Pages

Saturday, October 8, 2011

Belanjawan 2012, Bajet OneOff Untuk Pilihanraya

Maka telah diumumlah oleh PM akan apa yang ditunggu-tunggukan. Semua menunggu dengan penuh harapan. Kakitangan awam yang berjumlah 1.4 juta menanti dengan harapan supaya ada kenaikan gaji, manakala swasta pula mengharapkan adalah sedikit insentif untuk mereka. Bagi kakitangan awam mereka hanyalah menikmati bonus setengah bulan gaji sahaja yang menjadikan bonus sebulan gaji kalau dicampur dengan apa yang telah mereka perolehi pada ogos lepas yang semunya telah disimpan dalam lubang-lubang tandas. Tidak ada kenaikan gaji dan tidak ada insentif yang menarik yang mampu mengubah pendirian mereka untuk memberikan undi mereka yang berharga kepada PR dalam PRU13 nanti. Kakitangan swasta pula langsung dilupakan.

Orang kampung pula tak ada yang istimewa melainkan sedikit gula-gula pilihanraya yang bersifat OneOff. Duit sekolah anak, duit buku untuk pelajar-pelajar universiti, duit yuran. Semuanya adalah bersifat OneOff. Kenapa demikian, kerana semua telah maklum bahawa bajet yang telah dibentangkan adalah bajet bagi menghadapi pilihanraya. Pastinya ini semua akan menjadi gula-gula yang terlalu manis untuk orang kampung. Tapi, apakah semua ini akan berkekalan untuk tahun-tahun yang akan datang. Pastinya 5 tahun yang akan datang adalah terlalu mencabar bagi rakyat yang berpendapatan rendah yang hanya mengharapkan sumber dari jualan hasil komuditi seperi getah dan sawit.

Bajet kali ini juga menunjukkan sedikit perbezaan daripada yang lalu apabila PM buat pertama kalinya membuat penerangan secara menyeluruh harga barangan keperluan dengan menyatakan harga sebelum dan selepas subsidi. Kemudian menyatakan jumlah subsidi yang diberikan yang tujuannya tidak lain iaitu ingin menampakkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat. Sedangkan tidak ada penambahan kepada jumlah subsidi yang diberikan terhadap semua barangan keperluan asas yang disenaraikan oleh PM. Persoalannya, apakah kesemua harga barangan keperluan asas ini akan mampu dikekalkan atau hanya bersifat sementara dan akan dijadikan hadiah yang lumayan kepada rakyat selepas kejayaan BN dalam PRU13 nanti dengan menaikkan harga barang keperluan asas tersebut.

Pembinaan rumah rakyat dan beberapa pembinan untuk mengatasi masalah banjir juga satu benda yang perlu dilihat lebih manyeluruh. Bukan menolak pembinaan ini semua, tetapi perlu ada satu jawatankuasa khusus yang telus bagi menilai semua projek. Kita tidak mahu peristiwa runtuhan Stadium di komplek sukan di Terengganu berulang. Dan kita juga tidak mahu projek hanya berlegar dikalangan kroni sahaja. Manakala pembinaannya hendaklah mengikut nilaiannya. Kalau 1 juta biarlah benar binaan tersebut 1 juta jangan hanya 500 ribu sahaja.

Pada pandangan peribadi saya, pinjaman perumahan kepada kakitangan yang berpendapatan RM3000 ke bawah perlu di nilai semula. sekarang ini kebanyakan kaitangan kerajaan telah terlalu terdesak kerana dibebani oleh bebanan hutang yang banyak. Dengan pemberiaan pinjaman sampai RM400 ribu ini kita akan melihat rakyat menaggung hutang sampai pancen. Bukan apa, memang menjadi tabiat orang melayu yang inginkan kehidupan yang mewah. Mengejar kemewahan hingga berhutang. Memang tepat la kata orang dulu-dulu, "Biar papa asalkan bergaya". Apapun harap jangan terikut-ikutkan nafsu dan berfikir bila bertindak.

Sebagai penutup penulisan ini, ingin saya nyatakan luahan hati beberapa jururawat yang kebetulan saya berada di hospital menemani anak yang sakit semasa mendengar bajet yang debentangkan. "Kenapa DR saja yang dapat elaun, kami ni macam mana. Sekurang-kurangnya adalah sikit insentif kepada kami yang berkerja di waktu malam." Saya bagitahu mereka, "bersabarlah, nanti bila PR memerintah kita bagi, insyaAllah".

Sekian, Wassalam..

Lajnah Kebajikan Dan Prihatin Masyarakat DPPN Sabah.

Friday, September 16, 2011

Terima Kasih Media BN, Nama Mat Sabu Sudah Terkenal.

Konvensyen Pakatan Rakyat yang telah menyaksikan kerjasama erat daripada 3 Parti pembangkang di sabah ini telah memperlihatkan kematangan semua pihak samada pihak pemimpin peringkat negeri mahupun semua pendokong parti masing-masing. Dengan semangat dan tekad yang sama iaitu memastikan BN disingkirkan dan pakatan rakyat mampu melangkah ke Putrajaya, mereka memberikan komitmen yang jitu iaitu pilihan raya ke13 Sabah bukan lagi negeri Simpanan Tetap BN untuk terus menggenggam kuasa.

Yang terlalu ironisnya ialah, kepimpinan Pas pusat yang hadir mendapat sokongan dan tepukan yang gemuruh daripada peserta konvensyen. Apa tidaknya apabila disebut saja nama Tn. Haji Muhamad Sabu, Tak kira siapa mereka, Kadazan, Dusun, Sungei, Murut, bajau dan apa agama sekalipun mereka semua berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh. Suasana yang tak pernah rasanya seingat-ingat penulis disepanjang program ceramah yang dianjurkan bersama antara pakatan.

Lebih memeranjatkan apabila rata-rata yang hadir adalah perwakilan konvensyen daripada pendalaman sabah. Mereka semua menyatakan bahawa nama Mat Sabu telah dikenali di tempat mereka. Mereka juga cukup optimis bahawa, andainya Tn. Hj. Mat Sabu datang ke tempat mereka pastinya akan hadir ribuan orang untuk mendengar ceramahnya. Mereka di sabah ini memang ingin melihat dan menganalisis sebuah sejarah yang telah lama disalah faktakan oleh pihak-pihak tertentu terutamanya berkenaan negeri mereka sendiri iaitu sabah. Tepat dan benarlah Tn. Hj. Mat Sabu bila ucapan terima kasih kepada media yang digenggam oleh UMNObN atas semua ini. Tanpa kempen dari media BN ini sudah tentu tidak ramai penduduk pendalaman Sabah dapat mengenali Tn. Hj. Mat Sabu kecuali penyokong PAS. Semua ini terbukti, bilamana ceramah Tn. Hj. Mat Sabu di Kota Belut dihadiri oleh ribuan orang yang mana semua ini tak pernah berlaku sebelum ini. Kata kebanyakan pemimpin Pas tempatan.

Tahniah Bang Mat. Terima kasih RTM, TV3 dan Utusan Meloya atas kempen percuma kepada Tn. Hj. Mat Sabu. Kalau boleh tolong kempenkan untuk pimpinan PAS yang lain. Aku sendiripun mahu juga, mana tahu kalau dah glamour nanti dapat ambil calon.

sekian, terima kasih sekali lagi.

Lajnah Kebajikan dan Perihatin Masyarakat DPPNS.