Pages

Sunday, November 27, 2011

Sudah 1433 Tahun Hijrah Nabi. Kita Bila Lagi?

Dalam surah Al Baqarah ayat 218 yang bermaksud “ Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad pada jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah. Allah maha pengampun, maha penyayang”.

Dalam ayat ini, Allah menyatakan 3 golongan manusia yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Rahmat Allah dengan maksud, balasan baik di akhirat nanti iaitu dengannya setiap yang bergelar hamba akan memperolehi balasan Syurga yang mengalir di bawahnya sungai dan kekal ia di dalamnya. Golongan yang pertamanya ialah mereka yang benar-benar beriman kepada Allah yang Maha Esa. Iman yang sampai kedarjat iman munttaqiin. Iaitu ianya hanya takut kepada Allah semata-mata. Segala tingkah perbuatannya dengan niat ibadat kepada Allah. Maka perolehan pahala yang cukup banyak akan dikurniakan oleh Allah kepadanya yang akan menjamin perolehan rahmat di akhirat nanti.

Golongan yang kedua yang dinyatakan dalam ayat ini ialah mereka yang berjihad di jalan Allah. Perkara jihad ini terlalu banyak. Tapi jihad yang paling tinggi ialah jihad dengan mengorbankan harta dan nyawa demi mempertahankan agama islam, negara islam dan umat islam. Matinya dianggap syahid dan kita semua telah maklumi iaitu bagi mereka yang syahid balasannya adalah syurga. Kerana rahmat Allah terlalu dekat kepada mereka yang syahid.

Perkara yang nak penulis berpanjang lebarkan dalam perbincangan bersempena Maal Hijrah ini ialah berkenaan golongan yang ketiga yang sentiasa mengharapkan rahmat Allah iaitu mereka yang berhijrah. Berhijrah kerana mengharapkan redha Allah. Persolaannya, masih adakah hijrah sebagaimana hijrah Nabi S.A.W. 1433 tahun dahulu. Iaitu hijrah daripada bumi tanah tumpah darah iaitu Mekah kepada bumi yang asing iaitu Madinah. Hijrah bagi menunaikan tuntutan dan arahan Allah disamping mengatur satu strategi dakwah. Memang hijrah sebegini sudah tidak ada, sebabnya Nabi sendiri menyatakan tidak ada lagi Hijar selepas hijrah ku.

Perlu diingat, hijrah itu bukan hanya dengan maksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain tetapi juga dengan maksud berpindah dari satu sifat yang buruk kepada sifat yang baik. Dari perbuatan yang buruk kepada perbuatan yang baik. Ini yang kita ingin kongsikan. Nabi meninggalkan mekah bukan kerana mekah tampat yang tidak baik malahan mekah tempat yang paling suci, tetapi penduduknya yang jahiliah dan tidak baik yang menyebabkan Nabi S.A.W. gagal melaksanakan dakwah di sana. Kemudian dibuka jalan oleh Allah dengan bumi Madinah yang penduduknya lebih baik dan sanggup bermatian demi Nabi maka nabipun berhijrah ke sana. Begitulah halnya dengan kita sekarang ini dalam merialisasikan konsep hijrah.

Andainya benar kita sentiasa mengharapkan rahmat Allah, hijrah ini mesti kita laksanakan sebaik yang mungkin bermula dengan diri kita. Kalau sekarang kita merasakan kita masih dalam keadaan yang belum benar-benar menjadi manusia yang baik, ayuh segara kita berubah kepada kebaikan tersebut. Kalau sekarang ini kita merasakan ibadat kita belum benar-benar sempurna, ayuh kita sempurnakannya. Kalau sekarang ini kita masih berkelakuan jahat, ayuh kita tinggalkan segala kejahatan tersebut sebagai tanda kita telah berada di 1433 tahun penghijrah nabi S.A.W.

Seterusnya, perkara yang nak diperluaskan lagi perbincangannya di sini ialah tentang suasana dan keadaan dalam negara yang sedang kita duduki sekarang ini. Nabi berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana ingin memastikan agama Islam dapat dikembangkan. Apakah suasana dalam negara sekarang ini yang agama Islam dan hukum Islam diperkotak katikkan mampu untuk kita perkembangkannya dan syumulkan dalam semua bidang dan cara hidup? Atau apakah Kerajaan yang ada sekarang dan pemerintah yang memerintah sekarang mampu kita harapkan untuk memastikan Islam syumul sedangkan keadaan cara hidup mereka serta anak bini yang tidak mencerminkan cara hidup islam yang sebenar. Jadi kalau ini keadaan yang kita berada, maka apa guna sirah nabi tentang hijrah yang kita sambutnya setiap kali bulan muharam menjelang saban tahun. Sekarang telah 1433 tahun peristiwa hijrah nabi tersebut. Belumkah masanya untuk kita berhijrah?

Ayuh semua kita berhijrah dari sebuah pemerintahan yang tidak mahukan Islam diamalkan secara lebih syumul kepada sebuah pemerintahan yang inginkan Islam yang lebih syumul. Berhijrah daripada sebuah parti yang sekular kepada parti yang berperlembagaan al Quran dan Sunnah serta ijma’ ulama sebagai panduan. Sebuah kerajaan yang hanya berpura-pura inginkan Islam kepada kerajaan yang benar-benar Islam. Berhijrah daripada pentadbiran yang mempergunakan ulama demi politik kepada pentadbiran yang diasaskan oleh ulama yang menginfakkan dirinya untuk politik Islam. Ayuh sekarang la masanya kita berhijrah demi masa depan kita, agama kita dan anak bangsa serta negara kita. PRU13 telah hampir, jadi niatkan hijrah kita kerana Allah dan mengharapkan rahmatnya. Marilah sama-sama kita mulakan langkah hijrah kita. Janganlah kita jadikan sirah penghijrahan nabi S.A.W yang telahpun berlalu 1433 tahun dulu hanya sekadar tinggal dalam lipatan sirah.

Semoga kita yang berhijrah hari ini mampu memperolehi sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 218 surah al Baqarah di atas. Dengan berhijrah kita mampu memperolehi Iman yang benar-benar mantap serta jihad dijalan Allah yang kesudahannya iaitu syahid dijalannya. Semoga kita semua memperolehi keampunan dan rahmatNya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

Friday, November 25, 2011

Pengagihan Wang Pendahuluan Persekolahan RM100. UMNO Machang Makin Kalut.

Wang RM100 yang diumumkan oleh Hj. Najib Razak pada perbentangan bajet 2012 yang lalu adalah merupakan satu pemberian berbentuk oneoff yang sepatutnya menjadi senjata ampuh bagi UMNO untuk menarik sokongan rakyat yang semakin terhakis kepada UMNO. Kewangan yang sampai kepada rakyat yang menjadi peringan beban rakyat dalam suasana tenkujuh akan meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat bilamana kewangan ini akan digunakan sepenuhnya bagi membeli peralatan persekolahan. Pakatan Rakyat sendiri merasakan bahawa ini adalah satu tindakan politik yang sangat baik bagi UMNO. Apapun, semuanya adalah dibawah perancangan Allah. Nasihat yang telah dibuat oleh sahabat baik UMNO iaitu APCO telah menampakkan kegagalan UMNO kerana mereka hanya berfikiran politik semata-mata tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Kerana mengejar politik semata-mata inilah, menyebabkan mereka terlalu rakus dan akhirnya gagal kerana perbuatan mereka sendiri.

Penulis melihat semua ini didepan mata sendiri sebagaimana yang dilaksanakan oleh UMNO kawasan machang. Siapa yang mengatur hal ehwal politik atau ajk jabatan politik dan pilihanraya UMNO kawasan machang? Pengagihan wang RM100 yang dibuat secara berkelompok pada 22/11 baru-baru ini yang menampilkan TPM selaku perasmi dengan ketua bahagian UMNO sebagai orang yang membuat penampilan untuk mendapatkan sekongan undi parlimen rupa-rupanya telah tersalah langkah. Langkah UMNO yang memang sentiasa sumbang bilamana gagal memperolehi redha Allah telah ternyata kesumbangannya dalam program pengagihan wang persekolahan RM100. Makin jelas apabila disepanjang jalan ke pusat pengagihan diletakkan bendera UMNO dan BN. Memang tujuan utama UMNO untuk menunjukkan bahawa RM100 itu hak mereka dan mereka yang sampaikan kepada rakyat.

Langkah mereka terlalu sumbang bilamana rata-rata orang ramai yang penulis temui termasuk ahli UMNO bawahan menimbulkan perasaan tidak puas hati dengan apa yang pihak UMNO lakukan. Ini kerana semua yang dilakukan oleh UMNO menyusahkan mereka. Kenapa UMNO campuri urusan yang sepatutnya dilakukan oleh pihak sekolah? Kenapa tidak diagihkan sahaja disekolah? Kenapa perlu pergi terlalau jauh hanya untuk RM100? Kenapa pemimpin yang mengatakan berjiwa rakyat menyusahkan rakyat? Inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat bawahan. Kebetulan suasana pula tidak menyebelahi UMNO apabila hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti. Ini makin menyusahkan orang ramai. Ramai yang marah dan bersungut. Orang PAS ada yang tak pergi kerana terlalu marah. Orang UMNO bawahan pula pergi dalam keadaan menccok(Marah). Kalau beginilah pemimpin buat kepada kita, ini bukanlah berjiwa rakyat tapi ambil peluang nak dapatkan undi atas kesusahan rakyat.

Nampaknya UMNO machang perlu diberikan latihan yang lebih tentang berpolitik. Saya orang biasapun nampak kelemahan ini, tak mungkin pemimpin UMNO tak nampak semua ini. Sepatutnya UMNO dalam mengagihkan wang RM100 di musin tengkujuh ini lebih mendapat peluang untuk sokongan politik. Sepatutnya, UMNO mengmbil peluang kenal pasti penyokong atas pagar kemudian pergi kerumah-rumah mereka menyerah sendiri RM100 itu. Disana mereka bukan hanya dapat sokongan dari penerima tetapi semua ahli keluarga yang berada di rumah itu. Tak perlu ketua bahagian pergi semua rumah. AJK bahagian juga boleh bekerjasama. Tetapi apa boleh buat, memang itulah UMNO. Kalut dan kurang cermat dalam berpolitik dan suka mnyusahkan rakyat. Kalau nak menang PRU tak salah rasanya UMNO menyusahkan diri sedikit dan mengagihkan wang rakyat itu.

Apapun, syukur pada Allah kerana membantu kami pejuang Islam dalam mengagalkan perancangan licik UMNObN ini. Namun begitu, selaku pejuang Islam kita hendaklah sentiasa bersedia dalam menghadapi setiap perancangan UMNObN dalam usaha kita mengekalkan kemenangan Islam di bumi kelantan ini. Terima kasih Ajk UMNO mchang kerana menunjukkan kebanggangan anda dalam berpolitik. Y Allah, jangan jadikan mereka-mereka ini pemimpin kami di negeri Kelantan yabg bertuah ini.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPN Sabah.

Friday, November 4, 2011

Perlunya Semangat Pengorbanan Untuk Menghadapi PRU13

Aidiladha dan hari-hari tasyri' telahpun berlalu. Yang ditunggu semua sekarang ini pastinya PRU13. Bila ianya akan didakan? adalah menjadi rahsia PM bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terpilih ini. pihak pembangkang hanya mampu membuat tekaan semata-mata. Ramai yang menyebutkan 11.11.2011 parlimen akan dibubarkan. PM dan Isteri sudah pulang dari menunaikan haji di tanah suci pastinya telah memperolehi petunjuk bilakah tarikh yang sesuai bagi memasti ianya ada fengsui. Ada pula yang mengatakan bulan 2 dan sudah barang tentu ianya tidak akan melangkaui bulan 3.

Bilapun tarikhnya, petugas Pas mesti sentiasa bersedia. Persediaan tersebut memerlukan pengorbanan yang cukup besar. Pengorbanan yang bukan sedikit tetapi pengorbanan yang meliputi jiwa dan raga, masa dan wang ringgit. Memang ini sunnahnya dalam perjuangan bagi memenangkan Islam. Dan tidak semua manusia diberikan peluang untuk bersama-sama dalam perjuangan ini.

Mengambil panduan sebagaimana pengorbanan nabi Allah Ibrahim dan Ismail a.s. Bagaimana kesanggupan mereka melakukan suatu pengorbanan yang tidak mampu dirialisasikan oleh semua orang. Pengorbanan yang meninggalkan semua nilai-nilai kasih sayang sesama makhluk bagi mengejar kasih sayang Allah. Pengorbanan yang tidak langsung memikirkan nikmat keduniaan yang sedikit bagi memperolehi kenikmatan dunia yang terlalu banyak diakhirat kelak. Pengorbanan yang seumpama inilah yang akan kita laksanakan sebagai petugas kepada sebuah parti yang benar-benar ikhlas bagi memenangkan Islam dan memartabatkannya.

Kemudian, kita melihat bagaimana jemaah haji yang berkesanggupan mengorbankan semuanya termasuk wang ringgit, masa dan tenaga demi menyahut seruan "LabbaikalLahhum malabbaik, labbaikala syarikala kalabbaik. Mereka meninggalkan semuanya yang mereka miliki di tanahair mereka masing-masing menuju keredhaan Allah. Yang wajib dibawa hanya kain putih yang tidak berjahit. Menefistasi ini boleh kita lihat sebagaimana seorang yang meninggal dunia, mereka akan tinggalkan semua harta dan anak pinak kecuali sehelai kain kapan putih. Pengorbanan yang sebegini hebat seharusnya kita praktiskan dan amalkan dalam kehidupan seharian kita setelah balik ke tanahair sendiri, kemudian gabungkan diri dalam jemaah yang benar-benar ingin membela Islam.

Dalam parti PAS, kita tidak mempunyai pendana yang banyak sebagaimana UMNO. Mereka ada tauke-tauke yang kaya termasuk tauke judi untuk membantu menyalurkan kewangan kepada mereka. Tapi bagi Pas, bila gendang pilihnraya dicanangkan pengorbanan ahli dalam menabungkan wang ringgit amat diharapkan. kita perlu ingat sebagaimana sirah Nabi S.A.W. Bilamana gendang perang Tabuk di palu, yang diminta oleh nabi daripada para sahabat tak kira Muhajirin ataupun Ansor ialah sumbangan. Sumbangan amat diperlukan bagi menampung perjalanan yang jauh. Sebab itu, kita melihat bagaimana Syaidina Umar telah menginfaqkan separuh daripada hartanya manakala Syaidina Abu Bakar menginfaqkan semua hartanya sehingga yang tinggal padanya Allah dan Rasul sahaja. Situasi yang sama dengan kita sekarang, kerana dalam pertempuran kita dengan UMNObN juga memerlukan kewangan yang banyak bagi membeli senjata PRU seperti poster dan sebagainya. Untuk itu, perlunya bagi kita berkorban dari sudut harta dan wang ringgit bagi membantu jemaah Islam iaitu Parti Pas ini bagi menggerakkan jenteranya untuk menentang UMNObN. Semoga masih ramai Umar dan Abu Bakar moden dalam Parti Pas yang akan menyumbangkan apa saja demi perjuangan Islam ini.

Walau bagaimanapun, tak semua dikalangan kita yang dianugerahkan oleh Allah limpahan rezeki dan harta yang banyak. Apakah kerana itu ianya tidak layak untuk berkorban demi memenangkan Islam? Sahabat-sahabat Nabi S.A.W tak semua dikalangan mereka yang bernasib seperti Syaidina Umar dan Abdul Rahman Bin Auf. Tapi yang ramainya ialah mereka yang miskin. Tapi mereka tetap berkorban dengan menjadikan jiwa dan raga mereka infaq kepada perjuangan Islam. Dan sejarah membuktikan berapa ramai dikalangan para sahabat yang telah syahid dalam perjuangan untuk memenangkan Islam. Dan kita hari ini juga wajib demikian. Pas sebuah parti yang tidak akan mampu bersaing dengan UMNObN kalau dengan kebendaan semata-mata, tetapi semangat dan pengorbanan ahli yang jitu serta tidak mengenal penat dan lelah itulah yang diharapkan. Sebab bagi kita dalam Pas, perjuangan kita matlamatnya bukan semata-mata melihat jumlah mejoriti yang diperolehi pada kertas undi tetapi berjaya menegakkan Islam dibumi ini itulah yang utama dan yang paling pentingnya ialah syahid di jalan Allah kemudian yang akhirnya memperolehi syurga Allah sebagai tempat istirehat. Oleh itu, perlunya bagi setiap ahli berkorban jiwa dan raga mereka untuk parti Islam ini.

Akhir sekali, penulis menyeru kepada semua pendokong dan penyokong Parti Islam Semalaysia (PAS) supaya kita semua menjadikan sirah pengorbanan nabi Allah Ibrahim A.S dan Ismail A.S sebagai contoh sebuah pengorbanan yang agong. Wajib juga diingati Pengorbanan Kekasih Allah Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya yang mampu menawan dan mengislamkan 2/3 dunia. kemudian sambutan aidiladha ini juga dijadikan sebagai satu pemangkin kepada kita semua untuk melonjakkan lagi semangat berkorban dikalangan kita demi Islam. Jangan difikirkan penat dan lelah. Jangan difikirkan duit ringgit yang habis andai kita benar-benar yakin dengan perjuangan kita ini. Yang paling utamanya, kita niatkan semua pengorbanan kita ini adalah semata-mata kerana mengharapkan redha dan rahmat Allah. Pastinya semua ini akan dibalas dengan balasan syurga yang merupakan sebaik-baik balasan bagi orang-orang mukmin dan Muttaqin.

Semoga Islam tetap menang. semoga kesyumulan islam dapat diamalkan dibumi malaysia ini khasnya dan dunia amnya. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Lajnah Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, DPPN Sabah.