Pages

Saturday, July 25, 2009

Kursus Pemantapan Strategi Dakwah

Pada 23 - 25 Julai yang lalu, telah diadakan kursus Pemantapan Strategi Dakwah yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru daerah Beluran. Kursus yang telah disertai oleh guru-guru agama dari daerah Beluran dan Kinabatagan ini telah dianjurkan oelh IPGM Tawau. Jumlah peserta melebihi 50 orang dan peserta dari Kinabatangan lebih ramai berbanding Beluran, walaupun perjalanan ke sana agak jauh juga. Tahniah kepada semua peserta kursus dari kinabatangan atas komitmen yang telah ditunjukkan.(maaf! tidak ada gambar untuk disertakan)

Kursus ini sangat menarik kerana banyak input yang berguna telah diperolehi. Berbagai strategi dakwah telah dikenal pasti samada kepada bukan Islam atau kepada orang islam sendiri. Kepada masyarakat ataupun pelajar. Semoga kursus yang pendek ini dapat menjadi pemangkin kepada semua peserta kursus dalam usaha menjadi para daie terutama di negeri dibawah bayu amnya dan kinabatagan dan Beluran Khususnya.

Salam dakwah kepada semua. Berdakwahlah dengan Mad'u sahabat-sahabat semua di tempat masing-masing dengan penuh Hikmah dan Mauizah yang baik.

Wassalam...

Monday, July 20, 2009

Ibrah daripada Peristiwa Isra' dan Mikraj

Dalam menganalisis persitiwa Isra' dan Mikarj, terdapat beberapa perkara yang mesti diberi perhatian kerana dengannya kita mampu memperolehi pengajaran dan pengiktibaran. Antara 'Ibrah yang didedahkan oleh Allah dalam peristiwa Isra, dan Mikraj ialah:

1. Pemebersihan hati daripada unsur kotor iaitu darah hitam dan digantikan dengan iman dan hikmah. Ini kerana perjalanan Isra' dan Mikraj adalah perjalanan kerohanian untuk menemui Allah. Iaitu nabi secara langsung bertemu Allah untuk mengambil kewajipan solat. Ibrahnya ialah apabila kita ingin mengadap Allah hendaklah membersihkan diri kita dengan berwuduk kemudian membersihkan jiwa kita dengan zikrulLah dan Istiqfar sekurang-kurangnya. Barulah kekhusyukan dan ketaqwaan kepada Allah kita perolehi.

2. Menyediakan binatang Buraq sebagai alat kenderaan yang boleh terbang laju. Andai kita ingin melakukan sesuatu perjalanan yang jauh persediaan mestilah cukup dan lengkap. Itu andainya perjalanan di dunia. Apatah lagi perjalanan menuju Akhirat, persediannya mestilah lebih lengkap.

3. Berehat sebentar dalam perjalanan dan menunaikan solat sunat setiap kali persinggahan. Ibrahnya ialah apabila kita melalui satu perjalanan yang jauh maka hendaklah kita berhenti Istirehat disamping menunaikan solat sunat mohon dijauhi dari segala marabahaya sepanjang perjalanan. Tetapi sekarang ini berapa ramai yang singgah di perhentian2 di PLUS hingway, singgah untuk solat sunat. sedangkan setiap hentian ada suraunya sendiri.

4. Berhenti di masjidil Aqsa dan menunaikan solat sunat dengan arwah para nabi. Nabi mengimamkan Solat ini yang menunjukkan kepada kita bahawa walaupun orang yang paling muda antara semua nabi tetapi penghormatan diberikan kepada nabi S.A.W. Satu lagi perjalanan nabi dari masjid dan berhenti di masjid. manakala kita pula dari wakaf hentian bas ke wakaf hentian bas.

5. Memberi salam kepada penunggu langit yang terdiri daripada para nabi. Itulah adab kita dalam masyarakat yang diajarkan kepada nabi bahawa kita perlu memberi salam apabila bertandan ke rumah sahabat kita. Salam itu bermaksud kita mendoakan kesejahteraan sahabat kita dan seisi keluarganya.

6. Mendengar nasihat Nabi Musa supaya dikurangkan jumlah solat. Nabi akur dengan nasihat ini dan memohon pengurangan jumlah solat. Ibrahnya nabi sebagai manusia terbaik dan penghulu segala nabi namun tetap menerima nasihat darpada orang lain andainya nasihat itu baik. Berbanding setengah dari kalangan kita apabila berada di atas tak sanggup menerima nasihat dari orang bawahan. Dan apabila pandangan diberikan dianggap sebagai satu penghinaan.

Itulah sedikit Ibrah yang dapat penulis senaraikan di sini sabagai pemanas ilmu yang telah tersedia ada pada diri pembaca. Semoga yang sedikit ini ada menafaatnya kepada semua.

Wassalam...

Wednesday, July 15, 2009

PRK N41 Pilihanraya Muhasabah dan Berhikmah

Kenduri dah berakhir tapi pastinya periuk belangan akan terus berbunyi. Begitu juga dengan PRK N41 Manik Urai. Kejayaan UMNo mengurangkan mejoriti kemenagan PAS pastinya akan terus diperkatakan. Apa tidaknya, setelah melalui 6 kali PRK inilah kali pertama mereka hampir berjaya. Sebelum ini jangankan mahu menang, untuk mengurangkan mejoritipun jauh sekali. Cukuplah pengurangan mejoriti ini membanggakan UMNo sebagai hadiah 100 hari Perdana Menteri. Berbaloi la kot dengan apa yang telah dihabis sepanjang kempen berlangsung. Macam budak sekolah yang selalu dapat nombor akhir dalam bilik darjah, tiba-tiba dapat no 10, gembiranya bukan kepalang. belum lagi no 1.

Begitu juga dengan pihak PAS, pastinya kemenagan tipis ini akan terus diperkatakan. Perliman kedai kopi paling tidak pun akan membicarakan hal ini berminggu-minggu. Yang akan mendapat untung pastinya taukeh kedai kopi. Itupun kalau yang datang tidak sekadar memanskan bangku sahaja.

Bagi saya kemenagan tipis ini adalah medan untuk PAS bermuhasabah. Melihat kenapa undi mereka merosot sebanyak 399 undi? Kenapa setelah satahun lebih selepas PRU 2008 tidak ada penambahan pengundi untuk PAS? Manik Urai yang dikatakan kubu kuat PAS, kenapa keahlian PAS disini tidak sampai 1000 orang sedang UMNo melebihi 4000 orang? Kenapa sebelum pukul 4 petang PAS telah mengumumkan kemungkinan dapat mengekalkan kemenagan dengan mejoriti hampir 2000, berdasarkan jumlah yang mandaftar di pondok panas? Adakah yang mendaftar di pondok panas PAS tidak mengundi PAS? Kenapa ini berlaku? Semua persoalan ini mesti dijawab segera dan hasilnya bukan di arkibkan tetapi di jadikan bahan pentarbiahan kepada kami pendokong PAS.

Musuh dalaman juga mesti diambil kira. Ibrahim Ali yang pernah menjadi ayam sabung PAS satu ketika dahulu telah menikam dari belakang apabila ada sumber mengatakan beliau telah mencolek puluhan ahli PAS dan membawa mereka kepada UMNo dengan dibayar dalam lingkungan RM500. Itu seorang Ibrahim Ali. Tidak adakah musuh dalaman yang lain lagi? Perlu juga dibicarakan hal ini oleh pihak yang bermuhasabah.

PRK N41 Manik Urai ini juga mesti dilihat sebagai satu Hikmah untuk PAS. Kepimpinan PAS kelantan kuhsusnya dan PAS Pusat umumnya jangan terlalu leka dengan kemenagan besar kita dalam PRU ke12 lalu. Kerana terlalu selesa, leka dan yakin dengan kemenangan besar dalam PRU ke10 tahun 1999 lah menyebabkan kita hampir tersungkur di kelantan dan hilang banyak kerusi di negeri lain pada pilihanraya ke11 tahun 2004. Jangan lupa bahawa yang kita lawan adalah UMNo yang mempunyai 1001 kajahatan untuk diolah bagi memenangi pilihanraya. Kita hanya menang tipis dalam PRK N41 Manik Urai. Bayangkan kalau pilihanraya Umum ke13. Manik Urai menang tipis, apakah DUN lain kita boleh pertahankan?

Hikmah juga kepada kita bahawa dalam kita mencorak sesuatu kemenangan jangan ada masalah dalaman yang menghantui parti dan hubungan dalam Pakatan. Kami orang bawahan akan mengikut rentak dan tari pimpinan, kalau rentak tari pimpinan tidak bersesuaian dengan kami atau tidak mampu bagi kami orang bawahan yang lemah ini mengikut lenggoknya maka kami terpaksa berundur. Apakah kekurangan 399 undi PAS kerana sebab ini?

Akhir sekali ucapan tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam kemenagan PAS di Manik Urai. Selamat bermuhsabah kepada semua Saff kepimpinan PAS pusat dan PAS kelantan Khususnya. Bermuhasabah dengan penuh rendah diri dan mengharapkan pertolongan Allah. Jangan hanya melihat kekuatan lawan dan tipu daya mereka semata tetapi lihat juga kelemahan yang dampak pada diri kita.

Salam dari penulis di Negeri Dibawah Bayu, Sabah

Tuesday, July 14, 2009

Mejoriti berkurang, post Mortem harus ada untuk mengetahui kelemahan dan kekurangan

Kemenagan menjadi milik PAS. Semuanya telah rasmi walaupun dengan mejoriti 65 undi YB Abe Uji telah diumumkan sebagai pemenang dalam PRK N41 Manik Urai. Setelah hampir sebulan petugas-petugas PAS berkampung dimanik Urai bagi memenangkan calon PAS akhirnya memperolehi keputusan yang mengembirakan. Semoga segala penat dan lelah akan dibalas oleh Allah di akhirat nanti. Itulah kelebihan kita berbanding UMNo.
Kekurangan mejoriti berbanding pilihanraya umum ke12 bukan faktor kekuatan UMNo. Tapi terlalu banyak faktor yang menjadi penyebab. UMNo yang telah menggunakan semua jentera kerajaan dan media massa yang menjadi nadi kepada masyarakat seperti RTM, TV3 serta akhbar tempatan sepatutnya boleh memenagi PRK ini dengan mudah, tetapi Manik Urai tetap milik PAS. Keampuhan media massa tempatan dalam membuat propaganda dapat saya kesan bila mana di sabah terlalu banyak masyarakat setempat yang asyik bertanya, "macam mana ni ustaz? boleh ka PAS menang"? Kalau orang sabah boleh termakan propaganda ini apa lagi di MU.
Disamping itu, strategi UMNo mengula-gulakan dengan janji pembangunan sebenarnya sedikit sebanyak mengelirukan pengundi dikalangan anak muda tempatan, tidak pengundi diluar. Disamping itu, keputusan ini juga mungkin protes senyap pengundi di MU bagi memberi ingatan kepada kerajaan negeri sendiri yang mungkin ada lagi menifesto PRU ke12 yang belum tertunai. Atau protes kepada UG yang telah diperdebatkan oleh pemimpin. Apapun, PAS kelantan dan PAS Pusat mesti membuat post mortem dengan seberapa segera bagi mengenal pasti kemerosotan mejoriti PAS dalam PRK DUN N41 Manik Urai.
Sekali lagi, tahniah kepada YB Abe Uji atas kemenagan ini. Jadikan ini sebagai amanah yang maha berat untuk dipikul. Ringankan amanah ini dengan mengajak masyarakat bersama-sama perjuangan Islam. Kepada semua pengundi, tahniah kerana PAS jadi pilihan. Bantulah Abe Uji kerana amanah yang dipikulnya terlalu berat.

Semoga kemenagan PAS ini menjadi penentu kepada kemenagan yang mutlak seluruh malaysia. Takbir! Takbir! takbiar!