Universiti Al Azhar yang diasaskan pada tahun 359H oleh kerajaan Fatimiyah iaitu kira-kira setahun selepas panglima Jawhar al Siqali berjaya menakluki Mesir daripada kerajaan Ikhsyidiyah pada tahun 358H. Al Azhar yang asalnya hanyalah sebuah Masjid yang dibina khas oleh kerajaan Fatimiah sebagai pusat ibadah bagi tentera Jawhar yang bermazhab syiah Ismailiyyah. Ianya siap dibina pa 7 hb ramadhan tahun 361H. Sejak tarikh itu masjid ini dikenali dengan nama Jami'al azhar iaitu mengambil sempena nama Fatimah Az Zahra'. Masjid ini juga dianggap sebagai masjid syiah pertama yang dibina di mesir.
Seorang ulama syiah yang bernama Yaakub bin Killis, telah diamanahkan untuk membuka kelas pengajian al Quran,as Sunnah dan kuliah-kuliah fekah mengikut pendekatan Syiah. Dengan itu bermulalah sejarah al Azhar sebagai pusat pendidikan syiah di Kaherah Mesir. Pencapai yang membanggakan telah diraih yang akhirnya al azhar telah diangkat menjadi sebagai Institusi Pendidikan dengan membina asrama-asrama sebagai tempat tnggal para pelajar yang menuntut di sana.
Selain dari tiga bidang yang tersenarai, al Azhar telah memperkenalkan beberapa ilmu tambahan iaitu, ilmu tatabahasa dan sastera arab, ilmu mantik, ilmu hisab dan ilmu falak. Selain itu kuliah undang-undang juga diwujudkan dengan dikendalikan sendiri oleh Yaakon Bin Killis yang pada waktu itu menjawat jawatan menteri yang menjaga hal ehwal al Azhar.
Selama 2 abad di bawah kerajaan Fatimiyyah, akhrinya Mesir telah jatuh ketangan kerajaan Abbasiyyah bilamana Salahuddin al Ayyubi berjaya mengalahkan kerajaan Fatimiyyah pada tahun 566H. Kedudukan al Azhar sebagai Institusi Pengajian Syiah akhirnya telah bertukar menjadi Institusi Pengajian Tinggi Sunni. Dengan demikian al Azhar makin diminati dan dihormati sebagai sebuah Institusi Pendidikan terulung.
Al Azhar sebagai sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam yang Ulung terpaksa dan dipaksa mengalami perubahan akibat pertukaran kerajaan yang memerintah negara Mesir. Kecemerlangannya merudum diketika ini, bilamana kerajaan yang memerintah mesir sekarang diketuai oleh seorang presiden yang sedang menghadapi tekanan dari jutaan rakyat mesir supaya berundur iaitu Hosni Mubarak, adalah pemimpin kebendaan (sekular) dan pengikut telunjuk barat dan Israil yahudi laknatuluLah. Arahan pemerintah supaya menghapuskan pengajian jihad adalah tanda yang jelas Hosni Mubarak adalah pengikut telunjuk barat dan Israil.
Kenapa takut dengan pengajian jihad? bukankah perkataan jihad ini telah disebut banyak tempat di dalam al Quran dan as Sunnah? Bukankah perkataan jihad itu dengan maksud supaya umat Islam berkerja dalam apa jua sekalipun dengan bersungguh-sungguh dan niat kerana Allah S.W.T? Atau mungkinkah kerajaan yang memrintah mahu supaya umat Islam dalam keadaan yang lemah dan Dhaif tanpa perlu banyak berusaha, kemudian bergantung hidup dengan ehsan pemerintah? Kelemahan dan kedhaifan ini yang akhirnya akan dieksploitasi oleh pemerintah untuk menang dalam pilihanraya dengan habuan sedikit kebendaan.
Sekalung tahniah kepada rakyat mesir yang sedar dan Insaf serta bangkit menjatuhkan kerajaan diktator Hosni Mubarak. Kembalikan pemerintahan Mesir kepada mereka yang benar-benar ikhlas untuk melihat kebangkitan Islam mengikut acuan yang sebenar. Kedepankan kepimpinan Al Ikhwanul Muslimin yang berkelayakan dan berkemampuan untuk menduduki kerusi Presiden yang ditinggalkan oleh Hosni Mubarak. Dan yang paling penting, kembalikan Al-Azhar sebagai Institusi Pendidikan terulung di dunia yang pernah menjadi kilang tempat melahirkan para pemimpin dan amilin dunia Islam. Bebaskan al Azhar dari cengkaman dan telunjuk barat serta yahudi laknatulLah. Kembalikan Roh Ilmu di Jami'Al Azhar.
Wallahua'lam.
Rujukan: Sejarah Dan Tamadun Islam, UKM Bangi,2006.
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL S.A.W. SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM MERIALISASIKAN SUNNAHNYA DAN MENJADI MATA RANTAI PERJUANGAN BAGINDA NABI S.A.W.
Tuesday, February 1, 2011
Friday, January 21, 2011
Nasihat Hasan Al-Basri Kepada Khalifah Umar Abdul Aziz.
(Berikut Surat Yang Ditulis Oleh Hasan Al Basri Kepada Khalifah Umar Bin Abdul Aziz untuk dijadikan nasihat dan peringatan. Jadikan ini juga sebagai ingatan bersama serta amaran kepada semua pemimpin yang dibelenggu di tengkuknya dengan amanah kepimpinan.)
Wahai Amirul Mukminin, Tuhan memberi amanah kepada khalifah bagi meluruskan segala yang bengkok, membaiki segala yang rosak, menguatkan segala yang lemah, membela mereka yang teraniya, dan menjadi penolong mereka yang terlantar.
Wahai Amirul Mukminin, ketua negara yang adil ibarat gembala yang sayang kepada haiwan-haiwan ternakannya, menghantarnya ke tampat yang selamat serta jauh daripada bahaya, mengawalnya daripada gangguan binatang buas serta melindunginya daripada kepanasan dan kedinginan.
Wahai Amirul Mukminin, Khalifah yang adil laksana seorang ayah yang arif bijaksana pada anak-anaknya. Apa yang dilakukan demi kebaikan mereka, mengajarnya menjadi orang yang berguna, bekerja keras membanting tulang untuk ahli keluarganya serta meninggalkan peninggalan yang berharga buat mereka apabila meninggal dunia kelak.
Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ibarat seorang ibu yang berkasih sayang serta bersikap lemah lembut kepada anak-anaknya. Dia rela mengandungkannya dengan bersusah payah, kemudian mengasuhnya ketika bayi. Dia sanggup berjaga malam selagi anaknya tidak tidur dan perasaannya baru lega dan tenang selepas anaknya tenang dan tidur lena. Kemudian dia menyusukan anaknya ketika haus dan gembira apabila anaknya sihat dan berdukacita apabila anaknya sakit.
Wahai Amirul Mukminin, Ketua Negara yang adil ialah ketua negara yang berdiri antara Tuhan dan hambaNya. Dia memperdengarkan firman Allah kemudian menyampaikan kepada rakyatnya. Dia patuh kepada perintah Tuhan kemudian mengajak rakyatnya supaya turut mematuhiNya.
Wahai Amirul Mukminin, dengan kuasa yang dikurniakan Tuhan kepada kamu, jangan jadi seperti budak suruhan yang diberi amanah oleh tuannya bagi menjaga keluarga dan harta bendanya, kemudian dia khianati serta melakukan sewenang-wenangnya hingga harta itu habis dan majikannya menjadi marah. Khalifah adalah hamba kepada rakyatnya.
Wahai Amirul Mukminin, Tuhan menggariskan panduan hidup melalui kitab Quran dan Lidah Rasulullah supaya manusia menjauhkan diri daripada kejahatan. Tetapi bagaimana sekiranya yang melanggar peraturan itu orang yang sepatutnya menjadi pelaksana hukuman itu? Tuhan menjadikan hukum Qisas sebagai jaminan kehidupan para hambaNya. Tetapi bagaimana apabila orang yang jadi pemimpin itu adalah orang yang seharusnya dituntut bagi dijatuhkan hukuman qisas tersebut?
Wahai Amirul Mukminin,sentiasa ingatlah akan kematian dan apa yang akan terjadi selepasnya. Ketika itu kamu tidak ada pembela selain amal ibadat mu. Kerana itu, bersiap sedialah menghadapinya dan jadikan perkara itu masalah besar bagimu. Ingatlah pada hari di mana seseorang itu melarikan diri daripada saudaranya, ibubapanya serta isteri dan anak-anaknya.
Wahai Amirul Mukminin, Jangan kamu menghukum hamba Allah dengan hukuman orang jahil. Janganlah bawa mereka itu di jalan yang dilalui orang zalim. Jangan kamu beri kesempatan pada orang sombong yang berkuasa ke atas orang yang lemah.
Wahai Amirul Mukminin, Janganlah kamu memandang pada kedudukan kamu pada hari ini, tetapi pandanglah kedudukan kamu pada hari esok di mana kamu terbelenggu dalam cengkaman maut, kemudian berdiri di hadapan Tuhan di tengah kelompok para malaikat, para nabi dan rasul.
Akhir kata wahai Amirul Mukminin khalifah Umar Bin Abdul Aziz, meskipun nasihat yang saya berikan ini tidak sebaik nasihat para cendekiwan, namun saya setulus hati sayang dan cinta kepadamu. Saya mengirim surat ini laksana orang yang memberikan ubat kepada kekasihnya, yang menuangkan ubat yang pahit dengan harapan orang yang dikasihinya sihat.
Selamat atasmu wahai Amirul Mukminin, semoga Tuhan memberikan rahmat dan berkatNya kepadamu. Amin..
(Wahai Para Pemimpin di semua peringkat, ingatlah bahawa pesanan ini bukan hanya terkena di atas pundak Khalifah Umar Bin Abd Aziz. Tetapi semua yang bergelar pemimpin akan dipertanggungjawabkan sama ke atas mereka. Semoga DUN Tenang menjadi milik PAS)

Subscribe to:
Posts (Atom)