bangkit untuk kita sama-sama meneruskan perjuangan yang masih berbaki 3 hari saja lagi. Dan semoga tiga hari ini menjadi cukup bermakna bagi kita dengan kita memperolehi kemenangan di PRK Batu Sapi. InsyaAllah.

Saturday, October 16, 2010

Batu Sapi. Laluan Pakatan Rakyat lebih Sukar Kalau PKR

Oleh : Azim Fitri

Politik Sabah kembali menjadi tumpuan sejak ahli parlimen P185 Batu Sapi Datuk Edmund Chong Ket Wah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya baru-baru ini. Parlimen Batu Sapi yang terletak di pinggiran Bandar Sandakan, merupakan salah satu daripada tiga parlimen yang terletak dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Sandakan.
Berdasarkan Daftar Pemilih Induk 2008, pemilih Bumiputera Islam membentuk 60.14% manakala Bumiputera Bukan Islam 2.31%, cina 37.31 % dan lain-lain 0.31%
Jika pilihanraya berlaku, ianya akan menguji sejauh manakah rakyat menerima dan berpuashati dengan pemerintahan Barisan Nasional pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman setelah dua tahun pilihanraya umum 2008 berlangsung.
PKR : DUA KALI GAGAL MENJADI CALON
Disebalik keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu meletak calon mereka di parlimen Batu Sapi pada pilihanraya kecil nanti, satu perkara yang mungkin tidak dapat dinafikan ialah parti tersebut sebenarnya gagal mengemukakan calon mereka sebanyak dua kali iaitu pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya ke-12 tahun 2008. Kegagalan calon PKR itu menyebabkan Datuk Edmund Chong dari PBS-BN menang tanpa bertanding pada tahun 2004 dan sekali lagi pada tahun 2008 Datuk Edmund Chong nyaris-nyaris menang tanpa bertanding gara-gara calonnya ditolak pencalonan atas sebab –sebab tertentu. Walaubagaimanapun kehadiran calon Bebas telah berjaya menafikan calon PBS-BN menang tanpa bertanding.
Salah seorang pemimpin PKR negeri, Datuk Kong Hong Min dalam satu kenyataan beliau membidas Pengarah Pilihanraya PKR Pusat Fauziah Salleh kerana mendahului Pakatan Rakyat Sabah dengan memberi kenyataan kepada media elektronik dan portal berita The Malaysia Insider. Beliau kesal kerana Pakatan Rakyat (PR) Sabah telah mengambil pendirian bersama untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bercanggah sehinggalah Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri bermesyuarat dan memutuskan parti manakah yang akan mewakli Pakatan di Batu Sapi.
Namun demikian, sesetengah pemimpim PKR termasuklah bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Ansari Abdullah dan Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan dengan membelakangi persefahaman yang telah dicapai.
Menurut sumber yang dipercayai Ansari diantara nama yang disebut-sebut calon PKR di Batu Sapi disamping Setiausaha Cabang Batu Sapi Zainudin Hassan dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sabah Ahmad Thamrin Zaini. Thamrin dikatakan calon yang dikaitkan dengan Naib Presiden PKR Datuk Dr Jeffry Kitingan bersama dua orang lagi calon yang tidai didedahkan indentiti mereka. Manakala Ketua Cabang Batu Sapi Hassanar Ibrahim difahamkan lebih berminat bertanding di DUN Sekong pada pilihanraya ke-13 nanti walaupun disenaraikan calon utama.
Soalnya apakah munasabah Pakatan memberi peluang sekali lagi kepada PKR walhal parti itu telah gagal mengemukakan calon selama dua kali pilihanraya?
KEPUTUSAN PILIHANRAYA LEPAS
Merenung kembali sejarah penyertaan PKR dalam pilihanraya 2008, PKR telah meletak calon mereka di 19 kerusi parlimen berbanding DAP 5 kerusi dan PAS kosong. Manakala diperingkat DUN PKR telah meletak calonnya di 54 kerusi manakala DAP 10 dan PAS hanya 2.
Taburan parti-parti yang bertanding peringkat parlimen Sabah PRU-12

Taburan parti-parti yang bertanding peringkat DUN Sabah PRU-12

Taburan keputusan P185 Batu Sapi PRU-12 mengikut daerah mengundi

PAS LEBIH POPULAR DI BATU SAPI
Seorang penganalisa politik tempatan ketika diminta pandangan beliau berkata, “PKR tidak sepatutnya bertanding di Batu Sapi kerana imej mereka terjejas berikutan kegagalan projek 16 september, ramainya ahli parlimen mereka keluar parti dan insiden pergaduhan semasa pemilihan parti yang sedang berlaku sekarang. PKR dilihat sebagai sebuah parti yang tiada integriti, mementingkan diri, tamak dan kucar kacir “, katanya.
Beliau mencadangkan agar Pakatan menilai semula kewajaran PKR mewakili Pakatan di Batu Sapi.
“Adalah lebih baik PKR menyelesaikan dahulu hal ehwal rumahtangga mereka. Pemilihan 2010 masih lagi berjalan, manakala persepsi negatif yang ditimbulkan media sangat memberi kesan. Sebahagian besar penduduk Batu Sapi amat bergantung dengan media elektronik yang dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional kecuali pengundi dikalangan kaum tionghua”. Katanya.
Dalam satu tinjauan awam yang dibuat di Batu Sapi baru-baru ini, misalnya di daerah mengundi Jalan Sibuga, apabila ditanya siapakah tokoh yang dihormati 51.69% memilih Tun Dr Mahathir Mohamad, 27.97% memilih Dato Seri Najib Razak, 3.39% memilih Dato Seri Anwar Ibahim, 3.03% memilih Datuk Nik Abdul Nik Mat dan 1.69% memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Manakala di Daerah Mengundi Jalan Batu Sapi apabila ditanya sejauh manakah mereka yakin kepada Pakatan Rakyat 25.45% menyatakan yakin, 61.82% tidak yakin dan 12.73% berkecuali.
Apabila ditanya parti manakah di kalangan Pakatan yang mereka sokong, 58.18% memilih PAS, 20% PKR, 1.82% DAP dan 18.18% berkecuali.
Di Daerah Mengundi Lupak Meluas apabila ditanya soalan yang sama 25% memilih PAS, 17.24% PKR, 2.59% DAP dan 55.17% tidak membuat keputusan.
Disebalik pelbagai kelemahan dan masalah rakyat yang gagal diselesaikan oleh ahli Parlimen lalu kajian menunjukkan sokongan kepada Barisan Nasional kekal kukuh dengan undi popular melebihi 80%.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri



PAS Kawasan Kinabatangan mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua Saf Kepimpinan PAS dan PR Kinabatangan. Juga kepada semua pengundi muslim di DUN N48 Sukau. Semoga raya kali ini akan melahirkan lebih keinsafan dan keimanan kepada Allah S.W.T. Semoga kita semua diberikan kekuatan untuk sama-sama berjuang bagi memenangkan Islam dan Parti Islam. PAS Untuk semua. Undilah PAS untuk kemenangan dunia dan akhirat.

Tuesday, September 7, 2010

Amalan-amalan Sunnah di 1 Syawal




Editor: Bro_aiman ( Bro_aiman )
Sumber: As-Syafi'e.Com

1. Mandi sebelum keluar menunaikan solat Hari Raya.

Dilakukan pada pagi 1 Syawal sebelum menunaikan solat hari raya Aidilfitri.

Imam Malik r.h. meriwayatkan sebuah hadith di dalam al-Muwatta'

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى الْمُصَلَّى

Maksudnya : “Bawasanya ‘Abdullah bin ‘Umar seringkali akan mandi pada hari Raya al-Fitri sebelum beliau keluar ke tempat solat Hari Raya di pagi hari raya.”

Al-Imam al-Nawawi menyebut para ulama telah bersepakat atas sunatnya mandi untuk solat hari raya.


2. Memakai bau-bauhan yang wangi

Sunnah ini hanya bagi kaum lelaki.


3. Memakai pakaian yang paling baik

Pakaian tidak semestinya baru tettapi pakaian yang indah dan rapi sudah mencukupi
Daripada Jabir r.a. katanya : “Bagi Nabi saw ada satu jubah yang baginda akan memakainya untuk dua hari raya dan hari Jumaat.” (Sahih Ibn Khuzaimah : 1765)

Demikian juga al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sahih, bahawa Ibn ‘Umar sentiasa memakai pada hari raya seindah-indah pakaiannya.


4. Makan terlebih dahalu sebelum menunaikan solat hari raya ‘Aid al-Fitri

Sunnah memakan tamar dalm bilangan ganjil jika tiada sudah cukup memkan apa-apa juadah sekali pun.

Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari daripada Anas bin Malik katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ .. وَيَأْكُلُهُنَّ وِتْرًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw tidak keluar pada pagi hari Raya al-Fitri, sehinggalah baginda makan terlebih dahulu beberapa biji Tamar… dan baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil.” (al-Bukhari : 953)

Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani mengomentari hadith ini dengan berkata : “Demikian itu kerana untuk mengelakkan (anggapan) adanya tambahan dalam berpuasa, padanya juga (petunjuk) bersegera mentaati arahan Allah swt (untuk tidak berpuasa pada hari tersebut).” (Fath al-Bari : 2/446)


5. Mengajak seluruh ahli keluarga ke tempat menunaikan Solat Sunat Aidilfitri

Sunnah mengajak seluruh ahli keluarga termasuk kanak-kanak dan perempuan yang dating haid, diasing perempauan yang dating haid daripada perempuan yang boleh solat.

Bagi perempauan yang dating haid sunnah mereka turut serta ke temapat solat supaya mereka dapat menyaksikan upacara solat Hari Raya dan mendengar khutbah solat raya aidilfitri.

Ummu ‘Athiyah radhiallahu’ anha telah berkata:

أُمِرْنَا أَنْ نَخْرُجَ فَنُخْرِجَ الْحُيَّضَ وَالْعَوَاتِقَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ. قَالَ ابْنُ عَوْنٍ: أَوْ الْعَوَاتِقَ ذَوَاتِ الْخُدُورِ, فَأَمَّا الْحُيَّضُ فَيَشْهَدْنَ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَدَعْوَتَهُمْ وَيَعْتَزِلْنَ مُصَلَّاهُمْ.

Maksudnya:
Kami telah diperintahkan (oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) untuk keluar, maka kami memerintahkan wanita-wanita yang sedang haid, para gadis dan wanita-wanita pingitan untuk keluar. Ibnu ‘Aun berkata: “atau wanita-wanita pingitan,” dan wanita-wanita yang haid diperintahkan (Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam) agar menyaksikan jamaah kaum muslimin dan dakwah mereka serta menjauhi tempat solat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-‘Iedaini, no: 981.


6. Keluar dengan berjalan ke tempat solat melalui jalan lain dan balik daripadanya melalui jalan yang lain.

Daripada Jabir bin Abdillah r.’anhuma katanya :

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

Maksudnya : “Adalah Nabi saw, pada hari raya baginda membezakan jalan (pergi dan balik dari solat hari raya).” (al-Bukhari : 986)

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn ‘Umar katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْرُجُ إِلَى الْعِيدِ ، مَاشِيًا وَيَرْجِعُ مَاشِيًا

Maksudnya : “Adalah Rasulullah saw keluar ke tempat solat Hari Raya dengan berjalan dan baginda pulang darinya juga dengan berjalan.” (al-Albani menghasankan hadith ini di dalam Sahih Ibn Majah)


Dikatakan terdapat beberapa hikmah dalam perbuatan ini
i. Semoga dua jalan yang berbeza tersebut menjadi saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti. Ini kerana bumi akan membicarakan pada hari kiamat apa yang dilakukan di atasnya dari perkara-perkara yang baik dan jahat.
ii. Untuk menzahirkan syiar-syiar Islam
iii. Untuk menzahirkan zikir kepada Allah swt
iv. Untuk menyakitkan hati orang-orang Munafikin dan Yahudi dan sebagai menakutkan mereka dengan ramainya umat Islam.
v. Untuk mengambil tahu keperluan orang-orang yang memerlukan sebarang bantuan atau untuk menziarahi sanak saudara dan menghubungkan solatur rahim.


7. Bertakbir pada hari Raya

Takbir hari raya adalah termasuk sunnah yang agung berdasarkan firman Allah swt :

وَلِتُكْمِلُوا العِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللهَ عَلى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْن

Maksudnya : “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengangungkan Allah atas petunjuknya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah : 185)

Sahih juga daripada ‘Abdul Rahman al-Salamiy katanya : “Adalah mereka (sahabat Nabi saw) pada hari Raya al-Fitri lebih bersungguh berbanding hari Raya al-Adha, Waki’ berkata : “Yakni (mereka lebih bersungguh) dalam bertakbir.” (Lihat Irwa’ al-Ghalil : 3/122)

Diangkat suara dalam melafazkan takbir bagi lelaki dan tidak bagi perempuan. Ia dilakukan di merata tempat di masjid, di rumah dan di pasa-pasar.

Waktu bertakbir bagi Hari Raya al-Fitri ialah bermula pada malam raya iaitu setelah tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadhan sehingga masuknya imam ke tempat solat untuk solat hari raya.


8. Ucapan Tahniah Pada Hari Raya

Termasuk daripada adab berhari raya ialah dengan menyampaikan ucap tahniah sesama muslim dengan sebarang ucapan yang baik seperti ucapan :

1. تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ - Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua)
2. عِيْدُ مُبَارَكْ – (Selamat) hari raya yang diberkati.

Atau ucapan yang seumpama dengan di atas yang terdiri dari ungkapan-ungkapan tahniah yang dibenarkan.
Jubair bin Nufair berkata : “Para sahabat Nabi saw apabila mereka bertemu sesama mereka pada hari raya mereka mengucapkan تُقُبَِّلَ مِنَّا وَمِنْكُمْ ,
Ibn Hajar berkata : Isnad (riwayat ini ) Hasan. (Fath al-Bari : 2/446)


9. Solat Hari Raya

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat hari raya, sebahagian mengatakan hukumnya sunat, sebahagian yang lain mengatakannya fardhu kifayah dan sebahagian yang lain mengatakan hukumnya adalah fardhu ‘ain (wajib), berdosa bagi sesiapa yang meninggalkannya. Inilah pendapat Mazhab Imam Abu Hanifah, pendapat ini dipilih juga oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim. Al-Syeikh ‘Abdul ‘Aziz Abdillah bin Baz menyebut : “Pendapat ini lebih terserlah pada dalil-dalilnya dan lebih hampir kepada kebenaran.”

- Dilakukan solat raya terlebih dahulu diikuti khutbah

Ini berdasarkan hadith di dalam Musnad Ahmad daripada Ibn ‘Abbas r’anhuma :

أَشْهَدُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى قَبْلَ الْخُطْبَةِ فِي الْعِيدِ ثُمَّ خَطَبَ

Maksudnya : “Aku menyaksikan Rasulullah saw menunaikan solat hari raya sebelum khutbah, kemudian baginda berkhutbah.”

Lihat artikel “Solat Hari Raya Cara Nabi” tulisan Mohd Yaakub bin Mohd Yunus untuk keterangan lanjut tentang solat hari raya.
________________________________________


Beberapa Kesalahan Yang Dilakukan Pada Hari Raya


1. Anggapan sunat menghidupkan malam hari raya

Sebahagian orang ada yang beranggapan sunat menghidukan malam hari raya dengan melakukan ibadat-ibadat sunat seperti qiyam al-Lail dan seumpamanya. Anggapan ini adalah salah kerana tidak terdapat dari petunjuk Nabi saw. Adapun hadith yang menyebut tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya ini adalah dhoief ataupun lemah untuk dinisbahkan kepada perkataan Nabi saw.

Hadith tersebut ialah :

من أحيا ليلة العيد لم يمت قلبه يوم تموت القلوب

Maksudnya : “Siapa yang menghidupkan malam hari raya, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati (manusia lainnya).”

Hadith ini TIDAK SAHIH, ia datang dari 2 jalan periwayatan dimana salah satunya Maudhu’ atau PALSU dan salah satu lagi LEMAH. (Sila lihat Silsilah al-Ahadith al-Dhoiefah wa al-Maudhu’ah, oleh al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani : 520-521)

Maka tidak disyariatkan untuk menghidupkan malam hari raya dengan qiyam al-lail, melainkan bagi mereka yang sememangnya telah menjadi kebiasaannya menghidupkan malam-malam yang lain juga.


2. Menziarahi Kubur pada 2 hari raya

Perbuatan sebahagian orang yang menjadikan awal pagi dua hari raya untuk menziarahi kubur adalah perbuatan yang bertentangan dengan maksud dan syiar hari raya. Yang mana sepatutnya dizahirkan kegembiraan dan keseronokan.

Perbuatan menziarahi kubur pada hari raya ini juga bertentangan dengan petunjuk Nabi saw dan perbuatan generasi awal umat Islam (al-Salaf) yang dididik oleh Baginda. Perbuatan ini dibimbangi termasuk di dalam larangan Nabi saw dari menjadikan tanah perkuburan sebagai sambutan hari raya, dimana jika dimaksudkan (sunat menziarahi kubur) pada waktu-waktu tertentu dan ada pada musim-musim yang tertentu (seperti pada dua hari raya), maka perbuatan ini termasuk larangan menjadikan tanah perkuburan sebagai tempat sambutan hari raya seperti yang disebut oleh para ulama. (Sila lihat Ahkam al-Jana-iz wa Bida’uha oleh al-Albani. m.s. 219 & 258)


Rujukan :

1. http://soaljawab.wordpress.com/2007/10/07/adab-adab-dan-hukum-hakam-berhari-raya/
2. Rakaman audio Ceramah Ustaz Ramadhan Fitri tentang Sunnah di 1Syawa

Tuesday, August 31, 2010

Kemerdekaan Yang Disambut. Merdekakah Kita?

Salam Ramadhan

Dalam kemeriahan kita mengejar keberkatan dan kerahmatan Ramadhan yang semua kita sedang berada di dalammnya, kita juga sedang sama-sama menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 53. Sambutan yang tak kurang juga hebatnya telah dirancangkan oleh semua pihak. Ada yang berkumpul di padang yang luas bagi menunggu detik 12 malam. Ada yang menyambutnya di kelab-kelab rekriasi dan sebagainya. Tak kurang juga ada yang menghabiskan masa di masjid atau surau dengan membaca yassin, solat sunat serta zikir. Apapun keadaan sambutannya, masing-masing ingin menyatakan bahawa kita semua telah merdeka.
Tapi, apakah patut bagi kita umat Islam yang sedang berada dalam bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini, menghabiskan masa dengan menunggu detik jam 12 malam bagi melaungkan perkataan merdeka. Sedang dalam masa yang sama, Allah s.w.t. yang memberikan kemerdekaan kepada negara ini mengharapkan agar hambanya mengejar 10 malam terakhir bagi memperolehi malam lailatu qadar. Apakah semua yang diperbuatkan ini menunjukkan kita telah benar-benar merdeka? Atau apakah istilah kemerdekaan yang kita laungkan itu hanya merdeka dengan erti kata bebas untuk melakukan apa saja sehinggakan melangkaui batas halal dan haram dalam beragama? Apakah ini kemerdekaan yang sebenarnya bagi mereka?
Kalau inilah apa yang dinamakan kemerdekaan, maka orang arab jahiliah adalah terlebih dahulu merdeka berbanding kita. Tak perlu lagi datangnya Nabi Muhammad s.a.w. bagi membebaskan mereka. Dan peristiwa Fathu Mekkah yang berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke 6 hijrah akan dianggap sebagai satu penjajahan oleh nabi ke atas Mekah yang di perintah oleh penduduk mekah sendiri yang telah merdeka. Sedangkan semua kita ketahui bahawa kedatangan nabi bagi menyelamatkan dan membebaskan manusia pada masa itu dari belenggu penjajahan. Dan ayat dalam surah An Nasr jelas menunjukan bahawa nabi bukan menjajah tapi nabi membuka Kota Mekah.
Apa yang nabi bebaskan dan apa yang telah nabi buka? Nabi telah membebaskan manusia pada masa itu dari belenggu kejahilan kepada keimanan. Dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan kepada Allah yang esa. Pembukaan kota Mekah pula adalah sebagai satu kemerdekaan yang cukup bermakna kerana sebelum ini Kota Mekah dalam keadaan kegelapan dan sekelilingnya penuh dengan patung berhala sedangkan ianya adalah sebuah kota yang paling suci didunia. Setelah dimerdekakan Mekah menjadi tempat untuk menyembah Allah semata-mata dan telah bebas dari penyembahan patung berhala dan perkara-perkara yang penuh dengan kekurafatan.
Jadi, apakah yang telah kita perbuatkan sehingga meninggalkan perkara yang menjadi suruhan Allah yang jelas seperti mengejar malam lailatul qadar itu sebagai tanda sebuah kemerdekaan. apakah dengan kita menukar suruhan Allah dengan menganjurkan perbuatan Thoghut adalah satu kemerdekaan? Sedarlah kita semua dan termasuk penulis bahawa merdeka yang sebenarnya ialah apabila kita mampu menjadikan Allah semata-mata tempat tumpuan dan menjauhi perkara Thoghut sejauh-jauhnya.
Dan kemerdekaan yang lebih sebenar bagi sebuah negara pula, ialah apabila negara tersebut juga mampu manjadikan apa yang di suruh oleh Allah sebagai pegangan dan selainnya adalah thoghut dan perlu dibuangkan. Politik mesti mengikut apa yang di sarankan oleh Allah. Corak pemerintahan mesti corak pemerintahan yang disuruh oleh Allah dan menghukum juga mesti mengikut apa yang telah disyariatkan dengan jelas oleh Allah. Apakah semua ini telah terlaksana dalam negara kita? andainya sudah terlaksana,ini bermakna kita telah merdeka sepenuhnya. Tetapi, seandainya semua ini langsung tidak terdapat dalam negara kita, maka janganlah menganggap kita telah merdeka. Dan tidak ada maknanya kita menyambut sebuah kemerdekaan andainya semua perkara yang thoghut menjadi amalan dan pegangan kita.

Sekian terima kasih. Wassalam.

Monday, August 16, 2010

Berjuang Untuk Islam, Kesudahannya Hanya Allah Yang Akan Membalasnya.

Telah lama blog tidak di kemaskini. Nampak dah bersawang dengan berbagai-bagai jenis labah-labah. Terasa pula nak masukkan sedikit penulisan, setelah seronok mendengar ceramah Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man. Dua cerita yang penulis nak sematkan pada penulisan kali ini iaitu kesah Khaulah dengan Syaidina Umar dan kesah Umar Abdul Aziz mewasiatkan harta kepada anak-anaknya.
Kesahnya, pada suatu hari Khaulah yang telah lanjut usia telah berjumpa dengan Syadina Umar. Lalu dia berkata,"wahai umar aku kenal kamu, semenjak kamu masih kecil lagi, kemudian kamu telah dewasa. Semasa umur kedewasaan, kamu adalah orang yang paling kuat menentang Nabi dan mengugut hendak membunuh Nabi. Tapi sekarang wahai umar, kamu telah dilantik menjadi khalifah, bersyukurlah kamu wahai umar, bertakwalah kamu kepada Allah atas kurnian besar Allah ini," Mendengar kata-kata Khaulah itu, lalu pembantu-pembantu umarpun cepat-cepat mengambil Khaulah dan meletakkannya dekat umar, lalu mereka berkata. " Wahai perempuan tua, kenalkah kamu kepada siapa kamu bercakap?" Mendengar kata-kata pembantunya, Umar cepat-cepat membantah lalu bertanyakan kepada pembantu-pembantunya. "sebelum kamu tanyakan soalan tersebuat, terlebih dahulu aku tanyakan kepada kamu,kenalkah kamu dengan perempuan ini?" Pembantu-pembantunya pun mengilingkan kepala. Umar lalu menjawab," Dialah Khaulah."
Kesah yang kedua iaitu semasa Khalifah Umar bin Abd. Aziz hampir dengan kematian, lalu diapun memanggil anak-anaknya untuk mengagihkan harta peninggalannya iaitu Wang Emas hanya sebanyak 13 dinar. Setelah anak-anaknya berkumpul lalu umarpun menyatakan kepada anak-anaknya," wahai anak-anak ku, sebelum aku meninggal, aku ingin mengagihkan wang yang ada kepada kamu. Ini hartaku wang sebanyak 13 dinar, Kamu bahagilah kepada setiap orang. Tapi jgn lupa untuk menyelesaikan hutangku." Apabila di bahagi, wang yang diperolehi tidak sampai 1 dinarpun seorang. Lalu sepupu Saidina Umar Abd Aziz yang ada berhampirannya dan juga merupakan seorang gabenor telah menawarkan hartanya. "Wahai Umar,aku kesihankan anak-anak kamu, jadi kamu ambillah wang 400 dinar dalam simpanan ku untuk di agihkan kepada anak-anak kamu." Lalu apakah jawab Umar? " Wahai sepupuku,aku mempunyai cadangan yang lebih baik dari itu, iaitu Kau masukkan wang 4oo dinar itu ke dalam Baitul Mal kerana wang itu kamu perolehi dari harta rakyat. Bagi anak-anakku biarlah Allah menentukan nasib mereka. Andai mereka beriman, nascaya Allah akan bantu, andai mereka lupakan Allah, pasti harta mereka yang banyak akan digunakan oleh mereka untuk menentang Allah. Dan kalau ini berlaku, aku takut akan di tanya oleh Allah tentang anak-anakKu.
Kesimpulan yang menarik disini ialah, Kita mesti berjuang untuk membantu agama Allah. Kita tidak akan susah andai kita berjuang untuk memenangkan Islam. Dan Allah akan membantu oarang-orang yang membantu Agamanya. Perjuangan untuk Islam pastinya banyak ujian, mehnah dan tribulasi dan semoga kita mampu melalui ujian ini dgn jayanya, Teruskan berjuangan untuk memenangkan Islam dan Umat Islam. Islam For All. Kerajaan islam berkebajiakn dan Adil. Bersama kepimpinan ULAMA.
Akhir kalam, jangan takut dengan kemiskinan, andai kemiskinan membolehkan kita berterusan memperhambakan diri kepada Allah. Manakala takutlah dengan ujian kekayaan, andai kita mempunyai kekayaan kemudian langsung tidak membantu Islam dengan kekayaan yang Allah kurniakan, malahan lebih malang lagi andai kita pula antara yang menentang Islam dengan kekayaan yang di anugerahkan.

Wallahu'alam

Sekian, TerimaKasih.

Wednesday, July 14, 2010

Sukau Bandar Bio-Diversiti

Pada 13 Julai yang lalu tercatat satu sejarah bagi penduduk di Kg Sukau bila mana dengan secara rasminya Kg Sukau yang terletak ditepian sungai Kinabatangan sebelah hilir telah di adakan majlis pecah tanah yang disempurnakan oleh YAB Datuk Musa Aman dan diiringi oleh YB En. Saddi ADUN Sukau. Dengan terlaksananya majlis pecah tanah tersebut maka Kg Sukau akan di naik taraf menjadi sebuah bandar kecil yang di kenali sebagai Bandar Bio-Diversiti.

Kg Sukau yang asalnya hanya Kg tradisi yang penduduknya terdiri dari suku Sungei yang kehidupan mereka kebanyakannya adalah nelayan sungai, Pengusaha Homestay dan ada juga yang mengusahakan ladang sawit secara kecil kecilan. Menjadi pusat tarikan pelancong bilamana pesisir sungainya terdapat hidupan liar yang masih terjaga seperti Gajah dan Monyet Belanda (Probocsis). Kedatangan pelancong asing ini sedikit sebanyak telah menjadikan sumber kewangan kepada penduduk Kampung melalui sewaan homestay dan jualan makanan. Bukan soal penduduk sukau yang penulis mahu lakarkan di sini tapi soal yang lebih penting iaitu apa untungnya bandar Bio-Diversiti ini kepada penduduk Kg. Sukau.

Kalau disebut dengan bandar maka yang terbayang dibenak pemikiran kita semua iaitu sebuah tempat yang padanya terdapat pembangunan. Tak terlepas juga Sukau, yang akan menjadi Bandar Bio-Diversiti ini akan menerima sebuah pembangunan yang terdapat padanya bangunan-bangunan, kalau tidak mencakar langit pastinya rumah-rumah kedai akan ada. Persoalannya, siapa yang dapat kontrak memajukan tempat ini? Siapa pula yang akan mendapat laba dari binaan yang akan dibangunkan? Buat masa sekarang ini, adakah bandar ini yang lebih utama disediakan kepada penduduk sukau?

Kontrak membina bangunan di tapak yang telah dirasmikan sudah tentu tidak akan diperolehi oleh mereka yang turun pagi ke sungai menangkap ikan, Ke ladang menombak sawit dan ke gerai menjual nasi kuning. Siapa yang dapat? tanyalah ADUN Sukau kerana projek ini di bawah perancangan beliau. Habis orang kampung dapat apa? dapat jari telunjuk. Kenapa? mereka hanya menjadi pekerja buruh benaan semata-mata. (Itupun andai tidak di bawa buruh asing.) Dapat telunjuk bila mana bos projek akan mengarahkan mereka buat itu dan ini dengan hanya menggunakan jari telunjuk sahaja.

Laba besar dari pembinaan projek ini dapatkah dikecapi oleh Penangkap ikan di sungai, Penombak di ladang sawit dan pegerai nasi kuning. Mampukah mereka memilikinya. Tapi yang untungnya, akan berlaku penambahan penduduk bilamana pengusaha-pengusaha luar akan membeli bangunan yang tak mampu dibeli oleh penduduk Sukau dan datang ke sini membawa datang perusahaannya. Yang pasti datang, pengusaha barangan runcit dikalangan orang cina seperti Fung Ming di pekan kinabatangan. Apa akan jadi dengan peruncit kecil-kecilan di Kg Sukau. Kedai mamak yang menghidangkan berbagai masakan kari juga akan beroperasi. Apa akan jadi dengan pegerai nasi kuning. Aduh! hasil mereka berkurang maka apa akan mereka buat selepas ini.

Untuk sekarang ini, apa yang sebenarnya penduduk kg. Sukau khususnya dan penduduk di DUN Sukau umumnya inginkan? Bukan penulis anti pembangunan, pembangunan memang perlu tapi buat masa sekarang ini apa benda yang perlu kita sediakan kepada penduduk supaya mereka hidup lebih selesa dan mampu bersaing dengan bangsa lain. Rata-rata saya jumpa penduduk miskin di sini yang menyatakan bahawa mereka membina rumah atas tanah menumpang. Apa maksudnya? mereka tidak ada tanah untuk membuat rumah sekalipun, apatah lagi untuk bercucuk tanam. Andai mereka membina rumah atas tanah yang menumpang tanah keluarga, apa akan jadi dengan anak cucu mereka? mereka ini bukanlah sangat inginkan tanah seluar estate Genting atau Global. Bagi mereka cukuplah sekadar tapak rumah dan sedikit kawasan untuk bercucuk tanam.

Tanah adalah sesuatu yang sensitif dan penting. Bagi pandangan penulis, apalah salahnya kalau pihak pemerintah terutama di DUN Sukau ini mengenal pasti pengundi mereka yang belum memiliki tanah dan kemudian meluluskan kepada mereka tanah yang mampu mereka usahakan sebagai pendapatan kepada mereka. Sediakan paling kurang 10 ekar. Kemudian keluarkan pinjaman berbayar yang rendah kepada mereka sebagai modal mengusahakan tanah mereka dengan tanaman sawit. Bila hasilnya sudah diperolehi maka kerajaan boleh mengambil balik pinjaman yang telah diberikan melalui bayaran bulanan. kalau ini dapat dijayakan pastinya masalah kemiskinan dapat dikurangkan dan pastinya bandar yang diperkanalkan akan lebih bermakna. Tetapi, kalau hanya tanah yang diluluskan tanpa ada modal untuk mengusahakannya, maka tanah itu hanya akan terbiar dan berlakulah penjualan tanah kepada orang asing yang menawarkan harga yang mahal. Fikir-fikirkanlah demi masa depan genarasi ini.

Akhir sekali yang paling pelik dengan majlis pecah tanah bandar Bio-Diversiti ini ialah bilamana majlis yang dilangsungkan tanpa dihadiri oleh ahli Parlimen Kinabatangan yang menaungi DUN Sukau. Ahli Parlimen ini pula adalah ketua UMNO Bahagian. Kenapa demikian? Adakah projek ini tanpa persetujuan YB Ahli Parlimen? Atau adakah terdapat konflik antara ADUN Sukau dengan Bosnya YB Ketua Bahagian? Atau mungkin YB Ahli Parlimen sibuk? Kalau sibuk sekalipun tak mungkin gambar beliau tidak disertakan sekali di Banting-banting dan Kanves-kanves iklan. Perkara ini bukan hanya mengelirukan penulis malahan ramai orang menimbulkan tanda tanya. kenapa? mengapa? apa dah jadi? Perkara ini cukup hebat untuk dilihat dan diperhatikan. Adakah UMNO kinabatangan sedang retak untuk menunggu belah. Pengundi-pengundi DUN Sukau, carilah tempat pergantungan baru. PAS sedia mengambil alih bagi memberikan khidmat yang lebih baik berbanding UMNO. Lebih Islamik, Telus dan berkebajikan InsyaAllah. PAS UNTUK SEMUA.

Sunday, June 13, 2010

Sinopsis Ucapan Tuan Guru Di Perasmian Muktamar 3 Dewan. (Ulamak, Pemuda dan Muslimat)

"Perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua."

"Sesungguhnya, ideologi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru, saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya’ yang terdahulu. Kita hanyalah mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yang terdahulu, dan kita menyambung mata rantai itu serta akan mewariskannya pula kepada generasi yang terkemudian."

"Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat. Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah."

"Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir."

"Demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama kita di dalam pelayaran bahtera perubahan ini, PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar diterima rakyat. Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran."

"Alhamdulillah, saya melihat fobia terhadap PAS sudah terhapus di kalangan orang-orang bukan Islam. PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Nonmuslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus."

"Sebarkanlah keyakinan kepada masyarakat bahawa hidup ini tidak hanya tamat setakat di dunia sahaja, tetapi akan dinilai semua amalan di akhirat kelak. Jika masyarakat dapat diyakinkan dengan aqidah ini, saya yakin perjuangan PAS secara automatik akan diterima kerana inilah tujuan sebenarnya PAS bergerak."

(Ulasan Ringkas Sinopsis Dari Diri Ini Yang Kekerdilan Ilmu)

• Kepada semua perwakilan dari ketiga-tiga dewan yang telah di dirasmikan, perlu mengambil serius ucapan YAB Dato’ Bentara Setia TGNA andai kita ingin manggapai cita-cita murni memartabatkan Islam dengan lebih menyeluruh di Negara ini dengan kita menawan singgahsana di Puterajaya.

• Kita juga mesti menyedarkan bangsa yang seagama dengan kita bahawa, kebersamaan mereka dengan kita amat perlu bagi memperkasakan lagi Islam melalui sekongan yang mampu memejoritikan setiap apa yang dicadang dan dirancangkan.

• Kita juga kena berkeyakinan bahawa perjuangan kita ini mempunyai banyak liku, mehnah dan tribulasinya. Kerana itu Allah menyediakan kepada kita satu kedudukan yang hebat disisinya. Keyakinan ini perlu kita war-warkan dan fahamkan kepada semua ahli dan penyokong agar semangat perjuangan yang ada pada diri mereka benar-benar kukuh dan mantap.

• Tanamkan kepada semua rakyat disemua peringkat bahawa kita hidup didunia hanya sementara,dan kekekalan hidup di akhirat nanti memerlukan hasil tuaian yang banyak semasa didunia. Ayuh kita semua mengajak mereka bersama kita membajak, manabur, menyiram dan akhirnya kita mampu menuai hasilnya di akhirat melalui wadah Parti Islam Semalaysia (PAS).

Monday, May 31, 2010

Aurat Seorang Wanita

Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fiqh pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara p...usat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram/Orang yang Tidak Boleh Di Kahwini
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walaupun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:

1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi, mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram/ Yang sah di kahwini
Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh s.u.a.m.i. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Bukan Islam
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yg bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. bersabda yg maksudnya: "Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".
Ini adalah kerana dikhuatiri wanita bukan Islam boleh mendedahkan perwatakan tubuh badan dan aurat wanita muslimah kepada rakan-rakan lelakinya yang bukan Islam mahupun yang beragama Islam.

6. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelonggaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain". (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud)

Friday, May 14, 2010

Sajak Hari Guru 2010

Guru Pembina Negara Bangsa

Di celah gelegar kepayahan
Bersama keriokan rindu mencekam
Kegegeran bunyi enjin sangkut
Gelinciran batuan dan kepulan asap debu,
Lambaian jemari daun sawit
Bertingkah alun irama unggas
Bersusun atur hempasan ombak laut sulu.
Memukul lembut sunyian pantai.

Ombak dada kencang menghempas
Bertari lentok olakan tinggalan enjin sangkut
Bersemut pinggul,
Berkebas lutut paha,
Hati bergetar mencipta rasa,
Takut, resah, rindu dan payah…
Kuatkan semangat wahai hati,
Kuatkan jiwaku ya Rabbi,

Jangan gentar libasan buaya
Kederasan arus dan kepanasan cuaca,
Masakan anak-anak Balat, Kuamut dan Desa Permai,
Dibiar tanpa arah, tanpa tunjuk dan cara.
Ini tugas Ku,
Ini amanah Ku,
Kerana akulah Murabbi,
Pembina Negara bangsa.


Bersama deruan enjin pairet
Diatas bentangan karpet berbatu kerikil
Di celah-celah lambaian jemari daun sawit
Sambutan rindu sang belali
Mengamit mesra mengukuh persahabatan
Kecut perut, nadi berombak,
Takut, resah, rindu dan payah,
Hati berbicara seribu bahasa,
Apakah kan ku biarkan,
Keikhlasan, kelayuan dan jernih mata,
Anak-anak Tabin, lintang, Sri Ganda dan Sungai Bendera,
tanpa tunjuk cara dan sopan kata,
Ini Tugas Ku,
Ini amanah Ku,
Kerana akulah Muaddib,
Pembina Negara bangsa.

Berkolek arus ombak laut sulu,
Bergadai nyawa ibarat kata sang nelayan,
Takut, resah, rindu dan payah,
Namun kenakalan,
Anak-anak Tundung Bohangi dan Abai,
Akan tetap di tatang,
Bersama kiluan buih hempasan ombak di pantai
Moga-moga kelak dewasa nanti
Mereka mampu menyusun kata,
Mengukir buih ombak menjadi mutiara
Ini tugas ku,
Ini amanah ku,
Kerana akulah muallim,
Pembina Negara bangsa.

Setaguh manapun ketakutan,
Setinggi manapun keresahan,
Sekuat manapun cengkaman rindu,
Walau seribu kepayahan terbentang,
Akan ku hayuti di aliran sungai Kinabatangan,
Akan ku campakkan ditengah hijauan ladang sawit,
Akan ku lontar jauh ketengah laut sulu,
Kerana aku adalah murabbi,
Aku adalah muaddib,
Aku adalah muallim,
Aku adalah guru
Pembina negara bangsa.



Sajak Nukilan Oleh:
Ust. Zulkarnain Bin Mohd Noh
SK. Sentosa Jaya,
Wdt 227, 90200, Kinabatangan. Sabah.

Hari guru 2010.

Friday, April 30, 2010

Pekerja, Carilah Rezeki Yang Berkat.

Suatu hari ketika baginda Rasulullah s.a.w duduk-duduk dengan para sahabat, mereka terlihat seorang anak muda sedang bekerja dengan penuh bersemangat.Seorang sahabat lalu berkata,

“Kasihan anak muda itu. Alangkah bagusnya kalau usia muda dan kekuatannya di gunakan untuk fisabilillah.” Kata beberapa orang sahabat semasa berada dalam majlis bersama baginda Rasulullah.

Mendengar ucapan itu, lalu Rasulullah bersabda,

“Jangan kamu semua berkata demikian, sebab org itu kalau keluarnya dari rumah untuk bekerja bagi mengusahakan kehidupan anaknya yang masih kecil, maka dia telah berusaha fisabilillah.Jika dia berusaha untuk dirinya sendiri, tidak sampai meminta-minta kepada orang lain, itu pun fisabilillah.Tetapi kalau dia bekerja untuk menunjuk-nunjuk apa-apa yang dimilikinya atau untuk bermegah-megah maka itu lah fisabilis syaitan atau kerana mengikut jalan syaitan.”
(Riwayat At-tabrani)

Justeru bagi lelaki atau wanita, berusahalah dengan keringat sendiri kerana itulah sebaik-baik rezeki. Berusahalah juga dengan ikhlas. Keikhlasan yang lahir dari hati akan menghapuskan jerih, penat dan kepayahan yang ditanggung sepanjang hari kita bekerja. Walau serendah mana sekalipun pangkat kita dalam setiap sektor pekerjaan yang kita usahakan, andai kita berniat kerana mendapatkan keredhaan Allah dan rezeki yang halal disamping hati sentiasa ikhlas kerana Allah, nascaya pangkat kedudukan bukan ukuran bagi semua itu.

Ingatlah, hasil dari kerja kita sedikit upahannya, tetapi halal akan mendapat keberkatan dan terasa kecukupannya. Lalu dibawa balik ke rumah untuk dijadikan darah daging anak-anak dan isteri. Anak-anak yang dibesarkan dari sumber yang halal pastinya terbentuk sahsiah diri yang baik dan beriman. Tetapi andai upahan yang diperolehi banyak dan melimpah ruah tetapi dari hasilan yang tidak mencapai standard kualiti islam yang sebenar iaitu melalui rasuah atau paling tidak langsung tiada keikhlasan kepada Allah, manakala hasilan ini dibawa balik ke rumah untuk dijadikan darah daging anak-anak dan isteri, bayangkanlah macam manakah sahsiah anak yang dapat dibentuk.

Terlalu banyak contoh dihadapan kita, bagaimana seorang kerani yang bergaji hanya RM1000 dapat membesarkan 11 orang anak yang kesemuanya berjaya dan menjadai anak yang baik. Dan satu contoh yang lain, bagaimana seorang pegawai tinggi ditempat kerja yang sama dengan kerani itu gagal membentuk hanya 5 orang anak untuk menjadi anak yang baik dan cemerlang. Apakah kerana kerani ini dapat menyediakan pendidikan yang sempurna kepada anak-anaknya manakala pegawai tinggi tadi tidak mampu berbuat demikian? Jadi, disinilah konsep rezeki yang berkat dan tidak berkat patut kita nilaikan kembali.

Semoga, hari pekerja tahun ini disambut bukan hanya sebagai meraikan 1 mei, tetapi biarlah disambut dengan penuh keinsafan dan kesedaran bahawa kita sebagai pekerja wajib memikirkan tentang halal dan haramnya atau berkat atau tidaknya rezeki yang kita perolehi daripada upah pekerjaan kita. Dan inilah yang akan kita gunakan untuk membesarkan anak-anak kita. Jangan juga lupa bahawa dunia adalah jambatan ke akhirat. Maka, pekerjaan harian kita andai niat kerana ibadat kepada Allah juga akan dikira pahalanya di akhirat nanti.InsyaAllah.

Sekian, wassalam.

Selamat menyambut hari pekerja, 1 mei 2010.

Wednesday, March 17, 2010

Muhasabah disebalik Sirah Kaab Bin Malik

Berkesempatan bersama rombongan Lajnah Tanah dan Koperasi yang diketuai oleh Akhi Mazlan Aliman sangat bermakna bagi penulis. Sebelum penulis membuat entri tentang pengalaman sepanjang pejalanan penulis ingin berkongsi tentang intisari tazkirah subuh yang di sampaikan oelh al fadhil Ust. Syukri Ahmad. Tazkirah yang ringfkas tetapi amat terkesan ini berkisar tentang keperluan dan kewajipan berjihad. Akhir tazkirah Al Fadhil Ust. menghimbau kembali tentang sirah Kaab Bin Malik yang terleka untuk menyertai peperangan yang akhirnya tercicir dalam peperangan tabuk menentang tentera Rom.
Mafhum hadis soheh yang panjang ini sangat menarik untuk kita sama-sama melihat intisarinya bagi dijadikan pedoman dan pengiktibaran buat menghadapi suasana semasa yang cukup mencabar terutamanya PR dengan situasi lompat parti orang-orang yang diberikan kepercayaan dan amanah rakyat.

Dalam sirah kita melihat bagaimana apabila pulangnya Rasulullah ke Madinah maka datanglah semua sahabat yang tidak mengikuti peperangan berjumpa dengan baginda Rasul termasuklah Kaab. Natijahnya Kaab Bin Malik telah dipulaukan oleh masyarakat Islam di Madinah pada waktu itu. Kaab yang merupakan salah seorang sahabat besar di sisi Rasulullah telah merasa sangat tertekan dan sempit dadanya apabila berlaku suasana ini. Keadaan ini lebih memeritkan lagi apabila isterinya sendiri diarahkan oleh Nabi untuk memulaukan beliau. Pemulauan ini telah menginsafkan beliau tentang peri pentingnya sentiasa bersiap sedia dalam jemaah supaya tidak ketinggalan dalam apa perkara sekalipun.

Selama hampir 40 hari di pulau, datang rombongan Maharaja Rom untuk menjemput dan megajak Kaab dengan menjanjikan kepada Kaab berbagai-bagai habuan supaya Kaab bersama-sama mereka pulang ke Rom dan mereka mengatakan kepada Kaab "wahai Kaab, aku dengar sahabat kamu telah memulaukan kamu, maka marilah bersama kami pasti kami akan menyediakan kepada kamu berbagai kemewahan." Pada ketika ini Kaab merasakan Dunia yang luas ini terlalu sempit baginya. Tidak ada sesuatu yang lebih memilukan bilamana kaum kafir yang dilaknati oleh Allah mengajaknya bersama-sama mereka. Kaab menangis dan penuh menyesal dengan semua ini. Berkat kesabaran beliau akhirnya Allah mengampunkan Kaab Bin Malik atas kecuaiannya. Kesabaran Kaab ini telah mendapat pujian dari Allah sehingga Allah menurunkan pujiannya di dalam surah At Taubah yang menceritakan tentang kesabaran Kaab ini.

Cuba perhatikan akan perbezaan yang ketara antara orang yang benar-benar ikhlas memperjuangkan islam seperti Kaab dengan orang yang hipokrit dalam perjuangan seperti beberapa kerat ahli parlimen PKR yang menjadi katak. Walaupun dipulau oleh Rasulullah sebagai pemimpin tertinggi di madinah, para sahabat, isterinya sendiri dan penduduk Islam madinah tidak pula membuatkan Kaab melenting dan keluar dari Jemaah Islam. Paling tidak keluar dari bumi Madinah. Tapi setengah dari mereka yang tidak sabar dan hanya hepokrit memperjuangkan Islam dan nasib rakyat apabila dikenakan sedikit tindakan atau dihalang daripada memperolehi sesuatu yang mereka inginkan terus sahaja melenting dan keluar dari jemaah dan parti yang mereka dokong.

Paling menghinakan bagi Kaab apabila wakil maharaja Rom datang dan menjemput Kaab untuk pergi kenegaranya dan menjanjikan sedikit habuan. Penghinaan yang cukup menyakitkan apabila musuh Islam memandang Kaab sebagai kawan mereka. Berbeza dengan wakil rakyat yang melompat parti. Mereka ini yang menghinakan diri mereka sendiri dengan menggadaikan diri mereka hanya dengan jumlah habuan dunia yang sedikit. Mereka bukan rasa sedih dengan tawaran yang dijanjikan UBN yang banyak menyusahkan rakyat tetapi mendabik dada menerimanya. UBN tak ubah seumpama Karajaan Rom yang menentang islam kerana UBN juga menentang perlaksanaan Hudud di kelate. Disamping itu mereka banyak menghina sunnah Nabi malahan isteri pemimpin pun tak bertudung. Tetapi kenapa wakil rakyat yang menjadi katak yang bercakap soal berjuang untuk islam sanggup bersekongkol dengan mereka? Kamudian bukan setakat itu, mereka juga menghina kembali ketua dan sahabat yang pernah memberikan kepada mereka tempat untuk bertanding. Sahabat yang bertungkus lumus memenangkan mereka dicerca dan diaibkan. Inilah golongan hipokrit yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi dalam masa yang sama menghina sahabat sendiri dan bekas pemimpin mereka.

Kepada wakil rakyat dari PR yang mempunyai niat untuk melompat, ingat dan sedarlah akan tujuan anda dipilih iaitu untuk menjaga hak rakyat. Adakah UBN sekarang sedang menjaga hak rakyat atau sedang merompak harta benda rakyat sebagaimana yang berlaku dikelate. Royalti dinafikan dan wang Ihsan diberikan kepada kroni UBN. Carilah hikmah disebalik sirah para sahabat sebagai pegajaran kepada kita. Sesungguhnya sirah sentiasa berulang dengan tujuan untuk mendidik kita.

Semua pejuang PR, perkemaskan pakatan kita bagi memenangi PRU ke13 nanti. Biarkan katak-katak itu melompat kegirangan, kerana katak tempatnya hanya di lopak-lopak air yang sempit. Bila kering airnya maka kemana mereka selepas itu.

Salam kepada semua....

Thursday, March 11, 2010

Lawatan TPM Ke Kinabatangan, Atas Kapasiti apa?

Hari ini sebagaimana yang diwar-warkan, buat pertama kalinya TS Muhyiddin Yasin datang ke Kinabatangan setelah dilantik menjadi TPM. lawatan yang penuh kemegahan dan kemewahan itu yang mengambil masa hanya 5 jam sahaja bagi melawat satu daerah kinabatangan yang mempunyai keluasan melebihi sebuah negeri Kelantan. Saya mengatakan satu lawatan yang penuh kemegahan bila mana gambar ucapan selamat datang kepada TPM telah memenuhi semua ruang strategik di daerah, manakala masyarakat kampung pula dengan penuh bangga menyebut dan membicarakan tentang hal ini. Mereka merasakan cukup bangga dan seronok kerana seorang yang bertaraf TPM datang melawat ke daerah mereka.

Saya menyatakan lawatan ini penuh kemewahan bila mana kedatangan TPM dan rombongannya datang dengan menaiki helikopter yang berjumlah sebanyak 6 buah. Terbeliak mata masyarakat setempat yang sebelum ini tidak pernah melihat helikopter sebanyak itu mendarat di tanah tumpah darah mereka. Persoalannya sekarang, dari mana dapat helikopter ini? Sewakah atau secara percuma. Kalau secara percuma, tidak masuk akal kerana minyak perlu diisi dan kalau diisi siapa yang bayar. Kalau ada orang yang membayar pengangkutan ini, pastinya orang ini mempunyai kemampuan dari sudut kewangan dan sudah tentu orang ini mempunyai sedikit perniagaan. Dan sedikit sumbangan kepada TPM untuk menyewa helikopter ini semestinya mahukan pembalasan. Apa yang hendak kita namakan dengan pembalasan yang diminta ini? Tidak bolehkah kita katakan situasi ini hampir sama dengan setuasi TGNA yang disponsorkan untuk menunaikan fardhu haji di Mekkah.

Andai berbayar, dari mana diperolehi sumbernya? sudah tentu melalui tuntutan perjalanan atas kapasitinya sebagai Menteri Pelajaran. Persoalan lagi sekali timbul, lawatan ini atas kapasiti apa? Kementerian Pelajaran atau Tim. Presiden UMNO. Sebabnya, bila sahaja beliau mendarat di sebuah sekolah, selaku orang yang menjaga hal ehwal sekolah amat menyedihkan bila TPM langsung tidak menjenguk sekolah yang menjadi tempat baginya mendarat. Manakala yang diarahkan menunggu beliau kebanyakan AJK Umno bahagian terdiri daripada puteri, wanita dan pemuda sedangkan guru-guru besar daerah kinabatangan tidak dijemput. Jadi kalau dibayar melalui tuntutan, barapa banyak telah dikorbankan duit rakyat.

Persoalan kedua kenapa mesti menaiki helikopter? kan lebih berjiwa rakyat andai TPM datang dari bandar sandakan dengan menaiki kereta pancuan 4 roda. Bukanlah lama sangat untuk sampai ke kinabatangan, lebih kurang 1 jam sahaja dan TPM pula dapat melihat sendiri keadaan jalanraya di Sabah sekarang. Dapat juga merasai walau sekejap kepayahan jalanraya di Sabah ini yang saban hari dirasai oleh penduduk setempat akan kepayahannya. Biar TPM ikut merasai betapa ketinggalannya kami di Sabah dari sudut prasarana pengangkutan darat terutama jalanraya berbanding semenanjung.

Satu lagi, kenapa perlukan lagi pembaziran dibuat bagi menyewa helikopter ini sedangkan negara sedang dalam keadaan berjimat dan krisis. Kementerian di bawah TPM sendiri dijangkakan akan memotong budget tahunan hampir 40% bagi mengatasi masalah ekonomi yang sedang melanda. Kenapa rakyat sahaja diminta berjimat sedangkan pemerintah terus menerus mengamalkan pembaziran dan menggalakkan orang yang bersembunyi di bawah ketiak mereka untuk terus mengumpulkan kekayaan.

Semoga pilihanraya akan datang lebih bersih dan adil. Dan PR mesti optimis untuk memenangi semua kerusi yang akan ditandingi. Semoga sagala pembaziran yang diamalkan menjadi pengajaran kepada puak-puak UBN bahawa rakyat menolak mereka kerana mereka memperlakukan harta negara umpama khzanah hak milik mutlak UBN. Sedangkan mereka lupa bahawa rakyatlah yang mengangkat mereka mejadi pemerintah.

Wallahuallam...
Banyak lagi yang ingin ditulis tapi memandangkan masa terlalu lewat mlm dan kekeringan idea jadi kita sambung lagi.
(Maaf, tak dapat sertakan Ganbar.]

Wednesday, February 24, 2010

Muhammad, Kelahiran Mu Bersama Rahmat.

(Sajak Semepana Sambutan Maulidurrasul 1431H)

Kelihatan kepulan asap debu,
Kelamnya menutupi terang cahaya sore,
Gegak gempita hentakan kaki tunggangan penguasa durjana,
Bertingkah alun nada suara,
Tangisan anak-anak dan ibu tua,
Gema pekikan disetiap penjuru kota.

“mereka telah datang !”,
“tentera bergajah sudah datang!”,
“Abrahah durjana telah datang!”,
Pekikan marhain memecah gelap sore.
“ha ha ha, tunggulah penduduk mekah ! Akan Ku hancurkan kaabah !”,
Suasana bising, hiruk pikuk, kelam kelibut,
Manusia marhain ketakutan,
Pengikut Abrahah semakin angkuh,
“ayuh kita hancurkan kaabah !” laungan bingit abrahah
“ayuhhhhhh !” bertingkah jawab pengikut setia.

Tiba-tiba,
Suasana kelam sore,
Dilitupi gumpalan bayangan hitam,
“Awan hitam berarak datang,”
“tidak! Itu bukan awan hitam,”,
“itu, itu, itu gerombolan burung Ababil,”
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Dan diutuskan keatas mereka itu burung-burung ababil,
Dihujani mereka dengan batu dari neraka,
Jadilah keangkuhan mereka (tentera bergajah) Seperti daun dimakan Ulat.
(Al Fiil: 3 – 4 )

Pagi yang dingin, tenang dan ceria,
12 rabiulawal tahun gajah,
Kedengaran tangis bayi kecil memecah sepi
Bersama girangnya hati seorang Datuk,
Senyum manis seorang Ibu,
Membawa Keajaiban Mukjizat Allah,
Memegungkan mata hati seluruh Umat,

“Cahaya apa yang memancar itu, kelihatan terang hingga ke Syam”,
“Ha! Pendita tercengang, api berkuasa sembahannya padam,
Apa semua ini, apa yang berlaku?
Tengok bayi ini, sungguh cantik,
Siap berkhatan, terpotong pula tali pusatnya.
Badan lembut tak berdarah, berminyak umpama dilumur,
Apa semua ini?
Siapa budak ini?


Abdul Muttalib tersenyum, hati terdetik dan berkata,
Ini manusia agung, manusia pilihan.
Akan ku namakan dia dengan Muhammad.
Muhamad yang terpuji.
Muhammad, yang selawat dan salam hanya untuk Mu.


Nukilan Oleh:
Zulkarnain Bin Mohd Noh
Kinabatangan, Sabah.

Thursday, February 18, 2010

Kita Hanya Mengajak dan Allah Pemberi Hidayah

(Entri ini ditulis hanya sekadar muhasabah diri sendiri selaku seorang daie yang gagal dalam membentuk jiwa haraki para sahabat sekeliling seterusnya mengajak mereka terjun bersama dalam arus perjuangan semasa.)

Dalam Al Quran banyak ayat yang menyatakan akan kedudukan dan keistimewaan para daie. Tanggungjawab para daie dan bidang tugas para daie yang perlu dilihat dan perlu dianalisis sebaik mungkin supaya tidak timbul dan berlaku kesalah fahaman dalam konsep dakwah itu sendiri. Supaya bila nanti berlaku kegagalan dalam menerobos jiwa dua't tidak akan timbul keciciran yang sama pada diri daie itu.

Antara ayat Allah ialah, surah al Qashash ayat 56 yang bermaksud;
"Sesunguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang engkau sukai, akan tetapi Allah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Ia kehendaki dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat hidayah itu."
Dalam ayat yang lain allah berfirman, maksudnya:
"berilah peringatan, kerana sesungguhnya engkau hanyalah sahaja pemberi peringatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka."
Surah Al Ghasyiyah ayat 21 dan 22.


Manakala sirah telah meninggalkan satu pengalaman dakwah yang cukup bernilai oleh Nabi s.a.w. iaitu bagaimana bertungkus lumusnya nabi dalam mengajak bapa saudaranya yang paling disayanginya dan paling juga menyayangi nabi s.a.w. Sehingga bercerai nyawa dengan badan Abu Talib tetap tidak beriman dengan agama yang dibawa oleh anak saudaranya itu. Sedang sepanjang hidup beliaulah yang bertungkus lumus mempertahankan nabi dari ancaman kuffar Quraisy. Kematianya menjadi kesedihan nabi kerana antara sebabnya ialah kegagalan nabi mengislamkan orang yang paling ia sayang itu. Sehinggalah turunnya ayat di atas.

2 ayat di atas dan sirah yang hebat ini telah menjadikan penguat semangat kepada diri penulis agar terus mengajak sahabat keliling untuk sama-sama terjun dalam dunia dakwah. Memang timbul satu perasaan yang kecewa, hampa dan lemah semangat bila mana ajakan kepada kerja islam dipandang sebelah mata oleh sahabat. Ada juga yang berjanji mahu bersama dalam mengharungi dan menongkah arus dakwah tetapi menarik diri disaat akhir. Berpinar juga perasaan bila ini berlaku, dan terdetik niat dihati hendak membiarkan mereka dengan dunia mereka dan aku terus mengayuh sampan haraki setempat berduaan dengan sahabat terdekat setelah tiga empat kali benda yang sama berulang. Tapi syukur, ayat di atas dan sirah nabi menjadi penguat semangat. Biarkan mereka, kerja aku hanyalah mengajak mereka dan hidayah untuk membukakan hati mereka bagi sama-sama mengharungi perjuangan ini adalah kerja Allah. Jadi aku akan terus mengajak dan mengajak disamping terus berdoa, biarlah Allah memberikan mereka hidayahnya agar ilmu yang mereka miliki dimanfaatkan sebaiknya. Semoga diri mereka serta apa yang ada pada mereka digarapkan untuk menyebar luaskan risalah agama Allah ini.

Semoga apa yang diusahakan mendapat keredhaan Allah s.w.t. Dan selagi terbentang luas jalan dakwah selagi itu lautan pahala disediakan oleh Allah kepada pada daie. Selagi ada sekelilingku sahabat-sahabat yang perlu diajak selagi itu kerjaku terus mengajak kerana aku tahu ada hikmah disebalik kesukaran ini. Dan ada pahala yang banyak dan tidak akan jemu diberi oleh Allah kepada hambaNya yang sabar berjuang dijalannya. Siapa yang membantu agama Allah pasti Allah akan bantunya.

Sekian, Wassalam.... Teruskan berjuang samada menang atau syahid dijalannya.

Thursday, February 11, 2010

80.8% Rakyat Kelantan Menolak Wang Ehsan

KOTA BHARU, 11 Feb: Majoriti rakyat Kelantan menolak pemberian wang ehsan oleh kerajaan Pusat bagi menggantikan bayaran royalti petroleum terhadap negeri itu.

Dalam satu kaji selidik yang dibuat Pusat Kajian Strategik (PKS) Kelantan berhubung tuntutan royalti negeri itu, 80.8 peratus atau 5,721 dari 7,077 responden tidak bersetuju menerima wang ehsan berbanding royalti.

Manakala 1,023 atau 15.5 peratus sahaja bersetuju dengan tindakan kerajaan pusat tersebut.

Berhubung tindakan kerajaan negeri menuntut royalti pula, 95.1 peratus dari jumlah keseluruhan responden menyokong tindakan kerajaan negeri dan hanya dua peratus tidak bersetuju manakala 2.8 peratus lagi memberikan jawapan tidak pasti.

Sekiranya, tuntutan royalti tidak mampu diselesaikan melalui meja rundingan, 83.2 peratus atau 5,886 dari responden bersetuju tuntutan tersebut dipanjangkan ke mahkamah.

Ketua Pegawai Penyelidik PKS, Zainal Abidin Hussin ketika merumuskan hasil kajian itu berkata, rakyat Kelantan sememangnya menyokong dan bersama kerajaan negeri dalam menuntut hak royalti tersebut.

"Rakyat Kelantan bersama kerajaan negeri dalam usaha menuntut hak royalti seperti termaktub dalam Akta Pembangunan Petroleum (1974).

"Ini juga satu referendum rakyat negeri dan mereka menolak kaedah kerajaan pusat yang menukar royalti kepada wang ehsan," katanya.

Kaji selidik tersebut dibuat merangkumi sepuluh jajahan iaitu Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Responden pula adalah berumur 21 tahun ke atas mewakili pelbagai latar belakang kerjaya termasuk kakitangan kerajaan pusat, kerajaan negeri, swasta dan bekerja sendiri.

Kerajaan pusat sebelum ini mengumumkan akan memberi wang ehsan RM20 juta kepada Kelantan berbanding RM 2 bilion royalti yang dituntut kerajaan negeri itu.

( Dan untuk makluman En. Zainal Abidin Bin Husain, ketua pegawai penyelidik PKS, kami Rakyat Kelantan di Sabah 100% menolak Wang Ehsan. Apa hak Awe Adik dan Stopa Mamat ambil Wang Ehsan kerana merekalah orang yang kuat menentang permohonan Datuk Hussam untuk mendapatkan Royalti kerajaan kelantan. Dasar muka tembok dan tak tahu malu. Teruskan berusaha untuk mendapatkan hak rakyat kelantan dan kami di Sabah akan sentisa berdoa kejayaan Tok Guru dan semua rakyat kelantan.)

Saturday, January 30, 2010

Golongan Yang Tercicir Di Sepanjang Jalan Dakwah

(Artikel Usrah PGPIK 05/02/2010, sila download kepada semua Ahli)



SEBAB-SEBAB KECICIRAN


Pertama: sebab-sebab berhubung dengan gerakan

* Kelemahan sudut tarbiyyah
* Tidak meletakkan seseorang ditempat yang sesuai
* Tidak membahagi-bahagikan kerja kepada anggota
* Tidak mengambil berat hal ahli
* Tidak menyelesaikan persoalan dengan segera
* Pertikaian dalaman
* Pimpinan tidak layak

Kedua: sebab-sebab yang berkaitan dengan individu

* Tabi’e/ perangai yang tidak tetap
* Takut berlaku sesuatu keatas diri dan pendapatan
* Melampau
* Bermudah-mudahan dan longgar
* Tertipu dengan kedudukan dan bersikap menonjol diri
* Cemburukan orang lain
* Fitnah senjata


Ketiga: sebab-sebab luar yang menekan

* Tekanan ujian
* Tekanan keluarga
* Tekanan persekitaran
* Tekanan gerakan-gerakan berbahaya
* Tekanan bermuka-muka

KELEMAHAN SUDUT TARBIAH.

Bidang tarbiyyah dalam kebanyakan jemaah atau Harakah Islamiah khususnya dakwah hanya mengambil ruang yang kecil untuk diberi perhatian, berbanding dengan bidang lain seperti pentadbiran, pengurusan dan politik yang mana bidang ini hampir mengambil keseluruhan ruang dalam kebanyakan jemaah. Perkara ini jelas sekali dapat dilihat dalam cara hidup para pemimpin jemaah, pentadbir-pentadbir dan orang-orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan politik, pentadbiran dan kemasyarakatan. Manakala urusan tarbiyyah hampir terpinggir samada dari segi teori dan amalinya. Akibatnya kebanyakan pemimpin samada di peringkat pusat, negeri, kawasan atau cawangan bermuamalah dengan cara yang jauh daripada akhlak Islam.
Suasana seperti ini seringkali menimbulkan ketegangan dan sensitif. Berlainan dengan suasana rohani yang telah melalui tarbiyyah dengan zikrullah RiqabatuLlah iaitu pengawasan Allah. Pihak yang terlibat dalam Harakah dakwah, pentadbiran atau kemasyarakatan mungkin merasakan satu kepuasan apabila memperolehi satu-satu kedudukan atau telah bercakap tentang dakwah tanpa merasakan kekurangan diri dari sudut rohani dan tarbiah. Tidak menyedari akan peri pentingnya makanan iman dan roh dalam hidupnya sebagaimana ia merasakan pentingnya makanan jasad dengan berbagai produk kesihatan akan mengakibatkan suatu masa akan berlaku keciciran diri dalam dakwah dan kepimpinan apabila ujian, mihnah dan tribulasi menimpa.
Sifat iman sebagaimana yang diketahui oleh semua penggerak harakah dakwah kadangkala bertambah dan kadang kala berkurang. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNYa yang bermaksud:
Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka yang telah ada. Dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Manakala Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
"sesungguhnya iman yang berada dalam hati kamu menjadi lusuh seperti lusuhnya pakaian. Oleh itu mohonlah dari Allah Taala supaya Dia membaharui iman dalam hati kamu".

Mahu ataupun tidak, senang ataupun susah, anggota harakah dakwah samada yang terdiri daripada pemimpin atau pejuang mestilah mengikuti tarbiyyah biar betapa sibuk sekalipun. Malahan dalam suasana sekarang yang begitu mencabar, lebih perlu bagi sesuatu harakah dakwah merancang dan mengendalikan dakwah ahli disemua peringkat dengan lebih tersusun. Sebab keperluan manusia dalam riayah dan mengingati Allah adalah lebih diperlukan dalam suasana seperti ini. Apatah lagi dakwah Islam itu sendiri yang sifat dan falsafahnya sentiasa diuji dengan mihnah, tribulasi dan fitnah. Ujian inilah yang melahirkan kemanisan dalam keimanan dan kerja dakwah.
Kita semua telah jelas akan hal ini kerana sirah telah merakamkan bagaimana Nabi dan para sahabatnya yang tegar dalam menghadapi ujian dalam dakwah hasil daripada tarbiah yang langsung dari Allah untuk rasulnya dan nabi untuk sahabat-sahabatnya. Mampu menghadapi siksaan walau bercerai nyawa dan badan, walau dijemuri dipanas mentari dengan ketulan batu besar di badan, walau disekat ekonomi dan makanan hingga daun-daun menjadi santapan. Yang penting bagi mereka Redha Allah dan syurga menanti. Menang atau syahid menjadi pilihan. Tarbiyyah inilah yang perlu kita sesuaikan dalam konteks sekarang.
Sesuatu harakah dakwah yang daya tarbiyyahnya lemah dan tidak dapat mentarbiyyah seluruh anggotanya akan menyebabkan berlaku kecacatan dalam harakah dakwah tersebut. Tubuh badan tarbiyyah akan menjadi lemah mengikut kadar kelemahan tarbiyyahnya dan ia akan menjadi kuat mengikut kadar kekuatan dakwahnya. Oleh itu selaku harakah dakwah, hendaklah ada satu tarbiyyah yang mantap dan tersusun bagi melahirkan qiyadah dan jundiyyah yang mantap iman dan tarbiyyahnya. Kaedah tarbiyyah hendaklah sentisa dibuat kajian agar bersesuaian dengan suasana semasa yang ada.
Seluruh anggota gerakan tanpa kecuali mestilah mengikuti tarbiyyah dari semasa kesemasa. Hubungan anggota dengan harakah hendaklah berasaskan kepada asas hubungan dengan Allah dan dengan Islam. Harakah hanya merupakan wasilah (alat) dan bukan ghayah (matlamat). Ianya adalah wasilah bagi untuk melaksanakan perintah Allah dan usaha memperolehi keredhaanNya, bukan wasilah untuk mencapai kepentingan diri.
Akhirnya sebagai persedian awal bagi asas tarbiyyah, harakah dakwah perlu dipersiapkan diri bagi memantapkan iman dan rohani untuk melahirkan akhlak pendakwah yang sebenar. Tarbiyyah fardiyyah yang mantap perlu bagi melahirkan keluarga yang beriman, masyarakat yang harmoni dan negara yang baik dan tuhan yang maha pengampun. Beberapa perkara asas perlu di checklistkan iaitu selepas solat 5 waktu mantap, apakah ianya berjemaah dimasjid. Setelah jemaah di masjid menjadi satu kemanisan, apakah zikir di ratibkan. setelah zikir dibesarkan apakah tahajjud menjadi amalan. Andai tahajjud amalan harian waktu malam, maka jadikan perkara sunat yang lain satu kemestian sebagai terbiah antaranya solat dhuha, puasa sunat Isnin dan Khamis serta bersedekah sekadar kemampuan.

(Senarai semak tarbiyyah harian akan diagihkan di dalam usrah nanti, InsyaAllah)

"Dipetik dan disesuaikan daripada buku golongan yang tercicir sepanjang jalan, Fathi Yakan"

Wednesday, January 13, 2010

2010, InsyaAllah Tahun Rahmat PAS dan Malang Bagi UMNO.

Tahun 2010 telah menapak kehari yang ke14 hari ini. Tahun yang memperlihatkan satu permulaan yang sangat baik kepada PAS khasnya dan PR amnya. Dengan permasalah yang serius yang membelenggu negara dipermulaan tahun telah menyebabkan UMNO semacam hilang tumpuan dalam permainan. Akibatnya PAS berjaya mengawal permainan dengan baik dan menghasilkan beberapa gol yang menarik seawal wisel permulaan ditiupkan.
UMNO yang memang telah tenat dan terlalu lemah semenjak PRU 2008 cuba untuk bangkit dengan beberapa formula yang baru dan formasi pemain yang lebih teratur tetapi malangnya semua tidak menjadi seperti yang diharapkan. Pertukaran pemain telah dibuat cukup ramai dan kapten pula telah diberikan kepada pemain baru. Kalau dulu kaptennya dipecat kerana dianggap lemah dan sentisa tidur dalam perlawanan tetapi kapten baru pula memang telah diketahui semua sebagai pemain yang ganas dan tidak ikut peraturan. Ditambah lagi dengan jurulatih barunya yang diimport dari yahudi. Hasilnya team UMNO tetap lemah dan penyokong pula semacam kurang memberikan sokongan kepada mereka malahan mencemuh corak permainan mereka yang semakin ganas dan kejam.

Bagi menutupi kelemahan mereka, beberapa teknik dalam permainan telah direncanakan antaranya dengan membuat provokasi kepada kapten pasukan PAS. Walau bagimanapun kekentalan semangat dari pasukan PAS yang kaptenya TGNA telah berjaya mengesampingkan segala tektik jahat pasukan UMNO. Bageitulah analogi yang boleh dibuat andainya suasana politik dalam negara itu adalah bola sepak.

Ini kerana melangkah sahaja ketahun baru segala masalah yang diciptanya sendiri oleh UMNO sedang membelenggu mereka. Bermula dengan kes kehilangan enjin Jet kemudian kenaikan harga gula sebanyak 20 sen telah menjadi duri dalam daging bagi UMNO. Dua isu yang besar ini telah gagal diolah oleh UMNO dengan sebaik mungkin. Kesempatan ini diambil oleh PAS dengan menjadikan bahan untuk melanyak UMNO selumat-lumatnya dan ini telah berjaya.

Setelah terlalu lumat dilanyak, UMNO cuba untuk bangkit semula dari sisa-sisa yang ada dengan mencipta beberapa Isu. Isu yang sepatutnya diselesaikan diperingkat mahkamah atau majlis raja-raja seperti isu nama Allah telah dimanipulasi oleh UMNO bagi menghilangkan ingatan rakyat kepada kehilangan enjin jet yang bernilai jutaan ringgit dan kenaikan harga gula yang membebankan semua rakyat yang bukan hanya terdiri daripada pengundi PAS malahan pengundi UMNO juga. Demontrasi demi demontrasi halal (dapat kelulusan KDN) dan bantahan demi bantahan halal telah berjaya digarap oleh pemuda UMNO yang natijah akhirnya berlaku sesuatu diluar jangkaan semua termasuk UMNO iaitu pembakaran gereja. Kita memang menentang penggunaan nama Allah bagi bukan islam tetapi bantahan yang hendak dibuat biar berhikmah supaya bila menarik rambut ditepung, rambut tak putus dan tepung tak terburai.

PAS seperti biasa sebagai sebuah parti yang gentleman telah berjaya mengolahkan isu ini dengan penuh hikmah. Dialog dengan pederi yang terlibat dalam tuntutan penggunaan nama Allah telah membuka mata penganut agama kristian tentang toleransinya Islam dalam amalan beragama. Islam juga menganjurkan setiap masalah mesti diselesaikan dengan cara musyawwarah dan ini telah gagal dibuat oleh UMNO. Sepatutnya UMNO sebagai pemerintah yang terlebih dahulu mengambil peluang ini kerana mereka boleh bila-bila masa dengan kuasa yang ada berjumpa pederi yang terlibat untuk berbincang. Dan andai melalui perbincangan tersebut berlaku penarikan balik penggunaan nama Allah yang telah diluluskan oleh mahkamah, maka UMNO akan dilihat benar-benar juara rakyat dalam menyelamat pegangan Umat. Tetapi begitulah andai kita tidak benar-benar cuba untuk ikhlas dalam menyelamatkan Islam. Sebab itu, kita perlu ingat dan sedar bahawa Allah s.w.t hanya akan membantu hamba-hambanya yang benar-benar ikhlas untuk mengagung dan menyelamatkan Agamanya.

Gagal dengan isu ini, sekali lagi UMNO mencuba peluru yang sama yang pernah digunakan ditahun 2009 iaitu menembak TGNA dan menantunya. Kali ini berkaitan dengan isu hadiah kek bernilai RM500. Kami rakyat kelantan ketawa besar dengan isu ini. Apalah sangat kek rm500 berbanding kek perkahwinan Siti Norhaliza yang bernilai ribuan ringgit. Apalah sangat rm500 berbanding hadiah PM kepada isteri tersayang berjumlah jutaan ringgit semasa beliau dilantik jadi PM. Sekali lagi isu ini gagal dan UMNO makin terlanyak. Dan yang terkini dalam laporan malaysiakini yang perlu diselesaikan dengan seberapa segera oleh PM sendiri ialah tentang kenapa Isteri PM tidak datang menziarahi adik bapanya yang mati penuh tragis dibunuh. Perlu dijawab segera tuduhan ini sebelum rakyat mengemukakan jawapan mereka yang bermacam-macam andaian. Semoga pimpinan UMNO sedar dan insaf bahawa, hebat manapun perancangan mereka, mereka tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah.

Tahniah! dan syabas kepada semua pimpinan PAS dalam menyelesaikan banyak isu dalam negara. Ikhlaskan diri kita semua dalam perjuangan ini kepada Allah S.W.T. InsyaAllah tahun 2010 adalah tahun rahmat bagi PAS dan tahun malang bagi UMNO.

Wassalam....Sekian dan terima kasih.

Alfakir IlaLLah. Temangan, Machang Kelantan.

Monday, January 4, 2010

Selamat Kembali Ke Sekolah


Hari ini semua pelajar dan guru-guru kembali ke sekolah masing-masing. Tidak kira di ceruk mana letaknya sekolah tersebut pastinya dipermulaan sekolah ini masing-masing mempunyai semangat yang berbagai. Murid dengan semangat baru dipermulaan sekolah apabila dibekalkan dengan semua peralatan baru. Manakala gurunya pula pastinya akan tampil dengan satu misi dan visi yang pastinya anak-anak muridnya tahun ini mesti lebih baik dari tahun-tahun yang berlalu. Apapun semangat jangan hanya di pemulaan tahun sahaja.

Isu yang hendak diketengahkan disini ialah tahun persekolahan tahun ini pastinya lebih mencabar kepada semua pihak. Dengan kemerosotan ekonomi yang melanda negara yang begitu teruk dan masalah pengurusan sumber negara dengan tidak telus akan memperlihatkan kemungkinan besarnya penarikan balik beberapa subsidi yang pernah dilaksanakan diperingkat sekolah. Penarikan balik subsidi tanpa ada sumber khas seperti media elektronik akan menambahkan permasalahan yang lebih kritikal. Antaranya ialah;

1. Golongan miskin akan menunggu-nunggu wang sibsidi dari kerajaan bagi membolehkan mereka membuat penerusan kepada persekolahan anak-anaknya.Andai terdapat maklumat awal sudah tentu mereka tidak akan menunggu buah yang tak akan gugur.

2. Masalah yang lain pula ialah, akan berlakunya fitnah dikalangan ibubapa yang akan mengatakan pihak sekolah telah menyalah gunakan subsidi anak-anak mereka.Akan tetapi andai maklumat awal mereka perolehi sudah tentu mereka tidak akan meyalahkan pihak sekolah.

Apapun masalah yang mendatang, pasti ada hikmahnya. Orang yang baik akan memastikan setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bagi pihak kerajaan mereka wajib mewar-warkan tentang pemberhentian subsidi yang sebelum ini mereka menyatakan melalui media-media massa tentang pewujudan sabsidi tersebut. Kenapa mereka malu untuk menyatakan tentang sesuatu yang benar walaupunb kadangkala ia hanya satu silap mata.

Bagi kanak-kanak dan guru-guru, Selamat kembali ke sekolah. Kepada ibubapa pastikan anak-anak anda tidak tercicir cari persekolahan. Kerana hanya ilmu Islam jaminan masa hadapan.

Wallahu'alam....