Pages

Saturday, November 28, 2009

Tahniah Abdul Ariffahmi

Hari ini telah masuk hari ke3 kita marayakan Aidiladha. Kebanyakan penduduk dikelate menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Kelihatan jalanraya mengalami kesesakan yang hampir sama sebagaimana Aidilfitri yang lalu. Hari ini 12 zulhijjah, masih ada yang melakukan penyembelihan korban masing-masing. Unitnya di kelantan setiap rumah melakukan ibadat korban. Ibu bapa menunggu anak rantau penuh gembira dan menyerikannya dengan semangat pengorbanan bermula selepas solat Aidiladha sehinggalah petang 13 Zulhijjah. Memang rakyat kelantan sangat kuat penghayatannya dengan korban. Memang inilah yang ditarbiahkan oleh tok-tok guru di kelantan semenjak dulu.

Semenjak kecil lagi saya sendiri telah didedahkan dengan semangat pengorbanan yang agong yang pernah dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim KhaliluLlah dan nabi Allah Ismail a.s. Mereka berdua telah mempertontonkan satu pengorbanan yang sangat hebat. sang ayah yang telah lama mengharapkan seorang zuriat yang soleh dan bila memperolehinya terpaksa meninggalkan anak tersebut kerana menuruti perintah Allah. Setelah kembali semula, datang pula perintah Allah supaya menyembelihkan anak yang tersayang. Sang anak pula apabila diberitakan oleh si ayah akan perintah Allah ini, maka tanpa rasa ragu dan keliru terus mengungkapkan kata-kata pada ayahnya, "Wahai ayahndaku andai ini perintah Allah maka jalankanlah, insyaAllah Ayahanda akan mandapati anakanda daripada orang-orang yang sabar." Ketabahan hati mereka berdua dalam menyahut seruan Allah ini telah memperolehi satu kemenangan walaupun disepanjang perjalanan ke tempat sembelihan mereka dihasut oleh iblis laknatulLah untuk mengagalkan pengorbanan tersebut.

Hari ini kita semua mengaplikasikan semangat pengorbanan tersebut dalam hidup kita. Kita manjadikannnya sebagai satu asas yang kukuh bahawa dalam perjuangan Islam setiap orang mesti berkorban untuk memenangkan Islam.

Dalam penghayatan semangat korban ini, saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah dan syabas kepada menantu Tok Guru Nik Aziz iaitu Ir Mohd Ariffahmi dan Tok Guru sendiri yang terlalu banyak berkorban demi melihat pemerintahan Islam di kelate terus kuat. Sebuah pengorbanan yang cukup besar dikala semua umat Islam dikelate khususnya dan malaysia amnya menyembelihkan ibadah korban mereka, mohd ariffahmi pula sanggup meninggalkan kerusi empuk Ketua Pegawai eksekutif PMBK walaupun tidak ada sebab dan siasatan SPRM pula tiada asas untuk mendakwanya. Demi sebuah parti yang membawa wadah Islam sebagai tunjang, yang didokongnya dan setelah mendapat nasihat dari mertuanya maka Ariffahmi dengan penuh ikhlas dan rendah diri berundur dari jawatan tersebut.

Tok Guru sebagai MB kelate pula setelah melihat parti Islam yang didokongnya difitnah kiri dan kanan kerana perlantikan menantu tersayang maka dengan penuh keikhlasan dan kepayahan beliau menasihati menantunya meletakkan jawatan yang disandang. Itulah dua pengorbanan yang tidak kurang besarnya telah berlaku dalam negeri kelate ini dikala umat Islam sedang sibuk mengurus dan mengagihkan daging korban masing-masing. Pengorbanan seorang mertua dan menantu ini, telah membezakan antara parti yang benar-benar memperjuangkan Islam dan parti yang hanya berslogankan Islam.

kalau sebelum ini sebuah parti yang memerintah telah dicemuh dan dipertikaikan oleh semua pihak, bagaimana bapa mertua sebagai PM dengan menantunya yang telah membolot hasil khazanah negara. Malahan bekas PM sendiri telah membuat komen terbuka tentang penglibatan budak tingkat 4 dalam pentadbiran negara. Buka setakat itu sahaja, tetapi anak dan abang Ipar anaknya juga berjaya menghasilkan kekayaan bilion ringgit. Tapi apa tindakan yang telah diambil oleh PM tersebut. Adakah menantunya dipecat dari Tim. Ketua Pemuda dan bagaimana pula dengan anaknya. Kita juga melihat bagaimana PM sekarang yang membiarkan adik-adiknya yang membolot kekayaan negara. Siapa Datuk Nazir Tun Razak dalam CIMB dan siapa Rosmah Mansur yang mampu menyewa kapal persiaran yang pernah disewa oleh jutawan arab. Kalau betul mahukan integriti bukan tok guru sahaja yang mempraktikkannya tetapi pemimpin yang tertinggi mesti memulakannya. Tok guru hanya Ariffahmi sahaja, tetapi orang lain semua keluarga terlibat.

Jadi, penulis sekali lagi merakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada Tok Guru dan Ariffahmi kerana pengorbanan yang besar yang telah mereka tunjukkan bagi mempraktikkan sebuah integriti. Bukan setakat itu sahaja mereka juga berjaya membezakan parti PAS dengan parti-parti yang lain dalam perjuangan Islam dan ketelusan sebuah kerajaan Islam.

SYABAS DAN TAHNIAH.....WASSALAM

Tuesday, November 24, 2009

NST: Tolong Takutkan Tuhan

Oleh: Husam Musa
(Artikel ini adalah tulisan Dato' Husam sepenuhnya. Panulis mengambilnya kerana melihat ada satu tarbiah dari sudut kekuatan dan jatidiri padanya bagi orang yang difitnah. Sentiasa tenang dan berkeyakinan, disamping corak susunan ayat yang cukup cantik)

Laporan NST semalam, Husam: They go or I'll quit, begitu mengada-ada.
Wartawan NST, Shuhada Elis and Nik Imran Abdullah, sudah menjadi 'saya' dan 'hadhir' bersama ketika kononnya saya berjumpa Tok Guru untuk memberi kata dua pada Selasa lalu. Saya tertanya-tanya, ada tak aku jumpa Tok Guru Selasa?? Singat saya Isnin dan Selasa lalu saya di Parlimen mengikuti perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM - melihat Datuk Nazri beraksi da..




Mereka berdua 'tahu' semua butir percakapan dalam 'pertemuan' itu. Tok Guru kata tak ada, NST kata ada. Saya?

Saya menanya diri saya semula. Adakah kami pernah berbincang seperti dilaporkan? Memberi syarat itu dan ini dan mengungut itu dan ini? Husam kah itu atau siapa?

Atau apa yang ada di keyboard wartawan itu dimasukkan ke dalam mulut kami kononnya saya atau Tok Guru berkata seperti itu? Ahh.., jangan-jangan ada orang tertelan salah pil lalu khayalannya turun atas lembaran?

Bila dongeng dimasukkan sebagai laporan berita, NST menjual sampah sebagai permata.

Tidak hairan ada orang berkata, zaman ini adalah zaman maklumat, tetapi sedikit sekali kebenarannya. 'Info' telah digaul bagi menampal ruang-ruang imiginasi penulis kononnya membentuk sebuah persembahan 'berita' mengikut apa yang mereka selerakan. Kebenaran bukan ukuran dalam abad ini.

Islam sejak dulu menekankan 'kesahihan'. Pembawa berita juga mesti 'muttaqin'.

Berita memang penting, kerana itu 'Nabi' membawa makna 'orang yang mempunyai berita'.

Penulis berita bukan sahaja akan mendapat upah dan gaji, promotion dan bonus, malah catatan Rakib dan Atid dalam sebuah 'hard disc catitan diri' untuk sebuah perbicaraan agung. Mahsyar.

Bukankah kalau berita itu tidak ada nilai kebenaran, ia menurun kepada 'berita palsu'. Lazimnya ia dikaitkan dengan motif seperti: adu domba, fitnah atau membawa agenda perpecahan, permusuhan, pergolakan, character assassination, political isolation, dan menumpaskan lawan.

Menjelang pilihanraya umum lalu, NST telah pun melakukan perkara yang sama ke atas saya. Kes saman saya ke atas NST itu akan dijalankan awal tahun 2010.

NST secara bersendiri telah menerbitkan permohonan maaf tanpa persetujuan saya dalam kes itu. Dan sedikit 'saguhati' yang saya minta peguam saya menolaknya secara baik kerana rasanya harga diri mana-mana insan tidaklah semurah itu....

Hari ini, NST mahu saya menyamannya sekali lagi dengan sekali lagi 'menggoreng berita'. Banyak 'It was understood that....' dijadikan sandaran apa yang hendak 'digoreng' oleh NST.

Bukan kerana ruang bicara tertutup sama sekali dan saman sahaja bahasa saya dengan media. Bukan begitu.

Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.

Ulasan Saya: Semoga Dato' Husam terus tabah dalam menghadapi segala fitnah yang sedang melingkari dirinya. Dato' Husam dan Tok Guru adalah Ikon Pas bukan hanya di Kelate tetapi juga di Malaysia. Kekuatan semangat serta istiqamah untuk perjuangan Islam dan menghancurkan UMNO yang ada pada 2 individu ini menyebabkan serangan dan fitnah yang tidak berkesudahan menimpa mereka berdua. UMNO melihat kekuatan PAS ada pada mereka berdua menyebabkan mereka terus diserang. Selepas ini kita semua mesti bersedia, apakah lagi fitnah yang akan menimpa mereka berdua. Apapun, kami penyokong PAS bawahan akan tetap memberikan sokongan kepada Tok Guru dan Dato' Husam dalam perjuangan menghancurkan Toghut dan memenangkan Islam.

Wassalam... Selamat bercuti kepada semua pejuang Islam di Negeri Di bawah Bayu